Family Vacation Tioman 1720 July 2020 – Day Four

Mau pulang sudah…

Pagi ni, ferry anak anak buah Ajue jam 8.30 pagi. So, Ajue temankan dorang breakfast dan hantar sampai ker ferry datang. Ferry Ajue pulak lama lagi… 12.45 baru sampai. So kami sempat la lepak2 dulu, makan dan masuk chalet cantik. Mak aiiii, best nyer kalau dapat chalet ni, next trip. Keluar balkoni dia, tangga terus masuk air.. fullamakkkk,, best yo!!

Confirm ambik punya. Berbaloi kalau family besar, sebab dia boleh muat seramai 9 orang. Kena set kan betul2 nanti.

Ajue sampai jetty Mersing jam 2.45. Masa tu kak long dan adik adik dia dan dekat Senawang. Kami drive pelan2 berhenti kat RnR apa ntah lupa. Solat dan lunch sekali. Teruskan perjalanan balik ke Seri Kembangan sebab laptop Ajue masih kat sana.

Lepak sana sampai tengah malam baru balik Shah Alam. Alhamdullilah anak anak semua seronok.. pengalaman baru bagi dorang. melihat keindahan dunia bawah laut ciptaan Tuhan.

Ajue tak menyesal spent some money untuk semua ni. Niat agar anak anak tahu menilai dan menghargai nature. Luar negara dah pernah pergi, Umrah, Padang Pasir, Paris London Korea Jepun Vietnam dah kenal. Cuma ada lagi impian Ajue, nak bawak dorang travel by train merentasi europe-sowy mountain. Dan caravan-road trip samada dekat US atau NZ suatu hari nanti. InsyaAllah. Harap harap bila Adlan konvo tahun depan, Ajue dapat lah bawak dorang untuk road trip ni.. itupon kalau Covid19 ni dah ada vaksin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *