Pemeriksaan Kesihatan

Avisena Wellness, Shah Alam 11 March 2020

Alhamdullilah, kali kedua ujian mental baru lulus. Unian mental ni kalau markah lebih dari 14 dikira tak lulus yer. Kena jumpa pakar pskiatri. Hasudahh. Tapi Dr Hafiz nak ulang balik ujian mental dengan penerangan sekali , so banyak item boleh betulkan. Terima Kasih Dr Hafiz kerana review saya. Terima kasih jugak sebab membenarkan saya attend meeting dulu yang sepatutnya appointment masa tu.

Actually pemeriksaan kesihatan ni boleh dilakukan dekat klinik kesihatan Seksyen 19. Tapi disebabkan Ajue dah kesuntukan masa, jadi Ajue ambik Swasta punya. Lagipon result boleh tahu hari yang sama.

Seawal jam 8 pagi lagi Ajue dah sampai Avisena. Buat medical checkup, ambil darah. Timbang berat badan, ukur tinggi, pemeriksaan mata dan ECG. Lepas tu boleh balik.

Actually kena review jam 2 petang. Tapi staff Avisena call, doctor ada meeting. Then, Ajue pulak ada meeting.

Last last jam 4.30pm baru dapat jumpa doktor. Beliau sanggup tunggu lepas Ajue habis meeting. Alhamdullilah.

Semua normal dan badan fit. Berkat jogging 3km sehari. Hehe. Ajue decide untuk tambah 2 vaccine. Influenza jer tak perlu ambik sebab baru jer inject Dec 2019. Actually last Umrah dah ambik vaccine satu tu. Tapi atas nasihat doctor, better ambik lagi sebab yg lama tu dah dekat 5 tahun. So ok jer, janji semua vaccine tak sampai setahun. Buku rekod bertanda kotak hijau. Dah boleh submit dekat TH anytime now. Syukur.