Jalan jalan Venice

image

Dah lama Ajue berangan nak pergi Venice. Masa kecik lagi selalu tengok gambar orang pergi sini. Ingat lagi pernah satu ketika orang bagi tau Ajue suatu hari nanti Venice akan tenggelam sebab air dunia semakin naik, so baik cepat cepat pergi tengok Venice. Kalau tak silap masa tu Ajue kat sekolah menengah. So, sejak hari tu Ajue simpan angan angan untuk sampai jugak ke sini.

So, perjalanan dari Trento ke Venice memakan masa hampir 3 jam driving ditemani oleh italian alps serta rumah rumah kotak yang berselerak sana sini. Kami sempat isi minyak serta beli mineral water sebagai bekalan perjalanan kami.

20120607-081018.jpg

Kami sampai Venice terus call owner apartment tu Francesco. Beliau turut membantu kami untuk park kereta kat Piazzare Roma. Rupa rupanya, Venice ni tak boleh bawak kereta masuk bandar dia sebab pengangkutan utamanya ialah water boat, atau dalam bahasanya Vaporetto.

Kami disambut oleh Lyana, pembantu kepada Francesco. Beliau membawa kami dari tempat meeting point terus ke apartment. Kami dah plan, tak nak bawak beg beg besar sebab tak semua barang nak guna kat Venice nih. Just bawak barang makanan serta keperluan untuk dua malam sahaja ke sini. Barang barang lain kami tinggal dalam kereta.

Lyana membawa kami melalui short cut way untuk ke apartment. Lebih kurang 15 minit berjalan kami pon tiba ke apartment yang sangat selesa. Dari living room yang mempunyai canal view, kitchen yang lengkap untuk kami memasak, dua bilik tidur yang luas dan double bed serta dua bilik air memang cukup selesa bagi kami. Terasa seperti berada di rumah sendiri.

Sebenarnya, Fracesco mengusahakan apartment ini bersama abangnya. Apartment kami ni asalnya sebuah rumah yang amat besar maybe dari turun temurun keluarga beliau. Kemudian, bapanya yang kini pengedar dan owner kedai jual kereta Fiat telah membahagikan sebuah rumah yang besar itu kepada beberapa apartment untuk dijadikan perusahaan keluarga. Beliau datang ke apartment untuk brief kami tentang apartment serta bagi tau tempat tempat menarik di Venice.

20120607-082922.jpg

20120607-083422.jpg

Oh ya lupa nak cakap, sampai jer kat apartment isi perut dulu dengan bekalan yang kami buat dari resort Trento lagi. Nasi impit dan kami juga sempat beli pizza italy, pizza vege gitu.

20120607-084217.jpg

So, alang alang buat tour arrangment nih, Ajue masukkan sekali destinasi ke Venice. Mulanya kami nak pergi day trip jer, tapi disebabkan plan bertukar saat akhir, kami cepat cepat buat booking apartment kat Venice. Satu malam untuk satu apartment 6 orang, hanya 240 euro. Dekat sangat dengan market, tempat jual suvenir dan square. Beberapa minit jer perjalanan dah jumpa tempat naik Gondola.

image

20120607-094124.jpg

Oh ya, aktiviti yang kami lakukan semua diatur oleh adik Ajue dan pakcik Ajue. Yang lain lain ikut jer. Hari pertama sampai kami ingat nak naik Gondola, tapi sepanjang perjalanan nak naik tu singgah sana singgah sini, terus habiskan masa dengan shopping jer kekekekke

20120607-101920.jpg

image


image

Gambar ni masa naik Vaporetto..

image

image

20120607-094314.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *