Minggu pertama raya 2012

Alhamdullilah dah hampir seminggu kita beraya kan. Kejap jer rasa. Tahun ni turn Ajue beraya belah hubby kat KL. Sebab last year dah beraya kat Terengganu. Tapi tahun nih, Ajue ambik kesempatan jugak balik kampung untuk bersama sama dengan sedara mara kat sana. Lagipon ada gathering dengan kawan sekolah menengah dulu. Dan yang penting jugak Ajue nak melawat pakcik Ajue yang kena strok beberapa hari sebelum nak raya.

Ni gambar pertama Ajue ambik di pagi raya. Siap ada otang comment cakap macam ucapan dari perantauan pulak.. Kikiki.. Hentam jer la kan, janji Ajue suka.

Lepas tu bergerak ke rumah makcik Ajue kat Shah Alam sebelum ke rumah mak mentua kat Bukit Jelutong.

Belah Shahril ramai budak budak, dari baby sampai lah yang paling besar sekali umur 17 tahun. Tahun nih meriah sebab kami konvoi kereta ramai ramai pergi beraya. Semua pakat pakat pergi beraya sama sama. Kalau tertinggal kat belakang cepat cepat calling sebab abang ipar Ajue nih orang Melaka, tak familiar sangat dengan jalan kat KL. satu hari sampai 8 rumah kami pergi. Budak budak suka naik kete Ajue sebab boleh tengok movie pastu boleh tukar tukar citer gossip budak budak hal skolah masing masing. Seronok pulak dengan diorang bercerita. Teringat masa Ajue kecik kecik dulu pon macam nih jugak. Kami sepupu rapat la jugak tapi bile besar masing masing buat hal sendiri. Ajue harap anak anak Ajue akan kekal rapat dengan sepupu mereka bila dah besar nanti. InsyaAllah…

Ajue suka layan budak budak.. Sebab kita boleh selami hati mereka.. Bawak sembang sembang kadang kadang terkeluar isi hati mereka. Yang penting mereka happy.

Masa beraya kat belah husband Ajue, ada yang tahu Ajue berbisnes. Bukan setakat Premium Beautiful, malah Ajuerashid Enterprise pon dah ada yang tahu. Alhamdulilah. Hasil usaha Ajue sendiri sikit sikit dah diterima orang. Ramai permintaan pakej menanti selepas nih. InsyaAllah akan Ajue laksanakan sebaik mungkin.

Raya ketiga Ajue balik kampung kat Terengganu pulak. Entahlah, balik kali nih tak meriah tahun tahun sebelum nih. Agaknya dah tak ramai budak budak kut. Sepupu dah besar besar, bawak hal masing masing. Dah tak de kereta konvoi macam dulu dulu. Tak tahulah hanya Ajue yang berperasaan macam nih tapi sampai hari nih Ajue sedikit terkilan raya kat kampung dah tak macam dulu lagi..

Mungkin jugak lumrah kehidupan manusia kan, hidup ini ibarat putaran roda. Kadang kadang kita kat atas, dan ada masanya kita dibawah. Tapi tak semestinya kita boleh menindas dan menganiaya orang bila kita di atas. Ada hukum karma. Kita buat kat orang satu hari nanti saper tahu terkena kat kita balik. Nauzubillah..

Tapi Ajue bersyukur masih mempunyai nenek yang masih hidup, walaupon dah berusia 80-an tapi dia masih ingat Ajue lagi.

Ajue sempat jumpa Siti, kawan baik Ajue masa skolah menengah dulu. Sekarang Siti dah jadi tokey farmasi. Husband dia doktor pakar bius kat hospital besar terengganu. Suka tengok family Siti. Bahagia. Siti goreng mee untuk Ajue sekeluarga, besttt.. Thanks Siti, walaupon tengah preknen, melayan anak anak Ajue masa Raya.

Orait, malam nih nak settle apa apa yang pending supaya kerja tak tertangguh lagi. Letih jugak takde maid nih, tapi sekurang kurangnya merapatkan hubungan dengan anak anak. Ajue lebih rapat dan kerap berinteraksi dengan anak anak berbanding dulu. Seronok pulak tengok karenah anak anak, kadang kadang boleh terubat hati yang terluka. Masing masing ada perangai sendiri. Syukur atas kurniaan Allah. Walaupon berbeza perangai, Ajue tak nak bezakan mereka. Masing masing ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Mereka mempunyai hak untuk memilih apa mereka nak jadi, tapi kita sebagai ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mengawasi dan membantu mereka agar tak tersesat.

Suka tengok cara leader Ajue iaitu CDM Hanis Haizi dan Kak Ana didik anak anak mereka. Walaupon dah bergelar jutawan, tetap merendah diri. Langsung tak nampak keegoan mereka. Jauh sekali nak bermegah dengan kekayaan mereka. Malah sanggup turun padang membantu rakan kongsi capai apa yang telah mereka perolehi. Untungnya mempunyai mentor seperti mereka kan. Ajue bersyukur berada di bawah pimpinan mereka.

Malam nih dinner kat luar, sajer nak rasa angin luar rumah.. Hehe

Menu tomyam favorite anak sulong Ajue. Yer la, weekend nih dah nak kena hantar balik asrama dah, so layan jer la apa dia nak kan. Janji anak anak happy dan sayang antara satu sama lain. Harap harap mereka saling bantu membantu dan sayang antara satu sama lain dari kecik sampai mereka besar nanti, insyaAllah.

Posted via DraftCraft app

Bisness sharing sepanjang Ramadhan

Actually dah lama tulis entry ni tapi baru nak publish hari nih.

Ni kali pertama Ajue berbisness dalam bulan Ramadhan. Mula mula suspen gak sebab tak tahu kan camaner.. Yer la, kalau kerja dulu tahu la apa nak dibuat. Masuk awal pagi pastu boleh balik awal , janji cukup waktu bekerja. Pastu waktu lunch gi KLCC beli baju raya anak anak sebab ofis Ajue jalan kaki jer ke situ.

So, bulan Ramadhan nih Ajue lebih banyak travel luar KL. Ada yang bermalam dan ada yang day trip jer. Dari Utara, ke Selatan pastu ke Timur. Semua kerana membantu rakan kongsi untuk mengembangkan network mereka.

Tak kurang jugak bantu rakan kongsi baru buat demo tentang produk Premium Beautiful kat ofis. Semua nak bagi penerangan betapa bagusnya corset ni untuk wanita, juga untuk kelihatan cantik di hari raya. Pendek kata, rezeki bisness bulan puasa berganda ganda dan terbuka luas kepada sesiapa yang tahu memanfaatkannya.

Kami GLG team amat amat beruntung sebab kami mempunyai mentor yang cukup dedicated dengan rakan kongsinya. Ilmu yang dicurahkan tak pernah putus dan pernah langsung berkira dengan sesiapa sahaja. Susah nak cari sesorang yang komited dengan apa yang diusahakannya dan sama sama ingin maju bersama rakan kongsinya, iaitu CDM Hanis Haizi.

Tapi dalam masa kita mencari rezeki janganlah kita lupa membuat amal ibadat pada malamnya pulak kan. Terutama 10 malam terakhir Ramadhan. Sana sini ada qiamulail kat masjid mahupon buat sendiri. Ajue sempat bersama sama dengan anak anak dan suami berqiamulail di masjid negeri Shah Alam dan esoknya kuliah subuh ustaz Azhar.

Dalam bisness kita mestilah ada konsep DUIT iaitu Doa Usaha Istiqamah dan Tawakal. Usaha tanpa memohon doa tak sempurna apatah lagi kalau tam tawakal. Tapi mestilah dilakukan secara istiqamah, barulah boleh hasil yang diinginkan. Namun kita harus ingat, semua yang berlaku itu ketentuan Allah jua. Dan kita kenalah terima setiap yang ditakdirkan itu dengan hati terbuka dan redha.

Bagi Ajue, bisness ini bisness Ajue. Walau apa pon yang terjadi Ajue tetap akan teruskan. Cepat atau lambat bukan ukuran, janji usaha berterusan dan tabah hadapi dugaan. Semkga Allah memberi RahmatNya serta memudahkan perjalanan bisnes Ajue ini. Ameen.InsyaAllah

Posted via DraftCraft app

Bisness appointments, Kelantan

Rasanya dah banyak kali pergi Kelantan atas urusan bisness tapi kali nih amat berbangga kerana Ajue ditemani oleh leader terulung GLGTeam iaitu Hanis Haizi
Kehadiran Hanis yang secara adhoc amat kami hargai , mana taknya. Habis jer kelas ilmu hari Rabu kira kira jam 2 pagi, Ajue bagitau Hanis yang bisness partner Ajue kat Kelantan adakan beberapa siri appointments dari tengahari, sampai ke petang, terus berbuka bersama. Agak agak lebih daripada lima orang kut nak kena cover hari tu. Terus Hanis, letakkan tanggungjawab sebagai leader mengambil keputusan untuk bantu Ajue dan bisness partner Ajue hari tu. Jam 8 pagi semua flight settle dah beli.

20120811-045540.jpg

Kebetulan Ajue mempunyai mak sedara kat sana, dekat jer dengan airport, kurang 5 minit dah boleh ambik kami kat sana. So, tunggu kejap kat rumah makcik Ajue tu sebelum bisness partner Ajue Dr Nik datang mengambil kami.
Bermula seawal jam 3 petang seorang demi seorang kami share bisness ni, sampai ke waktu berbuka dan teruslah ajak buffet bersama sama kat situ.

20120811-045705.jpg

20120811-045728.jpg

Tak cukup dengan itu, masa yang ada diisi pulak dengan last sharing dan terus personal coach antara team GLG yang lain kat Kelantan. Sementara nak tunggu boarding kan. Masa yang ada baik kita manfaatkan dengan sesungguhnya.

20120811-050215.jpg

20120811-050231.jpg

Thanks JuJu and team dengan buah tangan kuih manisan yang femes dari kelantan tu. syok sangat trip kali ni. Rasa bertuah sangat berada dibawah kepimpinan Hanis yang mengutamakan rakan kongsi dari segalanya. Kami amat beruntung memiliki seoranga leader yang cukup cukup hebat ini.

20120811-050431.jpg

Berjuta juta ribuan terima kasih Ajue kepada Hanis kerana keputusan nya yang dibuat secara adhoc sanggup turun padang bantu Ajue dan rakan kongsi Ajue di sana.

So, sesaper yang diluar sana, jangan ragu ragu dengan team GLG kami. Kerana kami memang saling bantu membantu antara satu sama lain demi kebaikan semua rakan kongsi.

Nak join GLG? Silalah contact Ajue yer,

013 226 0082

zulfahanim@ajuerashid.com

Jumpa anda dipuncak kejayaan!

Misi ke Pantai Timur pulak

Alhamdullilah dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan. So, tingkatkanlah amalan ibadat kita semoga mendapat manfaat malam lailatul qadar..

Baru jer habis kelas ilmu tadi. Banyak yang dipelajari. Mesti tertanya tanya, kenapalah malam malam begini masih pergi kelas. Yer la, kita disarankan menuntut ilmu sampai ke negeri China. So tak kira lah jam berapa sekalipon, kalau dah ada peluang eloklah diisikan dengan majlis ilmu. Itu dikira ibadat jugak kan. Then boleh tidor sekejap dan bangun untuk qiamulail 10 malam terakhir semoga mendapat ganjaran pahala lagi.

Esok bermula misi ke pantai timur untuk bantu rakan kongsi Ajue kat sana dalam bisness Premium Beautiful nih. Kali nih dikuatkan lagi dengan kehadiran leader terulung kami iaitu CDM Hanis Haizi yang akan sama sama turun padang . Inilah yang membuatkan Ajue happy dengan bisness nih, keyakinan bertambah dalam dan semangat bertambah kuat sebab leader sedia membantu memberi tunjuk ajar kepada kami setiap masa. Kalau Ajue tak dapat personal coach macam nih, maybe Ajue dah lama berhenti kut atau takde semangat nak teruskan bisness. Tapi Hanis penguat semangat Ajue serta team Ajue.

Ajue ingat lagi masa mula mula keja kat Orga dulu. Baru jer masuk kerja kut masa tu tapi dipersonal coach oleh supervisor iaitu Shiva sampai time makan pon cakap pasal kerja, siap guna serviette untuk lukis diagram masa tengah makan. Pelik juga masa tu naper Ajue sorang jer yang kena walhal masa tu ada dua orang lagi sama sama baru masuk kerja macam Ajue tapi diorang tak kena macam Ajue kena. Bayangkan, antara kami bertiga yang baru masuk, hanya Ajue yang takde background Telco. Tapi macam macam Ajue kena buat. Hari hari balik kol 12 malam sebab nak siapkan task dan belajar banyak benda. Orang lain takde pon diberi task yang berat tapi Ajue kena pikul task macam dah takde orang lain nak buat kerja. Pressure giler rasa masa tuh, tapi Ajue sahut cabaran kerja dengan hati terbuka. Pernah Ajue tanya Shiva kenapa Ajue kena buat semua sedangkan yang lain lain tak perlu tahu pon pasal projek. Then Shiva cakap, “if I knew you cannot do it, I wont throw everything into your plate”. Then, Sejak dari itu Ajue nekad nak pick up Ilmu Telco cepat cepat, so that Ajue boleh handle task yang lebih besar dan mencabar. Maka bermulalah tanggungjawab sampai ke Brazil, German dan Serbia.
Dah lebih empat tahun kat Orga, dah banyak kali kena assignment oversea, suatu hari Ajue terpanggil untuk tak nak travel lagi dah. Unless travel pergi vacation dengan family oklaaa. Sebabnyer, Ajue rasa dah sampai masa kut untuk jaga anak sendiri. Sebab sebelum tuh semua atas tanggungjawab maid Ajue. Rasa tak lengkap sifat keibuan kat situ, timbul rasa terkilan sebab jarang dapat tengok anak besar depan mata. Sebab tu Ajue nekad nak stop travel dan kerja kat office jer. Sampai la dipertemukan jodoh dengan Hai O nih, asalnya nak buat part time tapi bila dah lama, rasa nak teruskan dengan full time la pulak.

Dah seronok kan bisness, duit side income masyuuukkk jer, fokus pon hilang kat tempat kerja. Masa tu office pon dah tahu Ajue buat bisness so Ajue diberi kata dua, nak bisness ker nak kerja. Hmmmm mintak maaf Shiva, Ajue pilih bisness sebab Ajue rasa dah cukup kut pengorbanan Ajue untuk company. Dan Ajue nak kerja keras dalam bisness supaya capai target dan impian Ajue nak dekatkan diri dengan anak anak. Ajue pilih bisness sebab keluarga, sebab anak anak. Nak freedom time. Harap company faham keputusan Ajue. Bisness ni tak lama pon, bagi masa dua hingga tiga tahun kita dah boleh freedom time. Ada orang buat tak sampai setahun pon, tak kisah la kan, janji kita buat. Daripada tak buat, langsung tak dapat, betul tak? Lambat ker cepat ker, itu tak penting. Janji buat!

Dan sekarang, dalam bisness pon, ada personal coach jugak. Tapi tak sama dengan apa yang Ajue terima masa kerja office dulu. Dalam bisness makan banyak dan makin gigih kita buat, hasilnya berganda, berkadar terus dengan usaha. Tapi kalau makan gaji, walau sekuatmana , walau sesibuk mana kita luangkan masa kat company, gaji tetap sama. Cuma bonus hujung tahun yang membezakan. So, terpulanglah kepada individu untuk menilaikannya. Tapi bagi Ajue, kalau dulu Ajue boleh kerja sampai tak balik rumah apalah sangat kalau luangkan masa cari rezeki bisness sampai tengah malam, janji balik jugak kan. Kita kan kena kerja seolah olah nak hidup seribuntahun lagi dan beribadat seolah olah mati esok hari.

Kalau last week misi ke Utara dan Selatan, hari ni ke Timur pulak. Seronok sebenarnya bisness nih, dapat ramai kawan baru dan pengalaman yang lain daripada masa kerja dulu. Sesuai dengan jiwa Ajue kut yang tak suka duduk diam, ada jer benda nak dibuat. Dan setiap perbuatan itu lambat laun akan dibalas dengan hasil yang berlipat ganda. Itu yang best.

So, oklah, dah penat berleter. Sekarang tengah tunggu nak boarding. Nanti Ajue update lagi yer. Tunggu….

By the way, kalau ada sesiapa kat Kelantan yang nak tahu macamna nak generate income pertama sehingga RM8000, boleh inbox Ajue kay. Boleh cover duit yang dah habis buat raya tuh tau.:-)

20120809-092334.jpg

Bisness appointments , Penang

Kali ni Ajue ke Penang pulak atas tujuan bisnes Premium Beautiful Ajue dan untuk membantu rakan kongsi mengembangkan networknya di sana. Bawak semua anak anak since hari Isnin cuti Nuzul Quran kat Selangor kan. Kami stay kat Vistana Hotel. Actually Ajue tak perlu nak bayar pon sebab hotel ni under vacation club yang Ajue join tu, apa lagi kalau bukan Palace Vacation Club.

20120805-015043.jpg

Maybe next time boleh datang sini lagi atas company Ajue pulak, Ajuerashid Enterprise.

Kebetulan bulan puasa ni kan, buffet ramadhan dia murah… Berbaloi sangat.

20120805-013603.jpg

Pastu lepas sharing kami pergi Quensbay Seaside makan makan kat situ. Besttt. Laksa Penang Ori lagi!

20120805-013805.jpg

20120805-014751.jpg

Sahur time. Breakfast yang diganti dengan sahur dari seawal 4 pagi sampai 5.30 pagi. Ajue paksa rela kan anak Ajue bangun temankan Ajue bersahur.. Hehehehe

20120805-055156.jpg

Ok time to check out… Mission accomplished! Sangat puashati dengan trip kali ni. InsyaAllah lepas nih akan kerap berkampung di Vistana! Ameennnn

Ya Allah permudahkanlah perjalanan pulang kami.

20120805-123903.jpg

Waahhhhhh

Alhamdullilah hari ni jadual full dengan bisness Premium Beautiful aktiviti sampai ke tengah malam.

Mula mula pagi lagi dah settle bayar apa apa yang patut kat bank. Lepas tu proses penghantaran biskut dan kuih raya pon bermula. Ada few kotak lagi untuk di hantar esok dan lusa. So, harap bersabar yer my beloved clients semua hehe. Semua nih atas ehsan Ajuerashid Enterprise 🙂

20120803-014206.jpg

Lepas tu ke Taman Desa pulak untuk pakaikan client Ajue dengan corset PB. Sangat teruja dengan perubahan serta merta lepas pakai , terus client tu sign up borang ahli, hehe. Bayangkan ek, kalau kita yang dah tempah baju kurung ratus ratus ringgit tapi bila pakai baju nampaklah rumah tingkat tingkat kat pinggang tu, eeeeeiiiii jatuh saham tau. So, saper yang nak cantik dan anggun dimhati raya silalah dapatkan corset PB dari Ajue yer. Ada free trial lagi dengan promotion raya yang hebat serta free gifts dari Ajue. Call Ajue untuk set appointment nak cuba corset ni yer!

20120803-014533.jpg

Sebelah malam pulak jumpa rakan kongsi Ajue, iaitu Ummu untuk setting next plan ke London dan Paris. Kali ni kami di inject lagi dengan kehadiran leader terulung kami iaitu CDM Hanis Haizi. Suntikan yang amat berkesan sampai tak lena tidur kut malam nih nak bantu seramai rakan kongsi untuk buat duit raya dan duit lepas raya nanti.

20120803-014801.jpg

Thanks Hanis dan Raz. Ajue dah kerja lebih dari 10 tahun kut, tapi tak pernah dapat personal coach macam nih. Hanis bukan sajer coach, tapi siap bagi tunjuk jalan macam mana nak buat dan capai sesuatu apa yang kita target. Kalau kerja dulu, maybe tak semua boss kita buat macam ni kan. Ada ker yang buat? Hmmm…..

Feeling feeling Paris

Semalam jumpa seorang kawan rapat yang Ajue anggap macam adik sendiri kat Pan Pac KLIA. Sembang pasal bisness tudung online dia dan jugak bisness Ajue. Pastu terkeluar citer pasal Paris. So, balik rumah terus bukak album lama nak tengok gambar masa pergi Paris dulu.

Ni masa 2006, first time pergi paris ngan anak anak. Masa tu anak ketiga Ajue si Sofea Anis ni baru 8 bulan. Pergi seminggu lepas cuti skolah bulan November. Sejuk la jugak…

20120802-060733.jpgi

Ni pulak dekat Arc de Triomphe.

20120802-060853.jpg

Pastu Ajue repeat Paris in 2008 ikut husband meeting. Masa tu bulan March. Kali nih dapat tengok Eiffel Tower waktu malam sebab siang tak leh jalan kan.

20120802-061358.jpg

Dan dua tahun lepas tu Ajue pergi lagi Paris. Kali nih bawak anak anak dan mak dan mentua sekali. Pergi bulan December, sempatlah merasa snow yang tebal. Anak Ajue si Sofea tu dah besar dah, dah boleh posing sendiri pulak tuh,

20120802-061601.jpg

Dan dekat Arc de Triumphe pon ambik jugak. Masa nih gelap sesangat dan sejuk sampai ke tulang! Sedar sedar masa esok paginya dah turun snow…

20120802-061709.jpg

20120802-064010.jpg

Rumah vacation yang sama tapi berbeza musim…

Ni masa autumn

20120802-064117.jpg

Ni pulak masa winter

20120802-064151.jpg

Dan Ajuerashid Enterprise pon dah buat pakej ke Paris bulan Jun lepas, tapi Ajue tak ikut .

Dan tak sabar rasanya nak pergi lagi dengan rakan bisness Premium Beautiful Ajue nanti, dalam pakej London Paris Hai O. Semua FREE pulak tuh. Makan minum, hotel, airline, semua free! Apatah lagi di bawah pimpinan leader terulung kami iaitu CDM Hanis Haizi

20120802-064357.jpg

So, saper nak ikut Ajue kali nih? Ajue boleh guide macamaner nak qualified pakej nih. Contact Ajue yer,

ajue3375@yahoo.com

0132260082