Aktiviti PIBG SK 24

Salam semua.

Kali ni nak update pasal PIBG sekolah anak kebangsaan anak Ajue. Actually tahun lepas Ajue dapat undi terbanyak tapi Ajue tolak untuk naik jadi YDP sebab tak bersedia apa apa lagi. So, setahun jadi AJK banyak pengalaman baru yang Ajue perolehi.

Orait, bermula dengan pendaftaran ibu bapa pagi tu jam 8 pagi. Lepas tu mesyuarat bermula dengan ucapan Guru Besar serta YDP PIBG 2012.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pelajar pelajar cemerlang dalam UPSR. Alhamdullilah sekolah menampakkan kenaikan prestasi berbanding dengan tahun lepas. Walaupon masih belum mencapai target tapi kami tetap bangga atas usaha PIBG serta Komuniti Tahun 6.

Sngguh Ajue tak sangka dipilih menjadi AJK terbaik dalam PIBG. Ini semua atas kejayaan pelajar pelajar jugak sebenarnya serta kekuatan Komuniti Tahun 6 yang sebenarmya menjadi tulangbelakang setiap aktiviti untuk pelajar tahun 6. Tanpa semua AJK yang terlibat tak mungkin kejayaan sebegini tercapai.

Acara kemuncak ialah pembubaran ahli lama tahun lepas untuk melantik ahli baru bagi meneruskan lagi kecemerlangan sekolah.

Satu lagi kejutan buat Ajue sebab mendapat undian di tempat YDP PIBG bagi sesi 2013. Maka dengan ini satu tanggungajawab besar perlu digalas dan tak boleh dipandang ringan. Tapi Ajue yakin dengan kekuatanbarisan AJK yang baru serta kerjasama yang tak putus putus dari semua guru guru serta Puan Guru Besar kami cuba memberikan yang terbaik demi anak anak bangsa Sekolah Seksyen 24 ini. InsyaAllah.

Inilah orang kuat Ajue semasa menerajui Komuniti Tahun 6 yang lepas.

InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik kerana kami mempunyai guru guru yang sentiasa memberikan kami sokongan selama ini. Terima kasih semua, terima kasih guru guru SK24!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *