Family Vacation Tioman 1720 July 2020 – Day One

Day One – DSD and Night Dive

Sejak PKP lagi Ajue dah plan nak pergi suatu tempat bawak anak anak semua vacation dan celebrate birtjday Adlan. Lagipon, Adlan dah nak fly balik US in August. Tahun depan pulak nak jumpa Adlan masa konvo dia, insyaAllah

Mulanya, agent diving Ajue dah setkan untuk Ajue buat lesen Open Water 17-20 July. Tapi lepas few times cancel dan postpone, Ajue dah ikut anak anak sedara buat lesen kat Pulau Perhentian. Tapi memandangkan tiket masa tu dah beli untuk semua, jadi kami on kan jugak trip Tioman ni. Terus anak anak buah pon ikut join sekali. Barulah meriahhhh.

Kami naik dari jeti Mersing. Ajue sekeluarga ambik ferry Cataferry manakala anak anak buah ambik BlueWater. Sebabnya, seat dah habis masa dorang nak ambik ferry yang sama, tapi timing lebih kurang jer.. So, ok laa.

Kami gerak dari Seri Kembangan lepas celebrate birthday Mama. Lebih kurang jam 9.30 malam.. sampai Kluang dalam 11.30 malam. Checkin kat hotel merdeka satu malam. Sampai kat hotel, memasing lapar. Terus order grab food. Ambik 3 bilik. Esoknya jam 8 pagi lepas checkout, kami gerak terus ke Jetty Mesing melalui Kahang.Perjalanan dalam lebih kurang 1 jam 30 minit, jalan bengkang bengkok.. sangat tak sesuai untuk jalan waktu malam. Sebabnya, takde lampu jalan dan menakutkan. Mujur kami decide nak bermalam kat Kluang.

Sampai kat jetty, terus cari breakfast. Lepak kejap, sementara turn kami untuk naik ferry. Actually, Ajue dah buat booking online kat Tekek. Tapi bila kak long review, dive centre tu macam agak kureng sikit untuk buat DSD. Jadi kami tukar on the spot petang sebelum bertolak tu. Kami tukar, ambik chalet kat Damai Reef Dive Centre. Stay kat Sun Beach Resort. Ambik 2 quad room, satu bilik lelaki, satu pompuan. Tapi alhamdullilah, bilik ni connected. So, macam 1 bilik yang besar jer. Besttt.

Lepas check in, terus pergi Dive Centre dan settlekan next 3 days aktiviti kami di sini. Tak tunggu lama pon, no lepak2.. hati tak sabar nak dive. haha, petang tu jugak semua 6 orang buat DSD. tinggal kami bertiga jer yang dah ada lesen, sajer sajer nak shore dive sambil join dorang DSD.

Sewa diving gear dah sekali dengan bayaran DSD, sorang dalam RM180 jer. Since Ajue dah complete gear, so tak perlu nak menyewa lagi. hehe.

Lepas lunch terus tunggu kat DC, ada briefing dulu dari DM dan assistant. Ajue, Qie dan Kak Long shore dive. Anis Afiq Shahril dengan Abu. Adlan Ecah dengan Shuk. Uthman sorang dengan Aidi. Lepas masing masing dah konfiden dengan basic instruction dan skills, lets DIVE!!

Seronok sangat dorang dapat diving walaupon kedalaman tak sampai 2 meter pon. Tapi dah macam pro, hehe. Bila dah dekat senja, kami balik semula ke pantai. Ajue dengar Qie dan Kak Long nak buat night dive, eh eh macam best jer. So, Ajue pon tumpang ler sekaki, haha

Night dive ni, untuk yang dah ada lesen Advanced jer. Tapi apa salahnya kannnnn. First time Ajue nak night dive ni. Dekat pantai jer, pergi sampai 8.6m , jumpa teen shark lagi, Tapi dia tak nampak pon, dia berenang lurus jer depan mata kitaorang. Tioman ni cantikkk sangat. banyak coral. Seronok dapat tengok ikan tido, terumbu karang, tukun dan lain lain pada waktu malam. Oh ya, ada banyak sea urchin tajam tajam masa dive malam ni. Ajue banyak kali terkena.. sakit woo.

Day 1 video released. Enjoy the show and lets get rocked!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *