My lucky day in Dear Hanis Haizi Chanel Party

Weehuuuu semua dah maklum kan, baru baru ni dah berlangsung Chanel Party anjuran CDM Hanis Haizi. Ni special untuk peserta Dear Hanis Haizi contest last year. Hanis nak umumkan siapakah pemenangnya untuk contest tu.

Ajue sungguh happy sebab ditemani oleh beberapa rakan kongsi yang hadir dari Kulai, Kota Tinggi , Rembau serta tak lupa kepada Amy yang sarat mengandung pon sempat luangkan masa untuk party ini. Mudah mudahan semangat yang ada pada Amy terus melekat pada baby dalam kandungannya.. Ameennn. Syabas Amy!! proud of you dear.

Yang best nya lagi, bisnez partner Ajue tercalon dalam fesyen lelaki terbaik, iaitu Farouk.

Walaupon tak terpilih tapi Ajue tetap bangga dengan Farouk yang datang pada hari tu, siap bawak adik dia lagi. Syabassss.

So, lets enjoy the pics.. Some taken from bizner partner Ajue punya facebook dan blog. 😉

Calon pakaian lelaki terbaik… Farouk dan Rawlins


Bersama CDM Razali Zain

Para pemenang pada hari itu… Alhamdullilahhhh

Intan dan Hanis Izzati all the way from Kulai dan Rembau. Naik public transport lagi untuk sampai ke sini. Tiada alasan untuk berjaya , betul tak??? Proud of you my dearsssss!!!!! Keep it up kay!


Thanks Amy for this pic! Luv it very much..


Door gift!

Our beloved mentor CDM Hanis Haizi

Majlis pertunangan adik ipar

Alhamdullilah, sabtu lepas adik ipar Ajue dah selamat bertunang. Ajue berkampung kat ruman mentua since jumaat lagi untuk final persiapan. Anak anak serta cousins semua berkumpul tolong buat apa apa yang patut masa hari tu.

Orait, tak nak citer panjang panjang, jom kita tengok gambar.

Kejayaan masa depan bermula dengan langkah pertama

Alhamdullilah, setelah beberapa bulan Ajue ulang ailk ke Kota Bharu sejak tahun lepas membuahkan hasil. Ajue kesana untuk personal coaching serta mengajar bisnes partner yang baru dalam bisnes nih tentang ilmu yang patut mereka tahu.

Senang jer, bisnes ni. Its all about duplicate leader. Dulu Ajue pon macam tu jugak. CDM Hanis tak jemu jemu canai Ajue sampai Ajue dah mula boleh buat sendiri bisnes presentation dan sharing nih. Semua ni anda akan dapat hanya dibawah GLG! Ye la kan, sampai bila kita nak mengharap leader jer asyik nak bantu kita. Somehow sesuatu kena bermula dengan diri kita sendiri jugak.

Tapi bukanlah bermakna lepas ni leader lepas tangan macam tu jer. Ada banyakkkk lagi ilmu ilmu yang perlu diperturunkan. Dan Ajue sendiri masih menimba ilmu lain dari CDM Hanis sendiri.

Syabas dan tahniah pada Ferrie, Syikin serta Farouk yang dah memulakan langkah pertama mereka. I’m very proud of you!

Where is a will there always be a way!

Chanel Party Invitation from Hanis

Oh my! Tahun lepas Ajue masuk contest yang CDM Hanis buat. Iaitu Dear Hanis Haizi. Sempena dengan bulan kelahiran beliau.

And now Hanis jemput semua ahli GLAM untuk meraikan siapakan pemenang contest tersebut.

Tapi sebagai contestant, Ajue tak dikenakan sebarang bayaran masuk… Its All FREE!!!

Yeszaazz tak sabar nak pergi

Best kannnnnn?????

Some info here..For dress code to the party.

Dannnn yang paling best tengok laaaaaa sini

Door GIFT!!!!. Picture credit to CDM Naa Kamarudin.

Ada lagiiiiiiii, ni untuk best dress untuk boys ada girls pon ada.. Woowwwwiieeeeee

Oh , i cant wait!!!! Saper nak ikut???? sila inbox Ajue yer!

Majlis Anugerah SM dan SSM

Alhamdullilah selesai sudah majlis ini yang berlangsung di dewan PGRM 20 Januari 2013. Ni merupakan kali ketiga Ajue menghadiri majlis anugerah ni. First time Ajue naik pentas untuk award SSM iaitu level kedua dalam bisnes. Masa tu Ajue bawak seorang rakan kongsi Ajue untuk naik pentas bersama iaitu Aiemey.

Masa majlis kedua, Dalam bulan September tahun 2012 pulak seramai 8 lagi rakan kongsi Ajue yang naik pentas. Tapi yang dapat hadir cuma 4 orang sahaja sebab komitment keluarga serta kerja.

Kali ni seramai 8 lagi rakan kongsi yang layak naik pentas menerima awards dari Hai O. Syabas dan tahniah Ajue ucapkan kepada semua. Semoga kita terus maju dan sama sama kita naik pentas lagi untuk Diamond Nights tahun ini, insyaAllah.

Aktiviti PIBG SK 24

Salam semua.

Kali ni nak update pasal PIBG sekolah anak kebangsaan anak Ajue. Actually tahun lepas Ajue dapat undi terbanyak tapi Ajue tolak untuk naik jadi YDP sebab tak bersedia apa apa lagi. So, setahun jadi AJK banyak pengalaman baru yang Ajue perolehi.

Orait, bermula dengan pendaftaran ibu bapa pagi tu jam 8 pagi. Lepas tu mesyuarat bermula dengan ucapan Guru Besar serta YDP PIBG 2012.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pelajar pelajar cemerlang dalam UPSR. Alhamdullilah sekolah menampakkan kenaikan prestasi berbanding dengan tahun lepas. Walaupon masih belum mencapai target tapi kami tetap bangga atas usaha PIBG serta Komuniti Tahun 6.

Sngguh Ajue tak sangka dipilih menjadi AJK terbaik dalam PIBG. Ini semua atas kejayaan pelajar pelajar jugak sebenarnya serta kekuatan Komuniti Tahun 6 yang sebenarmya menjadi tulangbelakang setiap aktiviti untuk pelajar tahun 6. Tanpa semua AJK yang terlibat tak mungkin kejayaan sebegini tercapai.

Acara kemuncak ialah pembubaran ahli lama tahun lepas untuk melantik ahli baru bagi meneruskan lagi kecemerlangan sekolah.

Satu lagi kejutan buat Ajue sebab mendapat undian di tempat YDP PIBG bagi sesi 2013. Maka dengan ini satu tanggungajawab besar perlu digalas dan tak boleh dipandang ringan. Tapi Ajue yakin dengan kekuatanbarisan AJK yang baru serta kerjasama yang tak putus putus dari semua guru guru serta Puan Guru Besar kami cuba memberikan yang terbaik demi anak anak bangsa Sekolah Seksyen 24 ini. InsyaAllah.

Inilah orang kuat Ajue semasa menerajui Komuniti Tahun 6 yang lepas.

InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik kerana kami mempunyai guru guru yang sentiasa memberikan kami sokongan selama ini. Terima kasih semua, terima kasih guru guru SK24!

Shanghai-on-the-way. Negeri Sembilan dan Kulai

Semalam Ajue berkesempatan turun ke Rembau dan Kulai untuk bantu biz partner Ajue dalam biz nih.

Mula mula gi Rembau, breakfast dengan Hanis Izzati kat secret recipe sana. Ajar dia buat apa yang patut dalam biz nih. Mudahkan, keje kita just duplicate jer apa yangleader ajar. Dulu Ajue pon macam dia jugak. Leader Ajue, CDM Hanis ajar buat perkara perkara penting sebagai asas dalam biznes nih. Now turn Ajue pulak turunkan ilmu kepada rakan kongsi.

So, jangan bagi alasan tak tahu sebab semuanya akan ditunjuk ajar. Kita just ikut jer..

Lepas tu terus ke Kulai jumpa Intan pulak. Coaching serta setting untuk projek Shanghai ni. Intan bawak kawan kawan dia untuk dengar biznes plan sekali. Tak salah kan share benda yang baik.

Memang inilah budaya yang diajar dalam GreenLeadersGroup di bawah pimpinan Hanis Haizi. Tangan kanan terima bonus,tangan kiri pikul tanggungjawab.

Pengalaman Ajue dalam biznes ni, kalau nak jadi leader,kita kena siapkan diri dulu bimbing biznes partner kita serta bertanggungjawab terhadap rakan kongsi. Barulah mudah laluan kita nak naik jadi leader. Kalau selamanya mengharapkan leader buat semua benda atau serah bulat bulat kat leader susahlah sikit nak naik.

Orait. Sampai sini dulu, jumpa lagi next entry.

~ Ajue

Shanghai-on-the-way. Kelantan trip

Semalam trip ke selatan. Hari ni sambung ke pantai timur pulak.
Sebelum tu ada few things nak kena settle. Yer la nak tinggal rumah 2-3 hari ni kan. Nasib baik ada Ida. Semoga Allah merahmati perjalanan ini serta anak anak sentiasa di bawah peliharaanNya.

Mula mula setlekan urusan corset premium beautiful rakan kongsi baru, Linda.

Lepas tu gi Giant jap beli stock makanan untuk Adlan sebab baru nih Ajue terlupa nak beli.

Then flight ke KB kol 3 petang. Seperti biasa lah, macam bulan bulan sebelum nih, datang KB untuk bantu rakan kongsi Ferrie dan Dr.Nik.

Fav place of coz secret recipe. Kali nih Ajue try spageti seafood dia.. Bessttttt giler!

Esoknya naik bas balik kampung halaman kat Terengganu. Kebetulan adik Ajue dari Doha ada kat kampung. Nak bawak mak balik KL atas urusan family. Kat Terengganu kakak Ajue bawak gi makan kat Kuala Ibai Golf Resort. Makan crabmeat soup

Makan chicken wing..

Dan makan cucur udang..

Minum pulak..

Seronok sesekali dapat berkumpul macam ni. Kalau tak kerana bisnes yang fulltime nih, maybe Ajue susah sikit nak luangkan masa dengan family kan. Alhamdullilah. Syukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan bisnes nih. Dan yang paling penting Ajue sentiasa ada guidance dan tunjuk ajar dari mentor Ajue iaitu CDM Hanis Haizi.

So kepada sesiapa yang nak kan freedom time macam Ajue, jom inbox Ajue. Ajue alan tunjukkan caranya . Its our own biznes and kita buat sama sama dengan cara kita serta masa kita tersendiri. Sebab ianya 100% Online !!!

Shanghai is officially ON

Orait, ramai yang dah tahu kan, pakej Shanghai dalam bisnes Hai O ni dah officially ON. So,mudah sesangat kalau nak qualified trip nih. Nak tahu? Inbox Ajue yer, kita ngopi ker ngeteh ker sambil sembang camaner nak pergi Shanghai secara FREE selama 5 hari 3 malam.

Dan jumaat lepas masa kelas kat GLAM,setiap leader dari semua leg Ajue dalam Beautiful Galaxy Team Telah datang untuk ambil ilmu dan bakal dicurahkan kepada rakan kongsi masing masing. Tahniah dan syabas Ajue ucapkan kerana komited dengan keperluan bisnes masing masing.

Lepas kelas GLAM, kami adakan O Group pulak kat Old Timer Kopitian untuk setting statergy bagi leg masing masing nak bawak seramai mungkin rakan kongsi.

Ni muka Ajue exited nak gi kelas nak timba ilmu bagi group Ajue.

Sebelum masuk kelas Ajue dinner dulu dengan hubby. This time dapat gak dia pergi kelas setelah sekian lama duduk rumah jaga anak sebab kami takde maid. Sektang pinjam maid lama Ajue untuk seketika setelah urusan maid baru selesai.

Ajue sanggup ke Medan hari Rabu lepas untuk ambik Ida, maid lama Ajue yang dah 6 tahun keje dengan Ajue dulu. Alhamdullilah Ida setuju nak datang sementara urusan maid baru settle nanti.

So saper nak ikut Ajue gi Shanghai FREE? Jom kita ngeteh sambil sambil boleh Ajue tunjukkan camaner nak qualify.

IQKL

Hari ni turn Adlan pulak untuk menjalani hari Orientasi. Actually dulu Adlan belajar kat STIAS, Rembau. Tapi tahun nih Ajue tukarkan Adlan ke IQKL atas sebab sebab tertentu yang tak dapat diceritakan di sini.

So, bermula jam 9.45 pagi proses pendaftaran, diikuti dengan taklimat ibu bapa. Kemudian naik ke asrama untuk kemaskan katil dan locker baju dia.

Kami split kejap jam 12 tengahari sebab Ajue ada kelas khas untuk projek Shanghai kat GLAM. Nasib baik dua dua lokasi ni kat Taman Tun jugak so takde la jauh sangat nak betpatah balik ke sekolah Adlan tadi.

Sementara Ajue gi GLAM ambil ilmu untuk diperturunkan kepada semua bisnes partners di bawah network Ajue, husband pulak bawak Adlan dan yang lain lain cari barang keperluan yang masih diperlukan di asrama.

So, semuanya berjalan lancar, lepas spend time dengan Adlan kat asrama tadi sampai jam 4 petang, kami pon beredar tinggalkan Adlan dengan kawan kawan dia. Nampaknya kali nih Adlan takde lah sedih sangat nak berpisah tadi. Maybe dia dah besar kut dan dah biasa dengan asrama last year. Then jarak pon bukannya jauh sangat dari Shah Alam nih. Kalau tak jem 20 minit boleh sampai dah.

Semoga sentiasa dibawah lindungan serta RahmatNya. Ibu sentiasa doakan semua anak anak mendapat keberkatanNya. Ameen.

Good Luck, and all the best Adlan! Semoga menjadi seorang Huffaz yang berjaya dunia dan akhirat suatu hari nanti. InsyaAllah.

Orait, ini saja updates untuk entry kali nih. Enjoy the pics!