Spring Cleanings

Bermula dari cuti Xms 2020, sambung sampai cuti New Year. Sampai Cuti Thaipusam dan FedDay 2021.

Mula mula clearkan semua barang dalam cabin. Sebabnya, masa musim hujan lebat tahun lepas, atap cabin dah bocor, so air dah masuk dalam cabin, habis basah lenjun barang barang dalam tu. Ajue takde masa nak kemaskan.

So, terpaksa lah tunggu cuti panjang nak settlekan semua.

Banyak jugak dapat clearkan baju baju lama zaman tok kadok dulu. Better sedekah jer , daripada tersimpan dalam cabin kan.

Siap bentang canvas 20 kaki untuk aktiviti ni. Malam malam camping kat luar sebab semua malas nak masuk. haha.

Sempat jugak settlekan stor kecik kat sebelah tu kasi clear sikit. Kalau tak silap lebih daripada 15 beg sampah XL heavy duty barang barang yang buang masa proses cleaning ni.

Ecah siap labelkan semua container ikut kategori barang , so nanti senang sikit nak cari in case kalau nak pakai. Lipas tu, takyah citer la. agaknya dekat 20 ekor kut kena bunuh. geli okaaayyy.

Lepas ni just maintain jer kebersihan dan kekemasan cabin dan stor. So tak perlulah lagi nak susah susah cleaning lain kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *