Daytrip hometown for Majlis Tahlil

Last minit decision nak balik untuk majlis kenduri tahlil arwah Amikik yang meninggal last year. Serta majlis doa selamat ulangtahun Datin Supt Aniesa di Terengganu

Ajue naik Malindi Air 8.45 pagi. Kakak ajue 7.30 pagi. Adik ambik kakak kat airport teganu. Jadinya ajue naik grab balik permin jaya.

Sebelum zohor terus gerak rumah Amiji untuk majlis tahlil. Balik majlis, pergi rumah CT hantar walpaper dia kirim dan ambik kain pasang untuk majlis kenduri anak dia nanti bulan march.

Alhamdullilah CT dah selamat dapat menantu hari ni jugak. Mak mentua lagi vogue dari menantu !!!

Singgah sekejap dekat anak buah punya kopi ais vietnam stall. Sedapppppppp kopi ais dia.

Jumpa correlle vintag yg tengah viral skrang. Satu bekas tu mau AUD10k orang jual online. Banyak tuuu kat dalam kitchen cabinet mak kat teganu hahahaha

Permulaan 2020 Archery

Setelah setahun berehat dari memanah, akibat dijangkiti Influenza A kini dia kembali dalam sukan kegemarannya.

Ajue decide nak upgrade bow dia test untuk tournament ni. Riser longer dari yang lama dia. Limb pon upgrade jadi 30lbs 66″. Draw length dia 26″ memang agak sukar bagi dia sebenarnya. Arrow fully carbon pulak tu. Memang sangat tak ngam lah.

Terpikir jugak nak tukar arrow dia. Nak kena bawak gi kedai Kak Pong LA Sports kut nanti.

Well, this is just the beginning. More to go. Kena ada bonding dengan bow set baru ni. Actually bow ni anak sedara Ajue yang punya. Dia beli dari Korea satu set. Kalau ikutkan kat sini dalam RM6k++.

Since Ajue dah tak nak memanah lagi, jadi bagi terus la kat Anis. All the best girl!!

Langkawi retreat 2020 – part III

Lagi gambar dari group wasap family. Next wedding cuti skolah pulak… stay tune!!

Mama dan Zali balik Teganu malam Ahad tu jugak. Jadinya kami ramai berkumpul di KLIA. Nak gathering olan bagai memang tak pernah dapat. Kalau ad hoc macam ni ok jer pulak.

Adik Ajue sorang lagi ninhaaaa bz jer memanjang… dengan homestay dia. Susah tul nak jumpa. Semoga dimurahkan rezeki perniagaan dan jodoh lepas ni jugakk aamiinnn.

Mula la berangan anak anak buah nak wedding kat mana. Sorang nak dalam hutan, sorang nak tepi pantai jugak. Sorang lagi nak dalam laut.. hambekkk kau. Kawen ngan Aquaman kut 🤣🤣🤣🤣

Langkawi retreat 2020 – part II

Akad nikah diadakan di Masjid Al Rahman Kedawang pada jam 10 pagi. Oh ya, kami pergi Langkawi 3 timing berbeza.

Pijah sekeluarga baik bas Rabu malam.lagi. Sampai Kuala Perlis khamis pagi terus ambik ferry masuk Langkawi.

Nurul dan adik2 Kuantan flite dari JB 1.10. Dorang stay kat Riverra Inn semua.

Ajue, mama, zali, kakYa dan anak dia flite 8.45 malam dari KL. Kami stay kat Perdana Beach Resort , ajue punya members vacation club. Ambik 3 malam balance last year punya.

Jumaat kami jalan jalan cari coklat dan HiG 5 6 kali ulang trip. Sampai Afiq cakap, orang pompuan shopping macam ni ek. Hahahahha

Kenduri bertempat di De Balqis resort, Tanjung Rhu. Wedding by the beach gethu!!!

Sempoi dan lain dari yang lain wedding nya. Besttttt. Seronok dan santai jer. Wedding planner pon famous orangnya.

Langkawi retreat 2020

Acara Akad Nikah adik Kuantan serta kenduri 16 – 19 January 2020

Alhamdullilah, adik Ajue (mak kuantan) selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya orang Langkawi. Sejak arwah abah Ajue meninggal dua tahun lepas, kami mula menjadi rapat dan mengambil berat antara satu sama lain. Semoga arwah boleh tersenyum disana.

InsyaAllah kami adik beradik walaupon berlainan mak , akan menjaga silratul rahim ni sehingga akhir hayat.

Majlis menyambut adik ipar akan diadakan pada cuti sekolah bulan March nanti.

Walaupon jauh nun di utara tapi kami kakak kakak happy jer, dapat jalan hahaha. Tahniah Hanifah dan Azza. Welcome to the family. 🥰🥰🥰🥰🥰

Archery training for MSS selection

Cuti CNY dihabiskan dengan training memanah untuk pemilihan ke MSS negeri. All the best princess!!!

Her new set of bow. Ambik Ajue punya. Ajue tarik 34lbs tu. Sampai injured jari dia seba berat. 😭😭😭😭

Balik training pi ikut ibu cari picnic table, tent dan tikar untuk tournament day nanti. I have my own, senang. Orang sibuk cari barang dia bantai main semua benda kat Decathlon. Aduhaiii semek ni sorang.

Jari dah injured. 🤒🤒🤒🤒

My new adventure 2020

Last year bila dapat tahu Ajue dah tak boleh nak run lagi. Kalau nak run jugak, kena undergone minor surgery untuk repair tear on left knee Ajue.

Sedih jugak lah, sebab Ajue nak sangat complete 6 major city HalfMarathon dalam masa 3 tahun tu. Apakan daya..

So, Ajue terpikir nak try something else. Wht not kan?

Diving. Yes, Ajue nak diving, professionally with diving license so boleh pergi diving 6 best diving in the.world pulak. Gethu!!!

Anak anak buah Ajue semua dah dapat lesen. Dorang agreesif giler. Dorang buat dengan PADI. Ajue ada kawan Dive Master , tapi bukan dengan PADI, tapi RAID.

So first step, register diri dengan agency tu. Purchase onlinr course. Baca manual 9 module, buat quiz, online exam. Done!!

Next is pool session dan open water session. Cadangnya nak buat dekat Tioman.

See ya!!!!

Anis CS 2020

Last year masa hantar Anis masuk KYS, setiap pelajar baru akan dapat kakak CS untuk bantu menjalani kehidupan awal di KYS .

Tahun ni turn Anis pulak untuk menjaga adik adik freshie. All the best Anis, i know you can handle it. Train the trainer, lead the leader.

Perjalanan Anis masih jauh, kutip setiap pengalaman dan pembelajaran sepanjang di KYS. Tak semua orang dapat apa yang diinginkan, rezeki Anis dah tertulis. Remember who you are and what you want to be. Ibu sentiasa dibelakang Anis. You go girl!!

Kem PLKN versi Brainy Bunch

Pernah dengar tak suatu ketika dulu budak lepasan SPM wajib mengikuti kem PLKN? Kalau tak silap 4 bulan kan. Lepas tu kem tu dimansuhkan atas sebab sebab tak dapat dielakkan. Well ada baik dan ada buruknya.

Kita kutip apa yang baik saja yer. Tahniah kepada Brainy Bunch kerana mengambil initiatif untuk reset para pelajarnya kepada back to nature. Sebelum memulakan persekolahan 2020.

Turn Shazani ialah minggu pertama Bulan January, bertempat di Eco Millineum Beranang 4-10 Jan 2020.

Seminggu dia shutdown handphone, gadget, online game bagai. Rindu pulak budak ni. Alhamdullilah, dia pulang dengan selamat dan change!!

Anis back to KYS 2020

She still survive.. she will survive till the end

Dah plan lepas hantar Anis, bawak dia makan jap, pastu nak balik terus. Maka jadilah kami antara yang terawal register di KYs 2020 ni. huhuhu Chaiyokkkk

Anis dapat Dorm H2-8, Top floor ok!!

Mula2 register, pastu buat clearance payment. Lepas tu bayar rumah Rahman. Dan beli buku tulis. Tapi buku tulis dapat esok. Anis tak ambik personal laundry, masa ni tak tahu lagi yang dorm dia laundry kat ground floor, dan Anis kena turun naik nak basuh baju 🙁

Settle buku teks, terus gerak ke Blok H. 3 kali trip jugak laaa nak angkut barang2 dia. Sib baik ada Apiq dan shahril. boleh lah beg beg besar dorang angkat. Ajue dan Ech dah tak mampu dah.. Kami tolong kemas jer boleh la.. (sambil membebel). symptom mask mak sangat kannn . nasib lah anakkk.

Dah settle semua, nak bawak Anis kuar sebab dia lupa nak bawak padlock. Nasib kami tak berapa baik, kereta Exora batery kong la pulakkkk. Nasib baik masih dalam kawasan KYS, boleh la kami rehat kat cafe minum air kejap.

Baik hati sungguh mak guard kat situ, dia tolong carikan van KYS untuk bawak kami pergi tukar batery kat area Ayer Keroh. Dah panggil AIG, tapi punyalahhh lambat dia sampai. dua jam kut kami tunggu. Ecah sampai tertido.

Bila check dan jumper, batery kong rupanya. So, tak matikan enjin, terus gerak ikut van KYS cari kedai batery. Alhamdullilah settle semua, kena RM320 untuk batery.

Kami makan kat area MITC dan terus pergi Mydin. Ecah dan Anis pergi cari barang barang Anis. Yang lain balik hotel , solat jamak dan check out. Sib baik hotel bagi late checkout.

Balik KYs hantar Anis dan tolong dia pasang alas locker,dan as usual, drama perpisahan berpisah tiada… sedihnya nak tinggalkan dia :-((

Sebulan lebih kut bersama, Afiq a yang paling sedih, selalu dia lah yang kaki gaduh. tapi kali ni bajyak kali dia cium kakak dia. Baru dia tahu apa erti rindu!

Anis dapat bilik H2-8. Katil Anis no 10. Trpi dinding, alhamdullilah. paling kanan sekali. Locker baju dia pon depan katil jer, Alhamdullilah. Toilet pon dekat. Cuma seksanya laundry room la tingkat bawah sekali.. haishhh jenuh laa

Anis dapat satu dorm dengan Jasmine, Faleesha dan Nurin, alhamdullilah. Ada geng 2 Gigih. Parents pon semua baik baik. Dorm Leader dia Kak Aina. Archer KYS. Senang lah Anis nak turun training dengan kak Aina nanti. Harap harap kali ni Anis dapat lah wakil Melaka MSSM nanti. Tahun lepas dah terlepas sebab Influenza A.

Orait Anis, jaga diri baik baik yer. Nak gi mana mana make sure ada teman. Kita tak biasa lagi tempat baru. Lagipon bilik dah terbiar sebulan lebih tu. Kena rajin ngaji yer. InsyaAllah. Esok dah start sekolah. All the best my princess!!