Zurich Day Two

Alhamdullilah, kami masih lagi di bumi Zurich. Walaupon telah melalui pelbagai rintangan, tapi kami mampu untuk menghadapinya.

20120603-052020.jpg

Pertamanya, kami dikejutkan dengan tiket train yang tersalah tarikh!! Sepatutnya kami ke Milan hari ni, 3 June. Tapi tiket train kami bertarikh 2 June. Hohoho terus lepas breakfast bergegas ke station central untuk tukar tiket. Tapi malangnya tiket tu dah tak boleh tukar, so terpaksalah beli baru. Huhuhu dengan harga serendah double dari tiket asal.!

20120603-052123.jpg

Lepas tu pergi kat Tourist Service nak carik tiket ke Alps. Kebetulan pulak terjumpa dengan satu couple dari Malaysia. Dia kerja dengan Petronas Melaka. Datang sini bercuti seminggu dengan wife dia. Dia advise better pergi Old Town dan pergi sendiri ke top of Zurich dengan naik tram.

20120603-052213.jpg

So kami pon board train jam 9.34 pagi menuju ke Uetliberg. Sejukkkkk sangat. Ramai penduduk Zurich datang sini weekend bawak anak anak riadah.. Bestnye kehidupan mereka kan. Tak kira tua atau muda mereka menghabiskan masa dengan family jer… Terasa indahnyer dunia mereka. Dah la hidup mewah, banyak duit, family time pon ada. Bila la agaknyer Malaysia nak jadi macam negara diorang ek. InsyaAllah Ajue memang sekarang bersungguh sungguh usaha untuk merubah kehidupan keluarga, harap mendapat Freedom Time dan Freedom Money before age 40 nanti. Ni yang semangat terus berapi api berbisness nih.

20120603-052917.jpg

20120603-052944.jpg

Sampai puncak gunung, kami lepak kejap sebab nak ambik gambar. Ajue banyak guna Note untuk ambik gambar tapi nak masuk blog nih, just pilih yang Tertentu jer nak upload thru ipad nih. Sebab susah nak transfer.. Harap teruja yer.. Hahaha

20120603-053130.jpg

Yang sesuai tak gambar ni buat profile picture??…

20120603-053236.jpg

Orait, dalam jam 11 pagi kami turun pulak untuk ke Old Town, nak cari suvenirs dan tangkap gambar lagi.. Hehehhe

20120603-053341.jpg

Teringat Zul yang kami jumpa pagi tadi cakap. Dari central station terusjer ke satu bridge, cross bridge tu terus masuk Old Town. So, kami pon berjalan kaki ke sana. Dalam perjalanan sempat snap few photo, tapi rasa yang nih Ajue paling suka.. Hehehhee

20120603-053543.jpg

Penat ‘shopping’ kami pon berhenti kejap untuk lunch. Terjumpa dengan Lebanese Restaurant, so apalagi… Ngap laaa hehehehe

20120603-053713.jpg

Dah kenyang, kami pon bergerak naik tram untuk pusing satu Zurich. Semua branded kedai kami masuk. Prada, Longchamp, Bally, Omega, dan lain lain lah.. Sumer ada kat sini. Cuma, ongkos jer kurang ada kkekekekee. Ajue berazam nak merealisasikan impian shopping kat Paris London nanti pakej Hai O, nak bawak duit shopping banyak banyak. Yes, I can do it!

Last stop kami ke lake Zurich. Ni sajer nak habiskan masa sebab kaki dah penat jalan kan. Oh ya lupa nak bagitau, kami tak pergi Alps sebab kesuntukan masa. Lagipon, hati nih nak ke Milan pulak, then ambik kereta sewa drive naik Italian Alps… So better pergi alps kat italy la kut… Anyway, masa kat Lake Zurich, ada teropong nak tengok Swiss Alps. Cantikkk sangat alps dia.. Sentiasa diliputi salji sepanjang tahun.

20120603-054359.jpg

Orait. Habis part Zurich, nanti Ajue update lagi masa dalam train nak ke Milan yer. Sekarang baru jam 5.40 pagi. Dah solat subuh tadi jam 4 pagi, terus mata cerah nak update blog. Kat luar pon cerah jugak… Padahal still awal pagi. Nak tengok? Jap eh… Nak snap satu gambar kat luar.

20120603-054709.jpg

Bayangkan… Dengan kicauan burung di pagi hari, matahari yang main sorok sorok dengan menampakkan dirinya, langit biru berselang awan putih serta hembusan angin yang sejukkkk sangat di waktu ini… Alangkah indahnyer.!! InsyaAllah satu hati nanti ajue nak ke sini lagi bawak anak anak pulak. Ameen…

Lupa pulak nak upload gift untuk team bisness premium beautiful Ajue, iaitu Beautiful Galaxy Team. Ajue ada beli satu hadiah, untuk rakan kongsi pertama yang berjaya membawa masuk seorang new bisness partner bulan nih… Cepaattt saperkah yang bertuah itu? Mari kita sama sama kita tungguuuu..
Enjoyssss

Zurich Day One

Ok, baru nak update blog setelah melalui beberapa episod cemas semalam… Huhuhu tap Alhamdullilah semua still under control. InsyaAllah…

Pertamanya syukur selamat sampai di bumi Zurich dengan suhu 19’C. Oklaaa kalau nak jalan jalan kan. Pastu terus ambik beg dan cari dua team Ajue yang dari Paris.

20120602-071127.jpg

Kemudian dengar pulak pengalaman dari Team A yang kehilangan passport saat saat akhir dah nak boarding dah dari Paris semalam. Bukan jantung bergedup kencang tapi katanya berhenti terus . Bukan fikir tak boleh boarding nak pergi Zurich tapi fikir camaner nak balik KL nanti.. Sampaiikan flight terpaksa delay setengah jam sebab nak offload beg dari air craft. Tapi Alhamdullilah dalam kesibukan membuat report dekat security , tiba tiba datang seorang hamba Allah sambil memegang passport dan boarding pass ke arah beliau. Syukur, passport dah jumpa dan akhirnya selamat sampai ke Zurich.

20120602-071748.jpg

Then, baru decide nak pergi hotel camaner.. Punyalah tak prepare sebab masing masing exited kan.. Hehehhe

20120602-072102.jpg

Dalam perjalanan sempat snap satu building kat Zurich… Suka tengok binaannyer.. Kalau kat europe mesti cantik kan. Masa Ajue kat Germany dulu pon kagum dengan ciri ciri binaan diorang, then diorang ada limit berapa ketinggian satu satu bangunan tu untuk menjaga persekitaran dan jugak bentuk muka bumi diorang.

20120602-072314.jpg

Akhirnya sampai jugak hotel kami,iaitu Hotel Senator…

20120602-072349.jpg

So, kami check in dua bilik untuk tiga orang sebilik. Ok laaa besar la jugak bilik dia.. Dah la bertentangan bilik kami.. So apalagi, ini hotel kami yang punya hahahhahaha

20120602-072535.jpg

Lepas solat semua, kami pon kuar jalan jalan untuk kenal sekitar. Katanya dekat ngan main train station, so kami pon ambik 24 hours day pass untuk 6 orang. Dah penat ronda cuci mata dan dah target kedai mana nak shopping esoknya, kami pon berhenti isi perut… Tak lain dan tak bukan…Mc D! Haha

20120602-072746.jpg

Ok, sekian saja untuk kali ini, next entry Day Two menyusul malam nanti yer lepas balik dari shopping dan pergi Alps! Hehe.
Dalam hati nak beli gift untuk Beautiful Galaxy Team Ajue yang berjaya bawak seorang rakan kongsi untuk bulan June ini.. Mari kita tunggu siapakah yang bertuah itu yer!

Previous entry continue

Orait, sekarang dah boarding dan dah dalam flight ke Zurich. Perjalanan selama 6 jam 45 minit. Apa nak buat ek? Oh btw, tadi masa kat airport Muscat, sempat tukar duit Oman riyal sikit sebab semata mata nak minum latte kat Costa. Hehehe

Rate tukar tadi untuk RM35 dapat R.O 3.8. Jangan tanyer Ajue apa benda tu sebab Ajue pon tak faham. Ekekkekeeke. Sampai kat Costa tengok harga latte 1.500. So mula mula order 2 sebab agak agak la kan, sure dalam RO3.00 kut. Tapi ada pulak tiga keping note RO100. Musykil betul la dengan note Oman nih, dah la tak faham. Pastu tanya casher kat situ dia cakap tu hundred. So siap tambah satu lagi latte. Budak tu siap gelak lagi kat kitaorang. Pastu pergilah kat tempat suvenir sebab ingatkan ada banyak lagi duit kan, sekali masa nak bayar, rupanya note 100 tu sama dengan 10 sen… LoL! Buat lawak tul laaa… Dah tu latte tadi kira camaner? Sah sah casher tadi yg tolong top up kan… Patulah dia gelak kat kitaorang.. Kekekeke

Oh ya lupa nak bagitau. Masa landing tadi tengok kat info screen tulis suhu kat luar 44’C…. Huhuhu memang terasa sangat bahangnya masa naik bas nak ke air craft tadi…

20120601-151652.jpg

Orait, sekarang dalam flight tengah lunch. Best jugak nasi briyani dia with lamb. Sambil layan Bon Jovi lak this time. Dah la Ajue duduk sorang sorang. Kakak dan mak kat belakang dapat seat berdua. Kat sebelah Ajue kosong, row tengah pon kosong gaksss… Hehehehhe ada yang tidur karang nih….

20120601-151828.jpg

Nanti sampai Zurich dalam 6.40 petang. Masa tu sure team A dan B dah sampai dari Paris. So, dah sms tadi cakap tunggu kat arrival hall. Diorang sampai sejam awal dari Ajue. Lepas tu terus ke hotel kut.

Aiishhh boringnyer dalam flight nih, nak tido tak ngantuk. Ada karang purchase internet kang… Dah tahu dah rate dia, USD15 untuk 10MB. Murah ke mahal ek? Ntah ler…. Kakakakaka

Catatan dalam flight from KL to Zurich via Muscat

Alhamdullilah dah boarding tadi even rushing sikit sebab masa solat Subuh penuh sesak dengan jemaah Umrah kat surau KLIA. Selalunya Ajue akan lepak kat McD KLIA ngan anak anak dulu sebelom masuk boarding gate. Tapi tadi sempat belikan breakfast jer dan snap satu gambar pastu cepat cepat kena masuk dah.

Masa check in ingatkan nak ambik window sebab nak snap few photos tapi sebab dah penuh dengan group checkin para Jemaah umrah, kami dapat seat bertiga kat tengah, tu pon yang few row kat belakang dah. Takper, nanti flight ke Zurich dah book yang tepi window.

Setelah satu jam lebih penerbangan, kami disajikan dengan breakfast. Ada 3 pilihan samada cheese omelet, fried rice with chicken satay atau french toast. Ajue pilih yang omelet. Best gak… Breakfast sambil dengan lagu lama, Best of Westlife. Layannnnn……

Pastu lebih kurang jam 10.20 pagi waktu malaysia, kami dinasihatkan agar kembali ke tempat duduk dan pasangkan tali pinggang sebab cuaca tak berapa elok sangat. Biasalah tu dari laut nak masuk ke daratan memang selalu ada air turbulance. Ingat lagi paling teruk Ajue kena masa first time pergi Doha kat adik Ajue. Sampai termuntah jugak lah masa tuh.

Actually dalam Oman Flight ni ada internet, tapi Ajue tak sure berapa rate dia. Sure mahal la kan. Hmmm takper lah, saved as draft jer la dulu blog nih, nanti dah sampai airport kat Muscat kalau ada internet boleh la on wifi publish entry nih.

Dalam flight mak dan kakak Ajue dok melayan movie jer. Dok berangan tengok Hindi movie yang ada scene kat Zurich.. Huhuhu takper, tak lama lagi kita sampai la kat Zurich yer, insyaAllah. Kakak pulak dok melayan movie ntah apa benda ngah, pastu dok komplen naper cakap arab??? Laaaa dah tu tak tukar language dia.. Kekekekkee

Tengok LCD sebelah ada 3.57 flight time lagi nak sampai.. Waduuuhhh lamanyer lagi. Nak buat apa ek? Layan Taylor Swift la pulak… Zasssssss

20120601-162336.jpg

The Beautiful Galaxy Team

Alhamdullilah, setelah lebih kurang 8 bulan berbisness akhirnya tertubuh jugak team Ajue sendiri iaitu Beautiful Galaxy Team. Penat kami fikir nak bagi nama kumpulan, at last masa first time team berkumpul untuk mendapat sentuhan dari mentor kesayangan kami iaitu CDM Hanis Haizi kat Bens KLCC barulah dapat nama ni. Itu pon CDM Raz yang bagi sebab kebetulan majoriti ahli team Ajue pakai Samsung Galaxy. Weehuuuu.

20120601-004930.jpg

Bisness Ajue bermula dengan secara part time masa raya tahun lepas. Actually seminggu sebelum raya tu pon dah jumpa dengan CDM Hanis. Ajue diperkenalkan dengan Hanis melalui adik ipar Ajue yang kebetulan baru lepas pantang masa tu dan beliau amat berpuashati dengan corset Premium Beautiful yang berjaya mengembalikan shape yang beliau idamkan.

Then, lepas balik cuti beraya, masa tu Hanis still kat Hong Kong lagi Ajue dah tak sabar sabar nak join bisness, nak punch 10 set. Hanis balik jer kat KL terus ikut dia pergi stokis B32.

Banyak pengalaman pahit manis yang telah Ajue lalui dan percayalah, tu sumer sedikit saja berbanding dengan usahawan Hai O yang telah lama buat bisness ni. Kadang kadang nak tarik diri pon ada. Pernah suatu ketika Ajue langsung tak pergi kelas berminggu minggu lamanya tapi jauh disudut hati entah macam mana bisness ni datang jugak. Tak lain dan tak bukan kerana sentuhan CDM Hanis yang banyak memberi kata kata nasihat serta membakar semangat Ajue untuk teruskan jugak.

20120601 -005140.jpg

Bermula dengan pakej Vietnam, Ajue qualified melancong. Ni first trip Ajue dengan Hai O. Masa pergi Vietnam sedar tak sedar Ajue dah pon naik level Senior Sales Manager. Ajue naik pentas terima award dengan bisness partner Ajue iaitu Amy yang baru jer masuk jadi Sales Manager. Then, keluar pulak pakej Guangzhou. Tutup jer pakej kedua Ajue dah pon naik level Diamond Sales Manager. Saper kata buat bisness ni susah? Yer memang susah pada mulanya tapi lama kelamaan kita enjoy dan berhantu dibuatnya.. Hehehehe

20120601-013314.jpg

Lepas balik dari trip Vietnam lah Ajue terus resign dari seorang Engineer IT selama 14 tahun untuk menumpukan perhatian kepada bisness Ajue sendiri. Then, since Ajue juga suka buat trip melancong secara sendirian, Ajue tergerak hati nak bukak company sendiri yang salah satu servisnya ialah tour arrangement. Yerlah, Ajue dah banyak travel masa kerja dulu. So banyak pengalaman kat tempat orang yang Ajue lalui dan pelajari. Tambahan pula Ajue ada sign up beberapa vacation club yang diberi percutian percuma setiap tahun. So daripada tak guna dan membazir, Ajue advertise kat sesaper dengan harga yang murah. Tapi sekarang sejak ada Beautiful Galaxy Team, Ajue ada idea baru iaitu Ajue akan bagi free voucher setiap bulan untuk jam tangan achievers dari team Ajue! Seronok tak? Jom join team Ajue 🙂

20120601-011935.jpg

So, sekarang ini, dah bermula trip melancong Summer Break dari company Ajue sendiri. Ni yang julung kali Ajue buat officially. Bermula dari 24 May yang lalu, satu team dah berlepas ke London. Kemudian akan berjumla dengan team kedua di Paris pada 31 May ( hari ni ). Seterusnya team terakhir akan berlepas ke Zurich esok yang akan bertemu dengan kedua dua team tadi di Zurich. InsyaAllah, Ajue juga akan bersama sama dengan team ketiga ini, esok.

Sebelum meninggalkan sekejap Beautiful Galaxy Team, Ajue berjaya berjumpa kesemua bisness partner semua untuk setting goal untuk bulan June nanti. Bermula dengan group Aisyah, yang berjaya mendapat level kedua dalam satu bulan sahaja berbisness, dan Aisyah juga merupakan pemenang pertama hadiah percutian dari Ajue. Ajue juga turun ke Kelantan untuk bertemu dengan bisness partner Aisyah iaitu seorang doktor di hospital sana.

20120601-005620.jpg

Kemudian, dengan Amy dan Ummu. Cuma kak Mariah jer tak sempat jumpa sebab dia last minute ada emergency nak kena settlekan. InsyaAllah dengan group Ajue kat Doha nanti Ajue akan jumpa dia kat Zurich.

Bestkan buat bisness, ada saat pahit yang semestinya disudahi dengan seribu kemanisan. Ada suka dan ada duka. Dengan bisness jugak kita lebih mengenali hati budi orang orang sekeliling kita, tak kira kawan mahupon family sendiri.

Dengan adanya plan pemasaran dalam Hai O serta mentor mentor yang sangat sangat mengambil berat serta sentiasa membakar semangat kami para usahawan baru, Ajue yakin Ajue boleh pergi jauh lagi suatu hari nanti, insyaAllah. Cuma kena kuatkan semangat dan sentiasa rujuk pada leaders kita dalam segala hal agar kita tak menyimpang dan tersesat yang penyudahnya kita akan membawa satu team kita turut tersesat.

20120601-010903.jpg

InsyaAllah dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap semua rakan kongsi, Ajue akan laksanakan sebaik mungkin agar kami sama sama berjaya serta dapat kami capai segala impian kami suatu hari nanti.

Kagum dengan leaders Ajue yang buat bisness tak sampai 4 tahun dah berjaya memiliki kereta hasil titik peluh sendiri.

20120601-005852.jpg