Veronza Resort, Trento

Bangun pagi dah bau nasi goreng. Rupanya ada yang lapar dek kesejukan udara alps malam tadi. Hari ni kami tak kemana sebab memang saja nak berehat dan habiskan masa di resort.
image
image

image

image

Baru jer nak turun je lobby untuk self service laundry, dah hujan pulak. Maka bertambah la kesejukan yang memang dah sampai ke tulang! Sambil update blog dan saved as draft, Ajue duduk kat luar balkoni sambil berbungkus satu badan dengan blanket…. Haha sajer bila lagi nak rasa suhu macam ni kan. Layansss…

Team A dan Team B dah zzzzzzzzz. Dah la internet tak de kat apartment. Hanya di lobby sahaja yang ada. Jauh la pulak nak menapak ke sana.

Kalau diikutkan hati kecil Ajue, nak jer balik KL sekarang sebab teringatkan keaadaan hubby Ajue yang kena handle anak sorang sorang. Tapi fikiran mesti positif kan, lagipon, Adlan dan Aisyah dan ada kat rumah makcik Ajue. Cuma yang chiquititas dua kecik tu Ajue tak tahu kat rumah saper sekarang. Last info yang Ajue dapat hubby akan work from home sampai Ajue balik nanti. Waduh waduh, maid oh maid. Kenapa laa kau lari dari rumah???

Btw ni la gambar resort yg sempat Ajue snap.
image

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *