Anis dalam tournament MBSA

 

AsSalam semua,

Kali ni nak update pasal tournament bola princess pulak. Dah lama sebenarnya Anis tak turun latihan bola. Actually tournament ni berlangsung 2 hari kat padang MBSA Shah Alam. Tapi hari pertama Anis tak dapat main sebab pergi Kidzania rombongan sekolah Kafa dia. So, Anis main yang game hari kedua. Anis dalam kumpulan bawah 9 tahun. Tapi team Anis campur2, umur 6 tahun pon ada. Elok lah kan, bagi pendedahan kepada mereka sejak dari awal lagi.

Tengoklah pasukan lawan dia.. badan besar besar semua haa. Anis main defence. Seronok dengan Gen Pro nih. Semua parents sporting. Coach dan management pon semua best. Tadi Ajue dapat tengok 1 game jer yang Anis main. Sebabnya dah ada appointment dengan buyer rumah kat Ampang nak serah kunci rumah. Pastu singgah kat Adlan kejap nak wish untuk exam PT3 esok.

Anis main 3 game. Bial dah sampai dah selesai semua. Alhamdullilah ada parents dan coach yang tengokkan Anis masa Ajue tak de tadi, terima kasih banyak banyak.

Katanya ada lagi game bulan depan dan december. Yesss, suka suka sangat. Mana taknya, dulu Ajue pon atlit jugak. Sekolah rendah johan lumba lari , masa UUM Atlit memanah pulak. Rindu dengan sukan.

wpid-20141012_075733.jpg

IMG-20141012-WA0077

 

IMG-20141012-WA0078

 

IMG-20141012-WA0079

 

20141012_083951

 

20141012_084543

 

20141012_084651

 

20141012_085408

 

20141012_091510

 

20141012_091513

 

20141012_094557

 

20141012_095232

 

20141012_095743

 

IMG-20141012-WA0013

 

IMG-20141012-WA0015

 

IMG-20141012-WA0018

 

IMG-20141012-WA0056

 

IMG-20141012-WA0069

 

IMG-20141012-WA0070

 

IMG-20141012-WA0071

 

 

Sana sini aktiviti

AsSalam..

Saja nak update apa aktiviti sepanjang last week. Nanti bila bila akan datang syok baca balik #mode perasanbacablogsendiri

wpid-20141004_153530.jpg

 Ni gambar masa Adlan dan Ecah kecik. Masa ni bawak diorang pergi Cameron Highlands. Ingat lagi kereta Ajue accident kat sana. Siap court case lagi sebab Ajue tak bayar saman hehe

wpid-20141006_223501.jpg

 

Ni pulak screenshot confirmation letter dari Disneyland Paris. Masa ni Ajue happy dapat bawak Mak, Mak mentua serta pembantu Ajue bercuti. Of coz la anak anak sekali. Kami terperangkap dalam snow tebal masa tu. Mak Ajue siap nak duduk jer kat rumah vacation club sebab tak tahan sejuk. Tapi mak mentua suka sejuk sejuk ni. hehe. InsyaAllah kalau umur panjang dan dimurahkan rezeki nak bawak pergi melawat sejarah islam pulak. Aamiin

 

20141004_153305

Ni pulak gambar masa bawak anak anak pergi Zoo Negara. Ajue suka matching kan baju anak anak. Sampai sekarang Ajue buat. Cuma si Ecah jer tak suka pakai baju sama princess Sofea. Malu kut, dah besar.

Oh ya, nak mention gal. Kasut tu kasut favourite Ajue. Sembonia kalau tak silap. Beli masa belajar kat UUM lagi. Nak cari skrang rasa tak jumpa dah jual kat kedai.

 

 

 

 

20141004_152933

 

Haaaa ni lagi nostalgia. Jangan tak tahu, Ajue dulu pemanah UUM okayyy. Satu kenangan dan pengalaman yang sukar diperiolehi di mana mana. Time tournament paling besttttt sebab dapat banyak ilmu dan ‘mental training’. Paling best sebab ramai kawan. Especially dengan Kak Teh (ATM), abang Bob PDRM dan abang yang tingi tinggi tu.. alaaa camaner boleh lupa nama pulak ni.. Ienaaa apa nama abang tu ek. aduhhh

20141002_152426 (1) 20141002_150115

20141002_143734

 Okay, ni masa piala Sumbangsih. Perlawanan antara juara Piala Raja Muda tahun lepas dengan team tuan rumah tahun ni. #wiragempurterbaik

Preparation for many occasions

 

 

 

 

 

 

 

 

AsSalam semua,

 

Lama sungguh tak update blog. Dah berkulat kut blog nih. So, sebelum jadi bertambah kulat lapuk (ada ker istilah ni??) meh kita update sikit deh.

Okey.. Ajue sekarang tersangat amat busy dengan persedian beberapa perkara penting dalam Oktober dan November ini. Pertamanya, Hari Perasmian Surau sekolah yang di bawah projek PIBG. Alhamdullilah surau kami dah siap sepenuhnya dan sudah pon digunakan oleh pelajar pelajar sekolah terutama Tahun 6. Jadi kami PIBG amat berbesar hati dan sukacitanya ingin mengadakan perasmian serentak dengan Majlis Doa Selamat sempena persaraan Guru Besar sekolah SK 24 nanti.

Tarikh yang dipilih ialah 11 Oktober 2014. Jadi sudah tentulah pelbagai persiapan perlu kami lakukan kerana kami juga menjemput VVIP penyumbang projek Surau, dan juga istimewanya kepada semua ibu bapa yang telah lama memberikan sumbangan sejak 5 tahun sebelum ini. Sudah tentu hari bersejarah itu nanti mereka akan diraikan oleh program PIBG ini.

Keduanya, Shahril akan berangkat ke Riyadh dalam Oktober jugak, beberapa hari lepas hari Perasmian Surau SK24. Again, tugas Ajue untuk pastikan segala persiapan dan kelengkapan dikemas kini. Tambah lagi insyaAllah Ajue dan anak anak akan menyusul kemudian awal tahun depan. Jadinya….. rumah, kereta.. sekolah anak anak dan yang penting perjalanan business Ajue nanti kena diatur rapi. Timeline Ajue setiap hari dipenuhi dengan semua aktiviti ini.

Ketiganya, proses jualbeli rumah Ajue yang dekat Ampang sudah masuk fasa terakhir. Kalau ikutkan jadual Ajue kena serah kunci rumah hari ni. Tapi memandangkan beberapa perkara dari pihak lawyer belum selesai maka terpaksa lah Ajue tunggu lepas Raya Haji nanti. InsyaAllah kalau dah rezeki tak kemana cuma masa saja yang menentukan.

Keempat, peperiksaan besar UPSR dan PT3. Semua tahu kan, UPSR tahun mencatat sejarah kerana ada peperiksaan ulangan. Mudah mudahan anak anak Ajue seramai lebih kurang 200 orang menemui kejayaan yang besar dan tabah menghadapi dugaan ini. PT3 pula berkenaan dengan anak sulong Ajue. Persiapan serta persediaan pon Ajue haruslah ambil berat terhadap beliau. Bermula 12 Oktober nanti. Lepas tu Adlan bercadang untuk habiskan 30 juzuk hafazan beliau sebelum berangkat ke Riyadh January depan.

Okay, tak nak panjang panjang kali ni. Nanti kita sambung lagi yer. BTW, gambar dibawah sebahagian dari persiapan dan aktiviti Ajue bagi semua projek diatas. Harap dipermudahkan segala urusan serta mendapat keberkatanNya. InsyaAllah

 

 

 

image

 

 

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

 

10697333_10153131025457506_8381260346779927751_o

 

10632672_10153127408872506_6173178651770140044_n