Business di Kelantan

Alhamdullilah permintaan untuk mendengar plan marketing bisness semakin tinggi. Bulan nih saja setiap minggu Ajue ada appointment bagi membantu bisnes partner mengembangkan network mereka. Ni la yang dinamakan teamwork!

Baru jer balik dari Kuching. Duduk sehari kat rumah, terbang pulak ke Kota Bharu, Kelantan. Belum sempat pergi lagi leader Ajue CDM Hanis dah buat promotion bagi pihak Ajue. Best kan nnn dapat leader macam beliau!

Orait, sampai jer KB setelah 2 jam delay akibat musim tengkujuh nih dah hujan lebat dan plane tak dibenarkan mendarat. Banjir pulak tuh, tapi semangat rakan kongsi Ajue iaitu Syikin dan Nurul Alawiyah tetap kuat. Mereka sanggup ambik cuti hari tuh semata mata untuk coaching dengan Ajue! Kagum sungguh dengan semangat mereka! Semangat yang macam ni lah yang akan membawa mereka ke mercu kejayaan. Percayalah, kalau kita konsisten serta sentiasa bulat hati dengan pemimpin, insyaAllah mudah laluan bisnes kita. There’s no reason untuk berjaya. Sebab orang yang bagi alasan sebenarnya dialah sendiri yang menjadi punca kegagalan diri sendiri.

Syikin nih kelakar orangnya, senang masuk dengan sesiapa saja. Sebab tu semua bisnes partnernya enjoy bila buat bisnes. No pressure at all. Syikin sanggup mengharung air banjir kat Pengkalan Chepa hari tu untuk jumpa Ajue. Bahkan husband dia jugak sentiasa bagi support untuk dia berbisnes. Salute kat Syikin and Hazali!

Orait ni pulak rangkaian Dr Nik. Nik pon sama, bulat hati dengan leader. Buat bisnes sebab nak extra savings demi sepasang anak beliau. Bayangkan husband beliau bekerja jauh di KL, dan beliau fulltime doktor kat HUSM. Jumpa husband sekali seminggu jer. Namun sedikit pon tak melunturkan harapan dan impian untuk berbisness. Bakal DSM Ajue nih sungguh cekal dalam menghadapi dugaan dan rintangan hidup. Syabas Nik dan Iwan!

Nurul Alawiyah join bisnes bersama dengan adiknya yang masih menuntut di UKN, Bangi. Namun jarak bukan penghalang untuk mereka adik beradik merangkan pelan dan stratergi bersama sama. Hebat kan?
Beliau dulunya mengalami senggugut yang teruk setiap kali datang bulan. Sampai kena makan pil untuk meredakan kesakitan. Alhamdullilah setelah pemakaian corset Premium Beautiful secara berterusan, sekarang beliau tidak lagi mengambil pil. Malah, rasa sakit senggugut pon berkurangan. Itulan kehebatan produk Hai O ni. Kita semestinya kena cuba dan rasa sendir barulah boleh nak cerita kat orang. Benda baik tak salah kalau kita berkongsi kan.

Orait, cakap pasal sharing, Ajue terbaca kata kata hikmah ni kat internet dan Ajue sangat sangat bersetuju dengannya…

So sesiapa yang nak dengar kehebatan produk nih serta free trial corset Premium Beautiful, bolehlah contact Ajue serta bisnes partner Ajue di Kelantan yer.

Live Life To The Fullest

Morningggg….

Ada orang suka membusykan diri dengan pelbagai benda nak buat. Ada orang suka tidooo jer kerja dia. Dan ada jugak yang sederhana, asalkan capai target perkara yang nak disettlekan. Terpulang pada individu masing masing kan. Tapi bagi Ajue, memang dah dari zaman kerja makan gaji lagi tak suka buang masa. Ada jer yang nak dibuatkan. Sebab bila banyak sangat masa terluang rasa macam tak produktif jer.

So, sekarang masa untuk marathon terakhir pakej London Paris bisnes Premium Beautiful Ajue ni. Sumer rata rata usahawan hai o nak kejar sebanyak mungkin tiket untuk ke London dan Paris. Sama jugak dengan Ajue.

Bulan ni saja beberapa trip luar KL Ajue pergi semata mata unyuk meluaskan network Ajue secara tak langsung nak bantu rakan kongsi qualified pakej nih.

Dari ke utara semenanjung iaitu Padang Besar, Perlis dan hari ni pulak cover pantai timur. Dari KL ker Kerteh. Lepas tu ke Terengganu dan sekarang kat Kota Bharu, Kelantan. Esok ke Gua Musang pulak dan patah balik Kota Bharu.

Perjalanan Ajue ditemani dengan hujan lebat dan guruh berdentum. Takut jugak rasa tapi Ajue gagahi jugak memandu pelahan lahan hingga sampai ke destinasi. Begitulah dengan perjalanan bisness kita jugak. Walau ribut petir dihadapan, kita teruskan jugak usaha, akhirnya kita akan berjaya, insyaAllah.

Dah lama tak drive jauh jauh dan lama macam nih. Dulu pernah buat jugak masa kerja Encoral. Pusing satu Malaysia dengan Kenari.. Tapi masa tu anak anak kecik lagi, tak sekolah pon lagi. So boleh la nak angkut kesana sini sambil mak temankan. Ingat lagi masa tu handle projek kat Batu Pahat dan Arau. So, dari Johor, naik Terengganu ambik mak. Lalu Machang-Grik untuk ke utara, Arau. Lepak sana seminggu pastu balik KL. Sumer tu mampu Ajue lakukan kerana komited dengan pekerjaan Ajue. And it was 10 years ago!

Kebetulan pulak sekarang permintaan pakej tour ke europe pon ada. Ni sumer kerana Matta Fair yang baru berlangsung beberapa minggu lepas. Dan Ajuerashid Enterprise dihujani dengan permintaan quotation untuk Pelbagai destinasi.

Betul orang kata jauh perjalanan banyak pengalaman, pelbagai ragam manusia kita jumpa. Dan banyak jugak dapat rasa makanan setiap tempat kita pergi. Kat Terengganu try makan nasi minyak paling femes, kat warung zaky.

Lepas tu masa nak bertolak ke Kota Bharu, mak Ajue belikan Roti Paun. Roti nih simpan 2,3 hari still ok lagi. Pastu panaskan dalam microwave cicah ngan air neskopi.. Fuhhhh syokk habiss.

Sampai Kelantan, makcik Ajue belikan nasi lemak bersinar untuk breakfast. Memang bersinar sinar… Sedapppp. Sambal dia manis. Hehe sesuai dengan Ajue yang tak makan pedas nih..

Packaging dia pon cantik kan, amat sesuai kalau beli pastu lepak mana makan. Kat KL ada tak cam nih? Nampak dia tulis since 1975 lagi… Dahsyat orang kelantan berniaga kan. Tabik springgg kat orang kelantan dalam bab bab berniaga nih. Contoh paling hampir ialah CDM Kak Ana yang menjadi ikon jutawan yang asalnya dari seorang cikgu sahaja. Asalkan kita letak matlamat kat depan, kita mampu melakukannya. Jangan sesekali cakap tak tercapai dek akal. Sebab Rezeki berniaga amat luas untuk ditafsirkan. Makan gaji hanya 1/9 sahaja. Cuma kita kena kreatif dan ikut orang orang yang dah berjaya sebagai panduan. Kalau setiapkali jadikan contoh orang yang gagal, kat situ lah tempat kita. Tua atau muda, cepat atau lambat tu sumer tak penting. Selagi kita usaha dengan kudrat yang ada, insyaAllah semuanya akan kita capai, insyaAllah.

Yang penting kita berani untuk melakukan perubahan dalam hidup. Barulah akan berjaya!

Dan, kena ingat jugak, dalam masa kita membuat perubahan, ada jer hati manusia yang kurang senang dengan kita. Pedulikan semua tuh. Mereka tu sumer hanya tunggu masa nak tengok kita jatuh. Haruslah kuat semangat serta berfikiran positif.

Orait, dah panjang membebel. Nanti esok Ajue update lagi. Kita citer pasal aktiviti kat Kelantan pulak yer…

Till then,
Tchuss!

Wasallam…

Minggu pertama raya 2012

Alhamdullilah dah hampir seminggu kita beraya kan. Kejap jer rasa. Tahun ni turn Ajue beraya belah hubby kat KL. Sebab last year dah beraya kat Terengganu. Tapi tahun nih, Ajue ambik kesempatan jugak balik kampung untuk bersama sama dengan sedara mara kat sana. Lagipon ada gathering dengan kawan sekolah menengah dulu. Dan yang penting jugak Ajue nak melawat pakcik Ajue yang kena strok beberapa hari sebelum nak raya.

Ni gambar pertama Ajue ambik di pagi raya. Siap ada otang comment cakap macam ucapan dari perantauan pulak.. Kikiki.. Hentam jer la kan, janji Ajue suka.

Lepas tu bergerak ke rumah makcik Ajue kat Shah Alam sebelum ke rumah mak mentua kat Bukit Jelutong.

Belah Shahril ramai budak budak, dari baby sampai lah yang paling besar sekali umur 17 tahun. Tahun nih meriah sebab kami konvoi kereta ramai ramai pergi beraya. Semua pakat pakat pergi beraya sama sama. Kalau tertinggal kat belakang cepat cepat calling sebab abang ipar Ajue nih orang Melaka, tak familiar sangat dengan jalan kat KL. satu hari sampai 8 rumah kami pergi. Budak budak suka naik kete Ajue sebab boleh tengok movie pastu boleh tukar tukar citer gossip budak budak hal skolah masing masing. Seronok pulak dengan diorang bercerita. Teringat masa Ajue kecik kecik dulu pon macam nih jugak. Kami sepupu rapat la jugak tapi bile besar masing masing buat hal sendiri. Ajue harap anak anak Ajue akan kekal rapat dengan sepupu mereka bila dah besar nanti. InsyaAllah…

Ajue suka layan budak budak.. Sebab kita boleh selami hati mereka.. Bawak sembang sembang kadang kadang terkeluar isi hati mereka. Yang penting mereka happy.

Masa beraya kat belah husband Ajue, ada yang tahu Ajue berbisnes. Bukan setakat Premium Beautiful, malah Ajuerashid Enterprise pon dah ada yang tahu. Alhamdulilah. Hasil usaha Ajue sendiri sikit sikit dah diterima orang. Ramai permintaan pakej menanti selepas nih. InsyaAllah akan Ajue laksanakan sebaik mungkin.

Raya ketiga Ajue balik kampung kat Terengganu pulak. Entahlah, balik kali nih tak meriah tahun tahun sebelum nih. Agaknya dah tak ramai budak budak kut. Sepupu dah besar besar, bawak hal masing masing. Dah tak de kereta konvoi macam dulu dulu. Tak tahulah hanya Ajue yang berperasaan macam nih tapi sampai hari nih Ajue sedikit terkilan raya kat kampung dah tak macam dulu lagi..

Mungkin jugak lumrah kehidupan manusia kan, hidup ini ibarat putaran roda. Kadang kadang kita kat atas, dan ada masanya kita dibawah. Tapi tak semestinya kita boleh menindas dan menganiaya orang bila kita di atas. Ada hukum karma. Kita buat kat orang satu hari nanti saper tahu terkena kat kita balik. Nauzubillah..

Tapi Ajue bersyukur masih mempunyai nenek yang masih hidup, walaupon dah berusia 80-an tapi dia masih ingat Ajue lagi.

Ajue sempat jumpa Siti, kawan baik Ajue masa skolah menengah dulu. Sekarang Siti dah jadi tokey farmasi. Husband dia doktor pakar bius kat hospital besar terengganu. Suka tengok family Siti. Bahagia. Siti goreng mee untuk Ajue sekeluarga, besttt.. Thanks Siti, walaupon tengah preknen, melayan anak anak Ajue masa Raya.

Orait, malam nih nak settle apa apa yang pending supaya kerja tak tertangguh lagi. Letih jugak takde maid nih, tapi sekurang kurangnya merapatkan hubungan dengan anak anak. Ajue lebih rapat dan kerap berinteraksi dengan anak anak berbanding dulu. Seronok pulak tengok karenah anak anak, kadang kadang boleh terubat hati yang terluka. Masing masing ada perangai sendiri. Syukur atas kurniaan Allah. Walaupon berbeza perangai, Ajue tak nak bezakan mereka. Masing masing ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Mereka mempunyai hak untuk memilih apa mereka nak jadi, tapi kita sebagai ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mengawasi dan membantu mereka agar tak tersesat.

Suka tengok cara leader Ajue iaitu CDM Hanis Haizi dan Kak Ana didik anak anak mereka. Walaupon dah bergelar jutawan, tetap merendah diri. Langsung tak nampak keegoan mereka. Jauh sekali nak bermegah dengan kekayaan mereka. Malah sanggup turun padang membantu rakan kongsi capai apa yang telah mereka perolehi. Untungnya mempunyai mentor seperti mereka kan. Ajue bersyukur berada di bawah pimpinan mereka.

Malam nih dinner kat luar, sajer nak rasa angin luar rumah.. Hehe

Menu tomyam favorite anak sulong Ajue. Yer la, weekend nih dah nak kena hantar balik asrama dah, so layan jer la apa dia nak kan. Janji anak anak happy dan sayang antara satu sama lain. Harap harap mereka saling bantu membantu dan sayang antara satu sama lain dari kecik sampai mereka besar nanti, insyaAllah.

Posted via DraftCraft app

Bisness sharing sepanjang Ramadhan

Actually dah lama tulis entry ni tapi baru nak publish hari nih.

Ni kali pertama Ajue berbisness dalam bulan Ramadhan. Mula mula suspen gak sebab tak tahu kan camaner.. Yer la, kalau kerja dulu tahu la apa nak dibuat. Masuk awal pagi pastu boleh balik awal , janji cukup waktu bekerja. Pastu waktu lunch gi KLCC beli baju raya anak anak sebab ofis Ajue jalan kaki jer ke situ.

So, bulan Ramadhan nih Ajue lebih banyak travel luar KL. Ada yang bermalam dan ada yang day trip jer. Dari Utara, ke Selatan pastu ke Timur. Semua kerana membantu rakan kongsi untuk mengembangkan network mereka.

Tak kurang jugak bantu rakan kongsi baru buat demo tentang produk Premium Beautiful kat ofis. Semua nak bagi penerangan betapa bagusnya corset ni untuk wanita, juga untuk kelihatan cantik di hari raya. Pendek kata, rezeki bisness bulan puasa berganda ganda dan terbuka luas kepada sesiapa yang tahu memanfaatkannya.

Kami GLG team amat amat beruntung sebab kami mempunyai mentor yang cukup dedicated dengan rakan kongsinya. Ilmu yang dicurahkan tak pernah putus dan pernah langsung berkira dengan sesiapa sahaja. Susah nak cari sesorang yang komited dengan apa yang diusahakannya dan sama sama ingin maju bersama rakan kongsinya, iaitu CDM Hanis Haizi.

Tapi dalam masa kita mencari rezeki janganlah kita lupa membuat amal ibadat pada malamnya pulak kan. Terutama 10 malam terakhir Ramadhan. Sana sini ada qiamulail kat masjid mahupon buat sendiri. Ajue sempat bersama sama dengan anak anak dan suami berqiamulail di masjid negeri Shah Alam dan esoknya kuliah subuh ustaz Azhar.

Dalam bisness kita mestilah ada konsep DUIT iaitu Doa Usaha Istiqamah dan Tawakal. Usaha tanpa memohon doa tak sempurna apatah lagi kalau tam tawakal. Tapi mestilah dilakukan secara istiqamah, barulah boleh hasil yang diinginkan. Namun kita harus ingat, semua yang berlaku itu ketentuan Allah jua. Dan kita kenalah terima setiap yang ditakdirkan itu dengan hati terbuka dan redha.

Bagi Ajue, bisness ini bisness Ajue. Walau apa pon yang terjadi Ajue tetap akan teruskan. Cepat atau lambat bukan ukuran, janji usaha berterusan dan tabah hadapi dugaan. Semkga Allah memberi RahmatNya serta memudahkan perjalanan bisnes Ajue ini. Ameen.InsyaAllah

Posted via DraftCraft app

Waahhhhhh

Alhamdullilah hari ni jadual full dengan bisness Premium Beautiful aktiviti sampai ke tengah malam.

Mula mula pagi lagi dah settle bayar apa apa yang patut kat bank. Lepas tu proses penghantaran biskut dan kuih raya pon bermula. Ada few kotak lagi untuk di hantar esok dan lusa. So, harap bersabar yer my beloved clients semua hehe. Semua nih atas ehsan Ajuerashid Enterprise 🙂

20120803-014206.jpg

Lepas tu ke Taman Desa pulak untuk pakaikan client Ajue dengan corset PB. Sangat teruja dengan perubahan serta merta lepas pakai , terus client tu sign up borang ahli, hehe. Bayangkan ek, kalau kita yang dah tempah baju kurung ratus ratus ringgit tapi bila pakai baju nampaklah rumah tingkat tingkat kat pinggang tu, eeeeeiiiii jatuh saham tau. So, saper yang nak cantik dan anggun dimhati raya silalah dapatkan corset PB dari Ajue yer. Ada free trial lagi dengan promotion raya yang hebat serta free gifts dari Ajue. Call Ajue untuk set appointment nak cuba corset ni yer!

20120803-014533.jpg

Sebelah malam pulak jumpa rakan kongsi Ajue, iaitu Ummu untuk setting next plan ke London dan Paris. Kali ni kami di inject lagi dengan kehadiran leader terulung kami iaitu CDM Hanis Haizi. Suntikan yang amat berkesan sampai tak lena tidur kut malam nih nak bantu seramai rakan kongsi untuk buat duit raya dan duit lepas raya nanti.

20120803-014801.jpg

Thanks Hanis dan Raz. Ajue dah kerja lebih dari 10 tahun kut, tapi tak pernah dapat personal coach macam nih. Hanis bukan sajer coach, tapi siap bagi tunjuk jalan macam mana nak buat dan capai sesuatu apa yang kita target. Kalau kerja dulu, maybe tak semua boss kita buat macam ni kan. Ada ker yang buat? Hmmm…..

Feeling feeling Paris

Semalam jumpa seorang kawan rapat yang Ajue anggap macam adik sendiri kat Pan Pac KLIA. Sembang pasal bisness tudung online dia dan jugak bisness Ajue. Pastu terkeluar citer pasal Paris. So, balik rumah terus bukak album lama nak tengok gambar masa pergi Paris dulu.

Ni masa 2006, first time pergi paris ngan anak anak. Masa tu anak ketiga Ajue si Sofea Anis ni baru 8 bulan. Pergi seminggu lepas cuti skolah bulan November. Sejuk la jugak…

20120802-060733.jpgi

Ni pulak dekat Arc de Triomphe.

20120802-060853.jpg

Pastu Ajue repeat Paris in 2008 ikut husband meeting. Masa tu bulan March. Kali nih dapat tengok Eiffel Tower waktu malam sebab siang tak leh jalan kan.

20120802-061358.jpg

Dan dua tahun lepas tu Ajue pergi lagi Paris. Kali nih bawak anak anak dan mak dan mentua sekali. Pergi bulan December, sempatlah merasa snow yang tebal. Anak Ajue si Sofea tu dah besar dah, dah boleh posing sendiri pulak tuh,

20120802-061601.jpg

Dan dekat Arc de Triumphe pon ambik jugak. Masa nih gelap sesangat dan sejuk sampai ke tulang! Sedar sedar masa esok paginya dah turun snow…

20120802-061709.jpg

20120802-064010.jpg

Rumah vacation yang sama tapi berbeza musim…

Ni masa autumn

20120802-064117.jpg

Ni pulak masa winter

20120802-064151.jpg

Dan Ajuerashid Enterprise pon dah buat pakej ke Paris bulan Jun lepas, tapi Ajue tak ikut .

Dan tak sabar rasanya nak pergi lagi dengan rakan bisness Premium Beautiful Ajue nanti, dalam pakej London Paris Hai O. Semua FREE pulak tuh. Makan minum, hotel, airline, semua free! Apatah lagi di bawah pimpinan leader terulung kami iaitu CDM Hanis Haizi

20120802-064357.jpg

So, saper nak ikut Ajue kali nih? Ajue boleh guide macamaner nak qualified pakej nih. Contact Ajue yer,

ajue3375@yahoo.com

0132260082

Congratulations and Welcome new bisness partner

Alhamdullilah , sorang lagi rakan kongsi Ajue dalam bisnes Premium Beautiful berjaya naik pangkat. Biarpon bermula dengan Distributor sahaja, tapi Ummu tetap menunjukkan peningkatan yang amat baik. Bulan lepas SM dan bulan nih terus SSM. Tahniah UMMU!

Ajue jugak nak ucapkan selamat datang ke GReen Leaders Group dibawah pimpinan CDM Hanis Haizi dan dengan ini officially menjadi ahli Beautiful Galaxy Team kepada

1. Farhana
Berkerja di bahagian kecemasan Hospital Sg Buloh. Even berjauhan dengan husband tapi husbandnya banyak memberi galakan serta sokongan dalam bisness ini. Tahniah Farhana!

2. Yati
Seorang engineer di Lembaga Pertubuhan Peladang. Join bisness setelah diperkenalkan oleh tunangnya. Hebatkan! Orang lelaki pon sekarang dan bukak mata dengan bisness corset wanita ini. Syabas yer!

Dan baru jer masuk bulan nih terus aturkan satu demo product di LPP semalam. Dan yang paling best sebanyak 6 corset terjual masa tu jugak! Tak kurang jugak ramai lagi permintaan corset Yati dari department lain yang tak dapat attend demo semalam. Syabas Yati! Ambil initiatif dengan cepat dan peluang di bulan Ramadhan. Sesungguhnya rezeki di bulan yang mulia ini terbentang luas kepada sesiapa sajer.

Even our great leader pon sama sama turun padang semalam. Thank you CDM Hanis!!

3. Juliya
Seorang housewife dengan anak 3 lagi. Juliya tak kurang hebatnya, apa tak nyer belom pon dapat barang tapi dah berderet clients menunggu corset. Semua nya nak kelihatan cantik dan menawan serta nak jaga kesihatan. Terutamanya di pagi raya nanti!
Juliy rakan kongsi baru di bawah Dr Nik. Even leadernya berada jauh di Kelantan, namun jarak bukannya alasan untuk tidak ambil peluang. Dan Galaxy Team bekerja secara kumpulan, bukan individu. Work smart not work hard!

Corset yang sedia dihantar ke Penang!!

4. Jiha
Tak sangka sangat sangat masa sponsor Jiha baru tahu yang Jiha ex-schoolmate Ajue masa sekolah menengah dulu! Yang bestnya, husband dia pon sekali dari sekolah yang sama. Seorang akauntan kat Bandar Baru Bangi. Ambil peluang untuk merubah hidup serta demi anak anak. Syabas Jiha!

Congratulations dan Welcome to GREEN LEADERS GROUP!
You are officially in Beautiful Galaxy Team!

So, saper nak tahu pasal bisness corset ini serta nak generate first bonus raya sebanyak RM4500, boleh lah contact Ajue yer,

H/P. 013.226.0082
Email. ajue3375@yahoo.com

Posted via Ajuerashid Enterprise

My second free trip with Hai O |Guangzhou~ Gala Dinner

DINNER! Yup, macam trip ke Vietnam jugak, kali ni pon ada dinner. So, kami beautiful ladies semua pakai glam glam. Ada yang tempah dari designers lagi. Ajue? Tak, Ajue tak tempah. Buat masa nih Ajue beli jer, sekadar yang mampu. Maybe suatu hari nanti nak merasa jugak tempah baju dari designer, sapa tahu kan? InsyaAllah…

Muka ceria nak dinner.

Ramai kan group Hanis? Bestttt being in this group.

So, ni pose dengan hubby pulaks,

Kalau dulu berdua dengan hubby masa kat Veitnam, kali nih bawak rakan kongsi bersama, iaitu Amy.

Teruja dengar ucapan dari leader terukung kami iaitu tak lain dan tak bukan CDM Hanis Haizi.

Kata kata semangat yang dilontarkan cukup berkesan serta sentiasa vogue dalam setiap penampilan dan dengan sebab itu jugaklah beliau diberi gelaran CDM Celebriti!

So, ni barisan jejaka dalam group kami,

Oh ya, masa dinner ni jugak ada special occasion untuk menyambut usahawan yang lahir pada bulan Julai. Rakan kongsi Ajue, iaitu Amy pon dapat. Happy Birthday Amy! Best kan, orang celebrate birthday kita kat malam yang penuh special gitu. Teringat masa kat Vietnam Ajue pon disambut jugak sebab lahir dalam bulan March!

This one i like…

Dan yang ini pon, sebab macam diapit dengan dua model glamer abaya gitu!

Bertuah saper yang join group Hanis, pasangan yang cukup dedicated dan komited dengan setiap apa yang dilakukan. Thanks Hanis! Thanks Raz!

Sungguh teruja dengan dua leader kami ini yang mana telah mencapai status jutawan di usia yang masih muda belum pon cecah 30 tahun!!!

My second free trip with Hai O |Guangzhou~ Day Four

Aarrggghhhh dah last day?? Huhu rasanya tak puas lagi kat Guangzhou. Anyway, tema hari ninialah PINK! Hehe,

Ni last breakfast kat hotel.

So, sempat posing dulu sebelum bertolak ke airport.

Terpancar kegembiraan kami even semasa dalam bas sekalipon!

Dan jugak sampai di airport.

Ok, the end! Semoga bertemu lagi next trip iaitu LONDON dan PARIS!!!