Basikal Decathlon

BTwin Elops 120 City Bike

Tahun lepas, masa PKP lama tu, Ajue belikan Afiq basikal kat Decathlon. Tapi, main kejap dan tercabut rantai dia.

Nasib baik Decathlon ni free servis, boleh bawak sana pasangkan balik. Selang tak lama lepas tu, masa Anis main pulak, cabut lagi. So, terus tukar baru. Brand yang sama tapi rangka lain, saiz M.

Still, baru baru ni, Afiq main, masih tercabut rantai dia. So, Ajue decide nak tukar brand lain terus jer la. Tapi masa tukar tu, adik yang jaga bahagian basikal kata, brand Rockrider ni terbaik dah ni. Entah la, macam tak serasi kut dengan anak anak.

Makanya, tadi Ajue tukar lain, beli yang lady lady sikit, sebab Ajue nak main , haha! Last Ajue naik basikal masa sekolah menengah. Pergi sekolah dengan Datin Ida naik basikal. Form 1 kut masa tu. Lepas kena langgar dengan lori, Ajue tergolek golek jatuh tepi jalan, terus Ajue fobia nak naik basikal. Gayat tu tak hilang lagi.

Means, dah lebih 33 tahun, baru Ajue mula nak naik balik. Takut pon ada, sebab tu ambik yang rendah jer. Takutttt. Biar mahir dulu la, hilang ketakutan tu nanti boleh la yang boleh road run punya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *