Family Vacation, Paris 2005. Arrival, Day 1,2 and 3

Untungnya join vacation club nih, kita dapat free 7 nights setiap tahun. So, first time guna yang free  tu pergi Langkawi. Nanti kalau jumpa gambar lama, boleh la update. hehe

Ajue dah lama teringin nak bawak anak-anak bercuti. Mula-mula plan nak gi London. Tapi bila discuss dengan agent vacation club, diorang suggest better gi Disneyland Paris. Then dia jugak advice stay kat Marriot dekat ngan theme park. So kami pon tukar plan. Bayar sikit la exchange fee sebab Marriot ni under Interval International dia joint-venture dengan Palace Vacation Club.

Kami pergi dalam bulan November 2005. Naik KLM airlines sebab masa tu tengah promotion dan infant kena bayar RM200 jer. Masa tu Adlan umur 7 tahun, Aisyah 6 tahun dan Anis 9 bulan. Afiq? hmmm dalam perut Ajue, masa tuh baru masuk 3 bulan kandungan. Nasib baik pregnant masa tu tak banyak alahan, cuma penat sikit jer la sebab travel masa pregnant kan. Naik KLM transit kat Amsterdam kejap baru ke Paris.

Sampai kat Amsterdam kul 6.16 am waktu saner. Kalu kat mesia lebih kurang kul 1 petang la. Flight delay dari KLIA lagi. dekat satu jam delay. Kelam kabut kami kat Schipol Airport tu. Flight ke Paris kul 7.25 pagi. Sib baik sumer ok. Tak sempat amik gambar kat Amsterdam. 

Sampai kat Paris CDG kul 8.50 pagi. Tunggu lama giler beg nak sampai dari KLIA. Dah la lambat, 2 beg delay, rosak lak tuh. Diorang pakai campak jer beg. Tension tul. Sampai tercabut wheel dia. Tapi diorang admit la kerosakan tuh, dan kami boleh claim balik bila balik KL.

Lepas tuh terus ke Hotel Alane. Check in kul 1 petang. Actually kami dah tak boleh masuk sebab terlebih guest. Ada ker Anis pon nak berkira. Bilik tuh 2 adult, 2 children jer. Nego punyer nego, diorang kasik masuk jugak tapi dengan syarat jangan buat bising nanti orang lain komplen sebab terlebih orang dalam satu bilik.. hmmmm anyway… kids are kids..

Dah lebih 10 jam tertido, kul 2 pagi anak-anak dah terbangun. Sebab waktu nih kat mesia dah kul 9 pagi. hehehhe bangun sebab perut memasing dah lapar giler. Kakak Ajue cal dari opis dia.

Since nasi Arab yang hubby beli semalam still ada, kami sumer breakfast nasi Arab pagi tuh. Sejuk tapi masik elok lagi. Nasi Arab tuh sebungkus 6 euro = RM30. hehhehhehhe giler mahal. Hubby beli 3 bungkus jer, tu pon banyak giler.

Lepas breakfast, kami kuar jalan-jalan kat area hotel tuh. Tapi nasib tak baik sebab hujan jer all the way, dah ler tuh, sejuk giler. Sempat gi Internet kat saner transfer duit beli top up Xpax  Kami nak transfer gambar sekali kat fp nih, tapi owner tak kasik lak. ish ish leceh tul. Rate saner ok laaa jugak, setengah jam = 1 euro. 

Check out kat Hotel Alane kul 11, terus ke Marriot. Taxi ke saner 63 Euro. ok laaa, not bad. lagipon kami ramai dan beg pon banyak, so terpaksa amik taxi type MPV. Sampai Marriot kul 12.40 petang, terus check in. Room number 2803. Actually hotel ni ala-ala rumah 2 tingkat laa, so kami panggil rumah jer instead of hotel. Exited nak masuk rumah, kunci tak activate lak. Dok laaa kat luar sementara assistant datang betulkan. Sejukkkkkkk sesangat masa menunggu nih…

Since sumer kepenatan, Ajue hanya masak maggie jer untuk lunch. Malam baru masak nasi. Lauk Brahim’s – Sambal Bilis dengan Kari Ayam.

Lepas rehat kejap, petang tu kami ker lobby untuk beli tiket Disneyland. So, tak perlu nak Q panjang nanti kat saner. Beli 2 days hopper. Adult 94Euro, chlidren 79Euro. Infant free jer. 

2 Responses to “Family Vacation, Paris 2005. Arrival, Day 1,2 and 3

  • ish.. lama dah ni ajue.. baru buat posting ker repost semula..?

  • Baru post… Tak,boh tinggal kenangan jer… Sebab bila lepak lepak buleh baca smula.. Kekekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *