Re-cap PADI Open Water cert

My journey to get PADI Open Water Scuba Diving certification together with my nieces. They are doing Advanced Open Water cert. At Fauna Reef Diver, Perhentian Island.

Thanks to Abang Man, Abang Rahim dan Olie atas tunjuk ajar dalam kesabaran melayan aunty vogue ni. 🥰🥰🥰

And million thanks to anak anak buah yang menjadikan impian aunty korang ni suatu kenyataan. U guys rock!!!

Road to PADI Open Water journey

Ajue suka outdoor. Jenis tak reti duduk diam. Berlari, memanah, camping, travelling.. cycling jer tak. Haha

My first DSD (discovery scuba diving) tahun 2011 rasanya. Masa tu memang dah aim nak buat scuba lesen. Tapi hasrat tak kesampaian asyik tertangguh jer. Hobby asyik bertukar tukar lepas tu. Tapi hati rasa puas. Cuma nak kena cari geng sekepala baru lah menjadi. Thats why 2014 start running, bila dah ada geng, terus sampai Paris dan Salzburg buat Half Marathon. Sukan memanah yang dah sekian lama sebati dari zaman UUM pon masih teruskan, lebih lebih lagi bila anak pon minat sukan yang sama. Terus la sampai Asia Pacific Masters Games 2018.

Diving ni dah lama nak buat lesen. Tapi tu laaa. Sorang2 kan. Anak2 belum lagi minat aktiviti ni. Sekali, bila anak2 buah dapat lesen.. mau tak senang duduk. Actually Ajue dah ambik exam dengan RAID. Tapi trip asyik tertangguh jer sebab MCO Covid 19. Terus terbantut. January 2020 lagi kut Ajue dah lulus online exam. Tapi pool session pon tak buat lagi. Laut lagi laa.

Bila dengar jer anak buah nak buat Advance Open Water, terus tak pikir panjang dah. Mintak dorang arrangekan jugak untuk aunty vogue ni nak dive

Diving gear pon dorang yang tolong belikan yang basic dulu. Mask dan Fins. Follow jer dorang punya gear lol.

Then, bila SOP untuk diving cakap, sebolehnya, guna equipment sendiri, Ajue decide nak completekan set jer terus. Nasib baik ada cousin yang dah DM (dive master) dan husband dia Instructor nak tolong temankan. Yeszaaaa.. now dah complete. Tinggal dive comp jer belum ada lagi.

Tempat kami pergi, Planetscuba dekat Sri Hartamas dan Rainbow Runner dekat Melawati.

So, naik AA flite 7.30 pagi. Turun Kota Bharu terus ambik taxi ker Kuala Besut. Sampai sana, tunggu boat jam 11 pagi nak masuk pulau.

Kami ambik quad room. Fauna Beach Chalet. Actually Kak Long dan Manja yang dah pernah buat DSD kat sini tahun lepas. So, dorang nak ambik dengan instructor yang sama, Abang Man jugak. Ajue ni bukan kenal sessper pon. Just follow jer la.

Sampai kat chalet, lepas checkin, Abg Man cakap jam 2 jumpa kat DC. Kecut perut gakkk ni. Giler tak pernah dive lepas 2011 dulu. Ada kang tenggelam tak timbul2.

So, ok. First dive kat Teluk KK. Ni shore dive namanya. Sebab bermula dari pantai. Buat confined water skills dulu. Mask clearing, mask removal, regulator recovery and clearing, fin pivot dan cramp release. Lepas tu dive kat 5m jer depth.

Malam tu Ajue free. Study untuk revision. Anak anak buah buat advance, so dorang ada night dive. Esok pagi pergi Tiga Ruang pulak. Ajue sambung basic confined water skills BCD removal, weight belt removal, air share dan CESA. Manakala anak2 buah pergi police wreck dive. Kat Tiga Ruang ni same depth, 5m jugak.

3rd dive dekat D Lagoon. Kat sini Ajue belajar backroll entry. Manja tunjuk skill Giant Stride. Hebakkk ahhh. Kak long dan Qie buat backroll. Abg Man main campak jer semua benda dalam laut, pastu baru pakai satu satu. Haaa kau!. Best kan dah jadi otai. Depth kat sini 11meter.

Malam tu ada knowledge review dengan Abg Man. So boleh tanya jer apa apa soalan dan kemusykilan yang tak faham selama diving kat sana.

Last day diving, pagi pergi Terumbu 3. Since tempat ni Dive Master Olie tak familiar, so Abg Man akan lead. Olie akan buddy dengan Kak Long, Qie dan Manja. Ajue buddy dengan Abg Rahim. Bestttt kali ni sebab first time dive dengan anak2 buah sama2. Depth sini 17m.

Petang tu pergi Shark Point. Fun dive. Ajue belajar 3 minute safety stop pegang tali sebelum exit dari water. Stress masa ni sebab mask Ajue longgarkan. Sebab Ajue fobia pening kepala masa dive kat D Lagoon. So, air masuk tak henti2, ganggu Ajue jer. 2 kali kut Ajue ascent sampai surface. Nasib baiklah Qie penyelamat. Dia ajar pelan pelan descent dan pegang tangan Ajue all the way sampai tamat masa dive. Tqtqtqtq sangat2.

Malam terakhir kat Perhentian, try makan curry beef mango. Sedapppp Olie yang rekomen kan. Sedih nak tinggalkan pulau esoknya.. *cry*

Boat kami 10.30 pagi. So pagi tu lepas packing, lepak kat DC sementara boat sampai. Haihh belum balik dah rasa rindu nak dive lagi… rindu angin pantai, rindu pulau.. best sangat. Tqtqtq anak anak buah aunty jue, impian aunty terlaksana setelah sekian lama terpendam. Tqtqtq sangat Abg Man , Abg Rahim.dan Olie atas tunjuk ajar Ajue. Kompem Ajue datang lagi lepas ni. Nak buat advance kat sini jugak nanti. Lepas terror descent guna breathing.