IT oh IT!

20120629-111106.jpg
Salam semua,

Dunia sekarang dunia teknologi. Kalau dulu ramai orang buta IT, tapi sekarang majoriti celik IT. Tengok sajer kanak kanak, even tadika pon dah kenal facebook. Cepat betul teknologi IT ni berkembang kan.
Ajue ingat lagi masa kat matrikulasi dulu, kena isi borang nak pilih kursus apa masa nak naik degree. Letak IT pilihan terakhir sebab takut. Orang kata course IT susah nak score, benda baru tak ramai yang tahu. Then, masa tu Ajue memang suka accounting dan bisness. So, first dan second choice memang bukan IT la. Last last dapat surat tawaran buat degree in IT! Apo nak di kato? Redah jugak laaa dalam kepayahan Ajue merangkak belajar benda susah nih. Ingat lagi, masuk lab Ajue tengok kawan kawan tekan keyboard laju giler… Tapi Ajue masa tu terkial kial nak cari huruf. Yang paling best tak tahu mana nak masukkan diskette! Bila imbas balik kenangan dulu, eh, boleh jer aku buat. Boleh jer aku score, lulus gak aku dalam IT. Tapi masa belajar macam macam dugaan ada, boleh jer aku tempuhi.
Sekarang, dah 14 tahun Ajue kerja IT. Dengan pekerjaan IT jugak lah Ajue kenal negara negara lain yang memang dah jadi impian Ajue untuk pergi sejak kecil lagi. Daripada handle projeck APAC sampailah ke Europe. Semua sebab pekerjaan dalam IT. Jap eh, nak recall balik negara mana Ajue dah pergi. Hmmm Singapore, Thailand, Indonesia, German, Holland, Dubai, Brazil, Serbia, India, Doha. Ni jer kut, yang lain lain tu banyak Ajue pergi vacation sendiri, hasil daripada duit gaji IT.

Ajue terfikir jugak, apa nak jadi untuk jangka masa 14 tahun lagi, takkan boleh jadi CEO kut. Masa tu gaji dah berapa, anak ada berapa, sekolah kat mana, masuk U apa.. Macam macam Ajue fikir. Sampailah suatu hari Ajue terfikir nak duduk rumah la, jadi housewife lak, buat income dari rumah, online bisness ker, part time ker, janji dapat jaga anak anak sendiri, nak masak untuk family dan macam macam lagi. Hari hari berdoa agar tuhan makbulkan. Tapi tak dapat, ofis bagi assignment oversea lagi, bagi tanggungjawab lebih sikit, bagi bonus besar lagi. Terfikir jugak kenapa tuhan tak bagi apa aku nak, doa aku tak cukup kuat ker, amal ibadat still kurang ker.

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Yup memang betul, kata orang kalau Allah tak makbulkan permintaan hambaNya, sebab dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk hambaNya. Lepas setahun lebih baru sekarang Ajue dapat apa yang Ajue nak. Fulltime housewife sambil buat bisness online kat rumah. Dapat jaga anak anak sendiri, tengok diorang pergi sekolah, ambil dari tadika, masak untuk diorang dan lain lain. Semuanya boleh dilakukan sendiri. Tapi, yang penting bisness tetap ON! Baru Ajue faham, kenapa dulu Ajue doa tak dapat benda nih semua, rupa rupanya, kalau jadi housewife masa setahun yang lalu tanpa bisness camaner nak survive, betul tak. Maksud Ajue, takkan nak susahkan husband pulak. Dia pon ada tanggungan dia sendiri. Kalau semua nak letak atas bahu suami nak pikul, tak kan menjadi. Even husband dah gaji besar pon, rasanya kita as a wife nak jugak income sendiri, tak besar pon takper. Janji kita ada duit kita sendiri, betul tak?

Sedar tak sedar dah hampir 4 bulan ajue fulltime bisness+housewife. Pelik kan, duit gaji yang tetap takde, semua bergantung sepenuhnya dengan bisness online Ajue nih. Bukan nak berlagak, tapi amat amat bersyukur dengan rezeki Allah… Dia mencukupkan apa yang terkurang, mengadakan apa yang diperlukan, merahmatkan serta memberkati setiap sen hasil titik peluh dalam berniaga.
Ada orang tanya bisness nih halal ker? Sampai nak selidik macam tu sekali. Yer, Hai O matketing tersenarai dalam syariah compliant kat security commision. Cuba cari dan selidik, bank yang kita simpan duit tu tersenarai tak? Naper tak pertikaikan yang itu? Wallahualam…

Malah dengan duit bisness lah Ajue bayar yuran pengajian anak anak, yuran tadika, duit belanjer sekolah, beli barang barang pasar dan lain lain. Kalau tak halal, tak berkat la diorang, betul tak? Tapi Ajue bersyukur lepas dapat tahu result anak Ajue yang kat tahfiz tu cemerlang, Alhamdullilah. Bukan nak takabbur disini, tapi nak bagitau disini, berkat hasil titik peluh berniaga lah yang Ajue bayar yuran, beli makanan anak anak. Kalau kita buat benda baik, insyaAllah tuhan akan memberkati, betul tak.

Dengan Hai O jugak Ajue boleh pergi vacation oversea. Baru jer pergi Vietnam, next month nak pergi Guangzhou lak. InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki ke Paris dan London jugak. Dan dengan AjueRashid Enterprise mampu buat trip ke Switzerland dan Italy. Alhamdullilah…

Dan sekarang, bisness Premium Beautiful yang Ajue buat ni pon dah maju setapak lagi. Semua dah tahu kan, leader kami GLG iaitu CDM Hanis dan CDM Raz telah bukak satu Academy untuk membantu group kami dalam online busness nih. Kami Green Leaders Group akan memanfaatkan apa yang leader kami sedang usahakan, iaitu melalui Social Media Marketing, dimana semuanya menggunakan teknologi IT.

20120629-110807.jpg

Saper kata MLM ni tak boleh pergi jauh? Bukti telah ada depan mata, malah dalam paper Berita Harian semalam pon ada keluar pasal Hai O nih.

20120629-111948.jpg

So, apa yang Ajue nak sampaikan di sini, walau apa jua yang kita lakukan, kita tak boleh ketinggalan zaman, kita kena upgradekan diri kita dengan teknologi terkini demi masa depan kita dan keluarga kita, anak anak kita. Persaingan memang hebat di luar sana. Ilmu pengetahuan kena ditimba dari masa ke semasa. Bukan nya jadi housewife, buat bisness online tak perlu belajar. Tu salah, kita kan di suruh menuntut ilmu sampai ke negeri Cina.
Ajue ingat pon kalau dah tak kerja dalam bidang IT fokus kepada bisness jer. Tapi Ajue silap, tuhan dah jodohkan Ajue dengan IT lama dulu lagi, dan even susah mana pon masa belajar, even buat pilihan terakhir untuk ambik kursus IT, tapi tuhan maha mengetahui atas apa yang Ajue tak ketahui.
Wallahualam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *