IQKL

Hari ni turn Adlan pulak untuk menjalani hari Orientasi. Actually dulu Adlan belajar kat STIAS, Rembau. Tapi tahun nih Ajue tukarkan Adlan ke IQKL atas sebab sebab tertentu yang tak dapat diceritakan di sini.

So, bermula jam 9.45 pagi proses pendaftaran, diikuti dengan taklimat ibu bapa. Kemudian naik ke asrama untuk kemaskan katil dan locker baju dia.

Kami split kejap jam 12 tengahari sebab Ajue ada kelas khas untuk projek Shanghai kat GLAM. Nasib baik dua dua lokasi ni kat Taman Tun jugak so takde la jauh sangat nak betpatah balik ke sekolah Adlan tadi.

Sementara Ajue gi GLAM ambil ilmu untuk diperturunkan kepada semua bisnes partners di bawah network Ajue, husband pulak bawak Adlan dan yang lain lain cari barang keperluan yang masih diperlukan di asrama.

So, semuanya berjalan lancar, lepas spend time dengan Adlan kat asrama tadi sampai jam 4 petang, kami pon beredar tinggalkan Adlan dengan kawan kawan dia. Nampaknya kali nih Adlan takde lah sedih sangat nak berpisah tadi. Maybe dia dah besar kut dan dah biasa dengan asrama last year. Then jarak pon bukannya jauh sangat dari Shah Alam nih. Kalau tak jem 20 minit boleh sampai dah.

Semoga sentiasa dibawah lindungan serta RahmatNya. Ibu sentiasa doakan semua anak anak mendapat keberkatanNya. Ameen.

Good Luck, and all the best Adlan! Semoga menjadi seorang Huffaz yang berjaya dunia dan akhirat suatu hari nanti. InsyaAllah.

Orait, ini saja updates untuk entry kali nih. Enjoy the pics!

Family Dinner 2012

Cuti sekolah dah nak sampai ke penghujungnya. Sedangkan Ajue belom lagi. Buat apa apa persiapan untuk anak anak. Memang dah reserve last week December nih untuk buat semua. Tapi sebelom tu, nak bawak anak dinner kat luar alang alang yang sulong nih dah nak masuk asrama. Actually Adlan ni dulu sekolah kat Sekolah Tinggi Islam AsSofa. Tapi atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan, Ajue tukarkan dia kat IQKL Taman Tun.

Aisyah pulak takdapat mana mana SBP tapi Ajue still berharap dapat MRSM nanti. InsyaAllah.

So, kita orang pergi One Utama. Mulanya sambil nak beli baju skolah Anis dan Aisyah. Tapi nak dinner dulu. Location nya, Old Asia Restaurant. First time makan sini. Not bad jugak food dia.. Enjoy!!!