1 Ramadhan 2020

Pengumuman PKP dilanjutkan lagi… PKP 4 — 29 April sampai 12 May

Genap sebulan dari tarikh last update blog. Dari PKP 1 , sekarang dah masuk PKP 2. Semalam pengumuman dari PM, PKP dilanjutkan lagi sampai 12 May 2020…

Sepanjang musim PKP ni pelbagai resepi dah Ajue cuba. Spaghetti Aglio Olio, Bihun Chinese style, home-made roti canai cicah kari ikan. Puding Roti Bakar, Butter Cake.. haaa tu baru sikit. Pastu Ecah pulak dah pandai buat churos chocolate.

Beli Online?? Haaa ni dah memang perkara wajib. Setiap minggu ada jerr barang sampai. Sekali sekali membantu para peniaga yang terjejas akibat C19 ni. Yer la, dorang dah tak boleh berniaga secara fizilal kan. COD pon makin hari makin ramai yang iklan kat internet.

Ajue pon ada order direct dari pasar payang teganu. Cili boh, keropok keping, serunding daging, ikan kering dan gila melaka. Kejap jer sampai. Alhamdullilah dapat gak . Cili boh dan gula melaka tu yang penting. Hari2 nak kerutuk.haishhh.

Rumah ni kalau ada nak apa2 tulis kat keetas tepi peti. Kalau dah penuh list, nanti Shahril akan beli. Ajue tak pernah check pon anak2 tulis apa. Ada sekali.tu si Apiq ni siap order blender. Dan yang best selamber jer si Shahril.ni beli. Astagaaa

Rupanya Afiq nak buat milkshake.. haiahh budak ni sorang. Sabor jer la.

Oh ya, FIS pon ada buat zoom meeting utk pastikan employee semua ok. Merasa la jugak zoom. Pastu kita zoom kan dengan adik beradik dan mama sekali. Hehe. Sian mak Ajue sorang2 kat kampung.

Semalam dah 2 kali restock cheese naan dari restoren bff Ajue, RSMY. Siap selit order untuk nasi dagang lagi. Delivery charges rm10 jer. Murahhh.

Lauk pasar ikan ayam sayur semua pon Ajue suruh rider Along yang buatkan. Upah dia Ajue selalu bagi lebih sebab Ajue order untuk sebulan terus. Alhamdullilah, peti ais ada 2 boleh muat semua lauk basah dan makanan frozen.

Kes kat Malaysia nampak gaya ada penurunan, alhamdullilah. Sekolah takkan dibuka selagi ada kes. Even kalau PKP dah tamat sekalipon. So, anak2 Ajue.semua kena online classroom. Ecah memang sampai habis Sem 3 Foundation dia dah. KYS pon dah bagi jadual.belajar untuk semua subjek dia. BBIM dah lama online, dari PKP 1 lagi. Maka dengan itu, minggu lepas Ajue kerah tenaga buat home makeover. Meja makan Ajue alih ker hallway. Dry kitchen lapang boleh jadi lounge dan tempat belajar. Dah jadi macam CC pon ada gak. Lagipon senang nak monitor si bongsu ni masuk kelas.

Kerja? Haaa.musim PKP 3 ni Ajue kena kerja. Support untuk IST Migration. 2 hari normal working hours, 2 hari lagi midnite support. Masa pergi Alhamdullilah Ajue.lalu Kesas, pastu MEX, pastu Jalan Tun Razak. Tapi masa balik hari pertama Ya Ampunnnn. Jem tak hengat. Roadblock 3 jam kut. Stress makkk. Tapi masa midnite support tak kena roadblock. Yeay. Laju jer. Tapi ngeri gak sebab kiri kanan macam dunia asing. Takde kereta…. huhu

Adlan pula… kena urut dada bila statistik data kes dari US ni. Ajue selalu follow satu website ni. Dia akan list semua negara di dunia termasuk lah Malaysia. Sehingga hari ni US dah positif 800k lebih.. dan tempat Adlan saja dah 2k lebih. Haishhh caner ek. Dah la dekat Adlan kerja Dining Hall.Select dah ada 1 kes. Adlan last kerja 28 March. Ajue selalu tanya kalau ada symptom cepat2 pergi hospital. So far Alhamdullilah. Dorang ber enam. Sorang dah balik Malaysia sebab dah grad actually last year. Since susah nak cari kerja, dia decide nak balik. Sampai KLIA, terus je Sg Buloh sebab demam. Tapi alhamdullilah, bila ujian dilakukan, beliau negatif. So, KKM hantar pergi Hilton Hotel. Lepas dia balik, terus terdetik dihati kami parents nak suruh anak2 balik jugak. Sebab melihat kes yang naik mendadak di US dan kekurangan perubatan di sana, better balik la kut. Setelah berbincang dengan Embassy dan Kosulat, alhamdullilah, Adlan dan housemates dia berlima akan balik lepas final exam nanti, insyaAllah. Follow laluan yang sama dengan senior mereka yang baru balik hari tu. Doakan mereka semua yer, sebab kena lalu at least 6 airport untuk sampai ke Malaysia. Haishhh. Agak mengerikan jugak tu. Embassy Malaysia di Washington ada communicate terus dengan Adlan. Untuk poskan mask kepada student malaysia yang masih ada di Nebraska. Bila Ajue buat calculation, kalau dorang dah sampai KL, maybe raya ke 4 baru dapat jumpa. Sebab kena lalui 14 hari kuarantin.

Oh ya, ada sekali snow lebat dan snow storm dekat US. Most country sana terkena. Adlan siap guling2 lagi. Hehe. Yer la. Bila lagi. Lepas ni dah balik Malaysia dah takde snow dah.

Dikesempatan ini, Ajue nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 2020. Pertama kali dalam sejarah kita terkurung sepanjang Ramadhan, teraweh pon dibuat di rumah jer. Tapi Alhamdullilah, kat Mekah semalam dah bukak untuk Teraweh, cuma dihadkan untuk staff dan orang tertentu saja…

Masih menanti apakah ada rezeki Ajue tahun ni untuk ke sana Haji nanti. Semua dah settle, tinggal nak serah passport saja… hanya Allah yang Maha Mengetahui.