Tawaran Haji 2020

Hadiah di harijadi yang ke 45

2 Mac 2020, agen call. Tanya ada dapat surat tawaran haji atau belum. MasyaAllah, Ajue belum terima apa apa lagi. Terus wasap dengan Tn Haji Badlishah, beliau check dalam sistem, alhamdullilah ada nama Ajue. Tapi sistem ada masalah untuk keluarkan surat tawaran.

Alhamdullilah dengan penuh sabar, ada wakil dari TH call pada petang selasa 3 MAC 2020, bagitau Ajue terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ni 2020. Alhamdullilah syukur Ya Allah, hadiah di hari jadi yang paling terindah!

Ajue ke pejabat TH cawangan shah alam esoknya untuk printkan surat tawaran serta mengambil buku pemeriksaan kesihatan.

Tarikh tutup jawapan tawaran ialah 22 MAC 2020. Semoat jugak check giliran anak anak Ajue. 2105….. 😔