Monthly Archives: January 2014
Mesyuarat Agung PIBG sesi 2014
Salam semua…
Alhamdullilah meeting AGM PIBG kali ke 24 berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan ucapan Guru besar dan YDP. Seterusnya majlis penyampaian hadiah bagi pelajar yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun lepas.
AJK tahun lepas dibubarkan tiba masa perlantikan baru pula. Sekali lagi Ajue diberi kepercayaan untuk menerajui PIBG tahun ini.
InsyaAllah Ajue akan buat yang terbaik amanah yang telah dipertanhgungjawabkam ini. Semoga segala usaha mwndapat keberkatanNya demi anak anak bangsa Seksyen 24 serta sekolah kami.
Qualifier Gold Coast
Alhamdullilah..
Kali ni Ajue berjaya membawa seorang lagi rakan kongsi ke TRIP PERCUMA Gold Coast.
Protege Ajue ni berasal dari Kelantan. Dulu Ajue selalu ulang alik ke sana mencurahkan ilmu, bantu team beliau dalam business serta merapatkan hubungan agar kami merasa selesa dengan apa yang sedang kami usahakan.
Kadang kadang sampai 3 kali Ajue turun ke Kelantan. Bila Ferrie dah boleh berdikari, maka Ajue akan tumpukan kepada kepimpinan beliau agar segala yang ilmu tersebut dapat diduplikasi pulak kepada team beliau di sana. Mudah kan…just follow the leader dan duplicate segala yang leader ajar. Dulu Ajue pon macam tu jugak. Setiap minggu belajar dengan CDM Hanis.
Bukan nak kata sekarang tak perlu belajar. Makin banyak kita belajar sebenarnya makin banyak yang kita tak tahu. So, menuntut ilmu ni sebenarnya sampai bila bila. Sebab kita sentiasa ada benda baru yang kena tahu. Tak perlulah berlagak pandai. Leader kita dah lalui semua asam garam dalam business. So, bukakan hati dan minda, kosongkan gelas untuk diisi. Jadilah seseorang yang sentiasa yang dahagakan benda baru. InsyaAllah..
So, berbalik kepada Ferrie. Beliau datang ke L sebab nak pergi kelas GLAM. Dah alang alang kat KL nih, Ajue temankan beliau untuk beli beberapa items sebagai persiapan untuk ke GoldCoast nanti. Tak sabar rasanya nak pergi dengan rakan kongsi kan.
InsyaAllah kami akan bertolak pada 15 February nanti. Nak travel FREE macam Ferrie??? Meh inbox Ajue.
Taichi di hujung minggu
Wah wah.. sejak akhir akhir ni Ajue banyak bersenam. Kalau hari biasa Ajue hanya jogging sekitar taman seksyen 18, tapi kali ni Ajue cuba kat tasik shah alam pulak. Itupon lepas diperkenalkan oleh Kak Kharsiah. Komuniti kejiranan Ajue dan jugak Komuniti Ibubapa Tahun 6 2011 dulu.
Best jugak kat sini, lagi meriah. Tehn jam 7.45 pagi ada Taichi pulak oleh penduduk kat shah alam. Just join jer. Bukan bayar apa apa pon. Taivhi ni nampak jer slow motion tapi berpeluh peluh dibuatnya. Best best. Takyah jogging lama lama. Cukup dengan Taichi boleh keluarkan peluh.
Ajue ditemani oleh princess. Dia nak sangat jogging. Kalau boleh hari hari dia nak ikut Ajue jogging. Tapi memandangkan sekolah kan. So hujung minggu jer la boleh bawak dia.
Pastu Sir Hazrean kat skolah SK24 pon bagitau kat Laman Budaya pon ada aerobik. Menarik jugak kan. Boleh try weekend ni. Jom warga shah alam, join aerobik CNY ni..
“akal yang sihat datangnya dari badan yang cergas”
Life
Salam semua..
Baru baru ni Ajue akhirnya dapat jugak berjumpa dengan kawan dari blog Ajue. Mulanya kami hanya communicate melalui Whatapps saja. Itupon sebab bercerita tentang anak anak kami.
So, suatu hari Ajue macam rasa nak jumpa beliau. Dah alang alang kebetulan ada kat KL kan.
Seronok sembang dengan Mazian. Banyak cerita kami kongsi bersama. Itulah kuasa social media. Ramai kenalan baru kita boleh jumpa kan. Tak semestinya semua pasal business, kadang kadang orang akan google jugak apa yang berkaitan dengan anak anak, hobi, aktiviti apa kita buat.
Seronok kan?
Lepas tu Ajue singgah kejap kat Restoren kawan Ajue. Mana lagi kalau bukan cheese naan. Dah jadi port wajib kami datang sini every week.
KPJ Wellness
Salam all
baru baru ni Ajue dapat invitation untuk menghadiri satu program kesihatan anjuran KPJ Wellness di Menara Great Eastern. Actually Ajue dah lama members KPJ Wellness ni tapi jarang guna facilities dia
So, bila pergi sana rupanya banyak benda yang Ajue boleh guna dan lakukan dengan membership Ajue ni.
Selain dari gym, ada pelbagai spa activity yang Ajue boleh guna seperti Foot and Shoulder massage, Yoga, dance class, health check dan lain lain lagi. Tapi memandangkan lokasi nya agak jauh dari Shah Alam maybe Ajue tunggu branch lain yang akan dibuka berdekatan dengan rumah Ajue nanti.
Cheese Nan di malam hari bersama business partner
Salam semua..
Hari ni cuti Thaipusam. Anak anak bersuka ria kat rumah. Ada jugak parents yang ambil kesempatan bercuti disebabkan long weekend kan.
Macam business partner Ajue jugak. Dr Nik dari Kelantan. Beliau turun KL bersama keluarga untuk bercuti disini.
Dah alang alang kat sini terus ambil peluang sedut aura business.
Dr Nik join Power Up Session dua hari lepas untuk semua protege di bawah CDM Hanis Haizi.
Malam ni pon beliau akan datang kelas Glam. Kagum dengan semangat beliau.
Walaupon tengah mengandung 7 bukan namun segala alasan ditolak tepi. Sebab tiada alasan kalau kita ingin berjaya.
Malam tadi Ajue bawak Dr Nik makan cheese nan tersedap di Malaysia. Mana lagi kalau bukan di restoren kawan baik Ajue sendiri iaitu Datin Ida di RSMY.
Kebetulan pulak terjumpa dengan kawan lama kami semasa di UUM dulu. Yati yang datang dari Kota Kinabalu kebetulan ada kursus di KL. Lama sungguh tak jumpa Yati. Last masa UUM dulu. Namun hubungan maya tak pernah putus. Kami still keep in touch dalam facebook.
So. Sementara nak menunggu makanan sampai. Kami sempat berbincang plan fan strategy bagaimana nak qualify trip melancong ke Shanghai. InsyaAllah Ajue yakin dengan semangat serts kebolehan Dr Nik. C’mon Nik.. you can do it. We do it together kay.
Okiesss lets enjoy the meal. Ohh yeah!!
Power Up Session under Hanis Haizi Protege
Alhamdullilah. Semalam dah berlangsung sesi Power Up semua protege di bawah CDM Hanis Haizi.
Inilah untungnya berada dibawah Glam. Semuanya disediakan. Kita hanya relakan diri saja untuk dibimbing dan diberi tunjuk ajar.
Dan sebagai leader pulak. Kita hendaklah sedia membimbing rakan kongsi agar mereka sama sama mendapat ilmu yang telah kita dapat.
Inilah yang dinamakan win win situation. Business ni mudah sebenarnya. Cuma kita janganlah terlalu pentingkan diri sendiri dengan menanggap kita sudah hebat.
Banyak lagi pengalaman serta dugaan di luar sana yang belum kita lalui. Tapi sudah ditempuhi oleh CDM CDM kita.
Untungnya Glam ni. Walaupon kami bukan dibawah seseorang leader. Tapi kami share semua ilmu. Tiada langsung sikap kedekut ilmu antara kami. Inilah yang Ajue banggakan berada di dalam Glam.
So. Power Up Session.
Emcee kali ni oleh DDM Effa.
Produk review oleh DDM Hazelin dan DDM Aien Latifi
Ajue ditugaskan untuk bentangkan Plan Business.
Diakhiri oleh kata kata keramat dan sentuhan terakhir CDM Hanis yang juga founder Glam sendiri. Yerla. Beliau sekarang tengah sarat mengandungkan. Hanya tunggu masa jer nak bsrsalin.
