Adlan back home for Raya

Covid19 journey – 3 days, 6 airports and 14 days quarantine

Last minute decision Adlan dan housemates nya seramai 5 orang beli ticket balik Malaysia. Pada asalnya dorang nak beraya jer kat sana. Tapi lepas dapat stimulus check 1200USD, masing masing terus beli tiket balik.

Lepas beberapa siri discussion, dorang decide nak balik via SF-Japan. So dalam domestik, kena lalu 4 airport baru ke Narita then KLIA

Perjalanan bermula Ahad dan sampai Malaysia hari Selasa. Alhamdullilah semua smooth dan dipermudahkan. Ajue dah pesan, jangan puasa, lagipon musafir dibolehkan tak puasa. Takut nanti badan penat tak larat pulak. Lagipon imunisasi kena tinggi untuk elak dari jangkitan Covid19 nanti.

Sampai KLIA 11.42 malam, Selasa 12 May 2020. Unfortunately luggage Adlan dan Haziq tak sampai. Masih berada di SF. Haishh.

Dorang semua negatif swab test, dan terus hantar ker Crystal Crown PJ. Adlan, Haziq dan Redza same floor 16. Manakala Fahmy dan Naz floor 12th.

Esoknya Ajue terus siapkan baju, dan keperluan lain untuk Adlan sebab beg pakaian dia takde. Tapi tak boleh jumpa pon. Just pass dekat abam polis jer kat luar entrance hotel. Siap bekalkan vitamin C, roti dan cable untuk Adlan. Wifi hotel tak reliable sangat. Ramai kut guna. Slow.

Ajue sempat belikan simkad Tune Wow dari bekas cikgu SK24, dia agent hebat Tune wow ni. Busness kencanggg.

Hari Jumaat baru luggage sampai. Alhamdullilah.. dah boleh layan PS4 dia.

Pengalaman merentasi benua selama 3 hari dan 6 airports merupakan yang pertama bagi Adlan. Nasib baik ada Fahmy. Dia dah pernah balik Malaysia ikut laluan macam ni. So, ok lah ada senior boleh tunjukkan. Terpaksa bermalam di San Francisco sebab flight ker Narita jam 11 pagi dan takde connection yang ngam. So, dorang ambik hotel yang dekat dengan SF.

Ada sekali tu, Adlan nak passkan kettle electric kat Haziq, dia terlupa bawak kad access bilik. Hambekk kau, dah teekunci kat luar. Kecoh floor tu kejap. Dah la waktu sahur. Makanan pulak ada kat dalam bilik. Terus Redza dan Haziq bagi bagikan makanan kat Adlan dan dorang sahur kat tepi koridor sementara tunggu security datang bawak spare key. Sahur pon kena social distance. Masing2 depan bilik takleh cross border. Haha

Malam raya Ajue dah start syahdu. Sedih nak raya sedangkan Adlan masih dalam tempoh kuarantin. Dorang pakai baju Melayu jugak di pagi raya. Dan makan ketupat lontong nasi impit depan bilik masing2 sambut raya.

Raya ke 4 baru Adlan boleh release. Ujian pon still negatif. Alhamdullilah. Cuma Adlan sakit tekak jer sekali.

Dia pon sempat khatam Quran sepanjang kuarantin tu. Alhamdullilah..

Sampai rumah, adik adik buat surprise.. malam sebelum tu Ajue tak tido lena pon, kol 4 dah bangun start masak nasi tomato. Ajue sampai hotel 7.48 pagi. Bagi no bilik dekat petugas. Sejam lepas tu, Adlan dah boleh turun.

Pengalaman yang paling berharga memang takkan dapatb lagi la lepas ni.. boleh citer dekat anak cucu Adlan nanti. Tak semua orang boleh dapat pengalaman macam ni kan.

Masa blog ni ditulis, Nebraska dah ada 13k kes positif. 😭