Yay! finally Ajue ada jugak dalam video Group CDM Hanis dan CDM Raz. Sungguh beruntung berada di dalam group ini kerana kepimpinan yang ditunjukkan serta terasa diri dihargai oleh pemimpin. Alhamdullilah.
Thanks Hanis and Raz!
Yay! finally Ajue ada jugak dalam video Group CDM Hanis dan CDM Raz. Sungguh beruntung berada di dalam group ini kerana kepimpinan yang ditunjukkan serta terasa diri dihargai oleh pemimpin. Alhamdullilah.
Thanks Hanis and Raz!
Assalamualaikum,
Kali ni entry Ajue nak bercerita pasal asas sikap yang perlu ada bagi setiap usahawan untuk berjaya dalam perniagaannya. Ada lebih kurang 11 asas sikap yang telah di berikan serta dijelaskan dalam kelas tapi Ajue nak sentuh sebahagian sahaja kat dalam blog ni, yang selebihnya kena la pergi kelas yer untuk tahu lebih lanjut lagi.
Okay, tanpa membuang masa, chewah macam nak bagi ceramah lak ek.. hehe… Asas sikap yang pertama :
Maksudnya di sini, bila dah pergi kelas tu, mestilah ilmu pon makin bertambah kan, keyakinan diri sudah tentulah meningkat berbanding dengan mula-mula kita masuk buat business dulu, betul tak? Then, sah sah la bila dah ada ilmu, dan ada keyakinan diri, semangat kita pon naik la. Berbanding dengan orang yang kurang ilmu, for sure tak yakin untuk berdepan dengan prospek atau client, kan? Masa tengah bersemangat ni la kita kena bertindak dengan secepatnya, takut nanti prospek yang kita nak jumpa tu dah disambar orang lain.. kan dah rugi kat situ. Orang yang bersemangat tinggi berkemungkinan besar akan mendapat setiap apa yang dilakukannya, tapi sekiranya kita gagal, bukan bererti kita tak pandai, so jangan cepat patah semangat, teruskan usaha anda kerana Asas sikap kedua
Maksudnya disini , andai kata adanya penolakan, ingatlah itu hanyalah sementara sahaja. Kerana, kejayaan akan menunggu bagi sesiapa yang berusaha tanpa Jemu!
Sungguh beruntung Ajue berada di dalam group B32 ni kerana setiap minggu ada kelas motivasi yang menjadi sumber kekuatan dalaman. Lebih-lebih lagi masa mula-mula berniaga, of course la kita tak reti kan, sentiasa nak ‘down’ jer… pantang ada yang mengata cepat jer berubah hati. Tapi dengan adanya kelas motivasi sedikit sebanyak kekuatan dalaman tu muncul dan Ajue mampu menepis sebahagian daripada benda-benda negatif yang dilemparkan. InsyaAllah…. So, bila kita dah ada ilmu, dah bersemangat tinggi, kita hendaklah pandaikan rakan kongsi kita agar dia juga mempunya ilmu dan bersemangat seperti kita. Dan yang terakhir disini (actually ada banyak lagi tapi Ajue bagi sebahagian jer ek),
Kat sini rasanya semua faham kan apa yang dimaksudkan…. Okay, mari kita sama-sama renungkan kata-kata himkah ini:
orang yang BERJAYA ialah orang yang banyak melakukan pengorbanan. Mereka berkorban MASA, TENAGA, WANG dan KESERONOKAN untuk kejayaan di masa hadapan yang akan mengembalikan kesemuanya dengan lebih HEBAT. Yang penting jangan lupa ALLAH.
Ajue akhiri entry kali ini dengan gambar-gambar menarik sekitar kelas malam tadi… Enjoysss


Malam ni Ajue ada meeting back to back, satu Komuniti Tahun 6 untuk mengadakan motivasi bagi kelas 6Amanah dan juga 6Bersih pada Ahad ni. Penceramah terkenal En Rosley pon telah memberikan kata persetujuan untuk motivasi ini.
Alhamdullilah sambutan dari kalangan parents agak memberangsangkan dan kami semua tak sabar-sabar untuk menjalankan aktiviti pertama kami nanti.
Lepas tu, Ajue bergegas pula ke TTDI untuk personal touch dengan mentor Ajue iaitu CDM Hanis Haizi dan CDM Raz. Banyak ilmu diperturunkan sepanjang personal touch kami. Jarang sekali leader akan turun berjumpa dengan business partner sehingga jam hampir sepertiga malam. Ajue kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Hanis dan juga Raz. Kami bukan sahaja berbincang tentang business malah bertukar-tukar cerita serta pengalaman tempat kerja yang mana menjadi pedoman dalam mengharungi perjalanan dalam berniaga ini.
Semangat terus berkobar-kobar untuk meneruskan perjalanan business tanpa toleh ke belakang lagi kerana CDM Raz cakap, andaikan kita dalam sesuatu perjalanan menuju ke sesuatu destinasi, tak perlu banyak stop kat RnR, baik terus jer perjalanan supaya cepat sampai ke destinasi. Sebab kita dah tahu matlamat dan arah tujuan yang kita nak pergi, jadi teruskanlah perjalanan itu.
Jadi, fikirkan BOLEH, YES! I can do it!!
Guangzhou Guangzhou Guangzhou AUUMMM!!
Pagi anak dapat anugerah, petang mak pulak. Alhamdullilah, setelah selesai Anugerah UPSR kat sekolah, Ajue bergegas pula ke Dewan PGRM Cheras untuk Anugerah SSM (Senior Sales Manager) dari Hai-O Marketing.
Actually Ajue dah terlambat sebenarnya sebab waktu pendaftaran tamat pada jam 2 petang. Mesyuarat PIBG habis 11 lebih tapi sebab Ajue salah seorang dari barisan PIBG yang baru tahun ini, maka kena laksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh pihak sekolah.
Sebaik sahaja tamat PIBG, Ajue dijemput pula untuk menghadiri satu perjumpaan Komuniti Ibu Bapa Tahun 6 sesi 2012. Actually Ajue bukan lah AJK lagi untuk Komuniti tahun ini sebab semasa pemilihan ahli, Ajue tak dapat hadir kerana sesi pendaftaran Adlan kat STIAS. Namun, atas dasar kepercayaan Guru Besar serta harapan beliau supaya Ajue melibatkan diri dalam Komuniti tahun ini, maka Ajue sahut cabaran itu dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Malah dikuatkan lagi dengan SMS dari kakak Ajue, katanya ” think positive, mana tahu kita tolong sekolah, Allah akan tolong kita“
Berlainan sedikit Komuniti kali ini kerana 2 kelas bergabung atas satu Komuniti. Kalau tahun lepas untuk 6Amanah sahaja tapi kali ini termasuk 6Bersih sekali. Dan tanggungjawab yang diberikan jugak agar besar bagi Ajue. InsyaAllah Ajue akan lakukan sebaik mungkin demi masa depan anak-anak yang akan mengahadapi UPSR September nanti.
OK, berbalik kepada cerita anugerah SSM pulak. Ajue sampai tepat jam 2.15 petang dan Alhamdullilah, Ajue masih sempat mendaftar untuk penerima anugerah. Syukur…
Ajue diletakkan didalam sesi kedua untuk SSM. Tak kisahlah kan mana-mana sesi sekalipon, janji dapat. hehe
Semangat berkobar-kobar pada hari tersebut untuk terus dan terus berusaha agar kejayaan besar bakal dikecapi suatu hari nanti, insyaAllah.
Kalau diikutkan rentetan kejayaan dalam business ini,
Alhamdullilah, bagi Ajue inilah yang terbaik Ajue telah lakukan dan insyaAllah akan melakukan yang lebih baik lagi untuk ke peringkat yang seterusnya.








Pada hari Sabtu lepas, berlangsung mesyuarat PIBG kali pertama untuk tahun 2012. Dan juga anugerah kepada pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR 2011 oleh PIBG SK24 Shah Alam.
Alhamdullilah Adlan antara pelajar tersebut dapt menghadirkan diri dan dapat juga dia bertemu dengan kawan-kawan sekolah rendahnya. Cuma seorang pelajar tak dapat hadir iaitu Danish kerana MCKK akan mengadakan ujian bulanan pertama pada minggu tersebut.
Sekejap jer masa berlalu, perubahan wajah dan sikap jelas terpancar pada raut wajah anak-anak semuanya. Ajue serta ibu bapa Komuniti 6A tahun lepas amat rindukan saat-saat indah kami bersama-sama dalam menjalankan setiap aktiviti untuk anak-anak kami sehingga mencapai kejayaan yang amat membanggakan, Alhamdullilah. Hasil usaha kami selama ini dibuktikan dengan peningkatan melebihi 100% berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Pengerusi Komuniti iaitu En Norhuzaimi yang menjadi tulang belakang kepada setiap aktiviti yang dianjurkan. Bak kata orang, kejayaan sesuatu kumpulan itu terletak kepada ketuanya, yup memang betul. Tak lupa juga kami ibu bapa yang sanggup turun padang setiap kali aktiviti dijalankan termasuklah bermalam di sekolah demi kejayaan anak-anak kami. Malah, tak kurang juga sokongan yang diberikan oleh Guru Besar SK24 serta cikgu-cikgu yang sanggup mengorbankan masa rehat dan masa lapang mereka demi anak-anak didik mereka yang dikasihi terutamanya kepada Sir Rosdi, guru Matematik SK24.
Setiap usaha yang ikhlas dan murni itu insyaAllah akan membuahkan hasil yang tak ternilai harganya.
Setelah selesai majlis Anugerah, maka pemilihan anggota PIBG pula berlangsung. Ajue telah dicalonkan oleh Guru Kelas 6A sebagai salah seorang barisan wakil dari kalangan Ibu Bapa untuk sesi 2012. Hati berdebar-debar sebab belum pernah memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan kat sekolah pon. Mungkin dengan rasa kepercayaan yang diberikan oleh Guru Besar atas hasil usaha yang telah dilakukan untuk Komuniti 6A tahun lepaslah Ajue telah dicalonkan pada mesyuarat hari itu.
Tiba waktu mengundi, Ajue ‘melarikan’ diri hehe bukan takut untuk bertanding tapi terasa diri belum berkemampuan untuk menyandang apa-apa dalam PIBG. Alangkah terkejutnya bila hanya seorang sahaja wakil dari kalangan Ibu dan Ajue juga mendapat undian tertinggi untuk memegang jawatan YDB PIBG sesi tahun ini. Namun Ajue minta maaf banyak-banyak kepada Guru Besar dan juga para Ibu Bapa sekalian kerana Ajue tak mampu untuk mengendalikan PIBG kali ni. Masih belum cukup pengalaman serta cetek ilmu pengetahuan untuk mengendalikan satu persatuan yang agak besar bagi Ajue. Lantas Ajue terpaksa melepaskan jawatan YDP tersebut kepada orang lain dan Ajue menawarkan diri untuk menjadi AJK biasa saja. InsyaAllah jika diber peluang pada sesi lain mungkin Ajue menyahut cabaran itu.
Namun setelah berakhirnya mesyuarat, terlintas di fikiran Ajue, kenapa Ajue diberi cabaran sebegini, apakah ada kena mengena dengan business yang Ajue lakukan sekarang ini yang mana memerlukan kepinpinan Ajue untuk mengetuai sekumpulan usahawan Hai-O dalam mencari rezeki untuk mengubah kehidupan kami? Semua ini seolah-olah memberi petanda bahawa Ajue bakal memikul tanggungjawab yang besar dan situasi inilah yang sedang berlaku dalam hidup Ajue.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Berkuasa dan Dia Maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku itu. Tuhan tidak akan menguji hambanya sekiranya Dia tahu bahawa hambaNya tidak mampu untuk menerima ujian tersebut.
Ajue hanya mampu berserah kepada Yang Maha Esa atas sesuatu itu dan yakin dengan keupayaan diri sendiri disamping menharapkan Rahmat Allah sentiasa. Mudah-mudahan diberi segala petunjuk dan hidayahNya.
Alhamdullilah kelas pada hari ini banyak membuatkan Ajue memuhasabah diri sendiri atas apa yang telah Ajue lakukan sebelum ini. Ya lah, samada kita sedar ataupun tidak, kadang-kadang sikap kita mencorakkan apa yang kita dapati sekarang ini.
Business ini ibarat menanam pokok durian. Banyak yang perlu dijaga sejak ia kecil lagi supaya membuahkan hasil yang lumayan bila ia besar kelak. Dulu durian hanya mengikut musim, tetapi sekarang durian seolah-olah bermusim sepanjang tahun, betul tak? Begitu juga simboliknya dengan business yang Ajue lakukan ini, jika rajin menjaga, menyiram, meletakkan baja yang kualiti dan sebagainya, insyaAllah ia akan memberikan keuntungan yang lumayan sepanjang tahun kelak.
Percaya tak, 95% kegagalan kita adalah berpunca dari sikap negatif yang ada dalam diri kita. Oleh itu, Ajue perlulah membuang segala perasaan ego serta sedia berlapang dada untuk sedia untuk dibimbing oleh leaders. Kerana, bak kata perpatah :
Ubah sikap kita, kita akan ubah dunia…
Hasil yang terjadi merupakan tindakan apa yang kita fikirkan. Oleh itu sentiasalah berfikiran positif dan muhasabah diri kita kerana kita bukanlah belajar dari kejayaan, tapi kita belajar dari kegagalan.
Bayangkan kalau kita dah berada di level yang tinggi, kalau kita masih kekurangan ilmu dan masih berfikiran negatif, kita mungkin akan membawa satu kumpulan kita terikut-ikut dengan perangai kita. Sebab itu, setiap kali tangan kanan mengambil bonus, tangan kiri kita sebenarnya memikul tanggungjawab yang besar terhadap kumpulan kita.
InsyaAllah, segala ilmu yang disampaikan oleh CDM Juliana dan CDM Hanis tadi akan dijadikan pedoman atas setiap tindakan yang bakal dilakukan. Terima kasih tak terhingga Ajue ucapkan kepada leaders serta rakan kongsi yang lain kerana sudi berkongsi pengalaman serta memberikan ilmu dalam perniagaan ini. Syukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan group B32 ini kerana kita ibarat satu keluarga yang besar saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Together Everyone Achieve More!
Utlubul ‘ilma
Walaw fissin
Tuntutlah ilmu
Walau ke negeri China
Majlis ilmu kali ni amat meriah dan penuh sesak dengan kehadiran usahawan-usahawan Hai-O dari segenap pelusuk negara kerana malam ini ada penyampaian hadiah dari Madam untuk 100k sales in a month serta CDM dalam bulan January.
Tema kali ni ialah PINK. So tak kira lelaki ker pompuan ker untuk group Hanis, semua pakai PINK! Seronok, memang seronok sebab kami semua sehati sejiwa dalam satu kumpulan yang besar.
Teruja dengan para pemenang hadiah Jam Tangan dari madam untuk 100k sales dalam sebulan BERSAMA Team. Diulangi, Bersama Team! Bukannya kita bergerak sendiri secara solo tetapi secara berkumpulan. Susah dan senang sama-sama dilalui bersama. Dan Hanis pula baru tiba dari bercuti ke Sydney, tetap setia menghadirkan diri walaupun jetlag. Itu yang Ajue amat bersyukur kerana dipertemukan dengan group Hanis, kami tidak sekali-kali ditinggalkan oleh leaders, malah leaders yang tetap setia meluangkan masa bersama anak-anak didik mereka.
InsyaAllah Ajue berazam suatu hari nanti giliran Ajue pulak naik pentas untuk menerima hadiah dari madam.







Hari ni hantar anak balik asrama. Singgah kejap kat cendol bakar… Sodappppp







Majoriti usahawan Hai-O hari ni mesti update status blog atau facebook mereka dengan ungkapan Alhamdullilah. Mana taknya, hari nih bonus kami dah masuk dalam akaun bank. Sure banyak benda yang boleh buat kan, bayar hutang, beli hadiah, spend something for diri sendiri dan jugak family.
Tapi bagi Ajue, sejak buat Premium Beautiful ni, rezeki tak pernah putus, Alhamdullilah rezeki orang berniaga. Tak kira la sikit ker banyak ker, janji dapat extra, betul tak?
Kebetulan pulak bibik Ajue nak berhenti bulan depan setelah hampir 6 tahun dengan Ajue. So kena lah cari bibik baru. Kos untuk mendapatkan seorang bibik bukannya murah sekarang, mau dekat 5k-6k. Nak guna duit saving pon ralat jugak sebab penat2 jer menyimpan, tapi kalau tak de bibik, lagi penat kut! 😉
So, yup, nasib baik ada bonus hasil usaha yang dilakukan beberapa minggu kebelakangan ni, dapatlah jugak guna untuk uruskan bibik baru nanti. InsyaAllah..
Sesiapa yang berusaha maka dia akan mendapatkannya, InsyaAllah….