Raya Encoral

Raya sebulan kan. Ramai sungguh jemputan open house yang Ajue dapat tapi tak semua dapat pergi atas urusan menyiapkan bulan pakej bisnes Premium Beautiful ni. Tapi yang satu nih, Ajue takkan tolak sebab boleh jumpa balik kawan kawan lama masa ofis pertama Ajue kerja dulu.

Selama 5 tahun Ajue kat Encoral. Dari trainee sampailah jawatan terakhir ala ala Project Manager gitu. Masa tu tengah buat projek UPM kut.

Banyak pengalaman yang Ajue timba masa kat company nih. Syukur sangat sebab boss besar iaitu En Azman telah menyediakan platform yang cukup baik dan sempurna bagi kami mempelajari selok belok dalam pekerjaan. Daripada buat tender, presentation, develop sistem, leadership, manage team sampailah kepada deal dengan customer. Semua cukup lengkap!

Ok, tak nak citer panjang lebar, kita tengok gamabr yer sekitar hari tu yer! Dan jugak ex ex staff yang datang dengan penampilan tersendiri.. Hehehhe ada yang berubah dan ada jugak yang kekal maintain gitu. Ajue? Hehe.. Tetap vogue! Hahahahha

Ramai adik adik junior kat sini…

Bersama boss besar En Azman.
Dari kiri, PakYem, Wira, En Azman, Ed, Kak Suzanne, Ajue

Lina, tengah preknan gitu…

Ramaikan??? Memang meriah. Buat kat Dewan Sri Siantan, Putrajaya.

Ni gambar Ajue paling suka, thanks Hasnol yang tolong candidkan… Hehe

Dah siap buat profile picture gitu kat facebook Ajue.

Orait, next year jemput lagi yer. InsyaAllah Ajue akan cuba untuk hadirkan diri lagi. Syok jumpa kawan kawan lama sambil buat konsep FORMH! 🙂

Nak balik dahhhh

Weehuuuu nak balik dahhhh

image

image

Hasil borongan

image

Saper nakkkkk sila inbox ajue yer!! 🙂

Jalan jalan Venice

image

Dah lama Ajue berangan nak pergi Venice. Masa kecik lagi selalu tengok gambar orang pergi sini. Ingat lagi pernah satu ketika orang bagi tau Ajue suatu hari nanti Venice akan tenggelam sebab air dunia semakin naik, so baik cepat cepat pergi tengok Venice. Kalau tak silap masa tu Ajue kat sekolah menengah. So, sejak hari tu Ajue simpan angan angan untuk sampai jugak ke sini.

So, perjalanan dari Trento ke Venice memakan masa hampir 3 jam driving ditemani oleh italian alps serta rumah rumah kotak yang berselerak sana sini. Kami sempat isi minyak serta beli mineral water sebagai bekalan perjalanan kami.

20120607-081018.jpg

Kami sampai Venice terus call owner apartment tu Francesco. Beliau turut membantu kami untuk park kereta kat Piazzare Roma. Rupa rupanya, Venice ni tak boleh bawak kereta masuk bandar dia sebab pengangkutan utamanya ialah water boat, atau dalam bahasanya Vaporetto.

Kami disambut oleh Lyana, pembantu kepada Francesco. Beliau membawa kami dari tempat meeting point terus ke apartment. Kami dah plan, tak nak bawak beg beg besar sebab tak semua barang nak guna kat Venice nih. Just bawak barang makanan serta keperluan untuk dua malam sahaja ke sini. Barang barang lain kami tinggal dalam kereta.

Lyana membawa kami melalui short cut way untuk ke apartment. Lebih kurang 15 minit berjalan kami pon tiba ke apartment yang sangat selesa. Dari living room yang mempunyai canal view, kitchen yang lengkap untuk kami memasak, dua bilik tidur yang luas dan double bed serta dua bilik air memang cukup selesa bagi kami. Terasa seperti berada di rumah sendiri.

Sebenarnya, Fracesco mengusahakan apartment ini bersama abangnya. Apartment kami ni asalnya sebuah rumah yang amat besar maybe dari turun temurun keluarga beliau. Kemudian, bapanya yang kini pengedar dan owner kedai jual kereta Fiat telah membahagikan sebuah rumah yang besar itu kepada beberapa apartment untuk dijadikan perusahaan keluarga. Beliau datang ke apartment untuk brief kami tentang apartment serta bagi tau tempat tempat menarik di Venice.

20120607-082922.jpg

20120607-083422.jpg

Oh ya lupa nak cakap, sampai jer kat apartment isi perut dulu dengan bekalan yang kami buat dari resort Trento lagi. Nasi impit dan kami juga sempat beli pizza italy, pizza vege gitu.

20120607-084217.jpg

So, alang alang buat tour arrangment nih, Ajue masukkan sekali destinasi ke Venice. Mulanya kami nak pergi day trip jer, tapi disebabkan plan bertukar saat akhir, kami cepat cepat buat booking apartment kat Venice. Satu malam untuk satu apartment 6 orang, hanya 240 euro. Dekat sangat dengan market, tempat jual suvenir dan square. Beberapa minit jer perjalanan dah jumpa tempat naik Gondola.

image

20120607-094124.jpg

Oh ya, aktiviti yang kami lakukan semua diatur oleh adik Ajue dan pakcik Ajue. Yang lain lain ikut jer. Hari pertama sampai kami ingat nak naik Gondola, tapi sepanjang perjalanan nak naik tu singgah sana singgah sini, terus habiskan masa dengan shopping jer kekekekke

20120607-101920.jpg

image


image

Gambar ni masa naik Vaporetto..

image

image

20120607-094314.jpg

Jalan jalan cari snow

image

Orait, ni baru ada masa nak update yang alps tu. Sepatutnya hari ni plan asal nak ke Venice, tapi memandangkan jarak yang jauh untuk balik ke resort, kami tukar plan. Kami akan stay kat resort dua hari sebelum checkout dan turun ke Venice. Maybe akan stay Venice 3 hari sebelum ke Milan.

Kami keluar lepas solat Zohor pusing pusing nak tengok apa yang ada kat Trento nih. Kat belakang yang gambar Ajue ambik nih ialah Italian Alps . Nampak tak snow kat puncak dia? Semalam masa sampai tak nampak lagi snow tuh. Maybe sebab pagi tadi hujan kan, jadi ada snow la turun agaknya.

image

Ajue banyak ambik gambar sendiri konon konon nak buat profile picture, so dok snap la sorang sorang dgn gaya tersendiri.. Hehehehe

image

Actually kami pakai hentam jer menuruni lereng lereng gunung, tiada arah tujuan sebenarnya. Tiba tiba sampai kat satu tempat macam dekat sangat dengan snow tu. So kami nekad untuk cari jugak jalan nak sampai ker tempat snow tu.

image

Akhirnya lebih kurang dua jam perjalanan, kami tiba di ski center. Kat sini lah tempat berkumpul untuk naik cable car ke puncak gunung. Tapi since kami pergi dalam musim summer, snow tak de lah kat sini. Kat situ kami berjumpa dengan owner restoren kat situ. Dia bagitau ada laluan kereta dalam lebih kurang 50 meter ke atas. Kalau nasib kami baik, kami boleh jumlah snow kat situ.
So, kami pon gamble lagi untuk naik ke atas, sambil mengharap ada la jugak saki baki snow yang turun pagitadi. Bukan Ajue tak pernah main snow, dah pernah pon masa 2010 yang lalu. Tapi sebab nak penuhi impian kakak dan jugak makcik Ajue yang sama sama menyertai europe tour ini.

image

Alhamdullilah kami bernasib baik kerana rezeki kakak dan makcik ada pada hari ini. Kami parking kereta kat tepi satu satunya hotel kat situ. Pastu panjat hingga ke puncak untuk ambil gambar. Indahnya, betapa agungnya ciptaan Tuhan, tak pernah tergambar di pikiran Ajue suasana yang begitu cantik dan tenang seperti ini. Masa kat kaki gunung tu actually suhu 2’C. Sejuk sampai ke tulang. Dah la masa panjat tu ada snow yang sedang mencair, jadi sesekali tenggelam kaki kami maka bertambahlah kebekuan jari kaki.

Kami pulang ke resort dah dekat nak maghrib, singgah beli telur kejap untuk masak maggie. Pastu tidur awal kerana esok pagi nak bertolak ke Venice pulak.

Summer Breaks with Ajuerashid Enterprise

image

Actually this was planned long time ago before I join Premium Beautiful. Ajue kan ada member’s vacation club under Palaca Vacation. So every year dapat 7 nights free any hotels under this package. Last year the agent called cakap ada resort kat Italian Alps kosong and she offered me that resort for a week to stay in this summer.
Hmmmm mulanya tak tahu nak accept ker tak sebab baru jjer balik dari europe trip dengan anak anak, mak , mak mentua siap bawak my maid lagi masa hujung tahun 2010. And that trip memang happenings habis sebab rezeki anak anak dapat rasa snow yang lebat even masa tu awal November! Disebabkan cuaca tak menentu serta global warming tahun tu kami terperangkp dalam snow selama 10 hari kat Paris. Nasib baik masa tu stay kat Marriot Disneyland. So anak anak tak la boring sangat… Hehe
Lepas confirmed dapat resort kat Italian Alps tu, ajue open offers kat kawan kawan kut kut la ada ya ng berminat nak pergi Italy. At first ada la jugak tapi tak jadi sebab masing masing busy pulak. So Ajue open offer to sedara mara. On the day itself kebetulan Air Asia buat offer ke Paris dengan RM1400 return. So, kakak Ajue dengan pantasnya terus book and dia dapat seat murah tuh. Ajue pon buat jugak, tapi masa tu seat Ajue dah mahal sikit but still murahlah compare tu airlines lain.
Then masa raya last year, balik kampung makcik dan pakcik Ajue berminat nak join. Terus book tiket tapi diorang dapat masa tu dah 2k++ .
Dah ada 4 orang, then adik Ajue yang kerja kat Doha pon berminat and dia nak bawak mak jugak, so cukuplah 6 orang semuanya.
Nak dijadikan cerita, AirAsia batalkan penerbangan ke europe disebabkan global economy crisis. Tapi kami dapat refund balik semua tiket yang telah dibelanjakan. Semua macam dah frust dan nak jugak meralisasikan impian so, since Ajue dah fulltime business and company Ajue pon ada buat Tour Arrangement, Ajue terus take this opportunity to make this happen.
Ajue dah ada pengalaman buat package sendiri since 5 years ago but this time a bit challenge jugak sebab involve 3 teams dari berlainan negara dan tempat tapi kami akan berjumpa kat satu tempat iaitu Zurich, Switzerland.
Daripada air ticket, Eurostar, TGV, local train, hotel bookings, car rental dan travel insurance semua Ajue buat under my own company, Ajuerashid Enterprise. And now, today, on 24th May 2012, Kumpulan pertama Team A dah selamat berangkat ke London selama seminggu sebelum ke Paris untuk berjumpa dengan Team B.
Semoga perjalanan mereka dirahmati serta diberkati dan selamat sampai ke destinasi. To all my readers, keep following this blog to know whats going on as Ajue akan update this entry from time to time. Enjoy!

Free vacation with five star package

Dalam jangka masa 7 bulan buat bisness (5 bulan part time dan 2 bulan fulltime) Ajue dah qualified free vacation ke Vietnam

image

Dan qualified jugak ke Guangzhou

image

Dannnn skrang tengah fight ke London pulaksss…

image

So. Sesaper nak merasa free vacation lagi five star gitu lets join Ajue do this business. InsyaAllah dengan bawah pimpinan terhebat hanis haizi yang telah membawa team terbesar setiapkali melancong anda mampu memilikinya!

Azam , Kesungguhan serta Kepimpinan Part I

Assalamualaikum,

Dah lama tak membebel kat blog Ajue nih, past entry cerita sikit pasal whats happening jer kan. So kali ni rasanya nak flashback kembali apa impian serta matlamat yang Ajue telah setkan serta apakah dah tercapai target yang telah Ajue tetapkan dalam hidup ini.

Kita mula dari lepas sekolah menengah lah ek, sebab kalau nak imbas kembali zaman kanak-kanak dulu terlalu banyak la pulak nak tulis kat sini, hehe.

Masa kat UUM, Ajue suka mencuba sesuatu yang jarang orang nak cuba. Wah apakah itu? Takde laa benda simple jer, Ajue nih minat sukan, tapi masuk bola tampar tak menjadi, kunun nak jadi macam citer Moero Attack tu la.. hehe. Lepas tu, kawan baik Ajue (Tuty) introducekan satu sukan yang memang menguji tahap kesabaran diri serta sejauh mana kita dapat menumpukan perhatian dalam bidang sukan itu. Tak lain dan tak bukan ialah Archery. Masa mula-mula masuk dulu ramai jugak yang mengkritik penglibatan Ajue. Nanti gelap la, tak laku la sebab muka berbelang berjemur tengah panas masa buat latihan,  jaguh kampung la, dan macam-macam lagi. Tapi Ajue kuatkan azam dan semangat Ajue serta Ajue bersyukur kerana dikelilingi oleh barisan pemain yang dah seperti adik beradik yang sentiasa memberi semangat agar tak mudah mengalah dan yang paling utama Ajue mempunyai Coach terbaik di Malaysia yang mencanai Ajue dengan tak jemu-jemu hinggalah Ajue mencapai kejayaan yang paling besar dalam sejarah penglibatan Ajue dalam bidang memanah iaitu 5 Emas dan 1 Perak dalam satu pertandingan terakhir Ajue sertai sebelum bergelar Siswazah UUM.

 

Dan masa kat UUM jugak Ajue suka bawak motor besar.. huhu tak percaya? Tanya la Ina. Kan Ina? (sure Ina baca blog ni, confirm punya!) Ajue dah selalu bawak motor besar Acai kan. Siap bawak Ina lagi masa tu masa kat kompleks sukan. Best giler…

Dalam tengah dok memanah tuh, Ajue jugak diberi kesempatan untuk memimpin satu kumpulan kecil pelajar-pelajar sekolah yang nak belajar archery. Agaknya bakat serta kepimpinan yang ada dalam diri Ajue dah ada sewaktu belajar lagi sebab Ajue memang sukakan kanak-kanak serta suka libatkan diri dengan mereka dalam apa jua lapangan. Suka mendalami jiwa mereka dan secara tak langsung kita boleh mengetahui isi hati mereka di samping menjadi sahabat mereka juga.

Dah lepas alam sekolah, matriks dan U masuk pula alam seorang profession. Tak kira la apa jua pekerjaan yang kita lakukan, yang penting adalah NIAT kita sebab keberkatan rezeki tu bergantung kepada hati kita yang suci dan ikhlas. Kalau niat kita ikhlas insyaAllah rezeki kita juga Berkat, betul tak? Tak perlu la kita nak kutuk kutuk orang buat apa yang mereka suka, cermin diri sendiri jugak la sesekali. Apakah kita hanya tahu mengkritik orang sedangkan diri sendiri entah kemana?

Ok ok, tak nak bebel panjang kat sini. Just nak recap balik apa yang telah Ajue capai dalam hidup sewaktu bekerja makan gaji dulu. Bukan nak menunjuk, tapi sekadar imbas kembali kenangan dan segala kejayaan yang telah Ajue kecapi berkat usaha dan kesungguhan dalam melakukan setiap pekerjaan Ajue. Semoga memberi semangat kepada pembaca blog Ajue dan juga diri Ajue sendiri untuk teruskan perjuangan ini. Dan juga bila anak-anak Ajue dah besar, mereka akan baca blog Ajue. Sedikit sebanyak member perangsang serta dorongan semangat bila mengetahui Ibu dia pernah buat itu ini dan Ibu dia telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran yang membuahkan kejayaan. Kalau Ibu dia mampu lakukan, takkan la dia tak mampu? InsyaAllah…

Orait, kerja pertama Ajue iaitu kat Encoral. Bermula dengan trainee kat situ sampailah post Project Manager di akhir tahun kelima Ajue kerja. Dah macam-macam pengalaman dan kenangan Ajue lalui. Kawan rapat, kawan biasa , sahabat sejati semuanya ada. Dulu Ajue Java programmer.. kerja buat coding jer… pastu dah banyak sikit pengalaman, naik sikit sikit sampailah jadi Project Manager. Satu sistem yang menjadi expertise Ajue ialah Sistem Maklumat Pelajar. Sistem ni merangkumi pendaftaran pelajar kat sesuatu kolej atau universiti, daftar subjek, markah peperiksaan, reports, dan sehinggalah seseorang pelajar itu graduate. Eh eh, berkenaan dengan pelajar lagi… hmmmm masa UUM pon Ajue suka involve dengan students, masa bekerja pon dengan students gak. Cuma bidang jer lain-lain, kan. Tak sangka!

Dan kerja kat Encoral la Ajue banyak jelajah seluruh Semenanjung Malaysia, drive sendiri ke Utara, Selatan pastu ke Timur dan balik semula ke KL. Drive sendiri long distance. Maklumlah masa tu kan baru awal 20-an. Semua kena buat sendiri. Tapi Ajue bersyukur sebab dikurniakan sepasang cahaya mata yang menjadi penguat semangat Ajue di kala Ajue lemah. Tanpa mereka rasanya Ajue takkan sampai kut ke tahap yang Ajue inginkan. Alhamdullilah…

Atas desakan hidup masa tu, Ajue bertukar tempat kerja disamping mendapat tawaran yang lebih dari UNITAR. Tapi tak lama pon, lepas tu masuk MNC (multi national company). Mula mula US-based buat CRM, lepas tu company US jugak (Makeena/FNIS) buat sistem ATM machine tu, buat sistem credit card jugak. Kat company ni Ajue pernah ulang alik Singapore sebab client kat DBS Bank sana.

Masa company tu kena beli dengan company lain, Ajue cabut buat Telco pulak kat Orga Systems, German based company. Hampir empat tahun Ajue kat situ dan Ajue antara yang terawal bekerja sebab company tu actually baru jer bukak branch dia kat Asia.

Business travel? Yup, memang banyak sungguh travel dengan Orga nih. Bermula dengan German (5 weeks) untuk product training. So far dah Brazil, Amsterdam, Serbia, India dan lain lain. Details entry ada kat tab menu Travel Diary (update soon kay).

Orang tua tua kata jauh perjalanan, banyak pengalaman. Memang betul pon. Ajue dapat tengok pemandangan, kenali budaya asing, belajar cara diorang hidup dan lain lain lagi. Paling best kat Brazil sebab dua kali kena hantar kat sana. Dan dua tahun berturut-turut Ajue celebrate birthday kat sana! Best sangattttt sebab dapat merasa cara orang sana sambut harijadi! Cake sana sedap.. cara potong kek tak sama ngan kita tau. Derang potong buat bulatan kat tengah dulu, baru potong kecik kecik. Apa pon, Ajue sangat sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Dua bulan kat sana mematangkan diri Ajue untuk menangani pelbagai masalah. Dapat lihat secara live cara diorang hidup dan bekerja demi menyara hidup mereka.

Okaylah kena publish entry ni dulu sebelom sambung Part II dan seterusnya. Sekarang nak hantar anak pi skolah lak… syoknyerrrrr FREEDOM TIME!!!! Tak perlu fikir nak cepat-cepat siap gi kerja harung jem!

Teringat CDM Kak Ana pernah berkata

Kita mesti cipta sejarah diri kita sendiri!

 

Vietnam Trip Day Three

Apa khabar Guangzhou????? Aaauummmmmm!

Cop cop, ni bukan entry Guangzhou yer, still lagi nak citer pasal Vietnam. Sajer jer bagi mode Guangzhou up sikit sebab nak travel pulak nanti lepas nih.

OK, hari ketiga, tema kaler Oren lak. So sumer pakat-pakat pakai baju ada kaler nih. Hari ni kita pergi Cu-Chi tunnel ok.

Actually Ajue dah pernah pergi sini dulu masa bawak rombongan dari Terengganu. Pernah la masuk dalam terowong tu, sebab tu kali nih dah serik tak nak masuk lagi dah. Bukan apa, kalau kita kat depan, still ok lagi, tapi kalau dah ala-ala penghabisan peserta, better fikir dua-tiga kali kut.

So, pepagi lagi kena bangun awal sebab bas nak bertolak kol 7.30 pagi. Perjalanan jauh selama 1 jam ++ untuk ke Cu-Chi Tunnel. Nasib baik ada nasi lemak masa breakfast pagi tuh… kenyang…. Alhamdullilah…

Sampai kat sana, first thing, of coz laaa bergambar, lepas tu bergambar lagi, then bergambar lagi… fuhhhhhh terasa macam artis lak. Kalau travel group Terengganu dulu takde la pulak rasa nak bergambar sakan macam nih, tapi dengan Hai-O, rasa tak complete kalau tak bergambar, naper ek? hehe

Bayangkan ek, tunnel yang di gali oleh orang orang Vietnam sepanjang 250KM masa berperang dengan Amerika dulu selama 20 tahun! Begitu kuat semangat orang-orang Vietnam demi menyelamatkan maruah bangsa dan negara mereka, kan? Kita sepatutnya bersyukur kerana tak perlu melalui segala keperitan hidup macam diorang. Begitu beremangat waja mereka semua serta sabar dan tetap usaha. Kita patut mencontohi mereka dalan berbisness nih, kena tahan dugaan dan ujian Allah, baru lah boleh barjaya. Selain itu haruslah berusaha jugak kan, insyaAllah…

Ada macam-macam peninggalan sejarah perang di sekitar kawasan situ. Perangkap, lubang kecik yang muat sorang jer, tempat latihan menembak, tempat buat seliper dari bahan terbuang pon ada. Dan surprisingly, dalam 16 ribu orang Vietnam yang bersembunyi dalam tunnel tu, lepas tamat perang dah orang Amerika kalah, tinggal 6 ribu orang Vietnam berjaya hidup!

Lepas melawat tunnel, kami pergi lunch pulak kat D’Nyonya. Best jugak lauk dia, halal? Of coz….!

Sebelah restoren tu ada masjid. sempat jugak beli kopi yang jual kat tepi masjid tuh…. baik punya!!

Lepas lunch beransur pulak ke Palace untuk acara bergambar beramai-ramai semua ahli rombongan yang terdiri dari 11 buah bas!! Fuhhhhhh..cayalah! Ni kira first time Ajue bergambar beramai-ramai ketika melancong. Teruja sungguh!

Tepat kol 5 petang nak kena ada kat hotel sebab malam tu acara kemuncak Dinner Hai-O! Tapi sebelum tuh sempat lagi ke ChinaTown untuk merasa suasana shopping kat situ. Ajue tak masuk ke dalam pasar Ben Tay tu tapi setakat shopping kat luar sekitarnya sahaja, carik toys untuk anak-anak.

Sampai hotel jam 5++ petang, rehat, solat then bersiap-siap pulak untuk Dinner. So, next entry la ek citer pasal Dinner… ada sesuatu yang paling manis dalam hidup Ajue masa Dinner malam tuh! Apa tu? Tunggguuuuuu….

Vietnam Trip Day Two

Ok, nak sambung balik pasal FREE trip hari kedua di Vietnam.

Tema hari kedua kaler biru pulaks, okay. Lepas breakfast semua naik bas nak pergi tengok water puppet show. Tour leader tu cakap show puppet nih sampai ke peringkat antarabangsa. WOW, mesti best kan.

Banyak yang diceritakan dalam show tuh tapi satu benda pon Ajue tak faham sebab diorang guna bahasa kebangsaan diorang… so, tengok jer laaa ek.

Yang bestnyer, mostly lelaki pakat ramai-ramai pakai baju jersey harimau malaya. Shahril tak sempat nak beli, puas cari merata empat tapi tak jumpa. Jadi, hentam jer la t-shirt tommy favorite dia tuh. Ajue pulak for the second time still dengan Hajaba suit yang baru beli masa PT session kat Alamanda last week.. hehe

 

Lepas tu bertolak ke Muzium War pulak. Banyak kesan perang kat sini. Ada helicopter yang digunakan masa perang jugak kat situ. Ajue tak masuk sangat tempat-tempat pancung kepala, jerat musuh, tempat seksa tahanan sebab tak tahan baunya.

Lunch pulak, kami balik hotel. Pihak hotel dah sediakan course lunch kat kami. Besttttt.

Pastu naik bilik untuk rehat kejap dan solat sebelom ke Saigon Tax, Red Hotel dan again shopping lagi kat Ben Thant market. Since Ajue dah biasa dengan Saigon Tax dulu dulu, so senang la nak tuju kedai fav Ajue. Mana lagi kedai Telekung dan silk, Phoang Anh. Sempat jugak lepak kat Higlands Coffee kat situ sambil upload 2-3 gambar guna wifi kat situ.

Dinner plak, kat restoren Haji Samsudin. Dulu masa pergi Vietnam dengan kakak Ajue, selalu order jer dari kedai. Then ada orang delivery kat hotel. Tapi kali nih berpeluang makan malam kat kedai tu sendiri. Kagum dengan tokey kedai tu yang boleh berbahasa melayu dengan kami semua.

Lepas dinner acara bebas. Ada yang ulang balik shopping kat Ben Thant market, tapi Ajue dah penat terus rehat jer kat bilik. Lagipon esok kena bangun awal dan siap-siap nak pergi Chu Ci Tunnel.