Dive at Pulau Bidong

My solo journey dive

Day One. 18 Sept 2020

Kiranya trip solo pertama Ajue ke Pulau Bidong. Asalnya, buddy Ajue nak join, tapi last minit dia tak dapat cuti pulak. Its ok, takder rezeki lagi. Trip kali ni Ajue plan sebab nak cari pengalaman descent dan buoyancy. Yer la, nanti nak pergi Sipadan kan, rugi ker kalau tak mahir lagi dua skill ni. Takkan selamanya nak harapkan anak buah guide kita, betul tak.

Lagipon nanti tak syok la, orang lain dapat menikmati keindahan dasar laut dan main dengan ikan, kita ni asyik dok turun naik tak habis habis kakaka.

Ok, sedikit info pasal Bidong.

Bidong Island

Bidong Island or Pulau Bidong once sheltered almost 40,000 Vietnamese refugees between 1978 and 1991. There were longhouses, schools, vocational workshops, a church, temples and even bars to accommodate a better living environment for those who fled unjust treatment from their homeland. It has marked the history of Malaysian foreign affairs with regards of handling refugees and her sovereignty. That is why Bidong Island is considered to be the most historical island in Malaysia.

Today, those buildings are gone and almost forgotten. What’s left are some monuments, a few gravestones on the hill and underwater boat graveyard that manifests as a reminder about her history. Although Bidong is not listed as a National Marine Park but it has been gazetted as Malaysian National Heritage sites and safely guarded by able personnel of Terengganu Museum who are stationned there. Visiting rules are almost the same as Marine Park.

Since there are no chalet or permanent structure apart from University Malaysia Terengganu (UMT) Marine Research Center, the surrounding marine life are healthier compare to other Archipelago nearby. You can even spot schools of barracuda and black tip from the Bidong Jetty itself.

Just come over, get geared and discover it for yourself! words will never be enough to describe her wonders.

Trip ni Ajue cari kat facebook jer. Dapat contact number terus jalan. Lagipon Ajue dah beli Firefly Travel Pass. Rugi la pulak kalau tak gunakan.

Pakej yang Ajue ambik ialah 3 dives. Sekali dengan pack lunch dan mineral water. Kalau tengokkan schedule dia

Our Tentative Itinerary Program Bidong Island

0800Hours – registration at Nemo Divers Dive Center’s reception office.
0830Hours – equipment assembly.
0900Hours – Depart to Bidong Island.
0945Hours – Dive 1
1045Hours – break at Bidong Island Jetty
1145Hours – Dive 2
1245Hours – Lunch Break at Bidong Island
1430Hours – Dive 3
1600Hours – Depart back to Merang Jetty

Ajue checkin dekat Qaisara Hotel, lebih kurang 400m dari Nemo DC. Sebelah hotel ada warung yang bukak malam jer. Sedap la jugak nasi goreng kampung.. tapi nescafe dia manis sket.

Tadi dari airport ambik Grab kena dalam RM44. Lebih kurang 45 minit gak. Bilik single jer. Tapi toilet kat luar. Errkkk ada yang tak mandi esok pagi ni. Lol.

DC cakap esok standby jam 8.30 pagi dekat lobby. Dorang pickup Ajue otw nak gi jetty Merang.

Ni antara list harga dia

Equipment Rental :
1.Full equipment – RM70
2.BC & Regulator set only – RM50
3.Regulator set only – RM30
4.BC only – RM30
5.Wetsuit (shortie) only – RM39
6.Fin only – RM15
7.Mask & snorkel only – RM15

Since Ajue semua dah ada , so tak perlu nak rental lagi dah. Kita hangkut jer equipment kita.

Day Two 19 Sept 2020

Dinner semalam dah banyak. Nasi goreng kampung dengan nescafe tarik. Pastu beli roti sikit untuk bekal pagi esok. So, sebelum ke jetty Ajue just ambik roti jer. Harap2 bertahan la sampai lunch nanti.

Dalam jam 9 pagi, DC datang dengan 2 pickups ambik Ajue kat hotel. Ajue akan join team semua chinese 6 orang yang dah otai2 semua dah dive lebih 100 kali. Huhu. 4 lelaki dan 2 pompuan. Mula2 cuak gak laa sebab Ajue sorang melayu. Tapi rupanya, dorang memang happening habis. Bestttt join dorang dive. 3 kereta driving all the way dari KL.

Lepas gear up, masa nak naik boat, as usual ada briefing dulu kat mana nak dive. So ada 3 dives. Yang pertama Light House. Instructor dah cakap a sikit current. Sikit.. ook sikit. Dalam hati, caner current tu ek sebenarnya..

Masa naik boat tu ombak besar dan kuat. Sampai melambung2.. terus loya nak muntah. Makkk aiii. Cam ni ker orang kata mabuk laut….memang mabuk sungguhhhhhh.

Masa nak backflip pon sampai boat man kena tolong pakaikan fin. Memang takleh pakai sendiri.. terhuyung hayang giler. Masa ni memang dah rasa nak muntah, tapi tahan jer. Ajue terjun dulu lepaa instructor. Terus cari tali nak pegang. Lepas tu temgok geng2 dives lain pakai campak semua dalam laut equipment dan pakai dalam laut. Makkk aiiii. Hebattt giler.

First dive ni descent pakai tali. So ok laaa.. boleh turun pelan pelan. Tak sampai 5 minit Ajue nampak apahal ikan berenang senget2 nih. Macam semua sepesen jer.. then bila Ajue fin, makin ke kanan pulak perginya.. walhal dah habis kuat dah fin. Pelik pulak.

Then tiba2, Ajue rasa lain macam. Terus ketuk2 tank dengan pointer, Ajue nampak air berpusing pusing, sampai tak tahu mana atas mana bawah mana kiri mana kanan. Ya Allah, ni ker current?? Takutnya tuhan jer tahu. Mengharap ia stop dan nak cari balik team ntah kemana mana. Tiba tiba Ajue rasa ada orang tarik Ajue kuat2 kuar dari current tu. Alhamdullilah, chinese sorang ni dengar agaknya Ajue ketuk ketuk tank. Cuak tuhan jer tahu. Terus lost fokus kejap. Dalam hati cakap jangan panik jangan panik… then buat isyarat ok, dia bawak ke tempat divers lain. Terpaksa teruskan dive sampai safety stop. Ajue pegang jer tali.. tak berani nak lepas. Kaki dah penat fin tadi. Badan makin loya nak muntah.

Kat surface, nampak boat jauh sebab ombak kuat giler. Terpaksa kuatkan swim utk pergi kat tangga. Dah naik boat, terus muntah, semuntah nya… sampai dah takde apa nak kuar.. lembek terus. Peluk jer tiang boat tu.. kepala berpusing tak hingat.

Then boat cepat2 gerak ke second dive. Ajue cakap boleh tak taknak turun, sebab nak muntah lagi. Tapi dorang cakap, duduk atas boat lagi teruk. Lagi loya nak muntah sebab boat gerak2. Better dive jer pelan pelan. Ajue ikut jer nasihat, pelan2 dive dah takde feel temgok ikan2.. nak cepat hilang pening jer. Second dive ni nama dia Batu Menangis.

Habis dive, baru gerak ke jetty pulau untuk lunch. Ajue tak tunggu lama, turun boat, ambik lunch pack makan sampai habis. Alhamdullilah.. baru lah lega sikit.. dah boleh adapt dengan mabuk laut.

Lepak kejap sebelum final dive. Kena balik darat sebelum petang, katanya ada ribut petang ni. So cepat cepat habiskan last dive. Alhamdullilah kali ni dapat la tengok dunia bawah laut dengan tenang dan feel. Nama dive site ni Pulau Karah

Sampai jetty merang, DC memang takeover semua equipment kita, siap basuh dan jemur. Drop Ajue kat hotel. Mandi, solat dan kuar balik cari makan.

Masa tengah makan kopok, wasap grab yang ambik Ajue semalam. Alhamdullilah dia boleh ambik Ajue bawak balik rumah mak kat Permin Jaya. Lega.. takyah susah2 nak.book grab. Thank you Nazli.. sangat terhutang budi.

Sampai rumah mama, makan sikit pastu cakap nak terus tido, penat samgat. Esok la sembang lama sebab seharian Ajue kat rumah. Lusa baru balik KL.

Day Three 20 Sept 2020

As usual, masa untuk hunting kaftan dan kepok leko. Mula2 gi pasar, tapi otw mama nak ambik kasut dia upah jahit sebab terkoyak. Tiba2 mama pening, kena vertigo balik. Oh ya mama dulu memang ada vertigo. Lama gak la mama kena duduk dengan kakya. So kat pasar tu nasib baik ada kedai sedara yang mama boleh rehat. Ajue jer yang gi cari sos cili keropok, satay ikan dan kaftan. Dah settel, terus balik rumah. Petang ada date dengan bff CT.

Misi menjejak CEO bermula. Kakaka. Kitaorang takleh reveal.siapakah ceo tu atas sebab yang tak.boleh dielakkan.Mula2 pergi bangunan EPIC, guard tu cakap dia baru jer kuar , driver hantar balik hotel Primula.. zassss terus ke hotel. Alahaii dia baru jer checkout pulakkkk. Takde rezeki nak buat surprise then. So, CT bawak gi Pavilion KT. Lepak makan salad kat secret recipe. CT hantar balik rumah sebab Ajue naik grab jer kuar tadi.

Sebelum kuar tadi, sempat ambik dadar mama tempah kat Medan Jaya,.pastu singgah beli kepok leko rm120. Kilo ajue ada 40kg. Harap2 cukup la esok nak balik.

Day Four 21 Sept 2020

Hari ni mau pulang sudah. Flite jam 8 pagi. Masa packing barang, macam berat jerr beg ni. Risau pulak terlebih kilo kang. Sampai airport, yes tepat sekali. Barang 55kg!!! Haaa kau. Apa.nak buat ni. Lol.

Misi unpack dan kuarkan barang sort out balik. Sumbat dalam bagpack, hand carry .. so thats it. Kautim. Hamd carry sampain13g kau. Hahahhaa. Terpaksa berlakon buat2 ringan.

Sempat breakfast dengan mama nasi lemak ikan sedap kat epot sebelum boarding. Sampai KL belum jam 10 pagi so sempatlah masuk ofis pagi tu. Tak perlu ambik cuti pon. Thanks to Covid19, no need to go office. Just work from home jer.

Next, trip to Sipadan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *