Iriz in the house

Dah lama nak update pasal Iriz ni tapi asyik lupa jer. So malam ni since takde apa nak buat, lepas upgrade WordPress tadi, nak try la update blog. Ok la, not bad, version baru WordPress ni.

So, Iriz ni Ajue belikan atas nama Ecah. Memang untuk dia pon. Hadiah dapat 12A dalam semua sebjek Foundation of Data Science. Ecah ulang alik Shah Alam – Cyber – Putrajaya hari hari. Lepas drop adik bongsu kesayangan kat Cyber Brainy Bunch, dia terus masuk kelas kat Heriot Watt University, Putrajaya. Petangnya pulak lepas kelas, ambik adik dah balik rumah.

Agak agak dalam 6-km jugak la sehari travel. Swift yang sedia ada dah lebih 9 tahun, setiap bulan ada jer benda rosak. Kos repair sajer dah boleh buat downpayment kereta baru.

Jadi Ajue decide nak belikan Ecah kete baru jer terus, at least keselamatan pon terjaga ulang alik tu. Compare dengan MyVi, nampaknya, Iriz lagi jauh banyak kelebihannya. So, there you go, dalam masa 2 minggu jer, beli online dari Puncak Merak dekat Semenyeh. Sangat recommended agent yang uruskan jual beli ni, dari apply loan hinggalah kereta sampai depan pintu rumah. Terbaaikkk!!!

No plat pulak Ajue ambik no siri sama dengan kete Renault Ajue, XX75 kat belakang, Dua nombor depan ialah tarik lahir owner kete 🙂

Tapi kan, lepas beli Iriz ni, satu dunia dilanda Pandemik Covid 19… kelas semua dah online.. sempat 3 kali jer kut pergi kelas. Sampai sekarang ni, kelas masih lagi online . So Iriz tu tak berjalan mana.. Its ok, adalah tu hikmahnya yang Allah nak tunjuk. Dia yang Maha Mengetahui…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *