Family Vacation Tioman 1720 July 2020 – Day Four

Mau pulang sudah…

Pagi ni, ferry anak anak buah Ajue jam 8.30 pagi. So, Ajue temankan dorang breakfast dan hantar sampai ker ferry datang. Ferry Ajue pulak lama lagi… 12.45 baru sampai. So kami sempat la lepak2 dulu, makan dan masuk chalet cantik. Mak aiiii, best nyer kalau dapat chalet ni, next trip. Keluar balkoni dia, tangga terus masuk air.. fullamakkkk,, best yo!!

Confirm ambik punya. Berbaloi kalau family besar, sebab dia boleh muat seramai 9 orang. Kena set kan betul2 nanti.

Ajue sampai jetty Mersing jam 2.45. Masa tu kak long dan adik adik dia dan dekat Senawang. Kami drive pelan2 berhenti kat RnR apa ntah lupa. Solat dan lunch sekali. Teruskan perjalanan balik ke Seri Kembangan sebab laptop Ajue masih kat sana.

Lepak sana sampai tengah malam baru balik Shah Alam. Alhamdullilah anak anak semua seronok.. pengalaman baru bagi dorang. melihat keindahan dunia bawah laut ciptaan Tuhan.

Ajue tak menyesal spent some money untuk semua ni. Niat agar anak anak tahu menilai dan menghargai nature. Luar negara dah pernah pergi, Umrah, Padang Pasir, Paris London Korea Jepun Vietnam dah kenal. Cuma ada lagi impian Ajue, nak bawak dorang travel by train merentasi europe-sowy mountain. Dan caravan-road trip samada dekat US atau NZ suatu hari nanti. InsyaAllah. Harap harap bila Adlan konvo tahun depan, Ajue dapat lah bawak dorang untuk road trip ni.. itupon kalau Covid19 ni dah ada vaksin.

Family Vacation Tioman 1720 July 2020 – Day Three

Day Three – 3 boat dive and 2nd DSD

Hari terakhir nak dive. Esok dah nak balik. Pagi, Ajue ada 2 boat dive. Ramai gak la, dalam 17 orang. Join sekali dengan abam polis. Instructor Bakhtiar akan lead. Boat Ajue ada 7 divers, 1 boat man dan 1 instructor. Boat sebelah ada 10 divers, Shuk dan Abu sekali.

First site pergi La Bas, kedalaman 15.5 meter. Haishh nasib Ajue ni memang tak boleh nak descent langsung… semua dah turun ke bawah, Ajue jer yang masih lagi tertinggal kat atas sorang sorang. Nak nangis pon ada.. sebab dah banyak kali buat problem signal, takde yang nampak. Lama gak tunggu orang cari Ajue.. haha

Last last Bakhtiar naik dan tarik Ajue. Rupanya Qie kata, dorang langsung tak nampak Ajue kat atas. Group lain yang nampak. Salah sorang abam polis tu yang nampak. Syukur.. Tapi bila dah erada di bawah, Ajue ok jer..

Next dive, pergi Batu Malang pulak. Kali ni 14.1 meter. Arus deras.. ramai yang snorkeling kat atas surface. Dive comp Ajue kali ni dah clear 3 minute safety stop. So Ajue acsent sorang2. Tunggu boat datang ambik. Rupanya, dive comp ni, auto detect kalau kita dah reach 5 meter, dia start counting 3 minit stop. So, kena lepak kat situ dalam 3 minit , pressure dah stable, baru boleh acsent naik. Best jugak Dive Comp ni. Tak sia sia Ajue beli. Kebetulan Olie bagitau kaler kuning ni last stock, apa lagi, terus laaa sambar. Overall, memang dah complete Ajue punya diving gear. Cuma Ajue rasa nak beli wet suit lain kut. Yang ada ni macam tak sesuai dengan Ajue. Dia banyak trap bubble. So, tunggu jer la ek. Kalau jumpa yang berkenan, Ajue beli lain. Yang ada ni, boleh bagi kat Kak Long atau Qie jer.

Balik chalet lepas 2 dives, rehat dan solat dan lunch. Jam 3 petang semua berkumpul lagi kat DC. Kali ni semua nak turun DSD lagi,, weeehuuuu dah seronok kannnn. Uthman pon berjaya dive sendiri!!

So, kali ni, Ajue Qie Kak Long dan ada 4 new divers yang join. Zack akan lead. Untuk DSD, semua dengan Aidi. Kecuali Uthman, dengan Abu. one to one.

