Amali Haji

Minggu Terakhir serta Majlis Penutup. Last week ustaz dah pesan. Bawak 7 biji anak batu untuk amali. Pagi nak turun ke masjid baru teringat. Ajue ambik jer batu kat tepi pagar tu. Basuh bersih bersih.

Alhamdullilah Ajue dapat buat jadual perjalanan haji Tamattuk. Iaitu dimulakan dengan Tawaf Umrah, Saei Umrah, mendengar khutbah di Padang Arafah, Mabit di Muzdalifah kutip anak batu, melontar di Jamrah Kubra, Tawaf Haji serta Saei Haji.

Majlis penutup pula diakhiri dengan bacaan Yasin untuk memudahkan serta menjauhkan segala bencana, wabak penyakit kepada bakal bakal haji.

Para bakal haji dijamukan dengan nasi minyak. Alhamdullilah sedap.