Scuba Diving agent

RAID, PADI dan SSI

Semua dah Ajue register, haa gethu!!

Mula mula ambik online exam dengan RAID. Dah lulus semua chapter dan exam, tiba tiba PKP. Sampai ke sudah tak dapat completekan Open water.

Last last buat Open Water dengan PADI, dekat Perhentian. Lepas tu buat Advanced Open Water pon dengan PADI dekat Tioman.

And then, baru baru ni register online course Marine Ecology dengan SSI. That’s it, tiga tiga agent tapau.

Anis is officially 15

Masa mula mula PKP dulu, dia pernah kata, tahun ni dia happy sebab boleh celebrate birthday dia. Yer laa, dah 2 tahun birthday kat kolej, mana ada orang nak celebrate. Kawan kawan baik dia jer buat simple makan makan.

Actually kita orang pon tak tahu nak buat tema apa. Tapi sebab lately dia selalu sangat obses dengan Attack Of Titan, so, Ajue try survey mana mana bakery shop yang boleh buat cake anime tu. Ada 3 pilihan, semua bagus bagus dan cantik tapi satu jer yang boleh buat figure anime. So, of coz lah yang ni jadi pulihan. Seba ajue nak cake figure anime untuk birthday Anis kali ni.

Kalau nak tahu, bakery ni nama dia kat IG lakream8. Boleh google dan follow, seriously cantik sangat hasil tangan Sya. Harga pon berpatutan. Sedappppp.

Semuanya simple jer, sebab takde lah nak jemput orang kan, keluarga kami jer. Hadiah pulak, kebetulan kontrak celcom dah expired, so Ajue dapat tukar phone baru. Kesian tengok Anis pakai Note8 lama Ajue, asyik asyik batery kong. Berlari dia cari soket nak caj. Ada sekali tu, dia tengah kelas online violin, sekali phone terpadam, menangis dia sebab tak sempat habis main. Ajue pon terdetik nak belikan dia phone baru. Nak tukar iphone 12, macam susah pulak dia nak sync dengan Android. So, ambik yang latest Samsung la terus. S21 Plus + 5G. haaa kau. terus 5G! Entah bila Malaysia nak ada 5G pon tak tahu, lantak laa.

Memory pulak 256GB, haaa so, takde issue dia asyik kena transfer sana sini sebab phone lama 64Gb jer. Kiranya, ni hadiah dari ibu.

Actually, Samsung ada bagi free gift smart watch, smart tag dan wireless charger. Tapi, yang dapat 2 jer. Smart watch takde pulak. Nantilah nak call CS celcom tanya. Yang free gift ni Ajue bungkus jadikan hadiah dari abang dia, Adlan yang jauh nun di US. hehe

Ayah dan Afiq bagi AoT merchandise, beli kat Animax Sunway Pyramid.

Angah dia pulak, beli love letter anime cerita Banana Fish. Order all the dari Jepun lagi. Haaa rare kan!!. Menangis budak tu dapat love letters dari Ash. Terharu, macam dia pulak girlfriend Ash, lol

Alkisah, Angah dia bawak dia keluar kata nak teman gi Watson, sementara kami deco ruang tamu. hehe

Sampai kat luar, dah ready bagai, tai bila time masuk, afiq punya popup tak menjadi.. hahahha. kantoi!!. Terus gelak.

Anyway, hope you enjoy with this small and simple celebration from us. Cant wait to get together semua family kita hujung tahun ni. InsyaAllah.

Virtual Ride in Feb 2021

Yeay, determination, passion, eager, focus and istiqamah. I finally finished all 4 registered Virtual Ride !! Semua ni lepas Ajue tertengok FB schoolmate sekolah rendah. Tengok dia sign up VR Le Tour Singapore dengan wife dia. So, Ajue google dan sign up jugaks laaa.

Ada 5 semuanya. 4 dah settle, satu lagi start pada 3 March 2021. yeay!! on my birthday tu.

My riding journey

Cuti CNY 3 hari. Jumaat tukar basikal. Sabtu pagi Ajue start cycling dalam taman jer. Tak berani nak keluar.

Ahad pagi2 Ajue berani kan diri pusing satu Seksyen 24. Kejap jer. Tak sampai 10km pon. Takut gak sebab gelap lagi. Lagipon Ajue takde front dan rear light. So tak berani lagi nak laju2.

Balik ride, terus order kat Shopee. Since barang dari China, so lama lagi la nak dapat. Siap beli khemah lagi untuk simpan basikal.

Ahad petang Ajue try route yang sama. Tapi kali ni sebab nak buat video. Ajue subscribe apps Relive. Classmate Ajue yang suggestkan.

Siap pitt stop lagi selfie.. lol.

Since apps ni ajue ambik yg free trial. So takleh letak lagu. Terua jer la subscribe. Murah jer pon. Next activity boleh letak lagu, yeszaa. Apps ni ada walking, hiking, cycling, running dll. Tapi diving takde la. Keke.

Basikal Decathlon

BTwin Elops 120 City Bike

Tahun lepas, masa PKP lama tu, Ajue belikan Afiq basikal kat Decathlon. Tapi, main kejap dan tercabut rantai dia.

Nasib baik Decathlon ni free servis, boleh bawak sana pasangkan balik. Selang tak lama lepas tu, masa Anis main pulak, cabut lagi. So, terus tukar baru. Brand yang sama tapi rangka lain, saiz M.

Still, baru baru ni, Afiq main, masih tercabut rantai dia. So, Ajue decide nak tukar brand lain terus jer la. Tapi masa tukar tu, adik yang jaga bahagian basikal kata, brand Rockrider ni terbaik dah ni. Entah la, macam tak serasi kut dengan anak anak.

Makanya, tadi Ajue tukar lain, beli yang lady lady sikit, sebab Ajue nak main , haha! Last Ajue naik basikal masa sekolah menengah. Pergi sekolah dengan Datin Ida naik basikal. Form 1 kut masa tu. Lepas kena langgar dengan lori, Ajue tergolek golek jatuh tepi jalan, terus Ajue fobia nak naik basikal. Gayat tu tak hilang lagi.

Means, dah lebih 33 tahun, baru Ajue mula nak naik balik. Takut pon ada, sebab tu ambik yang rendah jer. Takutttt. Biar mahir dulu la, hilang ketakutan tu nanti boleh la yang boleh road run punya.

My latest collections

Hobi Ajue ni memang lain sikit. Dari dulu lagi suka kumpul/simpan benda yang jarang orang buat.

Kali ni nak citer pasal koleksi terbaru Photobook Ajue. Dan jugak jam tangan Ajue . hehe

Dari tahun 2010 lagi Ajue dah start buat Photobook. Masa tu belum ada online lagi. So, kena gi kedai dan upah orang. Photobook pertama ialah Percutian Doha-London-Paris. Mahal la jugak kos untuk 1 Photobook. Dekat RM400 la jugak. Tapi puashati la, sebab kualiti kertas dan gambar dia memnag terbaik.

Lepas tu Ajue start buat online. Design sendiri. Guna yang size paling kecik jer. Sebelum pandai guna yang medium Potrait size.

Lepas tahu cara guna, Ajue stick dengan design ni jer. Senang nak simpan dan susun dalam rak buku. So, latest koleksi Ajue Register Ecah dekat Ewha, Register Adlan dekat Nebraska dan Diving Trip kat Pulau Tioman. Pastu tambah calendar 2021 jugak. Puashati!!

Then, hobi kumpul kain buruk kayangan πŸ™‚ haha. Mula mula try sabun periuk. Lepas tu tambah kitchen towel, latest order scrub pulak. OKla, not bad Norwex nih. Ajue beli dari Kak E, dealer Norwex. Lepas ni nak kena repeat order sabun lagi, sebab Ajue pakai untuk basuh baju putih, sangat berkesan. Tak rugi beli!!

Another koleksi baru ialah jam tangan. Actually bukan lah baru nak start kumpul jam. Tapi Ajue order bekas letak jam. Haaa gethu!!

Setiap jam yang Ajue simpan banyak kenangan manisnya. Terima Kasih dekat Hadi,hand made tau!, tak rugi tempah dari dia. Sangat teliti hasi tangan, kemas dan cantik!

Iriz in the house

Dah lama nak update pasal Iriz ni tapi asyik lupa jer. So malam ni since takde apa nak buat, lepas upgrade WordPress tadi, nak try la update blog. Ok la, not bad, version baru WordPress ni.

So, Iriz ni Ajue belikan atas nama Ecah. Memang untuk dia pon. Hadiah dapat 12A dalam semua sebjek Foundation of Data Science. Ecah ulang alik Shah Alam – Cyber – Putrajaya hari hari. Lepas drop adik bongsu kesayangan kat Cyber Brainy Bunch, dia terus masuk kelas kat Heriot Watt University, Putrajaya. Petangnya pulak lepas kelas, ambik adik dah balik rumah.

Agak agak dalam 6-km jugak la sehari travel. Swift yang sedia ada dah lebih 9 tahun, setiap bulan ada jer benda rosak. Kos repair sajer dah boleh buat downpayment kereta baru.

Jadi Ajue decide nak belikan Ecah kete baru jer terus, at least keselamatan pon terjaga ulang alik tu. Compare dengan MyVi, nampaknya, Iriz lagi jauh banyak kelebihannya. So, there you go, dalam masa 2 minggu jer, beli online dari Puncak Merak dekat Semenyeh. Sangat recommended agent yang uruskan jual beli ni, dari apply loan hinggalah kereta sampai depan pintu rumah. Terbaaikkk!!!

No plat pulak Ajue ambik no siri sama dengan kete Renault Ajue, XX75 kat belakang, Dua nombor depan ialah tarik lahir owner kete πŸ™‚

Tapi kan, lepas beli Iriz ni, satu dunia dilanda Pandemik Covid 19… kelas semua dah online.. sempat 3 kali jer kut pergi kelas. Sampai sekarang ni, kelas masih lagi online . So Iriz tu tak berjalan mana.. Its ok, adalah tu hikmahnya yang Allah nak tunjuk. Dia yang Maha Mengetahui…

Spring Cleanings

Bermula dari cuti Xms 2020, sambung sampai cuti New Year. Sampai Cuti Thaipusam dan FedDay 2021.

Mula mula clearkan semua barang dalam cabin. Sebabnya, masa musim hujan lebat tahun lepas, atap cabin dah bocor, so air dah masuk dalam cabin, habis basah lenjun barang barang dalam tu. Ajue takde masa nak kemaskan.

So, terpaksa lah tunggu cuti panjang nak settlekan semua.

Banyak jugak dapat clearkan baju baju lama zaman tok kadok dulu. Better sedekah jer , daripada tersimpan dalam cabin kan.

Siap bentang canvas 20 kaki untuk aktiviti ni. Malam malam camping kat luar sebab semua malas nak masuk. haha.

Sempat jugak settlekan stor kecik kat sebelah tu kasi clear sikit. Kalau tak silap lebih daripada 15 beg sampah XL heavy duty barang barang yang buang masa proses cleaning ni.

Ecah siap labelkan semua container ikut kategori barang , so nanti senang sikit nak cari in case kalau nak pakai. Lipas tu, takyah citer la. agaknya dekat 20 ekor kut kena bunuh. geli okaaayyy.

Lepas ni just maintain jer kebersihan dan kekemasan cabin dan stor. So tak perlulah lagi nak susah susah cleaning lain kali.

Dive at Pulau Bidong

My solo journey dive

Day One. 18 Sept 2020

Kiranya trip solo pertama Ajue ke Pulau Bidong. Asalnya, buddy Ajue nak join, tapi last minit dia tak dapat cuti pulak. Its ok, takder rezeki lagi. Trip kali ni Ajue plan sebab nak cari pengalaman descent dan buoyancy. Yer la, nanti nak pergi Sipadan kan, rugi ker kalau tak mahir lagi dua skill ni. Takkan selamanya nak harapkan anak buah guide kita, betul tak.

Lagipon nanti tak syok la, orang lain dapat menikmati keindahan dasar laut dan main dengan ikan, kita ni asyik dok turun naik tak habis habis kakaka.

Ok, sedikit info pasal Bidong.

Bidong Island

Bidong Island or Pulau Bidong once sheltered almost 40,000 Vietnamese refugees between 1978 and 1991. There were longhouses, schools, vocational workshops, a church, temples and even bars to accommodate a better living environment for those who fled unjust treatment from their homeland. It has marked the history of Malaysian foreign affairs with regards of handling refugees and her sovereignty. That is why Bidong Island is considered to be the most historical island in Malaysia.

Today, those buildings are gone and almost forgotten. What’s left are some monuments, a few gravestones on the hill and underwater boat graveyard that manifests as a reminder about her history. Although Bidong is not listed as a National Marine Park but it has been gazetted as Malaysian National Heritage sites and safely guarded by able personnel of Terengganu Museum who are stationned there. Visiting rules are almost the same as Marine Park.

Since there are no chalet or permanent structure apart from University Malaysia Terengganu (UMT) Marine Research Center, the surrounding marine life are healthier compare to other Archipelago nearby. You can even spot schools of barracuda and black tip from the Bidong Jetty itself.

Just come over, get geared and discover it for yourself! words will never be enough to describe her wonders.

Trip ni Ajue cari kat facebook jer. Dapat contact number terus jalan. Lagipon Ajue dah beli Firefly Travel Pass. Rugi la pulak kalau tak gunakan.

Pakej yang Ajue ambik ialah 3 dives. Sekali dengan pack lunch dan mineral water. Kalau tengokkan schedule dia

Our Tentative Itinerary Program Bidong Island

0800Hours – registration at Nemo Divers Dive Center’s reception office.
0830Hours – equipment assembly.
0900Hours – Depart to Bidong Island.
0945Hours – Dive 1
1045Hours – break at Bidong Island Jetty
1145Hours – Dive 2
1245Hours – Lunch Break at Bidong Island
1430Hours – Dive 3
1600Hours – Depart back to Merang Jetty

Ajue checkin dekat Qaisara Hotel, lebih kurang 400m dari Nemo DC. Sebelah hotel ada warung yang bukak malam jer. Sedap la jugak nasi goreng kampung.. tapi nescafe dia manis sket.

Tadi dari airport ambik Grab kena dalam RM44. Lebih kurang 45 minit gak. Bilik single jer. Tapi toilet kat luar. Errkkk ada yang tak mandi esok pagi ni. Lol.

DC cakap esok standby jam 8.30 pagi dekat lobby. Dorang pickup Ajue otw nak gi jetty Merang.

Ni antara list harga dia

Equipment Rental :
1.Full equipment – RM70
2.BC & Regulator set only – RM50
3.Regulator set only – RM30
4.BC only – RM30
5.Wetsuit (shortie) only – RM39
6.Fin only – RM15
7.Mask & snorkel only – RM15

Since Ajue semua dah ada , so tak perlu nak rental lagi dah. Kita hangkut jer equipment kita.

Day Two 19 Sept 2020

Dinner semalam dah banyak. Nasi goreng kampung dengan nescafe tarik. Pastu beli roti sikit untuk bekal pagi esok. So, sebelum ke jetty Ajue just ambik roti jer. Harap2 bertahan la sampai lunch nanti.

Dalam jam 9 pagi, DC datang dengan 2 pickups ambik Ajue kat hotel. Ajue akan join team semua chinese 6 orang yang dah otai2 semua dah dive lebih 100 kali. Huhu. 4 lelaki dan 2 pompuan. Mula2 cuak gak laa sebab Ajue sorang melayu. Tapi rupanya, dorang memang happening habis. Bestttt join dorang dive. 3 kereta driving all the way dari KL.

Lepas gear up, masa nak naik boat, as usual ada briefing dulu kat mana nak dive. So ada 3 dives. Yang pertama Light House. Instructor dah cakap a sikit current. Sikit.. ook sikit. Dalam hati, caner current tu ek sebenarnya..

Masa naik boat tu ombak besar dan kuat. Sampai melambung2.. terus loya nak muntah. Makkk aiii. Cam ni ker orang kata mabuk laut….memang mabuk sungguhhhhhh.

Masa nak backflip pon sampai boat man kena tolong pakaikan fin. Memang takleh pakai sendiri.. terhuyung hayang giler. Masa ni memang dah rasa nak muntah, tapi tahan jer. Ajue terjun dulu lepaa instructor. Terus cari tali nak pegang. Lepas tu temgok geng2 dives lain pakai campak semua dalam laut equipment dan pakai dalam laut. Makkk aiiii. Hebattt giler.

First dive ni descent pakai tali. So ok laaa.. boleh turun pelan pelan. Tak sampai 5 minit Ajue nampak apahal ikan berenang senget2 nih. Macam semua sepesen jer.. then bila Ajue fin, makin ke kanan pulak perginya.. walhal dah habis kuat dah fin. Pelik pulak.

Then tiba2, Ajue rasa lain macam. Terus ketuk2 tank dengan pointer, Ajue nampak air berpusing pusing, sampai tak tahu mana atas mana bawah mana kiri mana kanan. Ya Allah, ni ker current?? Takutnya tuhan jer tahu. Mengharap ia stop dan nak cari balik team ntah kemana mana. Tiba tiba Ajue rasa ada orang tarik Ajue kuat2 kuar dari current tu. Alhamdullilah, chinese sorang ni dengar agaknya Ajue ketuk ketuk tank. Cuak tuhan jer tahu. Terus lost fokus kejap. Dalam hati cakap jangan panik jangan panik… then buat isyarat ok, dia bawak ke tempat divers lain. Terpaksa teruskan dive sampai safety stop. Ajue pegang jer tali.. tak berani nak lepas. Kaki dah penat fin tadi. Badan makin loya nak muntah.

Kat surface, nampak boat jauh sebab ombak kuat giler. Terpaksa kuatkan swim utk pergi kat tangga. Dah naik boat, terus muntah, semuntah nya… sampai dah takde apa nak kuar.. lembek terus. Peluk jer tiang boat tu.. kepala berpusing tak hingat.

Then boat cepat2 gerak ke second dive. Ajue cakap boleh tak taknak turun, sebab nak muntah lagi. Tapi dorang cakap, duduk atas boat lagi teruk. Lagi loya nak muntah sebab boat gerak2. Better dive jer pelan pelan. Ajue ikut jer nasihat, pelan2 dive dah takde feel temgok ikan2.. nak cepat hilang pening jer. Second dive ni nama dia Batu Menangis.

Habis dive, baru gerak ke jetty pulau untuk lunch. Ajue tak tunggu lama, turun boat, ambik lunch pack makan sampai habis. Alhamdullilah.. baru lah lega sikit.. dah boleh adapt dengan mabuk laut.

Lepak kejap sebelum final dive. Kena balik darat sebelum petang, katanya ada ribut petang ni. So cepat cepat habiskan last dive. Alhamdullilah kali ni dapat la tengok dunia bawah laut dengan tenang dan feel. Nama dive site ni Pulau Karah

Sampai jetty merang, DC memang takeover semua equipment kita, siap basuh dan jemur. Drop Ajue kat hotel. Mandi, solat dan kuar balik cari makan.

Masa tengah makan kopok, wasap grab yang ambik Ajue semalam. Alhamdullilah dia boleh ambik Ajue bawak balik rumah mak kat Permin Jaya. Lega.. takyah susah2 nak.book grab. Thank you Nazli.. sangat terhutang budi.

Sampai rumah mama, makan sikit pastu cakap nak terus tido, penat samgat. Esok la sembang lama sebab seharian Ajue kat rumah. Lusa baru balik KL.

Day Three 20 Sept 2020

As usual, masa untuk hunting kaftan dan kepok leko. Mula2 gi pasar, tapi otw mama nak ambik kasut dia upah jahit sebab terkoyak. Tiba2 mama pening, kena vertigo balik. Oh ya mama dulu memang ada vertigo. Lama gak la mama kena duduk dengan kakya. So kat pasar tu nasib baik ada kedai sedara yang mama boleh rehat. Ajue jer yang gi cari sos cili keropok, satay ikan dan kaftan. Dah settel, terus balik rumah. Petang ada date dengan bff CT.

Misi menjejak CEO bermula. Kakaka. Kitaorang takleh reveal.siapakah ceo tu atas sebab yang tak.boleh dielakkan.Mula2 pergi bangunan EPIC, guard tu cakap dia baru jer kuar , driver hantar balik hotel Primula.. zassss terus ke hotel. Alahaii dia baru jer checkout pulakkkk. Takde rezeki nak buat surprise then. So, CT bawak gi Pavilion KT. Lepak makan salad kat secret recipe. CT hantar balik rumah sebab Ajue naik grab jer kuar tadi.

Sebelum kuar tadi, sempat ambik dadar mama tempah kat Medan Jaya,.pastu singgah beli kepok leko rm120. Kilo ajue ada 40kg. Harap2 cukup la esok nak balik.

Day Four 21 Sept 2020

Hari ni mau pulang sudah. Flite jam 8 pagi. Masa packing barang, macam berat jerr beg ni. Risau pulak terlebih kilo kang. Sampai airport, yes tepat sekali. Barang 55kg!!! Haaa kau. Apa.nak buat ni. Lol.

Misi unpack dan kuarkan barang sort out balik. Sumbat dalam bagpack, hand carry .. so thats it. Kautim. Hamd carry sampain13g kau. Hahahhaa. Terpaksa berlakon buat2 ringan.

Sempat breakfast dengan mama nasi lemak ikan sedap kat epot sebelum boarding. Sampai KL belum jam 10 pagi so sempatlah masuk ofis pagi tu. Tak perlu ambik cuti pon. Thanks to Covid19, no need to go office. Just work from home jer.

Next, trip to Sipadan.

Family Vacation Tioman 1720 July 2020 – Day Four

Mau pulang sudah…

Pagi ni, ferry anak anak buah Ajue jam 8.30 pagi. So, Ajue temankan dorang breakfast dan hantar sampai ker ferry datang. Ferry Ajue pulak lama lagi… 12.45 baru sampai. So kami sempat la lepak2 dulu, makan dan masuk chalet cantik. Mak aiiii, best nyer kalau dapat chalet ni, next trip. Keluar balkoni dia, tangga terus masuk air.. fullamakkkk,, best yo!!

Confirm ambik punya. Berbaloi kalau family besar, sebab dia boleh muat seramai 9 orang. Kena set kan betul2 nanti.

Ajue sampai jetty Mersing jam 2.45. Masa tu kak long dan adik adik dia dan dekat Senawang. Kami drive pelan2 berhenti kat RnR apa ntah lupa. Solat dan lunch sekali. Teruskan perjalanan balik ke Seri Kembangan sebab laptop Ajue masih kat sana.

Lepak sana sampai tengah malam baru balik Shah Alam. Alhamdullilah anak anak semua seronok.. pengalaman baru bagi dorang. melihat keindahan dunia bawah laut ciptaan Tuhan.

Ajue tak menyesal spent some money untuk semua ni. Niat agar anak anak tahu menilai dan menghargai nature. Luar negara dah pernah pergi, Umrah, Padang Pasir, Paris London Korea Jepun Vietnam dah kenal. Cuma ada lagi impian Ajue, nak bawak dorang travel by train merentasi europe-sowy mountain. Dan caravan-road trip samada dekat US atau NZ suatu hari nanti. InsyaAllah. Harap harap bila Adlan konvo tahun depan, Ajue dapat lah bawak dorang untuk road trip ni.. itupon kalau Covid19 ni dah ada vaksin.