Info dari Saudi – Haji 2020

Hari ni rata rata berlegar pasal video tentang haji tahun ni. Ajue tak berapa faham sangat, jadi mintak tolong kawan kawan translate.

The Saudi government has confirmed that this year the Hajj may be canceled and has asked all Hajj companies not to make any deal with any hotel, trainer or ticket..

Ada satu ni dari seorang Dr. Hanya doa saja yang mampu dilakukan sekrang ni. Semuanya ketentuan Allah jua.

Dalam video yang diviralkan ini, kerajaan Arab Saudi belum mengambil sebarang keputusan untuk menghentikan sementara haji tahun ini, namun kerajaan akan berhati-hati mengikuti perkembangan wabak ini supaya tidak lebih memburukkan keadaan.

Seandainya haji diberhentikan sementara sekalipun, umat Islam tidak perlu panik dan tidak perlu tergesa-gesa mengaitkan dengan pelbagai teori, kerana sebelum ini pun sepanjang sejarah pernah berpuluh kali (lebih 40 kali) berlaku pemberhentian sementara haji seperti pada tahun 1814 akibat wabak Taun yang melanda Arab Saudi sehingga mengakibatkan kematian ribuan orang.
Kemudian beberapa tahun kemudian berlaku wabak Kolera yang telah membunuh lebih 1000 jemaah haji setiap hari dan memaksa haji dihentikan sementara beberapa kali.

Sejarah telah menukilkan pelbagai peristiwa yang mengakibatkan ibadat haji terhenti seketika, antara krisis terbesar ialah peristiwa Qaramitah pada kurun ke-4 yang mengakibatkan pembunuhan besar-besaran di sekitar Masjid al-Haram dan kecurian Hajar al-Aswad selama lebih 22 tahun. Sekitar 10 tahun haji terhenti ketika itu.

Teruskan bermuhasabah, teruskan berdoa dan teruskan beristighfar semua.

-Dr. Kamilin Jamilin-


Status Ajue skrang hanya nak bayar balance pakej haji dan tunggu surat penerbangan saja.. urusan2 lain insyaAllah dah settle. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk bakal bakal haji tahun ni, insyaAllah

Info baru diterima dari classmate Ajue, Tn Hj Badli,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *