Hari Guru SK24 2014

Selamat Hari Guru!

Tema kali ni, Pencetus Kretiviti Penjana Innovasi. Selalunya sambutan Hari Guru yang sebenar ialah pada 16 May setiap tahun. Tapi tahun ni SK24 memilih tarikh 27 May sebagai sambutan hari Guru. Iaitu sehari sebelum cuti sekolah. Ok jugak, sebab kalau buat 16 May sudah tentu Ajue tak dapat bersama sama dengan semua guru kerana masih berada di London.

Mungkinkah ini sambutan terakhir Ajue bersama dengan SK24? hmmmm kita tungguuuuu.

kali ni Ajue tak sempat nak sediakan hamper sebagaimana tahun lepas. Jadi Ajue hanya mampu memberikan haidah RM1000 kepada BKGK untuk membeli apa apa saja kepada semua guru di SK24. Diharapkan semua guru sudi menerima sumbangan ikhlas Ajue yer. Maaf sekali lagi kerana kekurangan persedian dari pihak Ajue selaku wakil PIBG.

Oh ya, kek yang ada dalam gambar bawah ni adalah sumbangan PIBG. Tanda terima kasih kami kepada semua guru yang telah mngajar serta mendidik anak anak kami selama ini.

Mana taknya, sejak anak sulung Ajue lagi hinggalah anak bongsu Ajue semua bersekolah di SK24 ini. Terasa sekolah ni dah sebati dengan diri Ajue, dah jadi macam anak angkat Ajue semua pelajarnya. Malah setiap petang ramai pelajar yang tinggal di sekitar rumah Ajue datang ke rumah untuk main bola. Ajue sayang semua kamu yer. Kalau achik takde kat rumah sekalipon, datang jer main kay. Memang untuk anak anak SK24 jugak padang rumah Ajue tu. Tetiber sedih pulak bila buat entry ni. Sob sob….

Terima kasih semua guru SK24 , yang masih ada, atau yang dah meninggalkan sekolah kerana bertugas di tempat lain, terutamanya Sir Rosdi. Sir banyak mengajar anak anak Ajue pandai Matematik. Sehingga kini Adlan merupakan pelajar terbaik Matematik di Sekolah IQKL. Berkat usaha Sir tu! Sir jugak membawa nama Ajue dari Komuniti Tahun 6 kepada PIBG seterusnya memegang YDP. Thank you Sir!

Kepada anak anak SK24, hormatilah cikgu anda kerana banyak masa anda terluang dengan cikgu berbandng di rumah. Percayalah, bila melangkah keluar nanti, kalian akan rindu semua cikgu cikgu. Anak Ajue yang kedua pon selalu kalau ada aktiviti sekolah dia mula mula akan volunteer nak tolong. Dah memang serasi dengan kami sekeluarga sekolah ni.

Terima KAsih Cikgu SK24!!

20140527_095557

20140527_090644

20140527_090641

20140527_090124

20140527_090037

20140527_090023

20140527_085917

20140527_085622

20140527_082010

20140527_113203

20140527_112449

20140527_090656

 

 

Brunei Recognition Night

Salam all,

Citer dah lama tapi baru nak update.

Baru jer sampai dari London trip, duduk rehat sehari terus berangkat ke Brunei untuk meraikan business partners Ajue kat sana naik pentas terima anugerah. Walaupon baru tapi mereka cukup aktif dengan business ni. Tahniah Ajue ucapkan. Keep it up. Next award kita tapau semua kay.

Actually Hai O mula nampak business di Brunei ni sejak September tahun lepas. Dimulakan dengan ratusan usahawan yang datang masa Hari Terbuka Hai O. Ajue pon pergi jugak masa tu.Kini usahawan Hai O di Brunei dah mencecah ribuan orang. Syabas warga Brunei!!

Hari Anugerah Brunei ni akan diadakan setiap tahun untuk kesemua pangkat. Tak macam di Semenanjung, ada 3 peringkat berlainan iaitu SM dan SSM. Diamond Bight untuk Car Fund, DSM dan juga DDM. Dan yang paling grand ialah Ulangtahun Hai O untuk usahawan yang mencapai pangkat CDM.

Kalau ikutkan setiap tahun Ajue dapat award. Bermula dengan 2012 lagi setuap tahun Ajue naik stage untuk setiap pangkat Ajue perolehi. Alhamdullilah.

Di Brunei ni Ajue sudah mempunyai 2 leg yang sedang aktif. Walaupon berjauhan dengan leader, namun mereka tetap berusaha mendekatkan diri dengan kami disini. Dengan adanya Whatapps memudahkan lagi hubungan kami.

Dinner malam tu bertempat di Empire Rsort Hotel, 7 star hotel yang paling femes di Brunei. Ajue dapat satu bilik. Mak aiii. cantiknya bilik dia!! MUA pulak Ajue ambik dari orang Brunei jugak. OK lah, not bad. Thanks CDM Nurul kerana kenalkan Ajue dengan MUA tu.

InsyaAllah Ajue akan bawak lebih ramai lagi business partner naik pentas tahun depan.

20140524_210648

20140525_120649

20140525_120653

20140525_120716

20140525_120719

20140525_120739

Camera 360

20140524_211730

20140524_211908

20140524_234453

20140525_095938

20140525_112216

20140524_164816

20140524_175708

20140524_181257

20140524_182046

20140524_183533

20140524_184238

20140524_190912

20140524_183612

20140524_191849

20140524_203341

20140524_151331

20140524_151340

 

Oh ya, lupa nak bagitau. Masa breakfast esok harinya, sempat lagi CDM Hanis menurunkan ilmu kepada rakan kongsi Ajue. Peluang keemasan seperti tu susah nak lepaskan. Ajue rasa sangat sangat bertuah kerana mempunyai leader yang juga mentor hebat seperti beliau. Terima kasih tak terhingga CDM Hanis.

Dan sebelum kami Glampreneurs pulang ke Malaysia, CDM Hanis telah mengadakan satu sesi O Group di Empire Hotel tesebut. Kata kata nasihat, plan busines serta stratergi pamasaran kami susunkan demi perkembangan glampreneur di Brunei. InsyaAllah!

 

 

LondonParisTrip: Transit Dubai lagi

Salam all,

Kali ni nak update pasal transit kat Dubai masa on the way balik Malaysia. Kali ni tinggal Ajue dengan Anne saja. Nak jadikan citer, kami punya masa transit lebih 20 jam. Tu diaaa. baru tahu sebenarnya. Kalau tahu awal, boleh request hotel. Kami cuma dapat free meal saja. Alhamdullilah….

Ok, sampai jer kat airport, terus cari luggage service nak simpan barang. Murah jer, dalam 20 AED. Lepas tu kami pergi pasar jual Abaya. Jauh jugak la sebab 2 kali kena tukar train. Pastu jalan kaki setengah jam kut.

Tapi berbaloi la sangat. Sebab kami dapat beli abaya yang cantik cantik belaka. Boleh buat raya, hehe

Actually Ajue ada kawan kat Dubai. Sorang tu tak available nak jumpa tapi sempat wasap jer. Siap dia yang bagi tau tempat tempat nak pergi kat Dubai nih. Thank you Izani!!! Sorang lagi ex-Orga. Ajue kenal dia masa kena oustation kat Brazil dan German dulu. PAstu dia kena post kat Malaysia setahun. Baik orangnya, siap belanja makan lagi masa kat Dubai. Danke Shoen Veit!!!

Sementara nak menunggu flite ke KL sempat mandi dan berehat sambil minum Costa. Costa lagi! Kakak Ajue siap pesan nak cawan Costa. hehe. Cawan kertas jer..

Nak tengok Abaya Ajue? Jom baca next entry. Tungguuuuuu

 

20140521_120104

20140521_154449

20140521_154458

20140521_182409

20140521_184749

20140521_184847

20140521_185304

20140521_185201

20140522_003310

 

LondonParisTrip : Geneva dan Montreux

 

 

20140519_142334 (1)

 

Salam all,

Entry kali ni agak berat sikit. Bukan apa, berat nak loading kut sebab banyak gambar gambar yang akan membuatkan anda semua teruja, tersentap, terkedu, terkesima, terpegun gethu.. percayalah!! (mood syok sendiri ngeee)

Actually ni tak termasuk dalam agenda LondonParisTrip. Tapi disebabkan Anne nak sangat pergi Switzerland. Nak ambik gambar golek golek atas bunga. Nak tengok gunung yang ada snow. Nak tengok Alps, katanya. Maka untuk memenuhi permintaan Anne, akhirnya kami tiba juga di bumi Switzerland iaitu bukan setakat Geneva, malah terus naik ke Montreux lagi.

Train kami dari Paris, Gare du Lyon jam 7 pagi direct ke Geneva. Kami terpaksa turun dari apartment seawal 5 pagi untuk catch train dari Paris Disney yang bermula beroperasi pada jam 5.30 pagi. Terus ke Gare Du Lyon dalam 45 minit jugak. Sampai jer kat Lyon, terus cari tempat nak simpan luggage kami sebab tak kan nak angkut semua ke Geneva, kan. Kami naik TGV Duplex sorang dalam 170Euro. Train ni double decker operated by TGV.  Oh ya sebelom terlupa since kami request taxi seawal pagi, driver tu caj 20Euro.

Locker untuk simpan barang ada dekat exit tunggu taxi. Satu hari 9.50 Euro. Memandangkan luggage kami banyak, so ambil 2 locker besar boleh muar 2 luggage yang saiz paling besar. Sempat jugak beli breakfast untuk makan dalam train kat cafe train station tu. Murah jer, dalam 14.75 Euro untuk 2 orang.

So, perjalanan dari Lyon ke Geneva mengambil masa kira kira 3 jam disajikan dengan keindahan pemandangan yang amat cantik. Bermula dengan rumah rumah kampung, lepas tu gunung ganang serta tasik yang paling cantik di dunia. MasyaAllah.. SubhanaAllah.. maha suci tuhan yang menjadikan sekelian alam. Dah lama jugak sebenarnya Ajue sendiri teringin nak travel by train macam ni. Dulu pernah la buat SummerTrip Italy dari Zurich ke Milan tapi tak secantik pemandangan trip kali nih. Tak sempat nak tidur pon sebab terpukau dengan keindahan sekeliling.

Sampai jer kat Geneva, terus cari Tourist Information sebab kami belum ada bilik lagi untuk stay malam tu. So kami pilih untuk stay dekat dengan area train jugak sebab esok senang nak balik semula ke Paris. Hotel kami stay tu berharga 150CHF untuk 2 orang. Siap ada breakfast kat bilik lagi… walllaaaa!!

Lepas check in, kami siap2 turun balik ke tempat tunggu bas. Bas kat Geneva FREE seab dah bundle sekali dengan sewa hotel. Bestt tak???? Of coz laaa

Kami naik bas menuju ke cable car untuk naik atas gunung. Staff kat tourist info tu cakap kalau naik cable car ni boleh tengok seluruh Geneva. Wow!! Actually yang menariknya disini, cable car ni dalam kawasan France. Tempat tu nama dia Saleve. Betul betul boarder dengan Swiss. Dan yang bestnya matawang dia dalam Euro. Fenin jap. Since kami ada duit swiss, so bayar pon ikut rate CHF la, iaitu 28.20CHF untuk 2 orang.

Pemandangan kat atas puncak cable car? Superb!!!! Tak percaya? jom tengok gambar.

20140519_142833

 

20140519_143043

 

20140519_143101

 

20140519_102730

 

20140519_115815

 

20140519_115825

 

20140519_134554

 

20140519_135121

 

20140519_135129

 

20140519_140101

 

20140519_140407

 

20140519_141919

 

20140519_142055

 

20140519_143224

 

20140519_150327

 

20140519_151751

 

20140519_142234

 

20140519_142253

 

IMG_20140519_070416

Oh ya , lupa nak bagitahu.. bilik tu takde toilet. Masa mula mula book, dia kata tolet at corridor. errrrk!! camaner tuh. Rupanya, shower jer ada dlm bilik. Kalau nak buang air kena keluar sebab dia share dengan guest lain. Ok laaa . Bukan jauh pon. Keluar bilik jer terus nampak toilet. dan lagi satu, nampak tak signboard menu minuman kat gambar atas tadi. Semua dalam Euro kan. Kami sempat beli air untuk hilangkan dahaga. Nak jadikan citer. masa tu Ajue hypo. Terus amik coke satu tin. Lega….

So, lepas turun dari cable car rasa macam tak puashati selagi tak jumpa gunung alps ada snow. Kami patah balik ke train station, masuk kat kaunter tu tanya. Kemanakah patutu kami pergi dalam masa yang setengah hari ni. untuk nak tengok alps dan bunga bunga yang cantik. Terus staff kat situ cakap better pergi Montreux. Sebab nak lagi cantik ada cuma takut tak sempat nak balik sebab train nak balik ke Geneva tak de sampai malam. Silap silap kena tido sana. So, taknak ambik risiko. kami terus ambik train return ke Montreux. Harga dia 58CHF seorang. Not bad la kan. So, Montreux here we come!!

20140519_175551

20140519_184716

20140519_184730

20140519_184826

20140519_184911

20140519_184948

20140519_185050

20140519_172404

20140519_172127

20140519_172248

20140519_165810

20140519_171851

20140519_161015

20140519_165516

20140519_151244

20140519_151459

20140519_151506

20140519_185119

20140519_185348

20140519_185416

20140519_185416

20140519_185502

20140519_185609

20140519_185045

 

Teruja tak???? Memang la kannn. Kami yang kat sana masa tu macam tak nak balik Paris. Nak stay sana sampai tua sampai pencen. Mlalah mood berangan serta simpan cita cita tu nak beli rumah kat Momtreux. Sebab tengok mostly couple tua tua pon happy jer kat sana. Tenang nya hidup diorang. Pakat dengan Anne, jom kumpul duit nak. Lepas pencen kita tinggal sini. Rumah kecik pon jadi la. Dalam hati kami tak henti henti ucapkan SubhanaAllah… cantiknya alam ini ciptaan tuhan. Alhamdullilah kami diberi peluang untuk sampai ke sini.

Tengah berjalan tu, perut agak bernunyi jadi kami singgah kat cafe situ order pizza mozarella. eh silap, bukan pizza tapi Pasta lasagna. Sedapp nyer cheese diaaaa. Sampai licin kami makan. tak mahal pon, dalam 29.50CHF jer

Actually tiket yang kami ambik boleh naik train suka hati kami waktu jam berapa. Dia ada last train sampai 10 malam kut. so, bila dah puas jalan jalan, kami ambik yang jam 6 petang. Sampai Geneva dalam 8.45 malam. Terus balik hotel untuk rehat.

Esokmya pulak, since train kami balik ke Paris daam jam 11 pagi. So sempat lagi pusing Geneva nak tengok Faountain tertinggi di dunia. Nasib kurang baik sebab semalam dia pasang. Hari nak balik tu tak on la pulak. So kami pusing tasik Geneva jer. Sambil nak ambik gambar dengan Broken Chair, trademark Geneva.

20140520_065617

20140520_084444

20140520_084650

20140520_084758

20140520_081918

20140520_081935

20140520_082045

20140520_082245

20140520_085622

20140520_085806

20140520_085841

20140520_090802

20140520_090821

20140520_082259

20140520_082407

20140520_095004

20140520_091140

20140520_091252

20140520_091405

20140520_091444

20140520_084942

20140520_085132

20140520_112318

20140520_095427

20140520_091651

20140520_091720

Camera 360

 

Okay… time to go back to Paris sudah. anne sempat lagi beli Cherry fresh kat situ. Oh ya Ajue terberkenan dengan jam swatch kat Geneva tu. Katanya boleh buat diving dan yang Ajue beli tu latest collection dia. Cantik tak???

Orait….sehingga berjumpa lagi dalam entry seterusnya. Paris dan Dubai on the way to Malaysia. Bye!!!

20140520_110710

20140520_111127

 

LondonParisTrip : Paris

Salam all,

Seperti yang dijanjikan, entry seterusnya ialah Paris. Dah puas jadi orang British serta slangnya, hari ni kami nak pergi France pulak. Train kami awal pagi. So alas peruta ala kadar jer pagi tu untuk ke St Pancras station. Sampai di sana, beratur check in sorang sorang. Sementara menunggu tu kami sempat beli sandwich dan cafe latte untuk sarapan. Ajue ambil kesempatan ni untuk kibarkan banner PIBG sekolah haha. Ni untuk markah tambahan kalau promote Anti Dadah kat luar negara. Gethu!!

Train Eurostar kami akan stop kat Lille selama satu jam lebih. Dan dijangka tiba di Paris Disneyland station Marne La Valle Chessy tengahari. Dalam train sekali lagi Ajue dengan Anne beli latte semata mata nak ambik gambar cafe dalam salah satu coach dia.

Samapai kat Paris Disney kami ambik MPV sebab luggage kami banyak kan. Dalam 25 Euro kami kena untuk sampai ke area Apartment kami di sekitar Val de Europe. Lepas solat dan makan tengahari dengan sambal Sreng dan sambal Gereh yang marveles tu, kami keluar untuk pergi cari handbag Chanel. Bukannya apa, sebab butik Chanel tutup esoknya, hari Ahad. So nak tak nak kami kena pergi hari tu jugak. Oh ya, apartment kami ada 1 bilik dan 1 sofa bed. Kitchen complete boleh masak masak. Superb!! Pon sama booking thru Airbnb. Memang murah kalau compare dengan harga hotel apartment booking melalui internet agent.

So, seperti kat Dubai, kami ambik 2-days pass unlimited ride meliputi Zone Paris dan Zone Disney. Harganya 128 Euro untuk 4 orang.

Butik Chanel yang kami nak pergi ni nama dia Avenue Montaigne. Ni first time Ajue ke sini. Kalau tanya CT, dia memang expert bab bab handbag Chanel kat Paris. Mana taknya, dah 6 7 bijik kut CT ada.

Masa Anne dan CT tengah shopping hanbag Gucci, Ajue lari kejap pergi Printemp untuk beli Prada Saffiano. Ada client dari Malaysia pesan. Malangnya kad debit AlRajhi tak boleh digunakan sebab tak syariah compliant. So, kena keluarkan cash. Nasib baik mamat hensem kat kedai tu temankan. Takut gak kang kena rompak kan. Tak pasal pasal.

Pastu jumpa balik CT dan Anne kat depan H&M sebelah Printemp. Kami masuk La Fayette groceries untuk top up beras dan juices serta mineral water. Terus balik rumah eh silap, apartment. Malam tu makan sardin dengan nasi putih… memang marveles. Maklumlah kat tempat orang. Cuba kat Malaysia… hehehee

20140518_150916

20140517_173002

20140517_174607

20140517_231616

20140517_093431

20140517_103422

20140517_105458

20140517_105616

20140517_171328

20140517_171342

20140517_063254

20140517_063659

20140517_070640

20140517_092922

20140517_093111

20140517_093200

Camera 360

20140517_180247

20140517_173815

 

Malam tu balik tido dengan handbag.. kekekeke. OK, esok nya pulak kami nak pusing La Valle Village outlet. So, lepas breakfast kami jalan kaki jer pergi sebab memang dekat sangat dengan  apartment kami. Kebetulan Ralph Lauren sale kut masa tu. Ramainya orang… memang berbaloi la beli.

Dulu masa Ajue datang sini tahun 2010 Ajue pon stay kat area ni jugak. Adagio Apartment. Masa tu winter. Snow memang memutih jer. First time rasa snow. Jakun habis.. hehe

Antara butik yang Ajue masuk lepas Ralph Lauren ialah Longchamp. Pon ramai jugak orang. Masa tengah pilih pilih handbag, ada Cina tu cakap, bukak zip tengok tag dalam. Made in China atau Made in France. Oooooo macam tu ek. Baru tahu. So, duduk bersimpuh ala ala tak malu la Ajue kat situ jenuh cari satu satu. hahhaha

Dah penat shoppig kami makan pulak kat Pret A Manager. Sandwich la.. yang mampu dimakan. Murah jer, dalam 17 Euro untuk 4 orang. Rasonable la kan. Kami balik Apartment untuk solat dan makan tengahari. Lepas tu Ajue dan Anne keluar dulu sebab CT nak kena rehatkan baby Syafiq kejap. Lagipon lepas ni kami just nak pergi Eifel Tower jer, amnik gambar. Tapi Anne nak masuk Disney Village kejap sebelom ke Louis Vutton kat Champs Eleyses.

20140518_103740

20140518_121926

20140518_131430

20140518_131452

20140518_133519

20140518_133529

20140518_134127

20140518_134145

20140518_154135

20140518_154230

20140518_155349

20140518_103422

20140518_103440

20140518_190921

 

20140518_175834

 

20140518_193821

20140518_193827

20140518_193841

20140518_194537

20140518_182617

20140518_182917

20140518_183024

20140518_190720

20140518_160018

20140518_160226

 

Masa nak kuar ke Paris, kaki masing masing dah melecet. CT dengan murah hatinya offer pakai Clarks dia yang baru beli masa kat Bicester Village. Alhamdullilah… lega kakiku!!! Thank you CT… hehe

Kami masuk LV kena beratur dulu. Kat sini pon Ajue ada beli barang untuk client jugak. Lepas beli, try mintak air. Kalau kat bawah dia bagi plain water jer. Naik tingkat atas, dapat Latte!!! yummiehhhh. Yang best nya, CT cakap first time baby dia minum pakai gelas. Kerlasss gethu, dalam butik LV dia pandai. ngeee

Oh ya lupa nak bagitau, masa kat LA Valle Village Ajue terjumpa dengan dua orang Malaysian yang kerja kat Qatar. Sorang kerja dengan Qatar airlines, sorang lagi dengan AL Jazeera. What a small world kan.

Pastu kat LV pulak jumpa dengan Syukur, agen CIMB Wealth Ajue. Kat KL bukan main susah lagi nak jumpa, alih alih jumpa kat Paris. Lepas LV, kami pergi makan Pizza Pino. Katanya ada pizza lobster. Tapi apakan daya udang kecik dalam salad jer kut yang kami dapat. Total dinner kami tu dalam 39 Euro.

Masa kat Disney Village cari jugak merchandise Frozen. Takde pon. Anak patung ada laa. Dah la mahal. Terus tak jadi beli.

So, last aktiviti kami hari tu. Misi mencari cik Eifel Tower!! Alhamdullilah, dalam kepenatan serta keletihan jumpa jugak. Turun kat Bir Hakeem. Jalan jauh la jugak. Tapi berbaloi sangat sebab dapat ambik gambar waktu Cik Eiffel tengah berkelip kelip. Happy sangat……!!

Kami balik Apartment agak lewat sikit malam tu. Sampai kat Chessy, ambik cab dalam 10Euro untuk balik ke apartment. Esok nya… kami berpisah disitu. Ajue dan Anne ke Geneva, CT dan family ke New York. Nak tahu cerita selanjutnya… tungguuuuuu!!!

 

20140518_213645

20140518_214207

 

 

 

Camera 360

LondonParisTrip : London

Salam all.

Jom kita sambung entry trip kat London pulak.

Alkisahnya, kami dari Dubai jam 2 pagi. Sampai London 7 pagi. Lepas kastam dan imigresen clearance semua kami keluar untuk merasakan suhu di London. Ok la, not bad sangat. Kalau tak silap 13 celcius. Nyaman jer rasa. Ambik London Taxi yang hitam tu muat semua beg beg kami ni. Termpat dituju kat Hammersmith Station. Rumah sedara CT. Cab tu caj kami 55 Pound.

Sedara CT tu nama dia Aunty Uji. Beliau hidangkan breakfast kopi panas tapi sebab cuaca sejuk kejap jer panasnya. hehe. Rumah beliau cantuk sangat. Dah 22 tahun menetap kat London nih. Anak anak pon dah besar.

Ajue dan Anne sempat keluar ke pekan kecil situ. Naik bas jer. Pastu beli Kad Oyster untuk 3 hari di London. Untungnya kad ni boleh jimat naik underground. Kalau dah habis guna boleh pulangkan balik kad ni dan baki dapat balik. Tapi kami lupa nak pulangkan terus bawak balik KL.

Anne nak sangat makan cherry dan strawberry fresh. So, dapatlah jugak dia merasa. Sempat jugak masuk Zara dan Primark kat situ.

 

20140514_092741

 

Camera 360

 

20140514_154905

 

20140514_122938

 

20140514_092811

 

20140514_123134

 

20140514_123449

 

20140514_124950

 

20140514_092539

 

Belah petang nya pulak kami baru nak ke apartment yang kami book thru AirBnb. Berdekatan dengan St Pancras Station sebab senang nanti nak naik Eurostar ke Paris lepas tu. Apartment ni 1 bilik jer. Tapi ada sofabed untuk 2 orang lagi. Jenuh jugak lah sebab AirBnb ni bukan konsep hotel. Ia cuma tempat tinggal yang di hostkan oleh orang awam untuk disewakan mengikut tarikh yang dipilih. Kalau kat sini lebih kurang macam homestay lah.

So, sebelum ke Apartment tu kami kena pergi ke suatu tempat untuk ambik kunci dia. Oh ya taxi dari rumah aunty Uji ke temoat ambik kunci seterusnya ke apartment tu dalam 40 Pound. Baik sangat driver taxi tu sebab beliau sanggup teman kami sampailah jumpa apartment kami.

Malam tu ajue dan Anne keluar ke St Pancras station sebab nak pergi Boots farmasi. Kaki Anne dah melecet. Lagipon nak kenal jugak jalan ke situ sebab esok kami nak ambik kereta sewa untuk ke Bicester Village. Tak mahal pon cuma 62 Pound jer untuk sehari sewa. Jimat kann??

20140515_123128

20140515_125336

 

20140515_131201

 

20140515_131232

 

20140515_131758

 

20140515_131802

 

20140515_141128

 

20140515_115330

 

20140515_121916

 

20140515_055058

 

Camera 360

 

20140515_071144

 

20140515_114726

 

20140515_115153

 

20140515_115248

 

20140515_052945

 

Oh ya, lupa nak bagitau. Since subuh awal giler kat sana musim summer. Kai dah terjaga jam 4 pagi untuk solat Subuh. Lepas tu dah tak boleh tido sebab kat luar matahari dah terbit. So kami pon masak nasi makan dengan sambal Sreng dan sambal ikan masin Gereh. Ni semua keluaran Wak Nang dari Kelantan. Try lah, kompem tambah nasi 3 pinggan!!

Kami naik kereta drive sendiri ke Bicester Village. Lebih kurang hampir 3 jam jugak lah perjalanan sebab guna GPS tak lalu toll. Entahlah, company kereta tu yang setkan. Asalkan sampai, kan. Sampai sana suhu drop 10 celcius. Sejuk sangat. Terus cari cafe minum Latte panas. Ajue nampak menu tu ada Salmon. hehe Dah nama pon favourite kan. Sedappp Salmon dia.

Kami beredar jam 6 petang. Muraj banrang barang kat sini. Dulu masa 2013 Ajue dah pernah pergi dengan Hai O. Masa tu siap turun snow lagi. Sejuk jagan kira lah. Sambil hujan masa tuh. Asyik minum kopi panas jer. Next time kalau pergi London kompem nak pergi sini lagi. Orang kata Boxing Day murah. hmmmmm… apakah???

Last day kat London kami habiskan dengan naik Hop On Hop Off sebab nak bawak Anne dan CT tengok what is London is all about. Tiket beli on the spot mahal la sikit compare kalau beli online. Dalam 128 Pound untuk 4 orang. Kami berpecah lepas lunch kat Harrods. Sebab CT dah kepenatan dan baby nak rehat. So Ajue dan Anne meneruskan perjalanan ke Offord Streets sebab Anne nak beli Luggage Samsonite. Ajue pulak nak jumpa dengan sepupu Ajue yang belajar kat sana.

Camera 360

Camera 360

20140516_101648

20140516_111205

20140516_114302

20140516_114322

20140516_152723

20140516_153405

20140516_153859

20140516_153906

20140516_160622

20140516_160642

20140516_200020

20140516_200029

Camera 360

Camera 360

Camera 360

 

Masa kat Harrods tu ada pulak yang berkenan dengan sudu baby CT. Sudu tu convenient sangat nak suap baby. CT kata dia beli kat online. Oh ya lupa nak cakap, makan kat Bicester Village dalam 64 Pound. Salmon, Pizza , Latte, Juices. Actually bila kami dah sampai London sementara nak hantar kereta tu, kami singgah di Bayswater. ingat nak pergi malaysia Hall tapi ntah macam mana takde parking kat situ. So kami makan Halal Food jer, kedai Turki.

Berbalik kepada citer sepupu Ajue tu. Uniersity dia jauh, dalam sejam jugak naik underground. Sanggup dia datang jumpa Ajue kat London, terharu sangat. Dah la Ajue yang lambat. sian Aisesyah kena tunggu Ajue sampai. Pastu Ajue bawak minum kat food court shopping mall  area Bond Street situ. Aiesyah siap bagi Ajue Shawl lagi, Dorothy Perkins.Thank you sangat sangat !! Jumpa dia kejap jer sebab tak nak dia balik sorang sorang bila dah gelap kan. Aiesyah buat Masters kat Brunel Univ. Katanya beliau terus sambung PhD nanti. Syabas Along!!

 

LondonParisTrip : Dubai Transit

Salam all,

 

Okay kali ni nak update pasal London Paris Trip AjueRashid Enterprise pulak. Trip ni dah lama plan bersama sama dengan kawan sekolah rendah dan menengah Ajue lagi. Since tahun lepas lagi rasanya. Dipendekkan cerita, masa Matta Fair bulan March lepas kami sama sama pergi untuk beli tiket flight. Alhamdullilah kami dapat yang terbaik. Naik Emirates, transit kat Dubai 1 malam cukup bagi kami untuk explore Dubai.

Dubai ni mudah jer, semua accessible by metro. Beli yang unlimited ride untuk 24 jam. Dari hujung station ke hujung satu lagi kami pergi. Oh ya lupa nak bagi tahu, kami stay kat Apartment Skyline area Rigga. Sebenarnya ada jer metro direct dari airport nak ke sini tapi masa mula mula sampai tu beg banyak. Semua kena amik sebab kami pilih stopover Dubai. So dengan bilangan beg yang banyak tak mampu kami naik Metro. Naik taxi dari Airport ke apartment hanya 34AED saja. Dekat sangat. Dan yang bestnyer, since kami ni ramai perempuan, kami dapat driver pon perempuan.

Sampai di apartment Skyline, kami checkin dan terus tido. Apartment ni harga dia 606AED untuk 2 bilik. Fully furnished. Kitchen pon full boleh masak memasak.Sudah tentu kami dah prepre dengan stok makanan di sini. Pagi esoknya, kami makan Nasi Lemak Brahim dengan Nasi goreng kampung, juga keluaran Brahims.

So, aktiviti pertama ialah pergi metro station untuk beli Kad Metro. seorang hanya 16 AED, valid 24 jam. Tempat pertama kami pergi ialah Emirates Mall. Besar sungguh mall ni. Sampai tak tercover semua tempat. Kat sini kami sempat pekena coffee latte kat Paul Cafe. Actually cafe ni dari France. Suka sangat Latte dia. Roti dia even keras tapi sedap. Cheese yang diberipon sedap. Semua sedap lah. yummiehh. Since anak CT masih baby, kami mintak soft meal, macam mashed potato gitu. Total 4 orang makan hanya 115 AED.

Ski Dubai pon ada kat sini. Tapi hanya Ajue dan Anne saja boleh masuk sebab CT ada baby dan baby not allowed kat dalam tu. Nak masuk dalam kalau ada MasterCard boleh dapat diskaun. Sorang dalam 120AED. Tapi kena ambik locker untuk simpan kasut dan beg. Locker tu dalam 25AED.

20140513_091358

Camera 360

 

Camera 360

20140513_112956

20140513_120003

20140513_121112

20140513_092113

20140513_092618

20140513_095752

20140513_104117

20140513_092637

20140513_121332

20140513_120927_5_bestshot

20140513_114744

20140513_103719

20140512_180338

20140512_222257

20140512_222329

20140512_222343

20140512_234048

20140513_063531

20140513_070717

20140513_091329

 

Lepas Emirates Mall kami  proceed ke Marina Walk. Kat sini  ada banyak yatch. Sangat cantik dan nyaman pemandangan. Cuma kami tak tahan suhu waktu tu. Rasanya dalam 40+ celcius kut. Berpinar pinar bijik mata. Tapi nak jugak bergambar kat situ, berlatarbelakangkan kapal kapal layar.

Kami masuk restoren Stefano nak makan pizza. At least boleh la rehatkan diri sambil lihat kapal.

20140513_155215

 

20140513_155238

20140513_150209

20140513_151549

20140513_153211

20140513_153325

20140513_153511

20140513_153824

20140513_154912

 

Total makan kat situ murah jugak dalam 101 AED. Lepas tu kami naik bas yang ada link dengan metro jugak. Saja nak pusing area situ. Kami jugak tak lepas kan peluang untuk pergi ke Palm Jumeirah. Saja nak tengok rumah orang orang kaya kat situ. Di bina khas dalam kawasan guarded berbentuk Palm Tree. Setiap cabang atau dahan mempunyai berlainan jenis design rumah. Katanya David Becham pon ada satu rumah kat dalam tu. kai pergi naik taxi jer. Upah driver taxi tu untuk pusing masuk Palm Jumeirah. Kalau tak silap kami kena 46 AED masa tu.

20140513_165011

20140513_170203

 

 

Okay, Last stop kami ialah Dubai Mall. Kat sini kami solat, dinner serta lepak sampai malam. Sebab nak tengok fountain yang menari nari ikut irama lagu tu. Cantik sangatttt. Teruja dan kagum sungguh dengan kesenian ornag Dubai ni. Oh ya sebelom terlupa. bangunan tertinggi iaitu Burj Khalifa juga verdekatan dengan Dubai Mall ni. Kami boleh lihat dengan jelas semasa dalam metro. Tapi bila dah dekat, tak boleh ambik gambar pulak sebab tinggi sangat. Burj Khalifa ni belakang fountain tu.

20140513_200108

20140513_174620

20140513_180258

20140513_180342

20140513_200009

20140513_173501

Camera 360

Camera 360

 

Flight kami ke London jam 2 pagi. Lepas Dubai Mall kami balik semula ke Skyline Apartment untuk ambik luggage kami. Malam tu naik taxi MPV untuk ke Airport. Kena dalam 40 AED sebab dah malam kan. So, sampai airport, kami naik tingkat atas rasanya Departure Floor kut. Alhamdulillah dapat shower, solat semua kat situ. Dan yang paling best dapat minum latte lagi, Costa!! Oh mya Favourte drink.

20140514_003212

20140513_222742

20140513_211244

IMG_20140514_005443

 

 

Okaiesss.. jumpa lagi next entry. London!!

Kids at KPJ Damansara

Salam all readers,

Dah lama sangat Ajue tak update blog. Jadual pack sangat since last month. Hari ni baru sempat nak update dan InsyaAllah niat nak update semua at least 10 entries nih. Gigihkan diri serta kuatkan semangat yer AjueRashid.. hehe

Okay, pada 9 May lepas, Anis sakit perut dan demam panas. Pagi tu dah bagi makan ubat. Then Ajue keluar breakfast dengan kakak kat Seksyen 10. Tengah makan tu bibik call cakap Anis panas sangat. So terus balik rumah nak bawak pergi klinik. Nak jadikan cerita, hari tu hari Jumaat. Semua klinik kat Seksyen 24 ni tutup la plak sebab solat jumaat kan. Kalau tak silap dah dukung Anis pergi 3 klinik kut. Lama punya tunggu baru la sorang doktor perempuan sampai kat Klinik Medivron Seksyen 18. Doktor tu mintak maaf sebab lambat. Jalan sesak susah nak masuk Seksyen 18 sebab kereta banyak parking tengah jalan. So, okaylah.. Ajue faham.

Masa ambik temperature Anis dah 39 celcius. Tinggi sangat. Doktor buat surat refer pergi KPJ Selangor kat Seksyen 20 sebab bila tekan perut dia Anis kata sakit. Risau takut apendiks jer. Anis masa tu dah tak larat nak berjalan so Ajue dukung jer dia. Sampai kat KPJ terus bawak masuk kat A&E.

Hanya sorang jer nurse kut yang datang ambik suhu dan masuk ubat kat bontot. Lama jugak tunggu doktor datang. Katanya dokor pakar hanya datang kalau warded. Pelik jugak, habis saa nak tengok Anis nih?? Masalahnya kat KPJ Selangor semua ward dah full. Ajue kena cari hospital lain. Mak aiii. takkan kut ramai yang sakit. So mula lah episod calling2 semua hospital yag dekat. DEMC, SALAM, KPJ Kelang, Sime Darby semua FULL!! Astahgfirullah….

Yang ada cuma KPJ Damansara. Tempat Anis lahir. So diorang dah reservekan satu bilik untuk Anis. Ajue balik rumah kejap, siapkan pakaian dia sebab bajet nak kena warded dah ni. Tengah on the way sekolah Seksyen 24 call cakap Afiq pon demam panas sangat, suruh datang ambik bawak balik. Dugaan sungguh masa tu…

So, patah balik masuk sesyen 24 pergi ambik Afiq. Memang panas sangat. Nasib baik Ecah ada boleh tolong dukung Afiq.

Sampai KPJ Damansara terus letak kat wheel chair tolak pergi A&E. Alhamdullilah Anis dan turun temperature dia tapi Afiq lagi tinggi 39.9 celcius. Kat sini sangat cekap. Lagipon dua dua rekod Anis dan Afiq ada kat sini, so senang la nak trace history diorang. Doktor kat A&E pon cepat.

Dugaan lagi bagi kami sebab bilik yang Ajue nak tu dah ada yang ambik. Lagipon tu bilik single, sedangkan Ajue ada dua anak nak kena warded. Doktor cakap stay kat A&E jer senang ramai yang boleh monitor. So, kami lepak kat situ sampai suhu Afiq turun. Dah lembik sangat sangat dua dua nih. Mana tak, dengan demam panas nya, muntah sampai 6 7 kali sorang. Sakit perut lagi sebab tak makan. Sedih sangat tengok.

Teringat Ajue masa diorang masih baby lagi dah pernah terkena macam nih. Masa tu anis baru setahun lebih. Afiq 5 bulan kut. Sama jer sakitnya.. berak, muntah dan demam panas. Masuk ward pon dua dua sekali kat KPJ Damansara.

Kalau tak silap Ajue tunggu sampai jam 10 malam baru doktor kata boleh bawak balik. Lagipon ward full. Kalau tak full memang dah kena warded hari tu. Hairan pulak kenapa sebesar besar hospital katil semua full. Rupanya yang dimaksudkan full tu ialah ward kanak kanak yang mempunyai simpton sakit yang sama. Means diorang ni tak boleh bercampur dengan pesakit lain sebab dikhuatiri berjangkit. Betapa ramainya kanak kanak yang sakit macam ni masa tu. Ward lain ada, tapi ward orang dewasa. Dan takde yang boleh muatkan dua orang sekali. Oooo baru faham.

Alhamdullilah suhu dah turun harapnya tak naik lagi dah lepas nih. Oh ya, Anis siap buat stool test untuk check najis dia. Sebab dia berak berak banyak kali. Alhamdullilah jugak tiada virus berbahaya dikesan.

 

20140509_125853

20140509_132746

IMG-20140509-WA0039

 

IMG-20140509-WA0040

 

IMG-20140509-WA0041

 

IMG-20140509-WA0042

 

IMG-20140509-WA0045

 

IMG-20140509-WA0062

 

IMG-20140509-WA0064

 

IMG-20140509-WA0069

 

IMG-20140509-WA0071