MCO, mini-scale Lockdown, COVID19

18 – 31 March 2020

Dunia kini dikejutkan dengan penularan virus COVID 19 yang dikatakan berasal dari negara China. Meskipon terdapat banyak spekulasi tentang asal kejadian virus ni, namun tiada satu pon bukti nyata yang menjadi punca utamanya. Berikut Ajue dapat dari perkongsian di facebook

Saya harap semua rakyat Malaysia faham..

Negara kita tak banyak pilihan nak mendepani Covid ni.

Kita bukan macam China. Ekonomi power. Buat hospital baru tak sampai sebulan. Kita? Hospital kita nak buat 2015 pun tak siap2 lagi.

Kita nak lockdown macam negara barat, pasti banyak bisnes lumpuh. Ekonomi kita tengah teruk. Minyak jatuh bawah $30/tong, memang biasa terjadi pada musim2 gawat je.

Kita nak buat mass testing macam Korea Selatan, test kit kita pun bukan ada banyak. Kita tak kaya macam mereka.

Kita nak kena perintah berkurung lama2, siapa nak bayar gaji kita lama2? Kita bukan macam US. Semua dibaginya beribu ringgit sebulan. Kita? Nak dapat RM 600 pun bukan semua orang dapat.

Kita nak pasrah berserah je biar diserang Covid, Dr ngan nurse kita tak cukup nak layan kita. Again, kita bukan China yang siap boleh pinjamkan Dr ke negara lain lagi.

Tapi lagak kita??

Macam negara kita ni ada minyak bawah lantai. Suka hati kita je macam semua orang kena jaga kita.

Cuba tengok carta Covid hari2. Sekarang negara kita ditangga ke-3 ASIA tau?

Ni bukan carta ERA.. 😭

Ni carta paling banyak kes.. Kalau compare kekayaan ekonomi kita dalam Asia, toksah cakap la. Perkembangan ekonomi kat Asia tenggara pun kita kalah dengan Indonesia. Toksah cerita Asia!

Agaknya negara Asia lain tengok kita diorang fikir..

“Serius la Malaysia ni.. Korang boleh handle ke?”

Minyak jatuh teruk..

Duit dah makin jatuh sampai RM 4.30 sedollar.. Politik tak stabil.. Covid-19 pun macam buat main2 je 😭😭

Negara kita memang jauh tak bersedia berbanding negara2 lain bab ekonomi untuk berdepan dengan Covid-19 ni n kita boleh plaaaaakkk sedap2 mengeteh siap main carrom lagi tu. Amboih!

Jangan terkejut la..

Mungkin sekarang KKM cari kita pujuk nak ajak pergi hospital suruh test..

Kalau kita dah tak mampu n frontliner give up, nanti kita terbiar mati kerass je kat rumah. Orang nak uruskan mayat kita pun takut berjangkit ke dia..

Menteri kesihatan Belanda dah give up dah ni handle Covid-19. Ni kita suka2 kita je kutuk Menteri KKM kita. Macam kita power sangat?

Netizen dah pesan..

PM dah pujuk…

Ini sampai YDPA pun cemar duli nak jaga kita… 😭

Tolong la..

Kesian kan sikit kat kawan2 yang kerja setiap hari kat hospital. Sampai ada sorang ICU tak pasal2 sebab nak handle kes kita..

Masa Ajue dan adik beradik baru balik dari Langkawi, dua lepas tu kut ada kes pertama berlaku. Pelancong dari China datang ke Langkawi. Masa tu bulan January. China masa tu dah beratus beribu kes. Kematian pon ada.

Sehingga kini pada hari ini, di Malaysia dah 8 kes kematian dicatatkan. Dan total pesakit positif dah melebih 1000 orang.

Malaysia pon dah laksanakan mini lockdown iaitu Movement Control Order dari 18 Mac hingga 31 Mac selama 14 hari. Mula lah terjadi panic buying sehari sebelum kejadian. Berpusu pusu manusia pergi membeli stocks makanan seolah olah darurat. Ajue pon terpalit sama. Niat nak beli keperluan asas saja, tapi bila dah sampai AEON Big, keadaan jadi tak terkawal. Beras kehabisan, cili merah tinggal saki baki jer. Esoknya 18 Mac 2020, lepas jogging 3km kat Tasik Shah Alam, Ajue ke pasar seksyen 6 untuk beli bahan mentah. Ya Rabbi, manusia katanya lagi ramai dan lagi teruk daripada nak shopping raya!.

Ayam habis, 3 gerai sold out. Nasib Ajue sempat beli 2 ekor. Ikan tak dapat beli. Udang dan sotong tinggal saki baki jer. Semua dah habis. Panic jugak laaa.

Anak anak sambunh cuti skolah yang sepatutnya sampai 22 Mac, dilanjutkan hingga 31 Mac. BBIM dah 3 minggu cuti. Pelajar2 IPT panic nak balik kampung masing masing sebab dapat arahan penutupan ipt masing masing. Lebih kurang 40k pengguna TBS malam 17 Mac tu. Untuk yang nak balik kampung perlu buat report polis, dah jadi mass gathering pulak di semua balai balai polis di seluruh Malayisa. Sehinggakan polis terpaksa menarik balik arahan untuk membuat laporan tersebut.

Banyak beberapa acara dan program sekolah dibatalkan dan ditangguhkan. Anis yang sepatutnya bertolak ke Kedah untuk kejohanan MSSM Kebangsaan, pon ditunda ke satu masa yang akan ditetapkan. Program ARP oleh KYS pon tunda. Sukan tahunan dibatalkan. WSC Melaka ditunda sehingga akhir Jun. Global Round WSC di Melbourne pon tunda ke September sebab langkah sekatan border oleh Australia selama 6 bulan.

Kat rumah, Ajue berkesempatan order online daging salai untuk dibuat stok. Alhamdullilah rider nya dapat melepasi sekatan. Tapi malang bagi string violin Anis agak delay penghantarannya.

Refinance loan rumah pon sangkut. Ni sebab LHDN dan Pejabat Tanah totally closes selama 14 hari. Laramgan Umrah juga beberapa kali dicancelkan. Solat Jumaat dibatalkan dan diganti demgan solat zohor beejemaah di rumah sahaja. Azan pon dilaungkan berlainan dengan kebiasaan.

Adik Ajue di Kuantan juga mencipta sejarah kahwen covid19 iaitu kenduri dibatalkan. Yang hadir hanya pengantin, wali dan tok kadi serta saksi saja. Upacara pon tak boleh melebihi 30 minit. Makanan dipack saja. Dan diberikan kepada keluarga terdekat.

Dan, pada hari Ahad 22 Mac, semua unit tentera dikerahkan untuk membantu polis membuat sekatan perjalanan kepada semua yang berada dijalanraya. Pergerakan hanya tidak.boleh melebihi 10km saja. Bagi pekerja, perlu dapat surat dari majikan untuk kerja. Yang tak berkenaan perlu work from home saja. Nasib baik kerja Ajue.boleh dilakukan dari rumah.

Appointment demgan dr Zubair pon cancel. Cuma Ajue sempat jumpa Dr Hafiz untuk dapatkan tandatangan beliau. Kedai dan premises akan tutup by jam 7 malam. Pasar besar seksyen 6 tutup jam 4 petang.

Ajue sempat beli dan hantar makanan frozen untuk Ang, adkk Ajue kat Sepang. Perusahaan homestay beliau terkandas disebabkan tiada pelancong boleh datang ke Malaysia. Kesian, rezeki beliau agak sedikit terbantut. Harap sangat keadaan ini kembali seperti sedia kala, dan berakhir sebelum musim haji 2020 tiba.

Nasib Adlan di US belum tahu lagi dapat balik ker tidak. Sedih jugak la.. Allah maha mengetahui segalanya.

Hari ni malam Israk Mikraj. Alhamdullilah dapat memghidupkan malam israk mikrah dengan tazkirah dan mengaji serta solat jemaah. Ajue sempat setup mini surau di rumah seperti tahun lepas untuk menyambut Ramadhan nanti. Specs Adlan pon dah selamat sampai kepadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *