Family Vacation, Paris 2005. Day 9 and Back to KL

Hari ni nk pusing area hotel jer, lepas tuh nak gi Disney Village sekali lagik. Cuaca hari giler sejukkk. Naik bas gi Val d Europe, shopping kompleks kat saner. Ajue shopping handbag sampai 4 bijik.. hhahahahha bila laaa nak pakai bag tu sumer??? 

Lepas tuh pegi Disney Village lagik. Sampai saner, kedai banyak tutup. Kalu bukak pon, makan kat dalam sebab terlalu sejuk kat luar. So, kami pegi Mc D makan kat saner. 

Shopping banyak kat Planet Hollywood dan Disneyland Resort sebab esok dah nak balik mesia. Balik rumah, start packing barang-barang. hehehhehhe terlebih muatan laaa plak. harap-harap tak excess baggage laa nanti  

Esok dah nak balik KL dah. Pagi tuh, Ajue masak nasi goreng jer, buat breakfast. Check out kul 12.30, taxi datang kul 1.30 pm. Flight kul 5.45 petang. Sempat lagik amik gambar sekitar Marriot nih. Ayah cal airport taxi. Kena 106 euro. Sampai kat airport sumer barang termasuk stroller Anis kena check in lak. waduh waduh… penat laaa Ajue nak mendukung si kecek nih 


Sampai Amsterdam kul 6.50 petang. Flight ke KL kul 8.45 malam. Sempat pusing Schipol amik gambar dan beli suvenir sket. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *