Pendaftaran

Pada 5 February 2020, Ajue telah menghantar satu borang pendaftaran haji kepada agent TH. Ajue ambik pakej bilik bertiga yang paling murah… ikut kemampuan Ajue. Ikutkan hati memanglah nak yang paling dekat dengan masjid.

Ajue teringat satu ceramah, ustaz kata. Duduk jauh dapat pahala sebanyak langkah kaki ke masjid. Tapi kalau duduk dekat, bayar hotel mahal pon dapat pahala duit yang kita gunakan untuk ke Tanah Suci. Wallahualam. Semoga berkat duit yang dilaburkan serta dicukupkan rezeki Ajue untuk membayarnya nanti, insyaAllah.

Kebetulan pula TH telah melancarkan portal TH iaitu THijari.

Melalui portal inilah Ajue lihat giliran haji Ajue masih jauh lagi… 2036! Ya Allah.. sempatkah aku… terdetik dalam hati. Jika pendaftarn haji kali ni adalah yang terbaik bagi Ajue, maka permudahkanlah perjalananku Ya Allah.

Dua minggu lepas tu, Ajue terima surat pengesahan pendaftaran dari TH iaitu pada 19 February 2020. Sebelum tu, Ajue terima mesej dari agent yang Ajue daftar tu, menanyakan, ada terima apa apa surat tak dari TH. Cepat cepat Ajue keluar tengok dalam letter box. Alhamdullilah.. ada suratnya.

Means, lepas 2 minggu daftar, TH dah sahkan pendaftaran Haji Ajue. Agent ada juga bagitau supaya mencukupkan duit dalam akaun TH sebanyak RM10k dan Ajue perlu hadiri Kursus Asas Haji 2020

Masa Ajue check website, Kursus Asas Haji dah pon menghampiri ke penghujung. Lagi 3 minggu jer nak habis. Tapi sebab Ajue pernah dah lebih 3 kali ikuti KAH sejak 2014 lagi, dan pengalaman mengerjakan Umrah 2 kali sebelum ni, Ajue ada serba sedikit ilmu tentang haji, tinggal lagi untuk menghafal dan memahami lebih mendalam lagi perjalanan haji, manasik haji.