Kali ni kami pergi dive site namanya Tomok, Kedalaman 12 meter. Besttttt. Ajue dapat belajar descent sendiri. Zack yang ajar. Boleh la pulak.. haishhh sebenarnya, kena kontrol breathing dan teknik yang betul. Zack cakap, Ajue kena praktis lagi kat pool bila dah balik Shah Alam nanti. Kebetulan pulak Zack memang instructor kat pusat akuatik tu. So, senang la nanti. Kak Long pon cakap nak bawak Uthman jugak pool.

Malam tu, kami lepak DC sambil settle payment dan lain lain. InsyaAllah kami akan kembali lagi bulan August nanti kalau tak PKP la. Anis dan Ecah nak buat lesen. Ajue, apa lagi, fun dive la dengan 3 gegurls !!

Family Vacation Tioman 1720 July 2020 – Day Two

Day Two – Deep Dive, Ship Wreck, Fish ID, AOWD, Birthday by the beach

Hari ni Ajue bertiga plan nak buat 2 boat dive. Tak sangka pulak kedua dua boat dive ni, merupakan basic requirement untuk yang buat advance. Aikkk, apa lagi, dah alang alang dive kan, apa kata kita upgrade terus jadi Advanced??

Setelah berbincang dengan DC, dan DC tanya instructor Zack Salim. Maka kami pon agree nak join satu group student yang tengah buat advanced. yeszzaaaaa. Ajue buddy dengan Shasha. Qie dan Kak Long. Zack instructor, Aidi photographer and assistant. Then ada dua adik beradik Farah dan Azam. Kami pergi Deep Water dan Ship Wreck dulu dekat Sawadie. Lepas tu Fish ID and Conservation dekat Renggis

Cuaknya Ajue, sebab Ajue tak dapat turun langsung masa Deep sea 28.1m tu. Teliga berdengung tak hingat. Baru 5 meter kut, Ajue sangkut. tak boleh nak equalize… hasudahhh, sakit telinga yang amat sangat.

Masa tu Zack, Farah dan Azam dah sampai bawah. Ajue beberapa kali bagi signal problem, tapi Zack tak perasan. Last last Ajue terpaksa naik sikit, equalize dan turun balik pelan pelan. Nasib baik Aidy dan Qie nampak problem Ajue. Then, bila dah descent betul2 kat bawah, marvellous sangat!! Sungguh cantik Ya Allah.. tak dapat digambarkan. Kami dive selama 30 minit lebih.. ada ship wreck kat bawah sana. Untuk course advance ni, kami kena buat colour changes at depths, pressure change, buoyancy dan lain lain.

Masa buat assignment tu, siap duduk atas deck kapal lagi, lol. sebab nya, Ajue masih tak reti nak buoyancy.. kalau tengok video Kak Long dan Qie, superb giler dorang tu. Siap boleh main intai intai lagi dalam kapal ada apa.. ishhh jeles tul caner laaa dorang boleh buat yer. Its ok, one day, Ajue yakin Ajue pon boleh sama sama dengan dorang jugak macam tu nant. Tapi kena banyak praktis lagi dekat pool.

Then, tiba tiba dive comp Ajue dah blink blink. Zack tengok nampak angka 03. Errk. Ajue tak faham apa maksud tu, Macam ada something dengan dive comp Ajue ni . Sedar sedar, semua dah kena gather kena naik.

Then masa dah atas boat, Zack bagitau, NDL Ajue tinggal 3 minit jer lagi. NDL ni means balance masa yang Ajue ada untuk stay underwater.

A no-decompression limit (NDL) is a time limit for the amount of time a diver can stay at a given depth. … A diver who stays underwater longer than the no-decompression limit for his dive can not ascend directly to the surface but must pause periodically as he ascends to avoid a high risk of decompression sickness.

www.liveabout.com

Kami rehat kejap atas boat, bagi Nitrogen stabil sebelum dive kedua. Kali ni kami ke pantai Renggis pulak. Dive kali ni 15.8 meter jer. Kat sini Ajue jumpa turtle. Siap posing lagi, tapi gambar masih lagi menunggu Zack bagi. Seronok giler dan enjoy sangat. Sebab dah boleh sama sama dengan Kak Long dan Qie. Kat sini ada treadmill lagi, siap boleh berlari atas tu haha. Ada macam terowong jugak boleh lalu sorang sorang jer. Janji tak tersangkut.

Kami balik agak petang, and malam tu hujan kejap. Ingatkan dah tak dapat buat BBQ, tapi alhamdullilah, pihak restoren kat situ sangat sporting. BBQ birthday celebration by the beach gethu!!. Untuk Adlan 23 July dan Uthman 22 July. Restoren tu kata ni first time dia buat setup tepi pantai macam ni. Cantikkkkkk sangat. Ada mee goreng, seafood, air panas, air sejuk, fruits, balloon2 dan photobooth lagi. Highly recommended sangat. Try la, besttt.

Kami makan2 dan lepak sampai jam 10.30 malam. Lepas tu gegirls sambung lepak tepi pantai dekat chalet sampai tengah malam. Ajue masa tu dah zzzzz.

We live while we re young!

Family Vacation Tioman 1720 July 2020 – Day One

Day One – DSD and Night Dive

Sejak PKP lagi Ajue dah plan nak pergi suatu tempat bawak anak anak semua vacation dan celebrate birtjday Adlan. Lagipon, Adlan dah nak fly balik US in August. Tahun depan pulak nak jumpa Adlan masa konvo dia, insyaAllah

Mulanya, agent diving Ajue dah setkan untuk Ajue buat lesen Open Water 17-20 July. Tapi lepas few times cancel dan postpone, Ajue dah ikut anak anak sedara buat lesen kat Pulau Perhentian. Tapi memandangkan tiket masa tu dah beli untuk semua, jadi kami on kan jugak trip Tioman ni. Terus anak anak buah pon ikut join sekali. Barulah meriahhhh.

Kami naik dari jeti Mersing. Ajue sekeluarga ambik ferry Cataferry manakala anak anak buah ambik BlueWater. Sebabnya, seat dah habis masa dorang nak ambik ferry yang sama, tapi timing lebih kurang jer.. So, ok laa.

Kami gerak dari Seri Kembangan lepas celebrate birthday Mama. Lebih kurang jam 9.30 malam.. sampai Kluang dalam 11.30 malam. Checkin kat hotel merdeka satu malam. Sampai kat hotel, memasing lapar. Terus order grab food. Ambik 3 bilik. Esoknya jam 8 pagi lepas checkout, kami gerak terus ke Jetty Mesing melalui Kahang.Perjalanan dalam lebih kurang 1 jam 30 minit, jalan bengkang bengkok.. sangat tak sesuai untuk jalan waktu malam. Sebabnya, takde lampu jalan dan menakutkan. Mujur kami decide nak bermalam kat Kluang.

Sampai kat jetty, terus cari breakfast. Lepak kejap, sementara turn kami untuk naik ferry. Actually, Ajue dah buat booking online kat Tekek. Tapi bila kak long review, dive centre tu macam agak kureng sikit untuk buat DSD. Jadi kami tukar on the spot petang sebelum bertolak tu. Kami tukar, ambik chalet kat Damai Reef Dive Centre. Stay kat Sun Beach Resort. Ambik 2 quad room, satu bilik lelaki, satu pompuan. Tapi alhamdullilah, bilik ni connected. So, macam 1 bilik yang besar jer. Besttt.

Lepas check in, terus pergi Dive Centre dan settlekan next 3 days aktiviti kami di sini. Tak tunggu lama pon, no lepak2.. hati tak sabar nak dive. haha, petang tu jugak semua 6 orang buat DSD. tinggal kami bertiga jer yang dah ada lesen, sajer sajer nak shore dive sambil join dorang DSD.

Sewa diving gear dah sekali dengan bayaran DSD, sorang dalam RM180 jer. Since Ajue dah complete gear, so tak perlu nak menyewa lagi. hehe.

Lepas lunch terus tunggu kat DC, ada briefing dulu dari DM dan assistant. Ajue, Qie dan Kak Long shore dive. Anis Afiq Shahril dengan Abu. Adlan Ecah dengan Shuk. Uthman sorang dengan Aidi. Lepas masing masing dah konfiden dengan basic instruction dan skills, lets DIVE!!

Seronok sangat dorang dapat diving walaupon kedalaman tak sampai 2 meter pon. Tapi dah macam pro, hehe. Bila dah dekat senja, kami balik semula ke pantai. Ajue dengar Qie dan Kak Long nak buat night dive, eh eh macam best jer. So, Ajue pon tumpang ler sekaki, haha

Night dive ni, untuk yang dah ada lesen Advanced jer. Tapi apa salahnya kannnnn. First time Ajue nak night dive ni. Dekat pantai jer, pergi sampai 8.6m , jumpa teen shark lagi, Tapi dia tak nampak pon, dia berenang lurus jer depan mata kitaorang. Tioman ni cantikkk sangat. banyak coral. Seronok dapat tengok ikan tido, terumbu karang, tukun dan lain lain pada waktu malam. Oh ya, ada banyak sea urchin tajam tajam masa dive malam ni. Ajue banyak kali terkena.. sakit woo.

Day 1 video released. Enjoy the show and lets get rocked!!