Kita sering mendengar pepatah mengatakan Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Tapi adakah kita tahu dan faham maksudnya. Ajue ada terbaca maksud yang tersirat di sebalik kata kata tersebut. Marilah kita sama sama menghayatinya… Semoga menjadi pedoman hidup kita.
1. Sihat sebelum Sakit
lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang orang disekililing anda semasa anda masih sihat
2. Muda sebelum Tua
waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajipan anda kepada yang Maha Pencipta. Kelak bila anda tua, anda tidak lagi memikirkan hal duniawi
3. Kaya sebelum Miskin
waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan menjadi bekalan anda menghadapNya
4. Lapang sebelum Sempit
waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda
5. Hidup sebelum Mati
sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara diatas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh , sedekah dan doa anak yang soleh yang akan mengiringi anda
Gambar dibawah sekadar hiasan semata mata… Ameen