Okay, tanpa menghampakan harapan seorang kawan, Ajue update blog kali ni dengan kenalan baru iaitu Cheritera Hati..
Sorry Mus, Kak Ajue copy/paste jer.. hehe
GA dia senang je.
Okay, tanpa menghampakan harapan seorang kawan, Ajue update blog kali ni dengan kenalan baru iaitu Cheritera Hati..
Siapa yang tak pernah diduga dengan tohmahan dan lemparan kata-kata kesat dalam berniaga? Maka beruntunglah orang itu. Kerana bagi Ajue, itu semua asam garam dan adat orang berniaga. Kita sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan namun, sejauh manakah ketahanan mental kita mampu untuk mengatasinya?
Petikan dari rakan seperjuangan dalam facebooknya:
Nature biz yg i ceburi sekarang memerlukan KETAHANAN mental & emosi yang kuat; juga KESABARAN yg sgt tinggi. Kalau org gelakkan sikit dah MALU, kalau org cemuh sikit dah MELENTING & org tegur sikit nak BERKECIL HATI, memang akan mudah sgt MENGALAH lalu TERSUNGKUR di pintu KEJAYAAN
Sepanjang minggu lepas dalam kesibukan menyiapkan urusan pejabat serta mengatur stratergi kumpulan, Ajue dikejutkan dengan berita kematian sepupu sebelah husband. Masa tu baru jer selesai demo dan fitting customer kat Putrajaya. Setelah selesai, balik rumah untuk solat Asar, terus bergegas ke Tanah Perkuburan Selayang kerana arwah akan dikebumikan selepas asar pada petang itu juga. Padahal masa tu telah set kan 2 appointment untuk potential rakan kongsi. Dengan berat hati Ajue terpaksa membatalkan semua urusan pada hari itu.
Bagi semua usahawan PB samada yang baru masuk atau telah lama, hari ni merupakan hari gembira kerana usaha penat lelah bulan lepas telah dapat dinikmati. Bukan seperti kerja makan gaji samada kerajaan atau swasta, Bonus PB akan dinikmati SETIAP BULAN, Ajue ulang, SETIAP BULAN.
Allah takkan mengubah nasib seseorang itu jika dia tidak berusaha untuk mengubahnya nasibnya sendiri.
Tadi terus ke Uniqlo KLCC untuk beli sesuatu buat hubby. Sebagai tanda penghargaan hubby yang sentiasa berada di sisi untuk support apa sahaja yang Ajue lakukan. Dan jugak boleh lah hubby bawak pergi Tokyo next week ;-). Sesungguhnya moral support serta pandangan pihak ketiga adalah penting ketika kita ‘down’ atau menghadapi jalan buntu. Selain daripada terus-terusan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki kami. InsyaAllah.
Seringkali kita terdengar bisness MLM ramai yang mengalami kerugian, betul tak? Salah satu sebabnya kerana usahawan itu bergerak sendiri tanpa di bantu oleh leaders mereka. Tapi dengan Premium Beautiful, terutamanya group Hanis Haizi dari B32, kami tidak pernah sekali-kali ditinggalkan!
Alhamdullilah, selesai sudah hari yang dinantikan selama ini dengan penuh debaran dan kecelaruan perasaan. Bercelaru bukan tak yakin dengan pilihan sekolah tapi tak tahu macamana nak hadapi bila tiba masa berpisah nanti.
Keputusan yg dibuat hari ini tidak semestinya akan nampak kesannya pada hari yang sama.. Tetapi percayalah, keputusan hari ini hasilnya pasti dpt dinikmati kemanisannya yg tak terhingga..pada suatu hari yg indah…
Ajue akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Adlan dan Qie Nah sepanjang pembelajaran mereka di STIAS. Semoga Allah permudahkan segala-galanya dan sentiasa di rahmati Allah. InsyaAllah.
P/S: di saat blog ini ditulis, airmata tak henti-henti mengalir… sedih dan tak mampu untuk dicoret apa-apa lagi… Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini…
Orang kata nak menimba ilmu bukan tiada batasannya. Dimana saja kita berada atau dengan sesaper saja kita mahukan ilmu terpulangkan kepada individu masing-masing.
Sentiasa menganggap side business sebagai income kedua dalam kehidupan kita. Kerana tak kira berapa keuntungan yang kita perolehi akan menjadikan total income kita sentiasa bertambah.
Sekarang Andry telah menjadi seorang usahawan bumiputra (COO) yang maju dengan perusahaan Keropok Lekor special import dari Terengganu iaitu Leko-leko. Ajue amat berbangga dengan kejayaannya yang tetap tabah mengharungi segala pahit manis dalam business.
Det pula merupakan Sifu Ajue masa degree dulu terutamanya dalam bidang IT Networking dan Java Programming. Sehinggakan Ajue sanggup mengorbankan cuti semester semata-mata untuk sama-sama setup first cyber-cafe kat Alor Setar pada masa tu. Banyak pengalaman yang Ajue perolehi semasa kerja-kerja pemasangan ‘network’ sehinggalah hari perlancaran cyber-cafe tersebut. Malah ia telah menjadi tempat utama pelajar-pelajar UUM tuju setiap kali keluar outing. Dan Ajue masih ingat lagi dengan pengalaman membuka cyber-cafe itulah Ajue memperolehi A untuk subjek Networking. Ini kerana apa yang dipelajari terus dipraktikkan secara live.
Det merupakan owner dan juga tulang belakang kepada cyber-cafe tersebut.
Kini dengan berbekalkan ilmu di dada serta pengalaman dalam bidang IT, Det merupakan Director kepada company nya sendiri dalam mengusahakan Hyper Velocity yang menggunakan product dari US.
Det berpesan,
Jangan sesekali meninggalkan pekerjaan yang memberikan income tetap kepada kita sehinggalah kita yakin dan mampu untuk menjadikan side income kita sebagai yang utama.
To Andry and Det :
Thank you sooo much for the ‘personal touch’ menurunkan ilmu kepada Ajue even bukan dari my business line tapi pengalaman dalam berniaga jatuh bangun, pahit manis tetap dijadikan pedoman untuk menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang usahawan pada masa hadapan. Really appreciate your sharing the secrets of your success.
Keep in touch!
Sejak Adlan (my eldest son) dapat tawaran masuk asrama. (Sekolah Tinggi Islam As-Sofa , Yayasan As-Sofa) kat Negeri Sembilan, perasaan bercampur-campur terus menghantui fikiran. Gembira ada, sedih pon ada. Tapi bagi seorang ibu, demi masa depan anaknya, Ajue kuatkan semangat dan menolak seribu perasaan sedih itu.
Kerja 3 tahun tapi seperti berkerja 30 tahun . Jimat umur 27 tahun .. Pencen muda , pencen kaya dan pencen bergaya. .Freedom time & freedom money anytime …
Menuntut Ilmu bukan sahaja waktu sekolah saja. Kata pepatah, tuntutlah Ilmu walau ke negeri China.