Category Archives: Glam Family
Gold Coast Day Four
Okies ni nak citer hari terakhir kami di Gold Coast. Kejap jer kan. Macam tak puas lagi nak melihat keindahan bandar ni.
Tema kali ni ialah kaler merah. So, lepas breakfast, kami kena check out. Sebab policy hotel kena checkout jam 10 pagi. Pastu ada masa pusing kat area situ jer sampai bas kami datang jam 12 tengahari. Sebelom tu sempat semua pergi ke pantai untuk buat video klip dan group photo.
Aktiviti hari ni ialah ke Harbour Town Factory Outlet. Indah khabar dari rupa. itu jer yang mampu Ajue ungkapkan. Takde apa sangat kat sini. Ingat nak beli jam Fossil untuk anak anak tapi apakan daya takde yang berkenan.
Lepas tu kami makan sendiri. Of coz la duit poket Hai O bagi. Terbaikkkkk
Dari FO terus ke Restoren Jakarta untuk makan malam. Then terus ke airport. Flight balik KL jam 11.45 malam. So, kat airport tu habskan semua coins yang ada dengan minum latte. Bestttt sangat dapat tea yang sama satu kepala. Oh ya, Ajue dikenalkan dengan Coklat Whitakers. Sedapppp sangat sangat.
Thank you Farouk dan Ferrie!!!
Ferrie cakap coklat ni hanya terdapat kat LCCT jer. Kat KLIA takde.
Okies.. jom la tengok gambar kami yang happeningsss dan Rawkkk ini. Next trip kami ke Shanghai pulak. Saper nak ikut??? Meh PM Ajue kay!!
Gold Coast Day Three
Salam all…
Hari ni nak update hari ketiga pulak di Gold Coast. Tema hari ialah warna kuning. Aisey.. dah sama kaler pulak dengan Tweety kan.. hehe
Hari ni Hai O sudah booked 2 jam khas untuk group Glampreneur sahaja. dimulai dengan breakfast pada seawal jam 8 pagi bersama dengan semua karaktor kartun Looney Tunes. Happy sangat sebab dapat bergambar dengan semua karakter tanpa perlu berebut rebut dengan orang ramai. Best kannn Hai O!!!
Seharian di Movie World Ajue cuma naik ScoobyDoo Ride dan Roller Coaster kanak kanak saja. Bukan apa, lepas naik Scooby Doo tu dah rasa nak pening nak termuntah. Memang tak sah kalau tak bawak anak anak ke sini. Sebab ride dia lain dari yang lain. Besttttt sangatttt.
Kami juga dihidangkan dengan makan tengahari di dalam Movie World. Hari ni banyak leisure sikit sebab tak perlu nak rushing naik rides.
Dan tepat jam 3 ptg ramai dah berkumpul di tepi main street dia untuk tengok parade. Kalau nak dibandingkan dengan Disneyland Paris, parade kat sini sekejap jer dan laluan pon tak jauh. Yang paling best ialah bila lagu One Direction. Wahhhhhh kagum dan terus rasa nak nari sama sama dengan Tweety semua tu… memang happeninggg sangat.
Dekat Disneyland Ajue suka parade masa winter sebab lagu dia best sangat. Kalau tak percaya try la google. Chante, C’est Noel. Dulu Ajue sampai buat ringtone lagu tu kat handphone Ajue. hehe
Kat HongKong tak ingat lagu apa, tapi best la jugak parade dia.
So, jom, tengok gambar nak.
Gold Coast Day Two
Salam all,
Okay ni nak citer hari kedua kami di Gold Coast pulak.
Kami diberi pass lawatan percuma selama sehari ke Sea World. Dengan kata lain, tiket FREE kemasukan ke Sea World ini. Kami jugak dihidangkan dengan makan tengahari di sini percuma. Sudah tentulah ianya halal kay.
Seronok sangat Sea World ni. Dulu Ajue memang penakut naik ride atau roller coaster. Tanyalah anak anak Ajue. Kalau pergi Disneyland Paris ker, Disneyland Hong Kong ker, Universal Studio Singapore ker, Ajue tak naik la benda benda mengerikan lagi menakutkan itu.
Tapi bila dengan glampreneurs, ketakutan tu seolah olah hilang sekejap. Magic betul kannn!!
Hampir semua ride Ajue naik masa kat Sea World ni. Yang paling best Jet Rescue! Sampai nak tercabut tudungku… hehe
Selain dari ride , ada jugak show kat situ. Mula mula kami tengok sealion show. Pastu tengok dolphin show. Best sangat dolphin show ni. Sampaikan Ajue terdetik suatu hari nanti nak bwak jugak anak anak ke sini tengok Dolphin show ni.
Setiap ride ada gambar yang diorang capture yang boleh kita beli kat situ. Agak mahal la jugak sebab satu gambar 20AUD. Tapi ada cara lagi jimat iaitu kami share beli thumb drive, pastu copy semua gambar kami kat dalam Best kan…!!
Kepada yang nak thrill rasa naik coaster, sila lah ke Sea world. Confirm puas hati!! Tak percaya, jom tengok gambar nih..
Oh ya, balik malam tu kami pekena kebab. Besttttt makan kebab satu share ramai ramai.. hehe
Gold Coast Day One
Lama sungguh tak update. Penangan GoldCoast lah ni.. Lepas tu balik Shah Alam sibuk dengan persiapan SM SSM Seminar pulak. Ni baru ada masa nak update.
Well, seperti yang sudah sedia maklum, kami Glampreneurs berlepas ke Gold Coast pada 15 February 2014 lepas. Kami merupakan kumpulan terakhir dalam group Hai O yang terdiri daripada 100 orang qualifiers. Keseluruhan Hai O ialah 300 orang. So kami merupakan kumpulan terbesar ke sana. Alhamdullah… well done glampreneurs!!!
Walaupon founder kami iaitu CDM Hanis Haizi tak dapat sama sama ke Gold Coast kerana baru jer melahirkan baby namun semangat serta aura kumpulan beliau tetap kami bawa sampai ke sana.
Kami Glampreneurs sendiri berpecah kepada 3 flights. Ajue merupakan flight pertama melalui Singapore. sungguh happening dan meriah serta besttttt kumpulan Ajue kali ni. Mana taknya, semua yang kepala gila gila dan sangat sangat sporting. Boleh katakan ni yang paling seronok trip ke oversea dengan Hai O. Semua nya rawk dan selamber. Ajue membawa dua rakan kongsi kali ni iaitu Farouk dan juga Ferrie.
To team, Ajue really enjoy bersama sama dengan semua!!
Kak Ween
Abg Rijal
Farouk
Ferrie
Along
Ecak
Elya
Deena
Warni
Alia
Haikal
Lina
Effa
First business trip in 2014
Salam all..
Baru baru ni Ajue ke Kota Bharu. Ni first trip business Ajue berjumpa dengan team Pantai Timur.
Kalau bulan lepas January ke Brunei untuk Orientation Week. Serta mengembangkan network di sana.
Team Kelantan diketuai oleh Dr Nik dan juga Ferrie. Dua dua dari leg yang berbeza. Namun semangat berkumpulan amat Ajue kagumi antara mereka. Syabas Ajue ucapkan kerana hubungan baik sesama kita. Harap harap kita kekal macam ni sampai akhir hayat.
Kita buat business bukan saja sekadar rakan kongsi. Malah kita patut praktikkan sehingga ke anak anak kita juga.
Ajue akan stay di rumah makcik Ajue di Pengkalan Chepa.
Makcik dan Pakcik Ajue dah kenal dengan Dr Nik dan Ferrie ni. Ini yang Ajue suka. Sebab family pon boleh kenal dengan siapa Ajue keluar berbusiness. Alhamdullilah.
Ferrie merupakan qualifier ke Gold Coast minggu depan. Ini merupakan trip pertama beliau. Tahniahhhh Ferrie. Keep it up girl!!!
Okiesss… mass kat rumah Cekda, Ajue ada belajar masak 2 lauk baru. Sebelum ni pernah tengok jer mak masak tapi tak pernah buat sendiri.
So bila sampai jer Shah Alam Ajue nak cuba buat sendiri.
Tadaaaa ni diaaaa…
Daging bakar kuah percik
Sayur togeh dan daun kucai ikan masin
Yeeehaaa. Next month boleh belajar lagi kan cekda kannnn. Hehe
Best jugak kan. 2 in 1 kerja. Berbusiness sambil belajar masakan baru. Continue reading
Cheese Nan di malam hari bersama business partner
Salam semua..
Hari ni cuti Thaipusam. Anak anak bersuka ria kat rumah. Ada jugak parents yang ambil kesempatan bercuti disebabkan long weekend kan.
Macam business partner Ajue jugak. Dr Nik dari Kelantan. Beliau turun KL bersama keluarga untuk bercuti disini.
Dah alang alang kat sini terus ambil peluang sedut aura business.
Dr Nik join Power Up Session dua hari lepas untuk semua protege di bawah CDM Hanis Haizi.
Malam ni pon beliau akan datang kelas Glam. Kagum dengan semangat beliau.
Walaupon tengah mengandung 7 bukan namun segala alasan ditolak tepi. Sebab tiada alasan kalau kita ingin berjaya.
Malam tadi Ajue bawak Dr Nik makan cheese nan tersedap di Malaysia. Mana lagi kalau bukan di restoren kawan baik Ajue sendiri iaitu Datin Ida di RSMY.
Kebetulan pulak terjumpa dengan kawan lama kami semasa di UUM dulu. Yati yang datang dari Kota Kinabalu kebetulan ada kursus di KL. Lama sungguh tak jumpa Yati. Last masa UUM dulu. Namun hubungan maya tak pernah putus. Kami still keep in touch dalam facebook.
So. Sementara nak menunggu makanan sampai. Kami sempat berbincang plan fan strategy bagaimana nak qualify trip melancong ke Shanghai. InsyaAllah Ajue yakin dengan semangat serts kebolehan Dr Nik. C’mon Nik.. you can do it. We do it together kay.
Okiesss lets enjoy the meal. Ohh yeah!!
Power Up Session under Hanis Haizi Protege
Alhamdullilah. Semalam dah berlangsung sesi Power Up semua protege di bawah CDM Hanis Haizi.
Inilah untungnya berada dibawah Glam. Semuanya disediakan. Kita hanya relakan diri saja untuk dibimbing dan diberi tunjuk ajar.
Dan sebagai leader pulak. Kita hendaklah sedia membimbing rakan kongsi agar mereka sama sama mendapat ilmu yang telah kita dapat.
Inilah yang dinamakan win win situation. Business ni mudah sebenarnya. Cuma kita janganlah terlalu pentingkan diri sendiri dengan menanggap kita sudah hebat.
Banyak lagi pengalaman serta dugaan di luar sana yang belum kita lalui. Tapi sudah ditempuhi oleh CDM CDM kita.
Untungnya Glam ni. Walaupon kami bukan dibawah seseorang leader. Tapi kami share semua ilmu. Tiada langsung sikap kedekut ilmu antara kami. Inilah yang Ajue banggakan berada di dalam Glam.
So. Power Up Session.
Emcee kali ni oleh DDM Effa.
Produk review oleh DDM Hazelin dan DDM Aien Latifi
Ajue ditugaskan untuk bentangkan Plan Business.
Diakhiri oleh kata kata keramat dan sentuhan terakhir CDM Hanis yang juga founder Glam sendiri. Yerla. Beliau sekarang tengah sarat mengandungkan. Hanya tunggu masa jer nak bsrsalin.
Namun semangat serta keperihatinan beliau terhadap kami amat kami hargai. Thank you Hanis. Sungguh kami bertuah berada di bawah pimpinan beliau.
So mana mana peninjau diluar sana yang masih tercari cari untuk side income boleh lah contact Ajue untuk Ajue ceritakan lebih lanjut lagi pasal Glam.
Okaylah… sampai jumpa lagi next entry. AsSalam…
Birthday Party Haikal Razik
Happy Birthday Haikal!!!!
Well… ni masa birthday party anak CDM Hanis Haizi weekend lepas. Ajue baru sampai KLIA dari Brunei terus ambik taxi ke lokasi party iaitu di Eastin Hotel PJ.
Anak anak dah pergi dulu sebab majlis bermula jam 12.30 tengahari.
Tema kali ni Soldier!!
Haaa jenuh jugak nak cari kat mana nak beli baju askar untuk anak anak. Nasib baik jumpa. So Adlan dan Ecah belikan seluar askar jer. Sebab diorang takde daiz baju.
Si Chiquititas berdua tu belikan tshirt askar.
Semua pakai topi askar tapi Ajue tak la. Ajue pakai scarf. Tu pon hasil sentuhan CDM Hanis yang pakaikan. Hehe. Tq CDM!!
Besttt sangat party kali ni sebab ada magician yang betul betul hebat. Teruja semua kanak kanak yang hadir. Dia pandai tarik perhatian kanak kanak. Kelam kabut jugak masa penampilan dia dengan jubah hantu masa tu. Larik semua orang. Haha
Food memang marveles. Banyak sangat dan semua sedapppp. Paling best macaroon. Yang tu habis dulu.
Pastu ada games pulak. Alahaiio cakap pasal games ni. Nak jadikan citer ada 2 pemenang bagi game chicken dance kategori perempuan.
Si princess ni dah menari sakan dah on stage tapi tak kurang hebatnya dengan anak CDM Mai. Last last kena buat sekali lagi.
Tapiii sekali lagi ni bukan anak anak yang kena. Mak bapak yang terpaksa menari over kalau anak nak menang. Mak aiiiii.
Dipendekkan citer. Familu Ajue yang menang sebab Ajue yang over gediksss menari gangnam hahhahaha. Sorry la ek. I over sket petang tu. Banyak makan salmon kut.
Ada apa lagi ek. Haaaa ada games tembak tembak lawan dua kumpulan. Besttt. Siap bibik CDM Hanis lagi main. Hahahha
Okiesss. Thank you CDM Hanis ketana menjemput kitaorang ke majlis tu. We had so much fun and really enjoy that day.
Benda benda macam ni menguatkankan lagi ikatan kekeluargaan Glam kan. Semoga GlamFamily terus kukuh sampai bila bila. Happy sangat sangat mempunyai mentor serta leader macam beliau. Thanks again Hanis.
So. Balik jer rumah terus princess main hadiah yang dia dapat. Satu set playdoh buat pelbagai jenis kuih. Yeszaaaa