Kursus Asas Haji
1 MAC 2020 – Minggu ni bab kesihatan. Antara yang di sampaikan,
- Rayuan haji telah ditutup, melainkan Rayuan untuk Pakej Haji sahaja
- Yang dah dapat surat tawaran haji, perlu buat pemeriksaan kesihatan dahulu sebelum menjawab surat tersebut sebelum 29 Mac 2020
- Pemeriksaan kesihatan dilakukan di klinik kesihatan Seksyen 19. Boleh juga dekat klinik swasta, list boleh didapati di TH Cawangan Shah Alam
- Passport kena serahkan pada bulan Ramadhan
- Surat Rayuan Haji tidak boleh reply selagi tak lulus pemeriksaan kesihatan
- Sekarang ni, untuk menunaikan haji, hanya sekali sahaja seumur hidup, kalau dah dapat tawara, kena pergi. Sebab TH takkan offer lagi, melainkan atas sebab sebab tertentu.
- kalau yang baru nak daftar, berkemungkinan besar giliran lagi 120 tahun
- Tahun ni % setuju terima agak rendah, maka kemungkinan besar Rayuan Haji lebih cerah
- Penerbangan pertama 1 Zulkaedah manakala penerbangan terakhir dijangka pada 1 Zulhijjah
- Better buat kad debit yang ada link dengan TH iaitu Maybank, CIMB, Bank Islam dan Bank Rakyat. Sebab kemungkinan besar kaunter TH tak akan dibuka lagi seperti sebelum ni.
- Dinasihatkan jangan ambil visa Furada, dikhuatiri terjadi issue seperti tahun 2019