Family Vacation Tioman 1720 July 2020 – Day Two

Day Two – Deep Dive, Ship Wreck, Fish ID, AOWD, Birthday by the beach

Hari ni Ajue bertiga plan nak buat 2 boat dive. Tak sangka pulak kedua dua boat dive ni, merupakan basic requirement untuk yang buat advance. Aikkk, apa lagi, dah alang alang dive kan, apa kata kita upgrade terus jadi Advanced??

Setelah berbincang dengan DC, dan DC tanya instructor Zack Salim. Maka kami pon agree nak join satu group student yang tengah buat advanced. yeszzaaaaa. Ajue buddy dengan Shasha. Qie dan Kak Long. Zack instructor, Aidi photographer and assistant. Then ada dua adik beradik Farah dan Azam. Kami pergi Deep Water dan Ship Wreck dulu dekat Sawadie. Lepas tu Fish ID and Conservation dekat Renggis

Cuaknya Ajue, sebab Ajue tak dapat turun langsung masa Deep sea 28.1m tu. Teliga berdengung tak hingat. Baru 5 meter kut, Ajue sangkut. tak boleh nak equalize… hasudahhh, sakit telinga yang amat sangat.

Masa tu Zack, Farah dan Azam dah sampai bawah. Ajue beberapa kali bagi signal problem, tapi Zack tak perasan. Last last Ajue terpaksa naik sikit, equalize dan turun balik pelan pelan. Nasib baik Aidy dan Qie nampak problem Ajue. Then, bila dah descent betul2 kat bawah, marvellous sangat!! Sungguh cantik Ya Allah.. tak dapat digambarkan. Kami dive selama 30 minit lebih.. ada ship wreck kat bawah sana. Untuk course advance ni, kami kena buat colour changes at depths, pressure change, buoyancy dan lain lain.

Masa buat assignment tu, siap duduk atas deck kapal lagi, lol. sebab nya, Ajue masih tak reti nak buoyancy.. kalau tengok video Kak Long dan Qie, superb giler dorang tu. Siap boleh main intai intai lagi dalam kapal ada apa.. ishhh jeles tul caner laaa dorang boleh buat yer. Its ok, one day, Ajue yakin Ajue pon boleh sama sama dengan dorang jugak macam tu nant. Tapi kena banyak praktis lagi dekat pool.

Then, tiba tiba dive comp Ajue dah blink blink. Zack tengok nampak angka 03. Errk. Ajue tak faham apa maksud tu, Macam ada something dengan dive comp Ajue ni . Sedar sedar, semua dah kena gather kena naik.

Then masa dah atas boat, Zack bagitau, NDL Ajue tinggal 3 minit jer lagi. NDL ni means balance masa yang Ajue ada untuk stay underwater.

A no-decompression limit (NDL) is a time limit for the amount of time a diver can stay at a given depth. … A diver who stays underwater longer than the no-decompression limit for his dive can not ascend directly to the surface but must pause periodically as he ascends to avoid a high risk of decompression sickness.

www.liveabout.com

Kami rehat kejap atas boat, bagi Nitrogen stabil sebelum dive kedua. Kali ni kami ke pantai Renggis pulak. Dive kali ni 15.8 meter jer. Kat sini Ajue jumpa turtle. Siap posing lagi, tapi gambar masih lagi menunggu Zack bagi. Seronok giler dan enjoy sangat. Sebab dah boleh sama sama dengan Kak Long dan Qie. Kat sini ada treadmill lagi, siap boleh berlari atas tu haha. Ada macam terowong jugak boleh lalu sorang sorang jer. Janji tak tersangkut.

Kami balik agak petang, and malam tu hujan kejap. Ingatkan dah tak dapat buat BBQ, tapi alhamdullilah, pihak restoren kat situ sangat sporting. BBQ birthday celebration by the beach gethu!!. Untuk Adlan 23 July dan Uthman 22 July. Restoren tu kata ni first time dia buat setup tepi pantai macam ni. Cantikkkkkk sangat. Ada mee goreng, seafood, air panas, air sejuk, fruits, balloon2 dan photobooth lagi. Highly recommended sangat. Try la, besttt.

Kami makan2 dan lepak sampai jam 10.30 malam. Lepas tu gegirls sambung lepak tepi pantai dekat chalet sampai tengah malam. Ajue masa tu dah zzzzz.

We live while we re young!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *