Pengenalan

Travelog Haji ini ditulis bukan untuk bermegah megah, bukan untuk membanggakan diri. Malah hanya sekadar tulisan untuk diingati kisah perjalanan haji ajue. Maafkan ajue sekiranya terdapat unsur unsur riak dan bangga diri.

~Ajue Rashid~


Suatu hari Ajue terpandang Whatapps Status rakan sekolah menengah Ajue berkenaan dengan Pakej Haji 2020 ada promosi. Tanpa buang masa, Ajue tanya tentang haji untuk tahun 2020 ni. Beliau bagi link dan contact agent tu.

Ajue saved, save jer.. tak buat apa apa pon.

Sehinggalah kawan Ajue , Ann bagitau dia dah buat rayuan haji untuk tahun 2020. Terdetik nak contact agent yang Ajue saved hari tu.

Sejak 2014 lagi Ajue memang tak putus merayu untuk mendapatkan giliran haji. Namun, masih tiada rezeki.