Gerhana Matahari 2019

Ring of Fire after 21 Years in Malaysia

Gigih 2 beranak ambik gambar sambil memperlekehkan henpon masing masing hahhaha. Apple vs Samsung!!

Fall Sem 2019 UNL result

Congrats Adlan !!! You did it 🥰🥰🥰🥰🥰🥰

Alhamdullilah, result Fall 2019 dah keluar. Tahniah Adlan, u never failed me. Im so proud of you. Keep it up!!

Adlan bagitau, Intec punya result selama ni dapat transfer max 60 jam kredit, menjadikan Adlan sekarang sepatutnya dah Junior year (3rd year). InsyaAllah boleh graduate 2021 nanti. Next Sem Adlan akan ambil 14 jam kredit.

Skrang tengah enjoy winter break. Dan spent time dengan Rahim dan Ilyas banyak banyak sebab diorang dah graduate.

Back To School Part IV

Anis and her new toy. Bapak mahal 🤪🤪🤪🤪

Ok finally dapat jugak settle violin dia. Kedai Tiqin nih was suggested by her instructor dekat KYS jugak. Kedai ni speciallized in violin. Pelbagai jenis dan bentuk ada jual kat sini. Anis beli tuner sekali. Senang nak tuning katanya. Entahlaa mak tak faham sebenarnya.

Next year Anis dah Junior Orchestra dah. So. Better beli yang standard punya size. Practise betul2 yer, sampai boleh join Chamber. Baru laaa meletops!!

Untuk yang mencari violin, Ajue pon suggest beli kat sini. Dekat Pelang Damansara. Terbaikkk kedai ni.

Balik rumah dia terus practise lagu kut internet. Ibu nak request lah.. lagu Avengers, boleh???

Back To School Part III

Anis again. Except her violin 🎻🎻🎻

Tadi pagi Ajue physio. Kali ni dah start kena cycling 15 min. And setiap senaman yang dah diajar kena tambah jadi 15 kali instead of 10 kali. Penat la jugak. Tapi kena la buat jugak nak bagi otot peha kuat.

Lepas tu balik rumah ambik Anis dan Ecah bawak pergi Klinik Ajwa. Anis dan Ajue nak inject Influenza. Sebagai langkah pencegahan kang wabak ni datang balik next year harap nya Anis tak kena la. Last year Anis dan Afiq dua dua down dengan Influenza A dan B. Dengan Ajue sekali kena sebab 3 minggi jaga dorang. Ecah pulak nak ambik referal letter nak jumpa ortho jugak next week. Kaki dia yang ter kehel dulu still tak ok lagi. Main laaa lagi mainn mainn.

Dah settle injection, hantar Ecah balik rumah. Ajue kuar dengan Anis untuk settlekan kelengkapan dia pulak. Aiseh. Kedai Tiqin jual violin tu dah tutup for Xmas. 26 Dec pulak bukak. Tapi tadi sempat ambik baju Suit Jepun dia alter seluar bagi besar sikit.

Lepas tu pergi Ikea. Tujuan asalnya nak beli berus untuk buang debu nanti bila dah masuk bilik sure berhabuk kan. Sekali tengok penuh jugak la troli ikea tu. Haishhhh… memang tak boleh nak stick to the plan pon. Ada jugak benda benda tetiber masuk troli kan.

Lunch dan solat zohor kat Ikea jer. Lepas tu pecut pergi Jaseema kat Taman Tun. Alhamdullilah semua buku buku Anis dapat beli kat sini. Singgah petronas nak solat Asar dan refill tekak yang haus ni.

Lepas tu balik Shah Alam nak pergi Outpost delat Ole Ole. Kat sini dapat beli 2 helai jer tudung putih dia. Saiz L dah habis stok. Aisehhh.. mana cukup. Ni ada yang kena gi lagi outpost lain ni. Slack hitam Anis dan Afiq pon dapat beli kat sini. Alhamdullilah.

Inner hitam dan anak tudung dia Ajue beli kat gerai luar Ole Ole jer.

Settle untuk hari ni. Jom le balik… kaki dah cramp ni. Nak kena balut ice la malam ni nampak gayanya. Hambekk

Back To School part II

Now turn Shazani pulak . BBIM

Ahad lepas turn budak BBIM pulak cari uniform. Memang Ajue dah plan nak cari kat Malakat Mall ni. Nak support muslim product kan. Malakat Mall ni bawah Raudhah punya group jugak kalau tak silap. Once register, dapat RM5 voucher boleh beli apa2 kat situ.

Shazani dah naik High School tahun depan, so uniform sekolah dia pon kena beli baru sebab dah lain kan. BBIM ni kalau hari Isnin bebas pakai apa saja asalkan shariah compliant. Then uniform pakai untuk 2 hari. Baju PE sehari. Jumaat pakai jubah putih.

Dekat sini hanya dapat beli 2 baju uniform dan 1 baju PE jer. Slack hitam kena beli luar, jubah putih dekat Omar Ali as usual. Dan track suit hitam nanti lah cari sekali dengan slack dan tudung putih Anis yang belum settle lagi.

Haaa sebelum pergi Malakat Mall tu, Ajue singgah dekat adik Ajue kat Kinrara, ambik Niqa set. Nanti senang nak cuci tudung dan bentuk awning.

Makanan dan minuman pon ada dijual kat mall tu. Shazani pulak nak attend birthday celebration kawan dia, anak CEO BBIM . So. Ajue balik la dulu rumah, malam karang pulak ambik dia. Lagipon Anis ada tusyen Fizik. Haishh baru form2 dah kena belajar Fizik. Masakkkk laaa. Haha

Malam tu Final Gegar Vaganza.. errkkk !! Tahniah Hardy Mirza dan Naqiu. Kemenangan memang dah dijangka. Powerrrrr rap battle dorang. Tapi yang best Sham Visa dan Jatt Ali battle. Adoyyyy pecah perut gelak.

So ada balance 1 week lagi sebelum.bukak sekolah. Tudung Anis, slacks Shazani, track Shazani.

Lepas tu nak inject Influenza dan MMR Anis.Ecah pulak nak jumpa ortho check knee dia jugak. Sib baik la dah start cuti this week. Ajue sendiri pon masih dalam treatment lagi left knee ni. Harap2 fully recovered la sebelum 2020 nanti. InsyaAllah.

Bruneian in the house

Special Dinner occasion dedicated to Neymar and Family

Dah lama rasanya tak jumpa dengan Neymar ni. Nama sebenarnya Hafizudin. Tapi masa dekat IQKL dulu, kawan kawan Adlan panggil dia Neymar. So, kami pon terikut lah panggil macam tu. Bila sebut Budin ker, Hafiz ker, blurr kejap. haha

Lepas SPM 2016 dulu, langsung tak jumpa dia sekeluarga. Tapi kami berhubung melalui Whatapps dan Facebook jer ikuti perkembangan keluarga masing masing.

Sedar tak sedar, Zaza dah hampir 4 tahun menetap di Brunei. Dah ada anak Brunei dah pon sorang. 4 anak Zaza tinggal di sana, manakala Neymar dan adik dia Haziq dekat Malaysia. Sekarang tengah intern dengan Perodua dan UKM. Dah nak habis Diploma pon. Kejap jer kan.

Setiap tahun keluarga diorang akan bercuti ke luar negara, kali ni mereka akan terbang ke Turkey. So, alang alang dah ada di Malaysia, Ajue jemput mereka sekeluarga datang dinner kat rumah. Seronok sembang pasal macam macam lah semalam sampai tak sedar dah tengah malam.

InsyaAllah kalau ada rezeki, turn kami pulak ke sana, tunggu Adlan balik Raya kut tahun depan. Seronok dengar Sir cerita pasal peluang kerja kat sana. Ada Elaun rumah, kereta, telefon dan kalau bawak anak, sorang anak dapat 800RB. Tapi international school sana mahal sikit compare dengan sini, 1200RB kalau tak silap Sir bagitau. Tapi bonus bapak gempak, average 4 bulan.

Sempat jugak video call dengan Adlan semalam. Dia otw nak gi exam Calculus. All the best Adlan 😉

Orait, till we meet again, adios!

Yeayy finally arrived
Ni Neymar ajar cara makan cake dengan kopi tanpa gula. Yummiehhh
Happy to see them here

New kid on the block – Note 10

Note 10 finally in the house Note 10!!!

Yeayy finally.. Note 10 ni kecik sikit dari Note 8. Kalau Note 10+, baru sama saiz dengan Note 8. Harga banyak jugak bezanya.

Actually setiapkali Note keluar, Ajue akan beli. Yang lama bagi Adlan. Sejak zaman Note 1,2,3,5,8 lagi. Yang ajue takde Note 7 dan 9. Tak sempat beli sebab gap dia dekat2.

Since Adlan dah beli S9 masa dekat Nebraska dulu, maka kali ni Ajue pass dekat Anis jer. Ecah tak pakai Samsung. Dia geng Apple 😛😛

So hari ni masa untuk cleanup N8 dan setup N10 😇😇

And as usual, loyal customer to Celcom.just sambung bayar plan jer. Device dah bundle siap2 dalam pakej. Besttttt kannnn 😍😍😍😍😍🤩🤩🤩🤩🤩

Back to School part I

Barang keperluan Anis KYS dulu.

Hari ni nak settle barang keperluan Anis dulu. Next day Afiq pulak. Uniform KYS kali ni kena buat sendiri. Dah tak.boleh order dengan KYS. Kain beli hari tu dalam RM30 untuk satu vest. Dan RM30 untuk pants. Ajue beli untuk 5 pasang terus. Sebabnya, yang last year beli 4 pasang tinggalnya 2 jer. Mana nyah pergi lagi 2. Haishhh

So tadi pergi fitting uniform dekat taylor punya workshop Bukit Jelutong. Alhamdullilah semua ngam. Cantekk. Terbaik lah. Actually taylor ni ada butik dekat SACC mall jugak. AdreanaRose nama nya. Halus jahitannya. Kemas jer. Price pon not bad lah. Highly recommended.

Lepas tu pecut pergi Setia Alam hantar cheques dekat funder Ajue. Balik rumah solat kejap pastu kuar balik pergi iCity. Kali ni books dan alatulis hunting pulak.

Aisehh.. Popular bookstore kat sini takde buku teks la pulak. Dapat beli alatulis jer sini. Kena gi Popular book store yang dekat Aeon Bukit Tinggi pulak. So, we decide pergi jer terus, alang alang dah kuar kan.

Solat Asar sampai Isyak terus kat sini. Alhamdullilah dapat lah beli buku teks. Cuma 2 jer takde stok. RBT dan Seni Visual. Yang ni kena beli dekat Jaseema Taman Tun.

Nampak kedai Outpost, terus beli blouse putih dia. Sampai rumah baru teringat tudung putih lupa beli 😏

Ok, so far untuk Anis hampir settle. Tinggal lagi tudung dan baju kurung dan violin dia jer. InsyaAllah sempat sebelum buka skolah.

Left knee on MRI

Avisena Speciallist Hospital

Dah set appointment 12 Dec untuk MRI. Masa first visit, doctor pakar suspect cuma meniscus tear. Tapi bila dah result MRI keluar, banyak la pulak findings nya.

ACL dah hampir putus. Kalau Ajue nak running lagi, then kena buat operation untuk repair. Yang ni kena MC 2 bulan. Huhu. Agak sukar lah sikit sebab nanti saper nak uruskan anak2 skolah pulak kan.

Maka Ajue pilih untuk inject gel sajer. Memandangkan outpatient speciallist hanya ada balance rm1300, tak cukup untuk cover MRI. So Ajue kawtim dengan doktor nak buat procedure hari ni jugak.

Request GL untuk daycare admission. Lama jugak sebab Great Eastern banyak soalan kat doktor.. mana taknya, nak inject jer kut. Sampai request nak admit.. hahaha.

Nasib baiklah doktor tu kenal cousin Ajue. So, dia tulis report kena buat asap. Yeay Alhamdullilah dapat GL. Thanks Jay dan Dr Zubair !!

Sementara tunggu GL dapat, sempat balik rumah makan dan solat. Pastu drive balik ker hospital. Masuk Daycare kol 4.50 petang. Tunggu kejap pastu dr datang buat.

Masa inject bius sakit biasa jer. Lepas dah kebas, doktor inject gel. Haaa rasanya macam ko hantuk kepala lutut tu kat dinding. Cam tu laaa.

Tunggu kejap, siap dapat minum petang. Pastu dapat free gift hot cold pack. GL clear, total dalam RM4700++. Alhamdullilah semua covered termasuklah MRI pagi tadi. Yeayyy. Tak perlu bayar apa2.

Balik rumah Ajue drive sendiri. Ubat bius masih ada masa tu. Tapi lepas dah dinner, dah mula rasa ngilu sampai ker bontot. Hambekkk kau.

Malam tu tidur bilik Adlan. As usual so bongsu teman kan. Alang alang dia nak main Dota kan.

YL Lavender Ajue dah kehabisan. Ajue letak RC jer. Lantak laa dan Stress Away. Malam ni nak try yg lain pulak. Sedap tidur nyenyak sampai pagi.

Oh ya, masa nak tidur tu Anis cakap dia sakit perut. Pastu angah dia check.. alahai anak dara dah sorang ni… hehe. Welcome to new you, princess Sofea !

ATL Shoot

Kejohanan Memanah Terbuka ATL , MSN Keramat

Shoot kali ni hanya diwakili oleh 2 archers dari Eagle X Archery Club. Actually Anis pon nak join, tapi dia tak training lepas sembuh dari Influenza dulu, jadi Ajue tak berani nak register dia.

Kali ni Ajue ditugaskan untuk menjadi Team Manager. Kerja Ajue untuk menjaga makan minum, logistik, baju apa nak pakai dan hal hal berkaitan dengan kejohanan.

Atok ditugaskan sebagai Coach untuk menjaga Ammar dan Firdaus.

Manakala Joe pulak menjadi DOS.

Ramai jugak peserta kali ni. Untuk Recurve Cadet U15, lelaki seramai 64 orang. Manakala wanita 49 orang. Kesemua mereka dapat melepas QR sebab penganjur meletakkan syarat 1/64.

Firdaus dan Ammar berjaya ke level 1/8. Alhamdullilah. Next shoot, YB Seputeh. Yeszaaa