Emcee in action

Salam all,

Hari ni just nak update pengalaman pertama jadi MC kat kelas biznes. Huhuhu takut ada, ketaq lutut ada.. Macam macam adaaaaaa

Ajue dapat tahu kena jadi emcee pagi tu. lepas buat top up sales kat HQ. Leader ajue text. Mula mula baca gabra semacam… Terus tak keruan haha

Tapi bila difikirkan, apa salahnya kan, bila lagi nak rasa pengalaman berucap kat depan. Dalam hati, janganlaa terkeluar loghat terengganu dah laaa haha

So, Ajue sampai awal untuk ambik tips dari CDM Hanis. Banyak jugak Hanis turunkan maklumlah first timer kan.

Alhamdullilah semua berjalan lancar dan Ajue rasa bangga dengan rakan kongsi yang sanggup datang dari jauh untuk beri sokongan pada Ajue. Thanks Farouk, Hanis Izzati dan Intan. Dan jugak yang dari KL iaitu Ummu dan Sofia.
Begitu jugak yang tak dapat datang dan bagi support thru sms dan whatapps. Thanks team!!! Really appreciate that.

Tersasul???? Hahhahaa yer, ada satu tu tersasul jugak perjakataan Ganu hahhaa

Lepas kelas, kami ramai ramai pergi buat O group pulak kat kopitiam situ. Bagi bakar lagi semangat nak pergi Shanghai. I knoe you can do guys!!! Lets rock Sanghai kay.

So, lets enjoy the pics yer.

See u next entry!!!

Shanghai is officially ON

Orait, ramai yang dah tahu kan, pakej Shanghai dalam bisnes Hai O ni dah officially ON. So,mudah sesangat kalau nak qualified trip nih. Nak tahu? Inbox Ajue yer, kita ngopi ker ngeteh ker sambil sembang camaner nak pergi Shanghai secara FREE selama 5 hari 3 malam.

Dan jumaat lepas masa kelas kat GLAM,setiap leader dari semua leg Ajue dalam Beautiful Galaxy Team Telah datang untuk ambil ilmu dan bakal dicurahkan kepada rakan kongsi masing masing. Tahniah dan syabas Ajue ucapkan kerana komited dengan keperluan bisnes masing masing.

Lepas kelas GLAM, kami adakan O Group pulak kat Old Timer Kopitian untuk setting statergy bagi leg masing masing nak bawak seramai mungkin rakan kongsi.

Ni muka Ajue exited nak gi kelas nak timba ilmu bagi group Ajue.

Sebelum masuk kelas Ajue dinner dulu dengan hubby. This time dapat gak dia pergi kelas setelah sekian lama duduk rumah jaga anak sebab kami takde maid. Sektang pinjam maid lama Ajue untuk seketika setelah urusan maid baru selesai.

Ajue sanggup ke Medan hari Rabu lepas untuk ambik Ida, maid lama Ajue yang dah 6 tahun keje dengan Ajue dulu. Alhamdullilah Ida setuju nak datang sementara urusan maid baru settle nanti.

So saper nak ikut Ajue gi Shanghai FREE? Jom kita ngeteh sambil sambil boleh Ajue tunjukkan camaner nak qualify.

IQKL

Hari ni turn Adlan pulak untuk menjalani hari Orientasi. Actually dulu Adlan belajar kat STIAS, Rembau. Tapi tahun nih Ajue tukarkan Adlan ke IQKL atas sebab sebab tertentu yang tak dapat diceritakan di sini.

So, bermula jam 9.45 pagi proses pendaftaran, diikuti dengan taklimat ibu bapa. Kemudian naik ke asrama untuk kemaskan katil dan locker baju dia.

Kami split kejap jam 12 tengahari sebab Ajue ada kelas khas untuk projek Shanghai kat GLAM. Nasib baik dua dua lokasi ni kat Taman Tun jugak so takde la jauh sangat nak betpatah balik ke sekolah Adlan tadi.

Sementara Ajue gi GLAM ambil ilmu untuk diperturunkan kepada semua bisnes partners di bawah network Ajue, husband pulak bawak Adlan dan yang lain lain cari barang keperluan yang masih diperlukan di asrama.

So, semuanya berjalan lancar, lepas spend time dengan Adlan kat asrama tadi sampai jam 4 petang, kami pon beredar tinggalkan Adlan dengan kawan kawan dia. Nampaknya kali nih Adlan takde lah sedih sangat nak berpisah tadi. Maybe dia dah besar kut dan dah biasa dengan asrama last year. Then jarak pon bukannya jauh sangat dari Shah Alam nih. Kalau tak jem 20 minit boleh sampai dah.

Semoga sentiasa dibawah lindungan serta RahmatNya. Ibu sentiasa doakan semua anak anak mendapat keberkatanNya. Ameen.

Good Luck, and all the best Adlan! Semoga menjadi seorang Huffaz yang berjaya dunia dan akhirat suatu hari nanti. InsyaAllah.

Orait, ini saja updates untuk entry kali nih. Enjoy the pics!

100G Awards from GLAM

Alhamdullilah, setelah melalui beberapa episod cabaran dan dugaan, akhirnya berjaya jugak untuk meraih Pouch Emlio Pucci dari leader Ajue, CDM Hanis. Ini lah untung nya berada didalam Green Leaders Group! Setiap usaha serta kejayaan dihargai serta diraikan. Dengan itu semangat terus naik mendadak serta motivasi diri meningkat. Thanks CDM Hanis dan CDM Raz yang tak putus putus membimbing Ajue sehingga ke hari ini.

Actually semalam ialah pembukaan new location GLAM. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yasin dan Doa Selamat. Diikuti dengan solat jemaah Isyak beramai ramai untuk mendapat berkat kami Green Leaders Group menimba ilmu.

Seronok sangat, perasaan terharu pon ada.. Selalunya Ajue yang bagi reward untuk team Ajue tapi kali nih bila dapat sendiri dari leader Hanis, terus semangat makin berkobar kobar dan keyakinan diri makin kuat dengan bisness ini. Syukur sangat sangat dipertemukan dengan bisnes ini lebih lebih lagi berada di dalam group GLG ini.

So, kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut lagi silalah inbox Ajue yer, or call Ajue at 013.226.0082

Together Everyone Achieve More!!!!

Seminar SM dan SSM Cycle 3

Lebih kurang setahun yang lalu Ajue dah pergi seminar yang sama seperti nih. Masa tu Ajue baru join bisness. Baru pangkat SM. dan tak de bisnes partner lagi. Dan yang Ajue ingat, masa tu buat bisnes tanpa restu suami! Tak percaya? Tanya la husband Ajue.. Hehe.
Ingat lagi masa tu CDM Hanis cakap kena datang awal sebelom kol 7 pagi utnuk register. Ajue pon keluar rumah senyap senyap lepas solat Subuh pergi ke Eastin Hotel.

Memang tersangat berkesan seminar SM /SSM nih, sebab sejak tarikh tu Ajue berusaha keras sampai dapat bukti pertama iaitu FOC Trip ker Veitnam. Baru laaa husband Ajue buka mata dengan bisnes nih.

So, kalau ada yang baca blog Ajue nih yang nak buat bisness tapi dapat halangan tak kiralah, husband ker, mak ker. Just buat jer. Sebab kadang kadang mereka tak tahu kehendak kita sampailah kita tunjuk bukti dalam bisnes, gerenti lepas tu mereka akan buka mata. Yer la, mak mana atau suami mana yang tak risau kan, dengan modalnya lagi, barang nya lagi, mereka risau kalau kita tak mampu lakukannya. Tapi jangan putus asa kay, teruskan jugak niat yang ikhlas untuk buat side income nih. InsyaAllah benda baik jika di lakukan dengan hati yang ikhlas insyaAllah akan mendapat restu jugak nanti. InsyaAllah kita akan mendapat kesenangan disebalik seribu kesulitan dalam perjalanan bisness kita, PERCAYALAH!!!

Orait, ni gambar masa seminar yang Ajue pergi masa Ajue SM dulu,

Jom tengok aturcara masa tuh,

Perasan tak testimoni masa tu ialah DSM Adibah! Wow!!!! Masa tu Adibah baru berpangkat DSM, dan sekarang Adibah telah berpangkat CDM!!! tak sampai setahun pon kan. Kagum sangat dengan beliau.

Orait, kali nih, cycle 3 seminar SM SSM bertempat di Holiday Inn , Glenmarie. Actually bisness partner Ajue register seramai 8 orang, tapi last minit ada emergency so half of them tak dapat attend. Ajue ucapkan syabas dan tahniah kepada yang berjaya ke seminar untuk kali nih. Ini merupakan langkah pertama anda dalam bisness, insyaAllah ada lagi seminar seminar yang akam GLG sediakan untuk kita semua. Janganlepaskan peluang yang disediakan, sebab takde tempat yang boleh memberikan anda ilmu ilmu perniagaan seperti ni. Bisnes partner Ajue data g dari Kelantan, Kota Tinggi dan dan lupa juga KL dan Selangor.

Gambar ni ihsan dari blog Hanis. Ramaikan, usahawan baru dalam group GLG!

Cantikkan tarikhnya, 10.11.12!

Kenangan bersama CDM Hanis. Aura yang positif terus melekat kat kita kan.

Food memang bestt… Asyik makan jer masa seminar.. Berbaloi sangat sangat!

Orait, kepada yang pergi, teruskan serta kekalkan aura yang positif serta ilmu ilmu yang diperolehi semasa seminar. Jangan disimpan dalam hati, harus dipraktikkan terus kay!

Once again, tahniah kepada yang attend kay!

My Dream, My Wishlist, Next!

Last few days ada beberapa kejadian pelik, gembira , mengejut, happy moment dan sedih berlaku. Tapi, Alhamdullilah semua berjaya di atasi dengan rasa tenang dan yakin dengan semua ketentuan Tuhan.

Mula mula tayar kete pancit masa on the way nak gi Stokis tukar saiz corset clients. Tunggu agent Etiqa setengah jam tak datang, sib baik ada 3 orang yang tolong. Sebab Ajue tak tahu mana tayar spare Exora nih..

Balik rumah dapat surat chinta dari Hai O untuk trip London Paris/Umrah

Best kan, travel FREE dengan Hai O 3 kali setahun tuh… Lepas ni dengar kata nak pergi antara Instanbul atau Korea… Tak sure la betul ker tak. Tapi apa apa pon, dua dua Ajue suka sebab tak pernah pergi lagi.

Weekend pulak, bisness partner Ajue turun dari Kelantan, Perak dan Johor untuk kelas kat GLAM. So, combine dengan bisness partner yang ada kat area Klang Valley nih, dapat jumpa mereka at one place. Sama sama kami menuntut ilmu.. Demi kejayaan di masa hadapan, syabas Ajue ucapkan! Lets do this together team.

Then hari Ahad pulak ada NDO (new Distributor Orientation) atau EBM (Exclusive Business Meeting) untuk kumpulan GLAM group under CDM Hanis dan CDM Sha Khalid.

Ni sebahagian dari yang hadir. Sebelom kelas start, kita pose satu.. Hehe

NDO ni bertujuan untuk memberi ilmu yang wajib tahu sebagai permulaan bagi usahawan baru dalam Hai O. So, macam kelas intensif la jugak, semua dirangkumkan dalam masa sehari.
Dan, Ajue telah diberi peluang oleh leader Ajue untuk sampaikan topic Social Media Marketing pada hari tu. Takut, gementar, semua ada , sebab first time kan. Malam sebelum tu Ajue tido jam 3 pagi siapkan slides.. Hehe

Dan hasilnya, Ajue bersyukur kerana kesemua speaker dapat menyampaikan ilmu dengan sebaiknya kepada ahli kumpulan baru kami. Alhamdullilah.

Ni barisan speakers yang bertugas pada hari tersebut.

Oh ya, sebelum tuh, masa kelas GLAM malam Jumaat tuh, husband Ajue telah berjaya buat demo Biozone kat adik dia. Syabas! (dengan bantuan Aisyah, anak Ajue.. Hehe) sebab Aisyah dah biasa tengok Ajue demo, so dia dah tahu nak jawab apa kalau orang tanya! Just imagine, my 12 years old daughter boleh demo Biozone!!! Proud of her.

Then, lepas NDO, ada majlis kesyukuran kepada qualifiers London Paris group GLG. Syukur kami kepada Allah atas rezeki kami bisness nih. Semoga rezeki kami bertambah murah lagi lepas nih, InsyaAllah.

Buat kat Masjid AlGufran, Taman Tun. Semua ahli keluarga dijemput sekali. Sebab mereka lah kami ibu bapa berusaha keras dalam bisnes, kan.

Gambar gambar nih Ajue ambik dari blog CDM Hanis.

Nasi Tomato… Bestttt sangat!!!

Ok, best kan! Kalau hidup kita penuh dengan warna warni.. Tak lah hitam putih jer kan. So, lets colour it and lets live life to the fullest!!

Hmmm… Ajue terberkenan sesangat dengan Note 10.1 tu.. Hari tu masa NDO temgok CDM Sha guna. Wah wah… Terbakar hati nih… Confirm bonus bulan nih Ajue nak jugak dapatkan satu.. Senang nak update blog Sha cakap. Apa apa pon, kena kerja leras bulan nih, nak jugak beli satu nanti

Ni laaa gadget nyer… Best kan!!!!

Nak tahu apa tu GLAM?GLG? BIOZONE? Contact Ajue kay!