Taichi di hujung minggu

 

Wah wah.. sejak akhir akhir ni Ajue banyak bersenam. Kalau hari biasa Ajue hanya jogging sekitar taman seksyen 18, tapi kali ni Ajue cuba kat tasik shah alam pulak. Itupon lepas diperkenalkan oleh Kak Kharsiah. Komuniti kejiranan Ajue dan jugak Komuniti Ibubapa Tahun 6 2011 dulu.

Best jugak kat sini, lagi meriah. Tehn jam 7.45 pagi ada Taichi pulak oleh penduduk kat shah alam. Just join jer. Bukan bayar apa apa pon. Taivhi ni nampak jer slow motion tapi berpeluh peluh dibuatnya. Best best. Takyah jogging lama lama. Cukup dengan Taichi boleh keluarkan peluh.

 

Ajue ditemani oleh princess. Dia nak sangat jogging. Kalau boleh hari hari dia nak ikut Ajue jogging. Tapi memandangkan sekolah kan. So hujung minggu jer la boleh bawak dia.

Pastu Sir Hazrean kat skolah SK24 pon bagitau kat Laman Budaya pon ada aerobik. Menarik jugak kan. Boleh try weekend ni. Jom warga shah alam, join aerobik CNY ni..

“akal yang sihat datangnya dari badan yang cergas”

 

1622057_10152549492872506_487566110_n

1656155_10152549492997506_507830849_n

1017367_10152549493092506_1050980430_n

1014412_10152549493642506_1223686322_n

1656227_10152549493427506_1754387821_n

1653694_10152549493727506_2074928142_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *