Virtual Ride in Feb 2021

Yeay, determination, passion, eager, focus and istiqamah. I finally finished all 4 registered Virtual Ride !! Semua ni lepas Ajue tertengok FB schoolmate sekolah rendah. Tengok dia sign up VR Le Tour Singapore dengan wife dia. So, Ajue google dan sign up jugaks laaa.

Ada 5 semuanya. 4 dah settle, satu lagi start pada 3 March 2021. yeay!! on my birthday tu.

My riding journey

Cuti CNY 3 hari. Jumaat tukar basikal. Sabtu pagi Ajue start cycling dalam taman jer. Tak berani nak keluar.

Ahad pagi2 Ajue berani kan diri pusing satu Seksyen 24. Kejap jer. Tak sampai 10km pon. Takut gak sebab gelap lagi. Lagipon Ajue takde front dan rear light. So tak berani lagi nak laju2.

Balik ride, terus order kat Shopee. Since barang dari China, so lama lagi la nak dapat. Siap beli khemah lagi untuk simpan basikal.

Ahad petang Ajue try route yang sama. Tapi kali ni sebab nak buat video. Ajue subscribe apps Relive. Classmate Ajue yang suggestkan.

Siap pitt stop lagi selfie.. lol.

Since apps ni ajue ambik yg free trial. So takleh letak lagu. Terua jer la subscribe. Murah jer pon. Next activity boleh letak lagu, yeszaa. Apps ni ada walking, hiking, cycling, running dll. Tapi diving takde la. Keke.

Basikal Decathlon

BTwin Elops 120 City Bike

Tahun lepas, masa PKP lama tu, Ajue belikan Afiq basikal kat Decathlon. Tapi, main kejap dan tercabut rantai dia.

Nasib baik Decathlon ni free servis, boleh bawak sana pasangkan balik. Selang tak lama lepas tu, masa Anis main pulak, cabut lagi. So, terus tukar baru. Brand yang sama tapi rangka lain, saiz M.

Still, baru baru ni, Afiq main, masih tercabut rantai dia. So, Ajue decide nak tukar brand lain terus jer la. Tapi masa tukar tu, adik yang jaga bahagian basikal kata, brand Rockrider ni terbaik dah ni. Entah la, macam tak serasi kut dengan anak anak.

Makanya, tadi Ajue tukar lain, beli yang lady lady sikit, sebab Ajue nak main , haha! Last Ajue naik basikal masa sekolah menengah. Pergi sekolah dengan Datin Ida naik basikal. Form 1 kut masa tu. Lepas kena langgar dengan lori, Ajue tergolek golek jatuh tepi jalan, terus Ajue fobia nak naik basikal. Gayat tu tak hilang lagi.

Means, dah lebih 33 tahun, baru Ajue mula nak naik balik. Takut pon ada, sebab tu ambik yang rendah jer. Takutttt. Biar mahir dulu la, hilang ketakutan tu nanti boleh la yang boleh road run punya.

My latest collections

Hobi Ajue ni memang lain sikit. Dari dulu lagi suka kumpul/simpan benda yang jarang orang buat.

Kali ni nak citer pasal koleksi terbaru Photobook Ajue. Dan jugak jam tangan Ajue . hehe

Dari tahun 2010 lagi Ajue dah start buat Photobook. Masa tu belum ada online lagi. So, kena gi kedai dan upah orang. Photobook pertama ialah Percutian Doha-London-Paris. Mahal la jugak kos untuk 1 Photobook. Dekat RM400 la jugak. Tapi puashati la, sebab kualiti kertas dan gambar dia memnag terbaik.

Lepas tu Ajue start buat online. Design sendiri. Guna yang size paling kecik jer. Sebelum pandai guna yang medium Potrait size.

Lepas tahu cara guna, Ajue stick dengan design ni jer. Senang nak simpan dan susun dalam rak buku. So, latest koleksi Ajue Register Ecah dekat Ewha, Register Adlan dekat Nebraska dan Diving Trip kat Pulau Tioman. Pastu tambah calendar 2021 jugak. Puashati!!

Then, hobi kumpul kain buruk kayangan 🙂 haha. Mula mula try sabun periuk. Lepas tu tambah kitchen towel, latest order scrub pulak. OKla, not bad Norwex nih. Ajue beli dari Kak E, dealer Norwex. Lepas ni nak kena repeat order sabun lagi, sebab Ajue pakai untuk basuh baju putih, sangat berkesan. Tak rugi beli!!

Another koleksi baru ialah jam tangan. Actually bukan lah baru nak start kumpul jam. Tapi Ajue order bekas letak jam. Haaa gethu!!

Setiap jam yang Ajue simpan banyak kenangan manisnya. Terima Kasih dekat Hadi,hand made tau!, tak rugi tempah dari dia. Sangat teliti hasi tangan, kemas dan cantik!

Iriz in the house

Dah lama nak update pasal Iriz ni tapi asyik lupa jer. So malam ni since takde apa nak buat, lepas upgrade WordPress tadi, nak try la update blog. Ok la, not bad, version baru WordPress ni.

So, Iriz ni Ajue belikan atas nama Ecah. Memang untuk dia pon. Hadiah dapat 12A dalam semua sebjek Foundation of Data Science. Ecah ulang alik Shah Alam – Cyber – Putrajaya hari hari. Lepas drop adik bongsu kesayangan kat Cyber Brainy Bunch, dia terus masuk kelas kat Heriot Watt University, Putrajaya. Petangnya pulak lepas kelas, ambik adik dah balik rumah.

Agak agak dalam 6-km jugak la sehari travel. Swift yang sedia ada dah lebih 9 tahun, setiap bulan ada jer benda rosak. Kos repair sajer dah boleh buat downpayment kereta baru.

Jadi Ajue decide nak belikan Ecah kete baru jer terus, at least keselamatan pon terjaga ulang alik tu. Compare dengan MyVi, nampaknya, Iriz lagi jauh banyak kelebihannya. So, there you go, dalam masa 2 minggu jer, beli online dari Puncak Merak dekat Semenyeh. Sangat recommended agent yang uruskan jual beli ni, dari apply loan hinggalah kereta sampai depan pintu rumah. Terbaaikkk!!!

No plat pulak Ajue ambik no siri sama dengan kete Renault Ajue, XX75 kat belakang, Dua nombor depan ialah tarik lahir owner kete 🙂

Tapi kan, lepas beli Iriz ni, satu dunia dilanda Pandemik Covid 19… kelas semua dah online.. sempat 3 kali jer kut pergi kelas. Sampai sekarang ni, kelas masih lagi online . So Iriz tu tak berjalan mana.. Its ok, adalah tu hikmahnya yang Allah nak tunjuk. Dia yang Maha Mengetahui…

Spring Cleanings

Bermula dari cuti Xms 2020, sambung sampai cuti New Year. Sampai Cuti Thaipusam dan FedDay 2021.

Mula mula clearkan semua barang dalam cabin. Sebabnya, masa musim hujan lebat tahun lepas, atap cabin dah bocor, so air dah masuk dalam cabin, habis basah lenjun barang barang dalam tu. Ajue takde masa nak kemaskan.

So, terpaksa lah tunggu cuti panjang nak settlekan semua.

Banyak jugak dapat clearkan baju baju lama zaman tok kadok dulu. Better sedekah jer , daripada tersimpan dalam cabin kan.

Siap bentang canvas 20 kaki untuk aktiviti ni. Malam malam camping kat luar sebab semua malas nak masuk. haha.

Sempat jugak settlekan stor kecik kat sebelah tu kasi clear sikit. Kalau tak silap lebih daripada 15 beg sampah XL heavy duty barang barang yang buang masa proses cleaning ni.

Ecah siap labelkan semua container ikut kategori barang , so nanti senang sikit nak cari in case kalau nak pakai. Lipas tu, takyah citer la. agaknya dekat 20 ekor kut kena bunuh. geli okaaayyy.

Lepas ni just maintain jer kebersihan dan kekemasan cabin dan stor. So tak perlulah lagi nak susah susah cleaning lain kali.