Road to MSSM Baling Kedah 2020 Archery

KYS to MSS Melaka to MSSM 2020

Alhamdullilah. Setelah hampir 5 tahun Anis berkecimpung dalam sukan memanah, akhirnya ni kali pertama Anis memenangi medal.

Pusingan pertama Anis tak berapa ngam dengan padang dan persekitaran. Ditambah pula dengan angin kencang, Anis hanya mampu berada di kedudukan ke 7 ranking.

Walaubagaimana pon, pada set kedua kejohanan MSS Negeri Melaka, Anis melonjak naik 80 lebih mata menjadikan beliau di kedudukan kedua teetinggi. Agak jauh untuk mengatasi idola nya iaitu Aleesha yang setiap tahun memegang juara B15 Negeri Melaka.

Pada keseluruhannya, Anis berjaya mendapat tempat ke 3 untuk Negeri Melaka. Maka dengan itu, Anis secara langsung terpilih untuk menyertai kontigen Negeri Melaka pada temasya sukan MSSM peringkat kebangsaan yang akan di adakan di Baling, Kedah nanti.

Manakala dalam pusingan Olympic pula Anis berjaya ke peringkat Semi final namum kecundang pada pihak lawannya. Syukur dapat jugak pingat gangsa pada pusingan ni.

Keseluruhan, 3 medal.

  • Kedua set2, pusingan kelayakan
  • Ketiga keseluruhan pusingan kelayakan
  • Ketiga pusingan Olympic

Syabas Anis, teruskan perjuangan mu. Usah pedulikan apa orang kata, yang penting how you represent yourself. All the best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *