Jalan jalan cari snow

image

Orait, ni baru ada masa nak update yang alps tu. Sepatutnya hari ni plan asal nak ke Venice, tapi memandangkan jarak yang jauh untuk balik ke resort, kami tukar plan. Kami akan stay kat resort dua hari sebelum checkout dan turun ke Venice. Maybe akan stay Venice 3 hari sebelum ke Milan.

Kami keluar lepas solat Zohor pusing pusing nak tengok apa yang ada kat Trento nih. Kat belakang yang gambar Ajue ambik nih ialah Italian Alps . Nampak tak snow kat puncak dia? Semalam masa sampai tak nampak lagi snow tuh. Maybe sebab pagi tadi hujan kan, jadi ada snow la turun agaknya.

image

Ajue banyak ambik gambar sendiri konon konon nak buat profile picture, so dok snap la sorang sorang dgn gaya tersendiri.. Hehehehe

image

Actually kami pakai hentam jer menuruni lereng lereng gunung, tiada arah tujuan sebenarnya. Tiba tiba sampai kat satu tempat macam dekat sangat dengan snow tu. So kami nekad untuk cari jugak jalan nak sampai ker tempat snow tu.

image

Akhirnya lebih kurang dua jam perjalanan, kami tiba di ski center. Kat sini lah tempat berkumpul untuk naik cable car ke puncak gunung. Tapi since kami pergi dalam musim summer, snow tak de lah kat sini. Kat situ kami berjumpa dengan owner restoren kat situ. Dia bagitau ada laluan kereta dalam lebih kurang 50 meter ke atas. Kalau nasib kami baik, kami boleh jumlah snow kat situ.
So, kami pon gamble lagi untuk naik ke atas, sambil mengharap ada la jugak saki baki snow yang turun pagitadi. Bukan Ajue tak pernah main snow, dah pernah pon masa 2010 yang lalu. Tapi sebab nak penuhi impian kakak dan jugak makcik Ajue yang sama sama menyertai europe tour ini.

image

Alhamdullilah kami bernasib baik kerana rezeki kakak dan makcik ada pada hari ini. Kami parking kereta kat tepi satu satunya hotel kat situ. Pastu panjat hingga ke puncak untuk ambil gambar. Indahnya, betapa agungnya ciptaan Tuhan, tak pernah tergambar di pikiran Ajue suasana yang begitu cantik dan tenang seperti ini. Masa kat kaki gunung tu actually suhu 2’C. Sejuk sampai ke tulang. Dah la masa panjat tu ada snow yang sedang mencair, jadi sesekali tenggelam kaki kami maka bertambahlah kebekuan jari kaki.

Kami pulang ke resort dah dekat nak maghrib, singgah beli telur kejap untuk masak maggie. Pastu tidur awal kerana esok pagi nak bertolak ke Venice pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *