Ceramah Motivasi Komuniti Tahun 6 2014

Salam semua..

Semalam berlangsung satu ceramah motivasi khas untuk kelab komuniti Tahun 6 SK24.

Komuniti ini terdiri daripada parents kelas 6A dan 6B sahaja demi membantu anak anak dalam kejayaan untuk UPSR nanti.

Sudah 4 tahun Komuniti Tahun 6 diadakan. Dan Ajue juga pernah menjadi AJK pada 2011 dan 2012 yang lalu sebab Adlan dan Aisyah keduanya mengambil UPSR pada tahun tersebut.

Tahun 2011 menyaksikan kenaikan sebanyak 110% keputusan UPSR atas hasil usaha sekolah, anak anak serta kami Komuniti Ibu Bapa tahun tersebut.

Semoga kejayaan berulang kembali pada tahun ini. Apa yang penting atas sesebuah kejayaan ialah pengorbanan serta kerjasama antara semua pihak. InsyaAllah.

Semoga usaha kami mendapat keberkatan serta keredhaanNya. Ameennn.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Road Run SK24 2014

Salam larian semua..

Hehe. Okaies.. ni aktiviti pertama yang melibatkan PIBG bagi tahun ini.

Road Run.

Setiap tahun acara ini dijalankan. Bagi menguji stamina pelajar pelajar sekaligus menentukan markah pembukaan bagi setiap rumah sukan di kejohanan sukan tahunan nanti.

Macam tahun lepas jugak Ajue ditugaskan untuk melepaskan beberapa kategori dalam Road Run ini.

Macam macam ragam larian mereka tadi. Walaupon Sir Azwa dah berpesan namun kalau dah nama budak kan. Bertolak tolak nak lari cepat. Namun tiada kecedaraan serius dilaporkan. Alhamdullilah.

Terima kasih tak terhingga Ajue ucapkan kepada guru guru yang berusaha bertungkus lumus untuk acara ini. Dan yak lupa juga kepada para ibu yang meluangkan masa memberikan tenaga menjaga check point semasa acara berlangsung.

Kerjasama serta pertolongan ini amat dihargai dan semoga ikatan sesama ibu bapa dan guru terus kuat terjalin sampai bila bila. Tahniahh warga SK24!

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Site Visit Surau SK24

Alhamdullilah, akhirnya tercapai jugak hasrat kami para ibu bapa serta guru untuk menjalankan projek Surau SK24 sstelah mendapat kelulusan Kementerian dulu.

Kami sudah pon mempunyai kontraktor yang bertaggungjawab menyiapkan surau kami ini.

Baru baru ni Ajue serta penyelaras projek serta guru datang melawat tapak pembinaan surau tersebut.

Beberapa isu perlu dijelaskan sebelum bangunan sebenar dibangunkan pada cuti sekolah nanti.

Harapan kami agar anak anak SK24 dapat solat jemaah bersama sama di surau nanti InsyaAllah pada awal tahun depan.

image

image

image

image

image

image

Karnival Fiesta SK 24

Salam semua,

Hari ni masuk hari ke lapan bulan Oktober. Kejap jer masa berlalu kan. Lagi sebulan lebih sekolah nak tutup dah. Macam baru jer bukak sekolan awal tahun dulu kan. Haishhhh masa ibarat emas, kalau tak dimanfaatkan secara betul kita akan didalam kerugian, betul tak..

Ok, cakap pasal sekolah, hujung minggu baru ni iaitu 2 hari lepas telah berlangsung satu acara karnival bagi tujuan mengutip dana PIBG dan sebahagiannya untuk menampung perbelanjaan kos membina surau sekolah.

Karnival ini berjaya membuat kutipan sebanyak RM70k lebih. Alhamdullilah cuaca baik mengiringi sepanjang acara berlangsung.

Kalau 3 tahun lepas Karnival seumpamanya telah menjemput maskot Upin Ipin sebagai tarikan utama kanak kanak, tahun ni kita bawak watak Boboiboy pulak. Ajue sendiri yang menguruskan kedatangan maskot Boboiboy tu.

Dan pada kali ini, Karnival Fiesta SK24 telah dirasmikan oleh Tun Haji Ghazali, pengarah PPD sendiri.

Kepada yang berjaya membuat kutipan diucapkan berbanyak terima kasih atas usaha murni kita semua demi sekolah SK24 yer. Akhir kata, buatlah yang terbaik sayangilah sekolah kerana disinilah anak anak kita menimba ilmu serta pengalaman yang tak mungkin dapat mereka lupakan apabila mereka dewasa kelak.

Syabas SK24!

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sambutan Aidilfitri oleh Dun Batu Tiga

Salam Raya 6,

Wahh apa tu. Yerla, kalau dah habis puasa sunat 6 syawal, lepas tu boleh la raya. Betul tak. So, jumaat lepas Ajue dah complete kan 6 hari puasa sunat bulan Syawal. Alhamdullilah.

Kebetulan pulak ada sambutan hari raya anjuran Dun Batu 3, YB Rodziah.  Ajue ambil kesempatan ni untuk berjumpa dengan YB sebagai tanda terima kasih YB terhadap sumbangan beliau kepada sekolah SK24 selama ini.

Kebetulan masa Ajue sampai tu, majlis diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Seri Wan Azizah. Ajue sangat bertuah kerana dapat makan satu meja dengan YB dan jugak Datuk Wan Azizah. Banyak benda sempat sembang tentang sekolah, dan kebajikan anak anak di Seksyen 24 ni. Alhamdullilah.

Kesempatan itu jugak Ajue sempat bercerita tentang GLAM. Tentang usaha kami usahawan bumiputra terutamanya wanita dalam industri ini.

Dulu, masa masih bekerja di syarikat lama, Ajue suka sangat buat kerja kerja kebajikan macam ni, jadi ahli persatuan itu ini. Bantu masyarakat sekeliling, terutamanya masa depan anak anak kecil sekarang dengan pelbagai program motivasi, team building, kem remaja , klinik UPSR dan sebagainya. Tapi, disebabkan kekangan waktu bekerja banyak kali Ajue tak dapat join beberapa aktiviti.

Jadi, sekarang ni Ajue gunakan peluang yang dengan sepenuhnya, masa terletak ditangan kita untuk kita penuhi dengan sebaiknya. Seronokkan. Boleh buat macam macam sekarang ni. Seronok pulak buat kebajikan, walau tak dibayar satu sen pon tapi Ajue suka dapat menabur bakti dan hulurkan bantuan. Rasa dekat diri dengan masyarakat. Semakin banyak benda Ajue belajar erti kehidupan, semakin dekat diri dengan Allah. Bila merenung balik nasib segelintir masyarakat yang dalam kekurangan, kita rasa makin bersyukur dengan segala nikmat yang ada.

Kepada blog reader Ajue, jika membaca ni, kami warga sekolah masih lagi kekurangan dana untuk mendirikan sebuah surau untuk anak anak sekolah SK24. Jika ada yang ingin membuat sumbangan, boleh lah hubungi Ajue yer. InsyaAllah, Ajue akan pastikan surau ini terlaksana juga akhirnya. InsyaAllah….

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Semoga segala usaha kami seluruh warga PIBG SK24 mendapat keberkatan dan dirahmati olehNya.

Seminggu Berpuasa

Salam Ramadhan,

Pejam celik dah seminggu berpuasa. Di manakah kita, apakah yang telah kita lakukan setakan ni. Baik dari segi amalan mahupun aktiviti rutin sehatian kita di bulan puasa ni. Eloklah kita muhasabah diri sejenak agar tidak terlepas untuk melakukan yang lebih baik beberapa minggu yang ada lagi ni.

Masakan

Rasanya ramai yang tiba tiba jadi expert memasak, betul tak.. hehe . Ada jer lauk lauk atau masakan , kuih baru yang cuba untuk berbuka mahupon sahur. Untung ada group whatapps, lepas sorang , sorang upload dia masak apa. Pastu pakat ramai ramai mintak resepi. Best kannn dapat kawan kawan satu kepala macam ni.
Dan budaya melayu tak ketinggalan, sempat lagi bertukar tukar lauk dengan jiran jiran, kawan kawan yang berdekatan. Dapat rasa air tangan kawan kawan lagi. Nikmatnya di bulan puasa kan.

image

Mee Kari. Ni antara menu yang menjadi favourite Ajue kalau ada kenduri. Tahun lepas Open House rumah ajue pon Ajue masak mee kari. Kali ni Ajue buat semasa berbuka di rumah mentua di Bukit Jelutong. Licinnnnn. Suka tengok orang makan masakan kita. Siap lepas Terawih pon sambung makan lagi.

image

Ni pulak first trial kawan Ajue buat Nasi Biryani resepi RSMY. Best ada kawan tokey restoren Pakistan. Tak kedekut ilmu. So, lepas ni turn Ajue pulak cuba resepi ni.

image

Jeng jeng jeng… nugget ker?? Haha bukannn yer, sebernarnya Ajue teringin nak makan Qasidah. Kuih traditional darimTerengganu. Sekelip mata jer, bagitau kat group Whatapps, terus dapat resepi… syokkk kan. So, apa lagi, masuk dapur kacau la tepung. Memandangkan Ajue tak reti nak bentukkan kuih tersebut, pinjam acuan play dough anak kejap. Haha.. Ni lah hasilnya… sodapppppp.

image

Ok, next ialan Air Jus Kiwi Cucumber. Pon Ajue sponsor masa kenduri berbuka rumah mentua. Hasilnya, berbotol botol laku jualan malam tu. Betullah orang kata kalau kita memberi , insyaAllah tuhan akan gantikan balik dengann berlipat ganda. Lebih lebih lagi di bulan rezeki ni. Alhamdullilah.
Blog readers, taknak cuba ker? Sedap tau… boleh PM Ajue kay.

image

Okay, tak lupa juga menu moreh. Selalunya Ajue goreng kuih yang mak Ajue kirim dari kampung. Mak Ajue dah buat siap siap untuk sebulan. Nama dia Dadar. Besttt dapat rasa air tangan mak walaupon berjauhan. Terasa nak balik kampung sangat sangat berbuka dengan mak. Nak dengar bedilan berbuka jugak… semoga tercapai jugak satu hari nanti, ameen.
Dan Ajue selalu ambil Mineral Coffee dan BB Plus. Kedua dua ini untuk kesihatan serta kecantikan kulit. Yer laa umur dah nak masuk 4 series ni kan, kena lah jaga. Tapi BBPlus ni Ajue tak pernah tinggal setiap malam. Dia ada agen untuk Merangsangkan pengeluaran Kolagen pada kulit agar sentiasa mengekalkan keremajaan kulit. Ia ada anti oksida jugak serta vitamin C, baik untuk kesihatan. Repair, Renew serta Rebuild! Cubalah..!!

image

Haaaaa ni apa pulak. Hehe menu yang dapat dari group Whatapps. Ada berani???

Terawih

Okay, solat Terawih ni muncul setahun jer sekali. Malam pertama puasa, Ajue berterawih kat Masjid Negeri Shah Alam. Punyalaaa ramai orang sampai solat kat luar lagi. Pastu esoknya dah tak ramai. Rasanya sebab ramai yang berpindah masjid kut atau surau yang berdekatan dengan rumah masing masing kan.

Lokasi berbeza imam pon berbeza. Terawih kat GLAM memang amat dinantikan. Sebabnya sebelum menuntut ilmu, kami solat jemaah Isyak dan terawih bersama sama. Bersyukur berada di dalam Glam.

Masa berbuka kat rumah mentua pon kami buat solat Terawih berjemaah. Yang bangganya, anak sulong Ajue yang belajar kat IQKL tu jadi Imam. Sejuk hati dengar Adlan baca ayat ayat suci Al Quran. Dulu Adlan ni susah nak bukak mulut. Tanya sepatah dijawabnya sepatah. Dia kurang bergaul, tapi sekarang, amat ketara perubahan dalam diri beliau. Alhamdullilah.

image

image

Orait, sampai sini dulu, next entry kita cakap pasal baju raya pulak kay. Hehe

Temasya Sukan Sekolah SK 24

Alhamdullilah berakhir jugak temasya sukan tahunan sekolah anak Ajue baru baru ni. Rasanya rata rata sekolah buat Hari Sukan masa tu. Sebab sepatutny dijadualkan seminggu sebelumnya, tapi disebabkan negara kita dilanda jerebu maka Hari Sukan di tunda ke minggu berikutnya.

So, Hari sukan ni dibahagikan kepada dua. Hari pertama untuk Tahun 1 dan 2 serta Pra Sekolah. Dirasmikan oleh Pengurus Bank Rakyat Seksyen 23 Shah Alam. Hari kedua pulak untuk Tahun 3,4,5 dan 6. Perasmian oleh Dato Shamsudin dari SA Cargo. Seronok jugak jadi PIBG nih sebab banyak pengalaman baru serta kenalan baru yang Ajue jumpa. Skop kerja semakin meluas, peluang makin cerah dalam business jugak nanti.

Ajue tak menyesal sedikit pon bila ambil keputusan nak berhenti kerja tahun lepas. Sebab memang Ajue tahu apa yang ajue nak selama ni. Bila imbas kembali, masa Ajue tengah mencari cari business apa nak buat kira kira 2 tahun yang lalu. Ajue hanya tahu Ajue tak nak line IT consultant lagi dah. Sebab letih nak kerja siang malam travel sana sini tinggalkan anak anak. Kalau boleh nak kerja kat area rumah jer atau boleh buat dari rumah. Kalau travel pon tak lebih 3 hari sebab tak nak jauh dengan anak anak.

Terasa rugi sangat kalau tak tengok anak membesar depan mata. Syukur Tuhan cepat sedarkan Ajue. Ingat lagi masa tu anak sulung Ajue naik tahun 6 dan nak UPSR tahun tu. Ajue terduduk kejap sebab baru tersedar … dah besar rupanya anak sulung ku. Ibu dia pergi mana yer selama ni.

Masa Ajue bawak anak sulung pergi Umrah tahun tu, setiap kali berdoa depan kaabah dan masa tawaf Ajue selalu dibayangi yang Ajue sedang berada di depan orang ramai bagi ucapan. Tak sure majlis apa. Masa tu yang ajue tahu Ajue berdoa tuhan berikan hidayah apa Ajue patut buat kalau nak berhenti kerja nanti.

Then Ajue masuk Komuniti IbuBapa Tahun 6. Khas untuk bantu palajar yang ambik UPSR tahun tu. Alhamdullilah berkat kami semua ahli komuniti serta guru guru sekolah , peningkatan 100% keputusan UPSR tahun tu. Ada kalanya kami sendiri ibu bapa turun padang mengajar anak anak masa tu. Dan lokasi nya banyak kat rumah Ajue. Seronok pulak buat benda benda aktiviti macam ni. Merapatkan hubungan parents dan anak anak serta kami sendiri.

Tahun lepas pulak sekali lagi Ajue menyumbangkan tenaga dalam Komuniti tahun 6 u tuk 2012 serta AJK PiBG jugak. Banyak yang Ajue belajar dari situ. Dan Alhamdullilah jugak anak kedua Ajue berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Kebetulan pulak Ajue dah involve dengan Network Marketing Hai O, lagi rasa seronok pulak apa yang Ajue buat. Sebab tu lah keputusan untuk berhenti kerja Ajue hanya ambil sekelip mata saja. Mungkin inilah yang ditunjukkan oleh Allah semasa di Mekah dulu.

Berucap didepan orang dalam aktiviti sekolah anak anak seperti Komuniti dan PIBG. Dan juga memberi ilmu kepada usahawan Hai O semasa majlis ilmu serta jadi emcee banyak mengajar Ajue public speaking dalam aktiviti business Ajue.

Dan… semua ni jugak latihan bagi Ajue untuk bentang paper untuk My PhD Industri nanti.

Apa yang buat sebelum ni, sekarang ini dan jugak selepas ni semata mata untuk anak anak Ajue. Merekalah penguat semangat Ajue, penyejuk hati serta penghibur di kala berduka. Kuatnya Ajue adalah kerana kuatnya semangat anak anak sebenarnya. Alhamdullilah syukur dikurniakan 4 cahaya mata yang masing masing mempunya kelebihan tersendiri. Thank you anak anak Ibu kerana sentiasa bersama sama Ibu walau apa pon yang terjadi.

So, sekarang masa untuk tengok gambar. Jom layan…

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Anak Ajue yang Tahun 1 pon masuk acara 50m. Bangga jugak sebab dapat sampaikan pingat emas kepada anak sendiri. Teringat masa Ajue kecik dulu, masa darjah 5 lagi Ajue dah mula berlari, kat stadium bole lagi wakil sekolah. Acara favourite 400m! ♡♥ 😉

Aktiviti PIBG SK 24

Salam semua.

Kali ni nak update pasal PIBG sekolah anak kebangsaan anak Ajue. Actually tahun lepas Ajue dapat undi terbanyak tapi Ajue tolak untuk naik jadi YDP sebab tak bersedia apa apa lagi. So, setahun jadi AJK banyak pengalaman baru yang Ajue perolehi.

Orait, bermula dengan pendaftaran ibu bapa pagi tu jam 8 pagi. Lepas tu mesyuarat bermula dengan ucapan Guru Besar serta YDP PIBG 2012.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pelajar pelajar cemerlang dalam UPSR. Alhamdullilah sekolah menampakkan kenaikan prestasi berbanding dengan tahun lepas. Walaupon masih belum mencapai target tapi kami tetap bangga atas usaha PIBG serta Komuniti Tahun 6.

Sngguh Ajue tak sangka dipilih menjadi AJK terbaik dalam PIBG. Ini semua atas kejayaan pelajar pelajar jugak sebenarnya serta kekuatan Komuniti Tahun 6 yang sebenarmya menjadi tulangbelakang setiap aktiviti untuk pelajar tahun 6. Tanpa semua AJK yang terlibat tak mungkin kejayaan sebegini tercapai.

Acara kemuncak ialah pembubaran ahli lama tahun lepas untuk melantik ahli baru bagi meneruskan lagi kecemerlangan sekolah.

Satu lagi kejutan buat Ajue sebab mendapat undian di tempat YDP PIBG bagi sesi 2013. Maka dengan ini satu tanggungajawab besar perlu digalas dan tak boleh dipandang ringan. Tapi Ajue yakin dengan kekuatanbarisan AJK yang baru serta kerjasama yang tak putus putus dari semua guru guru serta Puan Guru Besar kami cuba memberikan yang terbaik demi anak anak bangsa Sekolah Seksyen 24 ini. InsyaAllah.

Inilah orang kuat Ajue semasa menerajui Komuniti Tahun 6 yang lepas.

InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik kerana kami mempunyai guru guru yang sentiasa memberikan kami sokongan selama ini. Terima kasih semua, terima kasih guru guru SK24!

Takdir dan Waktu

Title kali ni macam lagu kumpulan Mega kan? Sebab Ajue suka sangat lagu ni masa belajar dulu.

Ok. Nak citer sikit whats happenings lately. Well maid Ajue (ida) yang dah 6 tahun dengan Ajue cakap nak balik kampung dan maybe nak berhenti terus. Fenin jugak nak cari pengganti sebab Ida ni pandai dan tahu segalanya dari kemas rumah, masak dan jaga anak. Even kalau Ajue outstation sebulan pon Ajue tak risau sebab Ida dah macam kakak sulung bagi anak anak Ajue. Malah seluruh family Ajue pon tahu dan kenal hatibudi dia.
Nak tak nak terpaksa jugak cari pengganti baru sebab kita pon fahamkan dia pon nak bersama keluarga dia jugak kan.
So, dipendekkan citer dapatlah sorang maid baru. Tapi Ajue harus ke Medan jemput dia. Ajue ambik day trip last week atas urusan maid baru ni.
Everything went well termasuklah urusan kat imigresen walaupon kena pau hampir 1 juta dari ulat ulat masa nak check in hari tu.
Sampai KL,  baru tahu skrang dah tak boleh buat JP visa sebab last boleh buat bulan Feb jer. Maid baru terpaksa balik ke Medan untuk urusan visa dari sana. Dah nampak dah apa akan terjadi nanti sebab Ajue takde maid nanti kurang kurang sebulan jugak tu. Hmmmm….
Kalau nak diikutkan Ajue tak boleh nak harapkan maid baru kerja macam Ida sebab dia baru sampai. Tak pernah kerja sebelom ni pon. Terus Ajue decide nak work from home jer sambil nak monitor maid yang baru ni.
Dengan takdir Allah waktu yang Ajue nak hantar Ida balik tu, Shahril pulak accident. Nasib baik takde kecedaraan serius cuma kereta Kia tu kena tow la jugak. Terus EL dua hari nak settlekan report police dan insurans. Nak jadikan citer sangkut pulak kat insurans sebab atas nama Ajue tapi yg bawaknya Shahril. So kena settlekan sebelom Ajue ke Medan hantar Ida.
image

Alang alang nak jumpa family Ida, terus Ajue terfikir nak pujuk Ida sambung kerja lagi at least setahun sebab rasanya Ajue tergerak hati nak buat business ni secara Full Time. Kalau ada Ida lega sikit hati nak tinggalkan rumah since anak anak pon dah biasa dengan dia. Lagipon camaner nak handle semua benda serentak kan. Betul tak?
image

Kerja tetap yang hakiki, business PB, Komuniti Tahun 6 UPSR serta PIBG semua ni tanggungjawab. Then anak anak adalah amanah Allah. Semua perlu dilakukan dengan niat yang betul serta ikhlas baru lah mendapat hasilnya yang tak ternilai nanti. InsyaAllah…

So Ajue decide nak ambik unpaid leave untuk uruskan hal hal anak anak, maid, komuniti serta pibg dan yang paling utama ialah business ini. Mudah mudahan rezeki yang bakal diperolehi nanti makin berlipatganda serta diberkati Allah.
image

Balik dari Medan, fikiran dan hati still mengharapkan agar Ida agree untuk sambung kerja lagi. Nak kerja pon tak boleh nak concentrate macam macam nak kena fikir. Nasib baik ada vacation club terus redeem 1 malam kat hotel bawak anak anak mandi kolam. Tengok wajah anak anak terus menaikkan semangat serta impian untuk terus bangkit dan berjuang demi keluarga. InsyaAllah..
image

Back to Back meeting

Malam ni Ajue ada meeting back to back, satu Komuniti Tahun 6 untuk mengadakan motivasi bagi kelas 6Amanah dan juga 6Bersih pada Ahad ni. Penceramah terkenal En Rosley pon telah memberikan kata persetujuan untuk motivasi ini.

Alhamdullilah sambutan dari kalangan parents agak memberangsangkan dan kami semua tak sabar-sabar untuk menjalankan aktiviti pertama kami nanti.

Lepas tu, Ajue bergegas pula ke TTDI untuk personal touch dengan mentor Ajue iaitu CDM Hanis Haizi dan CDM Raz. Banyak ilmu diperturunkan sepanjang personal touch kami. Jarang sekali leader akan turun berjumpa dengan business partner sehingga jam hampir sepertiga malam. Ajue kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Hanis dan juga Raz. Kami bukan sahaja berbincang tentang business malah bertukar-tukar cerita serta pengalaman tempat kerja yang mana menjadi pedoman dalam mengharungi perjalanan dalam berniaga ini.

Semangat terus berkobar-kobar untuk meneruskan perjalanan business tanpa toleh ke belakang lagi kerana CDM Raz cakap, andaikan kita dalam sesuatu perjalanan menuju ke sesuatu destinasi, tak perlu banyak stop kat RnR, baik terus jer perjalanan supaya cepat sampai ke destinasi. Sebab kita dah tahu matlamat dan arah tujuan yang kita nak pergi, jadi teruskanlah perjalanan itu.

Jadi, fikirkan BOLEH, YES! I can do it!!

Guangzhou Guangzhou Guangzhou AUUMMM!!