Jalan jalan Milan

Ok, last destinasi kami untuk Europe ini ialah ke Milan. Actually kami dah sampai Milan beberapa hari lepas daripada Zurich. Tapi sebab kami naik gunung dulu, lepas tu ke Venice dan sekarang baru nak explore Milan. Pendek kata, dari banjaran Swiss yang bergunung ganang serta pemandangan yang indah melihatkan keagungan penciptaNya. Kemudian ke banjaran Italy pulak untuk merasai suhu di bawah paras beku serta sedikit salji yang memberikan pengalaman menarik yang tak akan kami lupakan ketika menginap di resort alps. Kemudian ke bandar air iaitu kota Venice untuk menikmati kehidupan yang mempunyai pengankutan utamanya ialah air. Dan sekarang ke kota fesyen terkemuka untuk kami merasai kehidupan penggemar fesyen terkemuka.

Sesampai di Milan kami terus ke apartment kami yang terletak di Lancetti tak jauh daripada Milan Central. Lepas dah letak barang, kami ke tempat hantar kereta yang kami sewa selama 4 hari. Milan ni senang sangat, pengangkutannya amat mudah untuk difahami. Kami beli 24 hours day pass ticket yang berharga cuma 4.50 euro seorang. Dengan tiket ini kami boleh naik apa saja public transport yang ada di Milan. Daripada bas eletrik, tram mahupon train intercitynya.
Hari pertama terus ke Duomo yang terkenal dengan gereja besarnya, tapi bukanlah pergi untuk melawat gereja tapi untuk ke tempat branded item terkenal seperti LV, Prada, Gucci dan lain lain lagi. Serta tak lupa jugak untuk bergambar kat sana.

20120609-235914.jpg

20120610-003614.jpg

Memandangkan kami hanya ada 3 hari disini, keesokannya kami ke Serravalle Designer Outlet iaitu factory outlet yang terbesar di Eropah. Mulanya ada cadangan untuk ke Foxtown tapi memandangkan tempatnya dah ke sempadan Swiss dan pertukaran dari Euro ke Swiss Franc ketika shopping kami mengambil keputusan untuk ke Serravalle sahaja. Untuk ke sini ada day tour yang disediakan oleh company di Milan iaitu Zani Viaggi. Perjalanan menaiki bas double decker dari Milan ke Serravalle memakan masa lebih dari satu jam. Dan kami diberi masa lebih dari 5 jam untuk shopping. Barang barang seperti Prada, Burberry, Bruno Magli, Bricks dan lain lain lagi semuanya ada disini. Pendek kata bawak jer duit shopping banyak banyak sebab harganya serendah 45% less compare to yang terdapat di kedai luar. Best kan???

Ni gambar sementara nak menunggu shuttle dari Milan ke Serravalle. Pernah dengar tak pasal Garibaldi? Ajue rasa pernah dengar tapi lupa la pulak. Nanti Ajue google kay. Hehe

image

image

Okay, hari ketiga merupakan hari terakhir adik Ajue bersama sama mengikui trip ini. Beliau akan ke Paris petang nanti dengan train TGV. Tapi sebelum tu sempat lagi kami ke stadium terkenal di Milan iaitu tak lain dan tak bukan, San Siro. Agak jauh la jugak perjalanan ke stadium dari Lancetti. Tapi disebabkan semua nak beli merchandise AC Milan, kami gagahi jugak untuk kesana.
Ajue sempat belikan jersey untuk anak sulung Ajue, dia minat sangat dengan AC Milan. Actually dia ada request untuk ikut Ajue trip ni tapi dah kesuntukan masa Ajue tak sempat nak selitkan dia seorang. Lain kali yer, nanti ibu bawak semua pergi, insyaAllah.

image

image

20120610-003104.jpg

Ok, agak sedih jugak nak hantar adik Ajue kat train station tadi sebab selama 10 hari bersama sama kan, tapi apa boleh buat, setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Dan esok turn kami pulak untuk pulang ke Malaysia. Apa yang Ajue boleh katakan di sini, Ajue berpuashati dengan kerjasama semua ahli trip ni. Walaupon kami menghadapi beberapa kesukaran namun kami anggap itu semua sebagai cabaran dan kami laluinya bersama sama. Dari situ timbul kerjasama serta permuafakatan antara kami. Segala susah senang kami lalui bersama sama dan itulah yang menjadikan satu pengalaman menarik dalam sejarah hidup kami dan akan kami kenang untuk selamanya. Yang buruk itu datang dari kekurangan diri kami sendiri dan yang terbaik itu jua dari Allah.

Semoga kami berkesempatan lagi untuk trip seterusnya selepas ini dan dengar dengarnya ramai yang berminat untuk merasai pengembaraan dengan Caravan di New Zealand pulak. So, ada berani? Hehe ….

20120610-002549.jpg

1 thought on “Jalan jalan Milan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *