Biozone Car Sterilizer

Salam semua,

Kali ni Ajue nak memperkenalkan satu lagi produk Hai O iaitu Biozone Car Sterilizer.  Actually produk ni dah lama dalam Hai O cuma lately ia menjadi hot demand kerana masalah jerebu yang sedang melanda negara sekarang ni.  Jadi, apakah bendanya BCS ini yer,

ADAKAH ANDA SEDAR AKAN PENCEMARAN DALAM KERETA?
Kita menghabiskan lebih masa dalam kenderaan jika dibandingkan dengan masa dulu. Namun,
adakah persekitaran dalam kereta anda selamat? Mengikut Laporan In-Car Air Pollution daripada
International Center for Technology Assessment (CTA), tahap pencemaran udara dalam kereta
mungkin jauh lebih serius daripada udara di luar. Bahan-bahan pencemar berbahaya dalam kereta
termasuk bahan organik meruap (volatile organic compounds, VOC) yang terdiri daripada benzena,
toluena, xylena, formaldehid dan sebagainya. VOC mengakibatkan iritasi mata, hidung, kerongkong
dan peparu manakala benzena menimbulkan rasa ingin tidur, pening atau sakit kepala. VOC juga hadir
dalam kereta baru kerana penggunaan gam, cat, vinil dan plastik dalam kereta (sumber: Hidden Poisons
in New Cars, Utusan Konsumer Nov-Dis 2005). Selain itu, bahan-bahan pencemar utama lain yang
wujud dalam persekitaran dalaman dan memerlukan sanitasi termasuk bau, agen pencemar biologikal,
produk hasilan pembakaran enjin dan racun serangga.

Apa yang Boleh Anda Lakukan? Penyelesaian Masalah Anda
Kebanyakan daripada kita menggunakan penyegar udara untuk memperbaiki kualiti udara dalam
kenderaan tanpa mengetahui kesan-kesan sampingan. Teknologi penyegaran udara pasif biasanya
memerangkap debu dan partikel-partikel. Sementara itu, unit penyegar udara aktif iaitu BIOzone
Car Sterilizer menyingkirkan agen pencemar biologikal dan kimia yang hadir dalam kenderaan. Unit
ini menggunakan khusus termasuk ‘cold plasma’ yang menggabungkan penghasilan ozon dan ion
plasma. Ia menukar oksigen (O2) kepada ozon (O3) yang kembali menjadi oksigen setelah
menyingkirkan bahan-bahan pencemar.

image

image

image

Bagaimana BIOzone Car Sterilizer Menghasilkan Udara Berkualiti dalam Kereta?
– Menyingkirkan VOC (benzena, toulena, bahan-bahan dalam kereta baru), bau tembakau, bau haiwan
peliharaan dan bau automobil
– Membasmi bahan-bahan pencemar biologikal (bakteria). Bakteria tidak akan bersifat rintang
terhadap ozon
– Menyegarkan udara dalam kereta [membawa udara yang segar (seperti alam semula jadi) ke
dalam kereta]

Kebaikan BIOzone Car Sterilizer:
– Selamat (output ozon < 0.03 ppm)*
– Ringan
– Mudah digunakan
– Mengaplikasi teknologi ‘cold plasma’ Jepun yang:
(a) menghasilkan output ozon yang tetap
(b) tidak menghasilkan bahan-bahan sampingan (nitrogen oksida)
– Tanpa penyelenggaraan
– Mesra alam
* US FDA menetapkan tahap maksimum ozon yang dibenarkan pada 0.05ppm

image

image

Cara Penggunaan:
Masukkan BIOzone Car Sterilizer ke dalam soket pemetik api rokok. Unit akan dihidupkan (dengan
bulb yang menyala). Pasangkan penghawa dingin untuk penyegaran udara yang berkesan.

Penggunaan Komersial Ozon:
– Membasmi kuman dalam air minuman
– Menyingkir dan merawat air pembuangan daripada industri untuk menyingkirkan bahan
-bahan pencemar bertoksik
– Sanitasi sayur-sayuran
– Agen anti-mikrobial dalam pemprosesan makanan dan penstoran
– Rawatan udara dalam bangunan. Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai mempunyai sistem pemanasan,
pengudaraan dan penyaman udara yang menggunakan teknologi ozon (sumber: Ozone Monitoring and
Control for Air Treatment Systems

Okies, sekarang dah tahu kan bagaimana BCS ni boleh mengawal tahap udara dalam kereta kita. Jadi apa tunggu lagi. Boleh contact Ajue untuk dapatkan satu unit Biozone Car Sterilizer ni okay. Sebab sekarang kan musim jerebu, kesihatan perlu dijaga supaya kita sentiasa sihat. Betul tak.

Diamond Night Awards

Salam semua,

Alhamdullilah selesai jugak Diamond Night untuk penerima anugerah dalam Hai O iaitu Diamond Sales Manager, Double Diamond Manager dan Car Fund.

Hai O akan menganjurkan majlis seperti ni sekali setahun untuk mengiktiraf usahawan yang berjaya mengikut pangkat masing masing.

So, tahun ni antara jemputan VVIP ialah wakil Glampreneur yang datang jauh dari Qatar semata mata u tuk bersama sama dengan kami pada malam ini.

Jom kita tengok gambar kay.

image

Ajue memilih dress pink hitam ni. Sebelum pergi snap satu dekat luar rumah.

image

Sampai MIECC Mines International Exhibition & Convention Centre terus cari table berapa.

image

Oh ya, lupa nak bagitau. Turban ni ilham dari anak perempuan Ajue, iaitu Aisyah. Beliau yang pakaikan Ajue. Pandaikan!

Bersama table mate Ajue

image

CDM Razali jugak datang melawat table kami yang jauh nunn di belakang

image

Bersama sama dengan Satareh, dari Qatar dan jugak founder Glam, CDM Hanis Haizi

image

Antara penerima anugerah pada malam tu.

image

Shine bright like a Diamond! !!

image

Next year Ajue target nak bawak seramai mungkin rakan kongsi naik pentas untuk Diamond Awards kami. InsyaAllah…..

image

image

Bersama dengan pengacara majlis pada malam tu. Zack. Kagum dengan kehebatan beliau mengendalikan majlis yang tak pernah kekok yang sentiasa menaikkan mood penonton. Cayalahh Zack!

Agent BVSM di Seberang Perai

 

Salam semua,

Alhamdullilah dah selesai demo BVSM kat rumah seorang strangers yang contact Ajue melalui internet untuk mengetahui tentang produk BVSM ni.

Ajue datang dari Shah Alam ditemani busines partner Ajue iaitu Ferrie . Kebetulan Ferrie ada client jugak dekat sini jadi kami pergi sekali. Yerla, nama pon business teamwork kan. This is the beauty of this business.  We help each other. So, kekuatan kumpulan tu dapat membantu kita pergi lebih jauh lagi. Kalau    buat keje sorang sorang mesti boring kan. Kejap jer semangat tu ada.

So, berbalik pada demo kali nih. Asalnya nak buat satu produk jer, tapi dah alang alang kat sini, terus present produk hai O yang lain iaitu Biozone Food Purifier dan corset Premium Beautiful.  Tapi just info saja sebab Ajue tak bawak model patung lagpon.

image

image

image

image

Lepas demo, terus berminat nak jadi agent untuk BVSM di Seberang Perai ni. Syabas en Radzi. !!

Jadi, alang alang dah kat sini, kami terus buatkan Blog untuk business partner kami yang baru ini. Lepas ni senang nak update entry pasal business yang merupakan channel utama kami dalam business.  Its Social Media Marketing and it has no boundaries.  Ajue jumpa dengan En Radzi pon melalui internet jugak.

image

image

image

So, Ajue nak perkenalkan agent pertama untuk BVSM di area Seberang Perai ni, iaitu En Radzi. Kepada sesiapa yang ada masalah stroke ker, kencing manis, darah tinggi serta susah nak tidur malam insomnia,  boleh la contact En Radzi untuk dapatkan set pelapik tilam BVSM kay.

No telefon 012 303 5604
Blog http://www.radzi123654.blogspot.com

Lepas settle urusan di Seberang Perai,  Ajue dan Ferrie bergerak masuk balik island sebab hotel kami kat area Bayan Lepas. Kebetulan business partner Ferrie orang Penang, so beliau sudi tolong hantarkan kami balik ke hotel.

Sempat jugak buat sesi Personal Coaching pada business partner Ferrie ni. Yer la, dah ada kat sini kan. Business Ajue anytime anywhere gitu! Berkat tunjuk ajar mentor serta leader Ajue jugak, yang menjadikan semua glampreneur sentiasa bersedia menghadapi apa saja walau apa situasi keadaan sekali pon.

image

Demo BVSM Seberang Perai

Salam all,

Kali ni Ajue ke Penang semata mata untuk buat satu demo tentang satu lagi produk hebat Hai O iaitu pelapik tilam Bio Velocity (BVSM)

Actually client Ajue ni pernah terbaca yang Ajue ada buat demo BVSM kat Terengganu dulu. Kebetulan dia ada kawan yang stroke, so beliau terus contact Ajue untuk nak tahu detail lagi pasal produk nih.

InsyaAllah Ajue akan buat yang terbaik untuk demo nanti. Benda baik elok kita kongsi bersama, betul tak.

Btw, untuk yang nak tahu info pasal BVSM ni, boleh baca kat sini kay.

Medan Tenaga Manusia

Matahari adalah sumber tenaga yang menggerakkan kesemua kehidupan dalam bumi. Benda hidup adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan elektron-elektron di dalam badan kita menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima. Dengan kata lain, tenaga adalah daya hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan semangat manusia.

Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam dan di sekeliling badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh badan untuk mengekalkannya dalam keadaan “sihat”. Medan tenaga manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-sel badan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang unik kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan organ-organ lain mempunyai tenaga dan beresonan ke atas frekuensi tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan semua frekuensi yang diperlukan untuk rangsangan dan penyelarasan organisma yang muktamad.

Bagaimanapun, pemodenan kini telah membawa kepada kemerosotan medan tenaga manusia secara mendadak. Gaya hidup yang penuh tekanan, penggunaan alat elektronik yang meluas, pencemaran alam, makanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang buruk serta toksin-toksin yang dihisap telah membawa ketidakseimbangan frekuensi elektromagnetik atau medan tenaga. Dengan ini, sekatan tenaga dihasilkan justeru mengganggu pengaliran tenaga utama atau daya hidup. Masalah kesihatan kronik mulai timbul dan menjadikan badan sukar untuk menyembuhkan diri

image

Tidur Yang Berkualiti

Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur; oleh itu, tidur dan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ia adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita. Apakah itu tidur yang berkualiti? Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar selepas membangun dan segar sepanjang hari.

Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan dijalankan; aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita membangun. Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.

BV Sleep Mate

Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti

image

KEISTIMEWAAN

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

MANFAAT

Melegakan sakit kepala, sakit haid, sakit perut, menghilangkan kesakitan otot, melegakan kesakitan gastrik, melegakan sakit belakang, menolong ketegangan leher, melegakan rasa kebas.

CARA PENJAGAAN

BV Sleep Mate boleh dicuci setahun sekali. Gunakan bahan pencuci kain yang berorganik untuk mencuci dengan tangan secara lembut dan keringkan di bawah matahari. Dicadangkan cuci di kawasan yang terkena kotoran sahaja.

CARA PENGGUNAAN

Bukakan dan letakkan BV Sleep Mate di atas tilam. Letakkan empat tali elastik ini di setiap sudut tilam.

SAIZ

Tilam saiz Queen

Ada lagi, sebagai info tambahan

INSOMNIA
Seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.

Insomnia, membabitkan beberapa ciri
berikut seperti:

* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep

Dan sini, antara testimonial tentang kehebatan BVSM nih,

image

image

image

So, jika ada yang berminat untuk FREE demo dan consultation tentang produk ni, boleh contact Ajue kay.

Whatapps, PM, SMS, Call Ajue 0132260082.

BB Plus Kolagen

Salam all,

Hari ni just nak share satu produk Hai O yang Ajue amalkan since beberapa bulan yang lalu. Sebelum ni tak pernah terfikir pasal kolagen. Tapi lepas dengan ceramah tentang kesihatan, Ajue mula takut sebab penceramah tu kata proses penuaan berlaku kat perempuan bila masuk umur 30 tahun.

