IT oh IT!

20120629-111106.jpg
Salam semua,

Dunia sekarang dunia teknologi. Kalau dulu ramai orang buta IT, tapi sekarang majoriti celik IT. Tengok sajer kanak kanak, even tadika pon dah kenal facebook. Cepat betul teknologi IT ni berkembang kan.
Ajue ingat lagi masa kat matrikulasi dulu, kena isi borang nak pilih kursus apa masa nak naik degree. Letak IT pilihan terakhir sebab takut. Orang kata course IT susah nak score, benda baru tak ramai yang tahu. Then, masa tu Ajue memang suka accounting dan bisness. So, first dan second choice memang bukan IT la. Last last dapat surat tawaran buat degree in IT! Apo nak di kato? Redah jugak laaa dalam kepayahan Ajue merangkak belajar benda susah nih. Ingat lagi, masuk lab Ajue tengok kawan kawan tekan keyboard laju giler… Tapi Ajue masa tu terkial kial nak cari huruf. Yang paling best tak tahu mana nak masukkan diskette! Bila imbas balik kenangan dulu, eh, boleh jer aku buat. Boleh jer aku score, lulus gak aku dalam IT. Tapi masa belajar macam macam dugaan ada, boleh jer aku tempuhi.
Sekarang, dah 14 tahun Ajue kerja IT. Dengan pekerjaan IT jugak lah Ajue kenal negara negara lain yang memang dah jadi impian Ajue untuk pergi sejak kecil lagi. Daripada handle projeck APAC sampailah ke Europe. Semua sebab pekerjaan dalam IT. Jap eh, nak recall balik negara mana Ajue dah pergi. Hmmm Singapore, Thailand, Indonesia, German, Holland, Dubai, Brazil, Serbia, India, Doha. Ni jer kut, yang lain lain tu banyak Ajue pergi vacation sendiri, hasil daripada duit gaji IT.

Ajue terfikir jugak, apa nak jadi untuk jangka masa 14 tahun lagi, takkan boleh jadi CEO kut. Masa tu gaji dah berapa, anak ada berapa, sekolah kat mana, masuk U apa.. Macam macam Ajue fikir. Sampailah suatu hari Ajue terfikir nak duduk rumah la, jadi housewife lak, buat income dari rumah, online bisness ker, part time ker, janji dapat jaga anak anak sendiri, nak masak untuk family dan macam macam lagi. Hari hari berdoa agar tuhan makbulkan. Tapi tak dapat, ofis bagi assignment oversea lagi, bagi tanggungjawab lebih sikit, bagi bonus besar lagi. Terfikir jugak kenapa tuhan tak bagi apa aku nak, doa aku tak cukup kuat ker, amal ibadat still kurang ker.

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Yup memang betul, kata orang kalau Allah tak makbulkan permintaan hambaNya, sebab dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk hambaNya. Lepas setahun lebih baru sekarang Ajue dapat apa yang Ajue nak. Fulltime housewife sambil buat bisness online kat rumah. Dapat jaga anak anak sendiri, tengok diorang pergi sekolah, ambil dari tadika, masak untuk diorang dan lain lain. Semuanya boleh dilakukan sendiri. Tapi, yang penting bisness tetap ON! Baru Ajue faham, kenapa dulu Ajue doa tak dapat benda nih semua, rupa rupanya, kalau jadi housewife masa setahun yang lalu tanpa bisness camaner nak survive, betul tak. Maksud Ajue, takkan nak susahkan husband pulak. Dia pon ada tanggungan dia sendiri. Kalau semua nak letak atas bahu suami nak pikul, tak kan menjadi. Even husband dah gaji besar pon, rasanya kita as a wife nak jugak income sendiri, tak besar pon takper. Janji kita ada duit kita sendiri, betul tak?

Sedar tak sedar dah hampir 4 bulan ajue fulltime bisness+housewife. Pelik kan, duit gaji yang tetap takde, semua bergantung sepenuhnya dengan bisness online Ajue nih. Bukan nak berlagak, tapi amat amat bersyukur dengan rezeki Allah… Dia mencukupkan apa yang terkurang, mengadakan apa yang diperlukan, merahmatkan serta memberkati setiap sen hasil titik peluh dalam berniaga.
Ada orang tanya bisness nih halal ker? Sampai nak selidik macam tu sekali. Yer, Hai O matketing tersenarai dalam syariah compliant kat security commision. Cuba cari dan selidik, bank yang kita simpan duit tu tersenarai tak? Naper tak pertikaikan yang itu? Wallahualam…

Malah dengan duit bisness lah Ajue bayar yuran pengajian anak anak, yuran tadika, duit belanjer sekolah, beli barang barang pasar dan lain lain. Kalau tak halal, tak berkat la diorang, betul tak? Tapi Ajue bersyukur lepas dapat tahu result anak Ajue yang kat tahfiz tu cemerlang, Alhamdullilah. Bukan nak takabbur disini, tapi nak bagitau disini, berkat hasil titik peluh berniaga lah yang Ajue bayar yuran, beli makanan anak anak. Kalau kita buat benda baik, insyaAllah tuhan akan memberkati, betul tak.

Dengan Hai O jugak Ajue boleh pergi vacation oversea. Baru jer pergi Vietnam, next month nak pergi Guangzhou lak. InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki ke Paris dan London jugak. Dan dengan AjueRashid Enterprise mampu buat trip ke Switzerland dan Italy. Alhamdullilah…

Dan sekarang, bisness Premium Beautiful yang Ajue buat ni pon dah maju setapak lagi. Semua dah tahu kan, leader kami GLG iaitu CDM Hanis dan CDM Raz telah bukak satu Academy untuk membantu group kami dalam online busness nih. Kami Green Leaders Group akan memanfaatkan apa yang leader kami sedang usahakan, iaitu melalui Social Media Marketing, dimana semuanya menggunakan teknologi IT.

20120629-110807.jpg

Saper kata MLM ni tak boleh pergi jauh? Bukti telah ada depan mata, malah dalam paper Berita Harian semalam pon ada keluar pasal Hai O nih.

20120629-111948.jpg

So, apa yang Ajue nak sampaikan di sini, walau apa jua yang kita lakukan, kita tak boleh ketinggalan zaman, kita kena upgradekan diri kita dengan teknologi terkini demi masa depan kita dan keluarga kita, anak anak kita. Persaingan memang hebat di luar sana. Ilmu pengetahuan kena ditimba dari masa ke semasa. Bukan nya jadi housewife, buat bisness online tak perlu belajar. Tu salah, kita kan di suruh menuntut ilmu sampai ke negeri Cina.
Ajue ingat pon kalau dah tak kerja dalam bidang IT fokus kepada bisness jer. Tapi Ajue silap, tuhan dah jodohkan Ajue dengan IT lama dulu lagi, dan even susah mana pon masa belajar, even buat pilihan terakhir untuk ambik kursus IT, tapi tuhan maha mengetahui atas apa yang Ajue tak ketahui.
Wallahualam…

Testimoni PB lagi..

image

Alhamdullilah… seronok Ajue dengar perkembangan pengguna corset Premium Beautiful ni. Mtam ibarat mak Ajue sebab beliau banyak berjasa dan menolong pada Ajue masa Ajue belajar kat UUM dulu. Ajue kenal dengan family Mtam semua. Sampai sekarang still berhubung. Semoga Allah memberi kesihatan berpanjangan kepada Mtam sekeluarga. Ameen..

Day trip to help bisness partner in Kota Baru

Salam semua dan selamat pagi. Tak tahu la naper asal dalam flight jer suka update blog. Kalu macam ni naik kapalterbang hari hari la kut baru rajin update blog.. Lol!

image

OK Kali ni nak citer pasal misi membantu bisnes partner Ajue kat Kota Baru lak. Since balik dari Milan ni baru berkesempatan nak jumpa dia. Bisness partner Ajue ni seorang medical doctor kat HUSM. Even jarak memisahkan kami namun dia amat komited dengan tanggungjawabnya terhadap bisnesnya. Selalu update Ajue tentang progress dan rujuk leaders jika ada kesukaran.
Ajue sangat kagum dengan beliau. Dia join bisnes masa masih dalam pantang lagi kat Taman Desa. Then kami sempat buat beberapa sesi mini NDO sebelum dia balik KB.

Walaupon tak pernah berkesempatan hadir majlis ilmu tapi beliau rajin bertanya apa apa saja sebagai pengetahuan dalam bisness. Dan paling mengkagumkan beliau berjaya menjual sendiri beberapa set PB di sana. Syabas Nik. !

Life must go on

Salam semua,

Memang dah biasa kita dengar kan, untuk mencapai sesuatu yang kita hajati perlulah melalui pelbagai pengorbanan. Dan tak kurang juga kita sering diuji dengan dugaan dan cabaran yang akhirnya mematangkan kita setelah mengenali diri dengan muhasabah diri kita.

Sejak dari awal berbisness lagi Ajue sering diuji dengan pelbagai dugaan. Lepas satu persatu dugaan datang menimpa. Tapi Alhamdullilah dengan kesabaran (walaupon kadangkala terpaksa menangis seorang diri dalam kereta!) Ajue masih mampu meneruskan apa yang Ajue impikan dan sedang lakukan sekarang ini.

Kadangkala pernah Ajue terfikir adakah ini bala? Kemudian Ajue terfikir lagi, berdosakan pekerjaan yang Ajue lakukan ini? Dosa kat mana? Bukannya menipu orang, malah terang terang terbukti saper yang usaha maka dia akan mendapatkannya. Tiada kejayaan yang datang tanpa usaha. Perniagaan yang cukup cantik ini hanya dapat dinikmati dengan hati yang ikhlas, tak perlu nak backstabbing satu sama lain. Ajue ingat lagi, masa belum buat bisness dulu, kalau kat company tu, pantang tengok orang menyerlah, ada jer yang cucuk dari belakang. Dan yang buat tu ialah team mate sendiri. Itu semata mata sebab dengki dan rasa tak puashati tengok orang lain berjaya. Siap racun racun boss lagi untuk jatuhkan sesama sendiri. Tak bestnyerrr kerja macam tu kan.

Ok, berbalik kepada tajuk entry kali ni, kali ni Ajue diuji dengan maid lari! Waduhhhh hanya siapa yang merasai tahu apa perasaan kita masa ni kan. Orang yang tak tahu dan tak faham dengan mudahnya berkata tengok , bisness la sangat, sampai maid pon lari. Hah??? Apa pulak kena mengena buat bisness dengan maid lari. Tak faham… Sungguh tak faham. Kemudian Ajueterfikir lagi, andaikata Ajue tak buat bisness, dan maid lari, ada ker orang nak kata macam tu? Confirm tak de kan. Nasib baik bisness, ada masa sendiri, at least boleh la tengok anak anak dan kerja kerja rumah masa takde jumpa client. Pandai pandai la kita bahagikan masa, betul tak? Kalau Ajue masih kerja tetap? Camaner?

Anyway, hidup mesti diteruskan, bisness mesti dijalankan, so cara terbaik buat masa ni, hantar jer anak anak day care lepas sekolah. Tunggu sampai Ajue atau husband Ajue balik kerja baru ambik. Ada jugak suara suara yang kata sampai bila nak macam ni, takde kesudahannya...
Lor… Dah tu, nak dapat maid lain bukan 2 jam, bukan 2 minggu, silap silap 2 bulan! Takkan nak tunggu lepas tu baru nak bergerak… No matter what, life must go on!

20120618-131327.jpg

Teringat pulak gambar ni pernah ada orang post kat facebook. Kita adakah diri kita yang menentukan setiap tindakan kita. Minda dan pemikiran kita yang menjadikan setiap tindakan kita. Andaikata kita berdepan dengan satu rintangan dihadapan yang menghalang laluan kita untuk terus mengejar impian hidup kita, kita mempunyai 3 pilihan. Samada nak ke kanan, atau ke kiri atau sedaya upaya cuba mengatasi rintangan tersebut. Bayangkan, rintangan itu adalah satu tembok yang tinggi dan panjang….

20120618-132145.jpg

So, to all my Beautiful Galaxy Team, lets do this bisness together, lets face all obstacle together. Jangan berikan pelbagai alasan untuk menghacurkan bisness kita. Ingat apa matlamat kita buat bisness, ingat kenapa kita nak merubah kehidupan kita. Bukan hanya untuk diri kita, tapi anak anak kita, ibu bapa kita, nak bantu suami kita jugak kan. Ayuh, kita fight bersama sama. Kita ada great leader yang tak pernah jemu memberi kita semangat serta dorongan , yang menunjukkan kita jalan mana yang harus kita lalui. Leader dah ada untuk bantu kita, hanya kita sahaja relakan diri untuk dibimbing. Dan yang paling penting leader kita telah melalui pelbagai rintangan dan ujian terlebih dahulu daripada kita, dan di mana leader kita sekarang? Yup, dia ada bersama sama kita bagi membantu kita mengatasi segala rintangan itu. Thanks CDM Hanis Haizi atas semangat serta kata kata nasihat yang telah diberikan semalam.

20120618-134346.jpg

20120618-132743.jpg

Kita tak mampu nak capai semua seorang diri, sebab tu kita ada satu team. Kalau kita beri kerjasama, insyaAllah hasil kejayaan kita nikmati bersama. Ingatlah,

you cannot change the past BUT you can change your future!

to accomplish great things, we must not only ACT, but also DREAM; not only PLAN, but also BELIEVE

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Kita sering mendengar pepatah mengatakan Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Tapi adakah kita tahu dan faham maksudnya. Ajue ada terbaca maksud yang tersirat di sebalik kata kata tersebut. Marilah kita sama sama menghayatinya… Semoga menjadi pedoman hidup kita.

1. Sihat sebelum Sakit

lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang orang disekililing anda semasa anda masih sihat

2. Muda sebelum Tua

waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajipan anda kepada yang Maha Pencipta. Kelak bila anda tua, anda tidak lagi memikirkan hal duniawi

3. Kaya sebelum Miskin

waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan menjadi bekalan anda menghadapNya

4. Lapang sebelum Sempit

waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda

5. Hidup sebelum Mati

sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara diatas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh , sedekah dan doa anak yang soleh yang akan mengiringi anda

Gambar dibawah sekadar hiasan semata mata… Ameen

20120615-004418.jpg

Jalan jalan Milan

Ok, last destinasi kami untuk Europe ini ialah ke Milan. Actually kami dah sampai Milan beberapa hari lepas daripada Zurich. Tapi sebab kami naik gunung dulu, lepas tu ke Venice dan sekarang baru nak explore Milan. Pendek kata, dari banjaran Swiss yang bergunung ganang serta pemandangan yang indah melihatkan keagungan penciptaNya. Kemudian ke banjaran Italy pulak untuk merasai suhu di bawah paras beku serta sedikit salji yang memberikan pengalaman menarik yang tak akan kami lupakan ketika menginap di resort alps. Kemudian ke bandar air iaitu kota Venice untuk menikmati kehidupan yang mempunyai pengankutan utamanya ialah air. Dan sekarang ke kota fesyen terkemuka untuk kami merasai kehidupan penggemar fesyen terkemuka.

Sesampai di Milan kami terus ke apartment kami yang terletak di Lancetti tak jauh daripada Milan Central. Lepas dah letak barang, kami ke tempat hantar kereta yang kami sewa selama 4 hari. Milan ni senang sangat, pengangkutannya amat mudah untuk difahami. Kami beli 24 hours day pass ticket yang berharga cuma 4.50 euro seorang. Dengan tiket ini kami boleh naik apa saja public transport yang ada di Milan. Daripada bas eletrik, tram mahupon train intercitynya.
Hari pertama terus ke Duomo yang terkenal dengan gereja besarnya, tapi bukanlah pergi untuk melawat gereja tapi untuk ke tempat branded item terkenal seperti LV, Prada, Gucci dan lain lain lagi. Serta tak lupa jugak untuk bergambar kat sana.

20120609-235914.jpg

20120610-003614.jpg

Memandangkan kami hanya ada 3 hari disini, keesokannya kami ke Serravalle Designer Outlet iaitu factory outlet yang terbesar di Eropah. Mulanya ada cadangan untuk ke Foxtown tapi memandangkan tempatnya dah ke sempadan Swiss dan pertukaran dari Euro ke Swiss Franc ketika shopping kami mengambil keputusan untuk ke Serravalle sahaja. Untuk ke sini ada day tour yang disediakan oleh company di Milan iaitu Zani Viaggi. Perjalanan menaiki bas double decker dari Milan ke Serravalle memakan masa lebih dari satu jam. Dan kami diberi masa lebih dari 5 jam untuk shopping. Barang barang seperti Prada, Burberry, Bruno Magli, Bricks dan lain lain lagi semuanya ada disini. Pendek kata bawak jer duit shopping banyak banyak sebab harganya serendah 45% less compare to yang terdapat di kedai luar. Best kan???

Ni gambar sementara nak menunggu shuttle dari Milan ke Serravalle. Pernah dengar tak pasal Garibaldi? Ajue rasa pernah dengar tapi lupa la pulak. Nanti Ajue google kay. Hehe

image

image

Okay, hari ketiga merupakan hari terakhir adik Ajue bersama sama mengikui trip ini. Beliau akan ke Paris petang nanti dengan train TGV. Tapi sebelum tu sempat lagi kami ke stadium terkenal di Milan iaitu tak lain dan tak bukan, San Siro. Agak jauh la jugak perjalanan ke stadium dari Lancetti. Tapi disebabkan semua nak beli merchandise AC Milan, kami gagahi jugak untuk kesana.
Ajue sempat belikan jersey untuk anak sulung Ajue, dia minat sangat dengan AC Milan. Actually dia ada request untuk ikut Ajue trip ni tapi dah kesuntukan masa Ajue tak sempat nak selitkan dia seorang. Lain kali yer, nanti ibu bawak semua pergi, insyaAllah.

image

image

20120610-003104.jpg

Ok, agak sedih jugak nak hantar adik Ajue kat train station tadi sebab selama 10 hari bersama sama kan, tapi apa boleh buat, setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Dan esok turn kami pulak untuk pulang ke Malaysia. Apa yang Ajue boleh katakan di sini, Ajue berpuashati dengan kerjasama semua ahli trip ni. Walaupon kami menghadapi beberapa kesukaran namun kami anggap itu semua sebagai cabaran dan kami laluinya bersama sama. Dari situ timbul kerjasama serta permuafakatan antara kami. Segala susah senang kami lalui bersama sama dan itulah yang menjadikan satu pengalaman menarik dalam sejarah hidup kami dan akan kami kenang untuk selamanya. Yang buruk itu datang dari kekurangan diri kami sendiri dan yang terbaik itu jua dari Allah.

Semoga kami berkesempatan lagi untuk trip seterusnya selepas ini dan dengar dengarnya ramai yang berminat untuk merasai pengembaraan dengan Caravan di New Zealand pulak. So, ada berani? Hehe ….

20120610-002549.jpg

Jalan jalan Venice

image

Dah lama Ajue berangan nak pergi Venice. Masa kecik lagi selalu tengok gambar orang pergi sini. Ingat lagi pernah satu ketika orang bagi tau Ajue suatu hari nanti Venice akan tenggelam sebab air dunia semakin naik, so baik cepat cepat pergi tengok Venice. Kalau tak silap masa tu Ajue kat sekolah menengah. So, sejak hari tu Ajue simpan angan angan untuk sampai jugak ke sini.

So, perjalanan dari Trento ke Venice memakan masa hampir 3 jam driving ditemani oleh italian alps serta rumah rumah kotak yang berselerak sana sini. Kami sempat isi minyak serta beli mineral water sebagai bekalan perjalanan kami.

20120607-081018.jpg

Kami sampai Venice terus call owner apartment tu Francesco. Beliau turut membantu kami untuk park kereta kat Piazzare Roma. Rupa rupanya, Venice ni tak boleh bawak kereta masuk bandar dia sebab pengangkutan utamanya ialah water boat, atau dalam bahasanya Vaporetto.

Kami disambut oleh Lyana, pembantu kepada Francesco. Beliau membawa kami dari tempat meeting point terus ke apartment. Kami dah plan, tak nak bawak beg beg besar sebab tak semua barang nak guna kat Venice nih. Just bawak barang makanan serta keperluan untuk dua malam sahaja ke sini. Barang barang lain kami tinggal dalam kereta.

Lyana membawa kami melalui short cut way untuk ke apartment. Lebih kurang 15 minit berjalan kami pon tiba ke apartment yang sangat selesa. Dari living room yang mempunyai canal view, kitchen yang lengkap untuk kami memasak, dua bilik tidur yang luas dan double bed serta dua bilik air memang cukup selesa bagi kami. Terasa seperti berada di rumah sendiri.

Sebenarnya, Fracesco mengusahakan apartment ini bersama abangnya. Apartment kami ni asalnya sebuah rumah yang amat besar maybe dari turun temurun keluarga beliau. Kemudian, bapanya yang kini pengedar dan owner kedai jual kereta Fiat telah membahagikan sebuah rumah yang besar itu kepada beberapa apartment untuk dijadikan perusahaan keluarga. Beliau datang ke apartment untuk brief kami tentang apartment serta bagi tau tempat tempat menarik di Venice.

20120607-082922.jpg

20120607-083422.jpg

Oh ya lupa nak cakap, sampai jer kat apartment isi perut dulu dengan bekalan yang kami buat dari resort Trento lagi. Nasi impit dan kami juga sempat beli pizza italy, pizza vege gitu.

20120607-084217.jpg

So, alang alang buat tour arrangment nih, Ajue masukkan sekali destinasi ke Venice. Mulanya kami nak pergi day trip jer, tapi disebabkan plan bertukar saat akhir, kami cepat cepat buat booking apartment kat Venice. Satu malam untuk satu apartment 6 orang, hanya 240 euro. Dekat sangat dengan market, tempat jual suvenir dan square. Beberapa minit jer perjalanan dah jumpa tempat naik Gondola.

image

20120607-094124.jpg

Oh ya, aktiviti yang kami lakukan semua diatur oleh adik Ajue dan pakcik Ajue. Yang lain lain ikut jer. Hari pertama sampai kami ingat nak naik Gondola, tapi sepanjang perjalanan nak naik tu singgah sana singgah sini, terus habiskan masa dengan shopping jer kekekekke

20120607-101920.jpg

image


image

Gambar ni masa naik Vaporetto..

image

image

20120607-094314.jpg

Jalan jalan cari snow

image

Orait, ni baru ada masa nak update yang alps tu. Sepatutnya hari ni plan asal nak ke Venice, tapi memandangkan jarak yang jauh untuk balik ke resort, kami tukar plan. Kami akan stay kat resort dua hari sebelum checkout dan turun ke Venice. Maybe akan stay Venice 3 hari sebelum ke Milan.

Kami keluar lepas solat Zohor pusing pusing nak tengok apa yang ada kat Trento nih. Kat belakang yang gambar Ajue ambik nih ialah Italian Alps . Nampak tak snow kat puncak dia? Semalam masa sampai tak nampak lagi snow tuh. Maybe sebab pagi tadi hujan kan, jadi ada snow la turun agaknya.

image

Ajue banyak ambik gambar sendiri konon konon nak buat profile picture, so dok snap la sorang sorang dgn gaya tersendiri.. Hehehehe

image

Actually kami pakai hentam jer menuruni lereng lereng gunung, tiada arah tujuan sebenarnya. Tiba tiba sampai kat satu tempat macam dekat sangat dengan snow tu. So kami nekad untuk cari jugak jalan nak sampai ker tempat snow tu.

image

Akhirnya lebih kurang dua jam perjalanan, kami tiba di ski center. Kat sini lah tempat berkumpul untuk naik cable car ke puncak gunung. Tapi since kami pergi dalam musim summer, snow tak de lah kat sini. Kat situ kami berjumpa dengan owner restoren kat situ. Dia bagitau ada laluan kereta dalam lebih kurang 50 meter ke atas. Kalau nasib kami baik, kami boleh jumlah snow kat situ.
So, kami pon gamble lagi untuk naik ke atas, sambil mengharap ada la jugak saki baki snow yang turun pagitadi. Bukan Ajue tak pernah main snow, dah pernah pon masa 2010 yang lalu. Tapi sebab nak penuhi impian kakak dan jugak makcik Ajue yang sama sama menyertai europe tour ini.

image

Alhamdullilah kami bernasib baik kerana rezeki kakak dan makcik ada pada hari ini. Kami parking kereta kat tepi satu satunya hotel kat situ. Pastu panjat hingga ke puncak untuk ambil gambar. Indahnya, betapa agungnya ciptaan Tuhan, tak pernah tergambar di pikiran Ajue suasana yang begitu cantik dan tenang seperti ini. Masa kat kaki gunung tu actually suhu 2’C. Sejuk sampai ke tulang. Dah la masa panjat tu ada snow yang sedang mencair, jadi sesekali tenggelam kaki kami maka bertambahlah kebekuan jari kaki.

Kami pulang ke resort dah dekat nak maghrib, singgah beli telur kejap untuk masak maggie. Pastu tidur awal kerana esok pagi nak bertolak ke Venice pulak.

Veronza Resort, Trento

Bangun pagi dah bau nasi goreng. Rupanya ada yang lapar dek kesejukan udara alps malam tadi. Hari ni kami tak kemana sebab memang saja nak berehat dan habiskan masa di resort.
image
image

image

image

Baru jer nak turun je lobby untuk self service laundry, dah hujan pulak. Maka bertambah la kesejukan yang memang dah sampai ke tulang! Sambil update blog dan saved as draft, Ajue duduk kat luar balkoni sambil berbungkus satu badan dengan blanket…. Haha sajer bila lagi nak rasa suhu macam ni kan. Layansss…

Team A dan Team B dah zzzzzzzzz. Dah la internet tak de kat apartment. Hanya di lobby sahaja yang ada. Jauh la pulak nak menapak ke sana.

Kalau diikutkan hati kecil Ajue, nak jer balik KL sekarang sebab teringatkan keaadaan hubby Ajue yang kena handle anak sorang sorang. Tapi fikiran mesti positif kan, lagipon, Adlan dan Aisyah dan ada kat rumah makcik Ajue. Cuma yang chiquititas dua kecik tu Ajue tak tahu kat rumah saper sekarang. Last info yang Ajue dapat hubby akan work from home sampai Ajue balik nanti. Waduh waduh, maid oh maid. Kenapa laa kau lari dari rumah???

Btw ni la gambar resort yg sempat Ajue snap.
image

image

From Zurich to Milan via EC

Dah checkout tadi dan alas perut dengan roti cicah sambal daging dan nescafe. Kami naik tram untuk ke zurich central. Sampai sana sempat lagi shopping suvenirs untuk menghabiskan saki baki duit swiss franc.

image

Pastu kurang jam 10,45 pagi, train ke Milan pon tiba, tapi kan ada tulis free seating. Pelik gak. Kami ambik coach last sekali dan tak ramai orang sangat.

Then, tepat jam 11.09 pagi train pon mula bergerak. Ada announcement menyatakan bahawa train yang sepatutnya ke Milan mengalami teknikal problem, so digantikan dengan train yang kami naik sekarang nih. Oooo patutlah free seating. Yang tak bestnya train ni tak direct ke Milan. Kami kena tukar train kat Chiasso nanti untuk ke Milano. Apa apa jer la belalang….
image

Kami sengaja ambik train waktu siang sebab nak enjoy pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan. Hati ini sungguh terasa kerdil tatkala melihat keindahan alam citptaan Allah. Jauh disudut hati kecil Ajue, alangkah beruntungnya kalau dapat tinggal di sini. Keindahan alam yang semulajadi cantik tak terkata.

image

Sesekali melintasi gunung ganang yang diliputi salji di puncaknya. Di selangseli pulak dengan pemandangan high country yang menghijau dengan rumah rumah kotak yang berselerakan. Oh indahnya alam ciptaan tuhan. Dalam hati terdetik kesyukuran yang teramat sangat kerana Ajue berkesempatan untuk menikmati semua ini yang menjadi angan angan Ajue sejak kecil lagi. Alhamdullilah…..

image

image

Dalam train ada jugak orang jual coffee, so kami pon tak lepaskan peluang biarpon tahu harganya yang mahal tapi sebab nak hilangkan boring kami sanggup.. Hehe

Setelah hampir dua jam perjalanan, kami disambut pula dengan hujan renyai renyai serta kawasan berkabus diluar. Sekali lagi Ajue kagum dan teruja dengan keindahan pemandangan di luar. Boleh bayangkan suhu kat luar sana…. Fuuuhhhhh tak tahu la nanti kat resort kami camaner. Harap harap tak la hujan sangat sebab nanti sure terbantut beberapa agenda yang telah dirancang sejak setahun yang lalu.

Tepat jam 1.45 dah sampai Lugano. Tapi kami tak turun di sini. Kami akan turun di last station iaitu Chiasso. Dari situ tukar train lain untuk ke Milano. Train berikutnya ni under Italy punye line, iaitu Trenitalia. Dari Chiasso memakan masa lebih kurang setengah jam untuk sampai ke Milan.

image

Sampai Milan dalam lebih kurang jam 3 petang. Kami terus mencari ofis kereta sewa kami untuk mengambil kereta. Kami dapat Fiat Ducato 9 seater. Kereta ni manual, so agak mencabar la jugak sebab pemandu utama kami iaitu dari Team A merupakan kali pertama memandu left hand car.
Sebelum bertolak ke resort, kami sempat membeli pizza vege sebagai alas perut sepanjang perjalanan nanti.

image

Perjalanan ke resort penuh cabaran mahupon dipandu arah oleh si GPS, tapi kadangkala terkeliru sikit dengan jarak km yang diberitahu. Sampai ke pekan kecil Cavelese, kami masih mempunyai baki 28km untuk naik ke puncak alps… Fuuuhhhhh . Nasib kami baik kerana Kali ni dipandu oleh Team B pulak kerana kemahiran beliau memandu di padang pasir selama 3 tahun banyak membantu mengawal kereta kami melewati lereng gunung yang amat curam itu! Sesekali mata menjengah keluar dan kebawah, terasa gayat teramat sangat dek ketinggian yang kami tempuhi.

image

Lebih kurang jam 8 malam, kami pon tiba di resort. Waahhhhh sungguh cantik dan indah suasana sekitar resort tersebut. Selesai urusan check in kami pon segera ke apartment 2 bilik kami untuk berehat.

Sebelah malamnya, setelah selesai makan malam hidangan kari dan kurma Brahims, sambal bilis , serunding daging serta ikan masin kami duduk berbincang plan baru yang terpaksa di ubahsuai kerana situasi di luar dugaan kami.

Memandangkan resort kami nun jauh di atas gunung serta perjalanan turun dan naik ke resort yang mencabar itu, kami terpaksa melupakan trip ke Venice yang dijadualkan pada keesokan harinya. Kami hanya akan spend time kat resort sahaja sambil menikmati keindahan serta merasai kesegaran udara italian alps selama dua hari di sini sebelum bergerak ke destinasi seterusnya selepas itu.

Nak tahu apa, tunggguuuu…..! Hehe