Namun semangat serta keperihatinan beliau terhadap kami amat kami hargai. Thank you Hanis. Sungguh kami bertuah berada di bawah pimpinan beliau.
So mana mana peninjau diluar sana yang masih tercari cari untuk side income boleh lah contact Ajue untuk Ajue ceritakan lebih lanjut lagi pasal Glam.
Okaylah… sampai jumpa lagi next entry. AsSalam…
Birthday Party Haikal Razik
Happy Birthday Haikal!!!!
Well… ni masa birthday party anak CDM Hanis Haizi weekend lepas. Ajue baru sampai KLIA dari Brunei terus ambik taxi ke lokasi party iaitu di Eastin Hotel PJ.
Anak anak dah pergi dulu sebab majlis bermula jam 12.30 tengahari.
Tema kali ni Soldier!!
Haaa jenuh jugak nak cari kat mana nak beli baju askar untuk anak anak. Nasib baik jumpa. So Adlan dan Ecah belikan seluar askar jer. Sebab diorang takde daiz baju.
Si Chiquititas berdua tu belikan tshirt askar.
Semua pakai topi askar tapi Ajue tak la. Ajue pakai scarf. Tu pon hasil sentuhan CDM Hanis yang pakaikan. Hehe. Tq CDM!!
Besttt sangat party kali ni sebab ada magician yang betul betul hebat. Teruja semua kanak kanak yang hadir. Dia pandai tarik perhatian kanak kanak. Kelam kabut jugak masa penampilan dia dengan jubah hantu masa tu. Larik semua orang. Haha
Food memang marveles. Banyak sangat dan semua sedapppp. Paling best macaroon. Yang tu habis dulu.
Pastu ada games pulak. Alahaiio cakap pasal games ni. Nak jadikan citer ada 2 pemenang bagi game chicken dance kategori perempuan.
Si princess ni dah menari sakan dah on stage tapi tak kurang hebatnya dengan anak CDM Mai. Last last kena buat sekali lagi.
Tapiii sekali lagi ni bukan anak anak yang kena. Mak bapak yang terpaksa menari over kalau anak nak menang. Mak aiiiii.
Dipendekkan citer. Familu Ajue yang menang sebab Ajue yang over gediksss menari gangnam hahhahaha. Sorry la ek. I over sket petang tu. Banyak makan salmon kut.
Ada apa lagi ek. Haaaa ada games tembak tembak lawan dua kumpulan. Besttt. Siap bibik CDM Hanis lagi main. Hahahha
Okiesss. Thank you CDM Hanis ketana menjemput kitaorang ke majlis tu. We had so much fun and really enjoy that day.
Benda benda macam ni menguatkankan lagi ikatan kekeluargaan Glam kan. Semoga GlamFamily terus kukuh sampai bila bila. Happy sangat sangat mempunyai mentor serta leader macam beliau. Thanks again Hanis.
So. Balik jer rumah terus princess main hadiah yang dia dapat. Satu set playdoh buat pelbagai jenis kuih. Yeszaaaa
Brunei Business Trip . The Departure
Mau balik sudah. Flite Ajue jam 9 pagi.
Semalam call shuttle cakap nak pergi kol 7 pagi.
Kalau kat KL ni confirm dah kena turun awal lagi.
Since Ajue tak breakfast kat hotel so sempena nak habiskan duit Brunei tu Ajue pergi CBTL kat airport diorang.
Sedap jugak Smoke Salmon with scrumble egg tu. Licinn Ajue makan.
Then beli suvenirs untuk letak kat display rack kat rumah. Ajue suka kumpul gelas kecil kalau pergi mana mana. Errr orang panggil gelas kecil kan. Oh whatever la. Tapi benda ni la yang Ajue suka. Dulu memang la fridge magnet tapi dah penuh peti takde ruang lagi dah. Satu lagi piring kecil yang ada kaki tiga kat belakang. Tu pon Ajue suka beli setiap kali travel.

































































































































































