Hmmmmm bukan nak lari dari nampak tua, tapi kalau boleh tak nak la nampak sangat kan. Ajue ni bukan baru nak masuk 30 tapi lagi 2 tahun nak 4 series. So, nak kena cari something kut . Kolagen la kan.

Apa Itu Collagen

Collagen ialah sejenis protein yang sangat penting untuk menganjal, menegang dan memutihkan kulit dan ia sering menjadi rebutan dan pilihan utama wanita pada masa kini. Apabila umur meningkat, kulit menjadi semakin kendur dan kusam yang akan menyebabkan kedutan. Penggunaan collagen mampu membaiki struktur kulit. Pakar kesihatan memperakui penggunaan collagen bagi menghasilkan sel-sel kulit dan sekaligus mengurangkan kedutan & tanda penuaan pada kulit.

Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan collagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit. Collagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perikat dalam badan dan lebih kurang 1/3 daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada collagen. Fungsi collagen adalah memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.

Pada usia 20-an, terdapat pertumbuhan yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur badan dan menggalakkan perkembangan otot, tendon serta ligamen. Ia digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru.

Ketika usia 25 tahun keatas, collagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5% setahun & sehingga usia 45 tahun, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30% daripada collagen semulajadi

Since Hai O ada buat promotion dulu, Ajue pon terus beli. Hehe tak rugi pon..

image

Dalam sekotak tu ada 20 sachets. Setiap hari minum hanya 1 sachet dengan segelas air sejuk. Rasanya sedappp sebab ada perisa berry dan jugak vitamin C.

image

Nak tahu kenapa BB Plus ni berkesan ? Jom baca nih

image

image

image

So, saper nak try BB Plus Kolagen ni. Jom contact Ajue. Tapi kalau datang rumah Ajue boleh Ajue bagi FREE rasa minum BB Plus nih..



image

image

Sekarang ada promosi, beli 3 percuma 1..stok banyak lagi kat rumah nih

This is Life

Salam semua,

Hari ni Ajue nak berkongsi cerita tentang seorang client dan juga, rakan kongsi Ajue yang join biznes ni tapi dengan modal kecik dulu. Sebab masa tu kira kira sstahun yang lalu beliau masih kekurangan modal tapi semangat tak pernah luntur untuk buat side income. Tak lama lepas tu beliau jatuh sakit , heart failure dan dikejarkan ke hospital.

Semalam tiba tiba beliau call setelab 5 bulan dalam wad ICU dan jugak wad biasa. Keluar masuk ward dah banyak kali jugak. Alhamdullilah kesihatan beliau bertambah elok.

Beliau call sebab dah cukup modal nak buat biznes fulltime sebab dah tak boleh nak kerja lagi. Katanya, buat online lagi bagus memandangkan kesihatan beliau yang masih memerlukan rehat yang secukupnya.

Kagum dengan semangat beliau sebab Ajue ingat beliau dah lupa dengan side income ni. Tapi rupa rupanya tidak. Beliau memberitahu, masa tengah sakit beliaj asyik teringatkan biznes online nih dan itu yang menjadi kan beliau berusaha melawan kesakitan dan ingin cepat sembuh. Terfikir sekejap, kalau lah kita yang sihat ni tak terfikir ni semua, takkan nak tunggu sakit kut baru nak buat perubahan, kan. Jangan sentiasa ingat kita dah selesa dengan apa yang ada sebab kita tak tahu apa akan terjadi di masa akan datang.

Harapan Ajue, beliau dapat merealisasikan impian beliau ini dan Ajue akan guide dan bantu sedaya upaya Ajue selagi boleh, sama sama merubah kehidupan yang lebih baik. InsyaAllah.

Dan kita jugak marilah sama sama kita mengingati 5 perkara ini…

image

Okay, next nak cerita pulak pasal latest news pasal biznes jugak. Semua dah baca kut yang kami Glampreneur akan berangkat ke Korea bukan September nanti. Asalnya pakej tu ialah ke Shanghai tapi disebabkan wabak penyakit yang sedang melanda negara itu sekarang maka ditukarkan dengan trip ke Korea.

Teruja sangat sangat sebab dah lama Ajue nak pergi Korea tapi belum ada rezeki. Dan InsyaAllah sedikit masa nanti akan dapat pergi jugak.
Ini merupakan trip percuma yang ke empat Ajue bersama Hai O. Alhamdullilah. So far sejak Ajue join biznes dengan Hai O tak pernah lagi miss mana mana pakej.

Harapnya, trip lepas ni ke Timur Tengah pulak, tak kisahlah Istanbul ker, Dubai ker, Doha ker. Kita tunggu jer la ek.
Apa yang menarik kat Korea yer. Orang kata beli szwaroski kat sana sebab murah. Korean brooch pon cantik kat sana. So, nak buat list nih. Dan kena buat duit shopping jugak beli souvenirs untuk rakan kongsi serta bakal rakan kongsi nanti.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sapa nak order?? Silakan inbox Ajue yer, atau WA kat 0132260082.. 😉

Okay lah, kita tengoklah nanti yer.. mana tahu kut kut order tu nanti jadi FREE gift dari Ajue kan.

I love Photobook

Salam semua, salam buka sekolah.. hehe

Ok, hari ni Ajue just nak share koleksi beberapa photobook yang Ajue ada so far. Suppose ada lagi 6 buah yang belum dapat, masih dalam proses printing dan binding.

Ok ni yang mula mula sekali Ajue ada.

image

image

image

Ajue just tunjuk 4 pages jer ek sebab semua ada 40 pages. Ni gambar kenangan masa pergi London dan Paris bersama keluarga, mak Ajue dan mak mentua Ajue. Masa tu Ajue siap bawak maid lagi sebab anak bongsu Ajue si Afiq tu lasak sangat. Tak terkawal kami kalau bawak dia jalan jalan. Dengan maid Ajue jer dia dengar kata.

Mana taknyer, sampai kat Paris masa tu tengah snow. Dia berlari sampai tersadung kat bucu meja sebab licin snow. Terus bercuti kat hospital Paris.

Dan hari ni Ajue dapat 4 lagi yang Ajue beli kat Groupon.  Buy 1 Free 1. Hehe

image

image

Ni gambar kenangan masa pergi Umrah ke Mekah dan Madinah pada tahun 2011. Masa ni Ajue pergi dengan mak, adik, anak sulung Ajue, makcik makcik dan pakcik pakcik. Total rombongan dalam 10 orang kalau tak silap. Kalau di belek balik photobook ni terus rasa nak pergi lagi ke Tanah Suci. Sejuk mata memandang Masjidil Haram dan tempat tempat ziarah semasa di Madinah. Sejarah Nabi dan para Syuhadah diceritakan oleh Mutawif kami masa tu. Semoga di murahkan rezeki Ajue lagi untuk ke sini mengerjakan haji pulak, insyaAllah.

Next photobook ialah 3 FREE trip sejak Ajue join Network Marketing biznes. Tak lain lagi iaitu dengan Hai O. Ajue nak abadikan kenangan besama sama Glampreneurs serta syarikat yang yang Ajue bernaung di bawahnya. Agar menjadi semangat bila tiba bulan pakej nanti untuk berusaha melayakkan diri dalam setiap trip. Bulan September nanti kami akan ke Korea pulak. Besttt kan dengan Hai O.

image

image

Ni trip pertama Ajue dengan Hai O. Vietnam. Kalau diikutkan, ni kali ketiga Ajue ke Vietnam. Sebelom ni memang dah pernah pergi. Masa tu berniaga kat bazaar ramadhan. So barang barang ambik kat Vietnam lah.
Masih ingat lagi bagaimana Ajue struggle untuk qualified pakej nih. Dan mustahil Ajue lakukannya seorang diri tanpa bantuan leader Ajue iaitu founder Glam sendiri CDM Hanis Haizi. Sungguh bertuah berada di bawah pimpinan beliau. Every step dia akan guide sehingga kita berjaya. Yang penting diri kita sendiri jugak kena berusaha. Tak boleh nak harapkan mentor semata mata.

Ok, next trip ke Guangzhou pulak.

image

image

Trip kali ni pergi dengan biznes partner Ajue iaitu Aimey.

Dan photobook latest dala  koleksi Ajue ialah gambar masa trip melancong ketiga Ajue dapat denagn Hai  O iaitu ke London dan Paris. Bila dengar lagu Sahabat, nyanyian Najwa Latif, teringat bagaimana kami 3 buah bas Glampreneur terperangkap ketika snow tebal dalam perjalanan dari London ke Paris yang memakan masa 36 jam!

Kami sama sama survive dalam suhu -12 Celsius kat tengah tengah hiway tanpa mengetahui apa apa. Bila dah cerah sikit hanya warna putih disekeliling kami. W.O.W, maha besar kehebatan Allah , bulan March benua Eropah dilitupi dengan salji putih yang membawa kepada sejarah dalam dunia, Natural Disaster.

image

image

Kenangan yang tak dapat kami lupakan sepanjang hayat. Maka sebab itulah Ajue suka abadikannya dalam Photobook.

So, Next waiting for koleksi gambar kenangan travel bersama keluarga dan juga masa bekerja dulu pulak. Antara negara negara nya, Amsterdam,  Germany,  Swiss, Italy, Oman, Brazil,  Serbia,  Doha, India, Singapore,  Hong Kong,  Indonesia,  Thailand,  Dubai dan tanah air sendiri iaitu Malaysia.

Trip ke Utara in June

Salam semua, salam cuti sekolah..

Wah wah sedar tak sedar tak masuk minggu kedua cuti sekolah kan. Cepat betul masa berlalu kan. So, cuti sekolah dah bawak anak anak jalan tak. Kagum Ajue tengok founder Glam, iaitu CDM hanis Hanis Haizi.  Rasa nak pergi bercuti jer, boleh pergi macam tu jer . Yerla, dah bebas kewangan kan. Masa pon banyak bersama keluarga kan. Ajue harap pon dapat menikmati kehidupan seperti beliau juga suatu hari nanti.

Tapi buat masa ni, Ajue masih lagi bersungguh sungguh dalam mengejar impian dan cita cita untuk kearah money freedom. InsyaAllah Ajue yakin akan tercapai jua suatu hari nanti. Dan sudah tentulah bersama sama dengan kumpulan Ajue sendiri iaitu Beautiful Galaxy Team, insyaAllah.

So, kemana kita kali ni yer. Destinasi pertama, ialah Ipoh. Kat sini misi membantu rakan kongsi Anis dari Seremban di bawah leader Farouk.

image

Kemudian kami terus bergerak ke Penang untuk bantu rakan kongsi Anna pulak. Untungnya kami kat sini sebab vacation club yang kami join 8 tahun yang lalu dan dah habis bayar pon memberikan penginapan percuma 7 kali setahun. Dan kami gunakan dengan sebaik baiknya setiapkali kami keluar bebiznes. Of coz, kalau bawak anak anak Ajue akan ambil yang free dari Palaca Vacation Club sebab hotel untuk members yang diberi semua untuk family type. Kalau Ajue pergi seorang Ajue akan gunakan Zest Vacation Members sebab Ajue dapat 70% discount.

So, check in kat sini..

image

Lepas letak luggage, kami terus keluar isi perut yang dah berbunyi sejak petang tadi. Pusing punya pusing, kami pon ambil keputusan makan kat sini jer…

image

Esoknya pulak bagi peluang anak anak mandi pool dulu. Sambil Ajue sediakan bahan bahan untuk sesi Personal Touch dengan biznes partners kat Utara nih.

image

image

image

image

Lebih kurang tengahari tu Ajue ke Jalan Kurau untuk bantu biznes partner Anna present biznes marketing untuk projek DUIT RAYA 17k. Anna dan kawan beliau dah lebih 4 tahun tak berjumpa lepas keluar U dulu. Dan apa yang hebatnya mereka dipertemukan dalam alam maya ini melalui Social Media Marketing atas tujuan yang sama iaitu untuk mencari side income demi keluarga. Syabas Anna, menggunakan peluang yang ada dengan approach yang betul dibawah landasan yang telah dibimbing dalam Glam. Yup, kami Glampreneur memang menggunakan Social Media Marketing sebagai channel untuk kembangkan perniagaan.

image

image

Lepas tu balik hotel kejap sebab nak bawak anak anak main pantai pulak.

image

image

image

image

image

image

Sebelah malamnya pula kami keluar ke area Quensbay Seaside untuk dinner tepi pantai sebelum ke rumah biznes partner Ajue Kak E untuk sesi Personal Coaching atau Personal Touch.

Dalam berbiznes nih, Glampreneur telah dididik dengan menuntut ilmu dengan kelas kelas yang diberikan oleh leaders yang dah lama dalam bidang nih, memang ia tak wajib tapi kalau nak berjaya WAJIB ada ilmu. Dan kelas ilmu yang Ajue pergi setiap minggu ialah kat TTDI. Since ramai biznes partner Ajue tinggal jauh dari area KL, tugas memberikan ilmu dah menjadu tanggungjawab Ajue. Ini bagi memastikan setiap ahli kumpulan sentiasa up to date dan berilmu untuk menjalankan perniaagaan.

image

Okay sampai ke destinasi terakhir iaitu Perlis. Tujuan utama ke sini ialah membantu team Utara untuk demo Biozone Food Purifier kepada orang ramai di sekitar Arau. Ini adalah untuk memberi penerangan tentang betapa pentingnya menjaga pemakanan sebelom di makan. BFP ini dapat membantu menyingkirkan bahan toksin, racun seranggan, suntikan bahan pengawet, formaldehyde yang terkandung di dalam ayam, ikan serta seafood. Malah juga buahan serta sayuran yang dibeli di pasar.

Alhamdullilah sambutan amat menggalakkan dan kami berpuashati dengan hasil usaha kami sebagai satu team yang saling bantu membanyu satu sama lain. Syabas Team!

image

image

image

image

image

image

image

Orait malam tu kami ramai ramai masuk Dannok, Thailand untuk makan malam kat sana. Hairi banyak membantu daripada buat licence kereta serta persediaan passport dan sebagainya. Mulanya nak bermalam di sana, tapi disebabkan malam tu Sadao Bikers berkumpul so semua hotel penuh. Kami just makan tomyam dan lepas tu pergi pasar malam kat sana.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Kami sungguh enjoy malam tu. Dah lama Ajue tak rasa makanan Siam yang Ori. Dulu masa belajar kat UUM pernah jugak masuk Dannok. Masa tu time aktif dengan memanah. Yang paling tak lupa Ajue masuk Dannok dengan Iena geng memanah yang satu kepala. Masa tu tengan tournament. Abang abang polis PDRM bawak kami ke sana.. ingat lagi masa tu ada Abang Bob, Abang Iwan. Pastu Kak Teh jugak dari ATM. Enjoyyy sangat masa tu.

So, okay. Berbalik dengan entry kali nih. Esoknya pulak ada sharing dengan client Anna jugak. Kali ni buat kat hotel yang Ajue stay jer. Sebab senang kat situ. Anak anak still boleh lepak kat bilik hotel sementara menunggu Ajue habis kerja.

image

Anak anak jugak tak lepaskan peluang dengan mandi pool kat situ. Seronok tengok diorang happy. Dan Ajue jugak nak anak anak faham kerja Ajue. Apa yang Ajue buat dengan biznes nih. Alhamdullilah mereka faham, mereka tak pernah ganggu masa kerja Ajue. Barulah ada bonding antara ibu bapa dan anak anak kan.

image

image

image

Actually ada sesuatu yang Ajue nak sharekan kat sini dengan blog readers Ajue. Pernah suatu ketika dulu Ajue diuji dengan satu cabaran yang hampir membuatkan Ajue putus asa untuk teruskan perjalanan biznes ni. Sesuatu yang membuatkan hati tercalar dan tamparan hebat dari keluarga sendiri. Bukan nak bukak pekung didada tapi bila Ajue imbaskan kembali kejadian lalu baru kini Ajue faham hikmah disebaliknya.

Masa tu Ajue putus harapan dengan seseorang yang seolah olah menghina apa yang Ajue cuba usahakan, Ajue seperti peminta sedekah masa jumpa dengannya untuk biznes sharing. Tapi tu semua dulu, itu semua cabaran, itu semua sememangnya dugaan hidup yang mematangkan Ajue untuk terus berjuang, untuk terus bersabar dan bertahan sehingga keakhirnya. Bukan apa, beliau pernah berikan Ajue 2 persoalan yang masa tu Ajue langsung tak dapat berikan jawapan. Terkaku Ajue dikerusi meja makan rumah beliau dan Ajue beredar dengan linangan airmata sebab berkecil hati dengan kata kata beliau.

Tapi kini Ajue tersedar dan tersentak bahawa apa yang beliau katakan tu benar benar terjadi. Sungguh Ajue tak duga bahawa beliau mengatakan apa yang betul. Selama ini Ajue yang silap faham sebab Ajue masih baru dalam biznes sedangkan beliau adalah otai dalam biznes. Dah lama makan garam, dah lalui macam macam dugaan dan cabaran. Maybe cara penyampaian beliau masa tu tak dapat ajue terima tapi maksudnya baru sekarang Ajue faham dan mengerti.

Dua persoalan beliau Ajue dengari sekali lagi tapi daripada orang lain dan pendekatan yang berbeza tapi maksud yang sama. Ya Allah bersyukur dengan Mu kerana kali ini Ajue mampu menyediakan jawapan yang penuh yakin dan tenang tepat pada masanya. Alhamdullilah.

So, kepada semua rakan kongsi Ajue, setiap dugaan ada hikmahnya. Kita kena bijak mengatasinya dan jangan sekali kali give up dengan apa yang kita lakukan ini. Suatu hati nanti kita akan mengerti hikmah disebalik setiap apa saja yang kita terima. Laluinya lah dengan tenang dan sabar serta teruskanlah sampai kita berjaya. Hanya kita saja yang mampu melakukannya sebab semestinya kita adalah orang orang yang hebat dan bertuah. Percayalah.

Demo Biozone, Karnival FAMA Kelantan

Salam semua,

Salam cuti sekolah. Yer sekarang dah masuk minggu cuti sekolah pertengahan tahun. Kejap jer masa berlalu kan. Okay, entry kali ni bukan nak cakap pasal cuti tapi pasal first time demo produk kesihatan Hai O iaitu Biozone Food Purifier bertempat di Kelantan.

Demo ni dah plan lama oleh Galaxy Kelantan. Kebetulan pulak malam sebelom demo, Glam Kelate baru saja launch.  So, memang tepat pada masa nya kan. Terus trip Ajue ke Kelantan kali ni boleh cover dua aktiviti utama sekaligus. Alhamdullilah…..

Karnival FAMA ni berlangsung selama 9 hari. Kami memilih untuk produk demo pada 30 May 2013 iaitu 3 hari sebelum karnival berakhir.

Alhamdullilah semuanya berjalan lancar, kami bangga kerana dapat memberi kesedaran kepada pengunjung yang hadir tentang kepentingan fungsi produk yang boleh purified kan makanan sebelum dimakan.

Yer la, sekarang kan terdapat pelbagai pencemaran toksin. Melalui air, melalui makanan dan juga udara. Bayangkan ayam yang disuntik dengan 21 bahan pengawet mengambil masa hanya 3 minggu untuk membesar dan boleh disembelih. Ikan ditabur dengan formaldehyde untuk sentiasa segar. Sayur sayuran serta buah buahan disembur racun perosak untuk menjaga daripada serangga perosak.  Semua tu mengandungi toksin. Semua perlu dicegah sebelum dimakan.

Dan satu satunya produk yang boleh mempurifykan bahan makanan ini ialah Biozone Food Purifier.

Dan Ajue sungguh bangga dengan kerjasama serta komitment yang team Galaxy Kelantan berikan. Daripada tak pandai bercakap pasal produk , segan segan dan malu terus bertukar menjadi young entrepreneurs yang hebat semasa demo tempoh hati. Syabassssss team!!!!!

Tahniah serta termia kasih team kerana memberikan kerjasama terhadap group kita. We should continue this spirit till the end okay.

So, tak nak bebel panjang panjang, jom lihat gambar kay.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image